webnovel

GELEMBUNG CINTA

SINOPSIS; JAX dan IRIS, dua insan yang telah terpisah dek jarak dan waktu. Dahulunya, mereka pernah menjalinkan sebuah ikatan persahabatan. Namun, mereka terputus hubungan setelah Iris menghilangkan diri tanpa khabar berita. Jax, seorang budak pendiam di bangku sekolah telah berubah sikap setelah kehilangan sahabat baiknya, Iris. Dapatkah mereka bertemu semula? Takdir yang telah tertulis, kini menemukan mereka. Iris muncul kembali sebagai bodyguard yang diupah oleh Tuan Devol. Iris bukan wanita calang-calang biasa, dia memilih pekerjaan yang merbahaya dan juga seorang peninju Muay Thai yang tidak pernah gentar dalam setiap pertarungan.

Kupa_Kerdil · Teen
Not enough ratings
17 Chs

Blind Date

'IRIS... dimana pun kau berada... ketahuilah bahawa, aku masih menantikan kepulanganmu,' desis hati Jax.

JAX meraup wajah. Dia segera bersiap dan bergegas turun ke tingkat bawah.

"Lama juga kau bersiap, Jax. Kau pakai mekap ka? Kalah-kalah perempuan oh," ujar Alan. Dia menghabiskan jus oren yang dihidangkan oleh Mbak Surti.

"Biasalah kalau bujangan, kita mau pigi jumpa sumandak kan? Mesti mau handsome, baru sumandak suka."

"Eleh... handsome ka, onsom?" Alan berdekah seraya bangun dari sofa. Kunci keretanya digapai.

"Okey, jom! Tidak rugi juga kau ikut saya, Jax. Tu sumandak bawa kawan dia juga. Nanti, kamu pun kenal-kenal lah. Manatau bulih terbelah tu dada kau nampak tu sumandak," ujar Alan.

"Yala tu. Jangan banyak cakap, jalan cepat," balas Jax.

Mereka berdua menuju ke arah kereta Alan yang sengaja diparkirkan di luar pagar. Enjin kereta dihidupkan dan mereka meninggalkan perkarangan rumah Jax.

Ketika dalam perjalanan menuju ke Cafe Lorena, telefon pintar Jax berdering. Jax melihat skrin telefonnya, tertera nama 'my beloved women'.

"Siapa tu, Jax?" soal Alan.

"Pssttt..." Jax menunjukkan isyarat diam kepada, Alan.

Alan senyap, dan terus fokus pada jalan yang semakin menghampiri destinasi mereka.

"Ya... halo, sintaku..." kata Jax sebaik melongsorkan simbol hijau menerima panggilan masuk tersebut.

"Jax di mana ni? Macam bunyi angin dalam kereta saja, Jax keluar ka?" soal wanita di dalam talian tersebut.

"Eh, tiadalah. Jax di rumah saja ni. Itu bunyi kipas lah, sini Jax duduk depan kipas angin."

"Yala tu. Mumy saja telefon, mau kasi tau sampai sudah kami di Bangkok. Jax jaga diri di sana, jangan merayau saja."

"Syukurlah kalau sudah sampai. Jangan lupa Jax punya pesanan arr, bawa sumandak." Jax terkekeh.

"Sumandak saja dalam kepala kau, Jax. Kasi kawin kau betul-betul, baru kau tau. Yala, mumy sama dady mau angkat barang dulu. Sampai sudah kami di depan hotel ni."

"Ya... love you sinta. Jan lama-lama di sana, nanti Jax merana menahan rindu," ujar Jax seraya mematikan panggilan tersebut.

Alan yang baru sahaja memarkirkan keretanya di depan Cafe Lorena, memandang Jax dengan wajah berkerut.

"Siapa juga tu, Jax. Girlfriend baru ka?" tanya Alan yang berdiam diri sedari tadi.

"Mumy saya, dorang baru sampai di Bangkok," jawab Jax sambil meleraikan tali pinggang keselamatannya.

"Oh..." balas Alan, ringkas.

Mereka berdua bergegas turun dari kereta dan menuju ke pintu masuk, Cafe Lorena.

"Hey, di sini," sapa seorang gadis berpakaian dress merah yang sedikit terdedah di bahagian belakang. Gadis itu melambai ke arah Alan dan Jax.

Tanpa segan silu, Alan dan Jax menuju ke arah dua gadis di sudut meja hujung, Cafe Lorena.

"Darcy?" soal Alan mahu memastikan mereka tidak salah orang.

"Ya, saya Darcy. Ini, Alara." Gadis bernama Darcy itu, memperkenalkan teman di sebelahnya.

"Oh... saya, Alan. Dan ini pula teman saya, Jax," ujar Alan seraya menarik kerusi.

"Boleh tahan," bisik Jax perlahan di telinga, Alan.

Alan tersenyum nipis.

"Kamu dua sudah lama menunggu ka? Kenapa tidak order minuman?" Alan memecahkan keheningan.

"Kami pun baru juga sampai tadi, saja ndak order minuman. Tunggu kamu sampai dulu," balas Darcy.

"Oh... yaka. Kamu dua mau minum apa? Cakap saja, apa kamu mau. Saya belanja," kata Alan lagi.

"Apa-apa sajalah, asal bukan racun." Darcy tertawa kecil sengaja mencetuskan suasana dengan sedikit gurauan.

"Ndak lucu pun," celah Jax. Senyuman ego terbit di bibirnya.

Dua gadis itu serentak memandang ke arah, Jax. Wajah Jax selamba, tidak ada reaksi dengan pandangan itu.

"Ndak payah layan sangat dia nih, otak dia sewel sikit. Kamu tunggu sini, saya pi order minuman kejap." Alan menepuk bahu, Jax. Memberi isyarat agar Jax mengikutinya ke kaunter pesanan.

Jax menjungkit bahu dan menuruti kehendak, Alan.

"Capucinno empat," pesan Alan pada pelayan di meja kaunter.

Pelayan tersebut memberi senyuman mesra dan segera menyediakan pesanan mereka.

"Jax, jangan kau begitu bah. Bebeh baitu, melepas kita nanti," ujar Alan.

"Eleh, tidak juga dorang lari tu. Mana dorang mau cari lelaki macam kita, segak... kaya... semua ada. Tenanglah bro," balas Jax dengan lagak lelaki macho.

"Padu!" kata Alan terkekeh.

"Capucinno empat, siap. Selamat menikmati," ujar pelayan di meja kaunter sambil menghulurkan empat cawan capucinno kepada mereka berdua.

Jax dan Alan, kembali ke meja bersama minuman pesanan mereka.

"Nah. Dijamin sedap! Minumlah." Alan menjemput Darcy, dan Alara mencuba keenakan capucinno kegemarannya.

Sambil menikmati capucinno tersebut, mereka berborak kosong. Alan dan Darcy masing-masing bertukar cerita, manakala Jax dan Alara pula seperti tidak berada di dalam situasi tersebut. Alara hanya berdiam diri dan mendengar perbualan rancak antara Alan dan Darcy. Jax pula? Sibuk dengan telefonnya.

"Jax, Alara? Kenapa senyap saja? Cerita-ceritalah, macam kami dua saja yang banyak bercakap nih," ujar Alan yang menyedari keheningan di antara, Jax dan Alara.

"Apa juga yang mau dibahas. Dari tadi diam saja si Alara. Mungkin dia takut suara pundan dia tekeluar kali," balas Jax. Dia meletakkan telefonnya di atas meja, dan merenung ke arah Alara sehingga membuatkan gadis itu tersipu malu. Wajahnya berona merah, namun dalam diam terbit rasa geram dihatinya. Dia terkesan dengan ungkapan, Jax.

"Apa? Kau ingat saya pundan ka! Saya diam sebab kau sibuk main telefon saja dari tadi," kata Alara. Suara lunaknya kedengaran sedikit marah.

"Garang juga. Kau marah kaini? Kalau marah nanti kena jual, kau mau saya jual kau sama pakistan ka?" Jax sengaja mengusik, Alara.

"Eh! Bunguknya juga nih lelaki. Menyesal saya ikut kau pi sini, Darcy." Alara mendengus kencang. Kemarahannya semakin meluap-luap, anak matanya menjegil tajam ke arah Jax.

"Tenang bah... apa gaduh-gaduh. Nih kan hari pertama kita berjumpa. Tengok kami dua, okey saja kan, Alan?" ujar Darcy.

"Ada jodoh dorang dua nih, baru jumpa pun bergaduh sudah. Orang bilang..."

"Orang bilang, kalau bergaduh, lama-lama bersuka. Begitu ka? Tembirang saja tu." Jax memotong perbualan, Alan.

"Ah! Sudahlah kamurang. Saya mau balik!" bentak Alara. Lantas dia berdiri dan menghayun langkah ke pintu keluar.

"Alara! Tunggu..." Darcy bergegas menyusuli, Alara yang sudahpun keluar dari Cafe Lorena.

"Tu kan, saya bilang. Lari sudah dorang, nih gara-gara kau lah nih." Alan memandang, Jax dengan raut wajah kecewa.

"Perempuan memang begitu, gurau sikit ja pun terus marah, merajuk. Apalah tu? Bagus kita balik, bosan sudah saya duduk sini lama-lama." Jax menggapai telefon pintarnya di atas meja, lalu beredar keluar.

Alan menggeleng dan turut mengekori, Jax dari belakang. Dia sudah masak dengan perangai teman baiknya yang sungguh menyebalkan itu.

Ketika mereka berdua hendak masuk ke dalam kereta. Mereka terdengar satu jeritan wanita dari arah berdekatan.

"Apa tu, Jax?" tanya Alan dengan kening berkerut.

"Entah! Macam orang minta tolong ja tu," jawab Jax.

"Mari kita pi tengok!" ajak Alan.

Tanpa menunggu lama, mereka berdua bergegas ke arah jeritan tersebut. Tempat itu tidaklah begitu jauh dari tempat mereka meletakkan kereta. Ia hanya berada di belakang sebuah bangunan berdekatan dengan, Cafe Lorena.

"Jax! Bukan dorang si Darcy ka tu," ujar Alan.

Kelihatan sekumpulan lelaki samseng sedang mengganggu dua wanita yang baru sahaja, Alan dan Jax temui tadi.

Jax segera meluru ke arah samseng-samseng tersebut.

Buk! Pakk! Dushhh! Bamm!

Jax membelasah samseng-samseng itu, sehingga mereka lari bertempiaran menyelamatkan diri daripada pukulan bertubi-tubi, Jax.

"Puihhh! Penakut!" Jax bertempik.

"Darcy, Alara? Kamu okey ka," soal Alan yang hanya melihat, Jax beraksi tadi. Alan sememangnya hebat berkata-kata, namun dalam hal sebegitu. Alan memilih untuk berdiri di sudut dan tidak melakukan apa-apa.

"Ya... kami okey," jawab Darcy.

"Kenapa juga dorang kacau kamu. Kamu kenal ka dorang tu?" tanya Alan lagi.

"Entah, kami pun tidak kenal. Kami baru mau masuk dalam kereta tadi, tiba-tiba dorang datang kacau kami." Alara mencelah.

"Itulah... sudah tau kawasan belakang bangunan nih sunyi, kamu mau juga pi parking kereta di sini. Kamu tu perempuan, lain kali parking di tempat yang selamat!" bentak Jax.

"Penuh bah parking di depan tadi, tu lah kami parking sini," ujar Darcy.

"Ah! Lantak kamulah. Lain kali pandai-pandailah kamu jaga diri." Jax berpaling dan beredar pergi dari situ.

"Jax! Terima kasih!" ucap Alara sebelum kelibat, Jax hilang di sebalik bangunan.

"Si Jax memang begitu, bikin panas tu gaya dia. Tapi, dia bagus sebenarnya," kata Alan sambil berlari anak mengejar, Jax.

Alara tersenyum nipis.

"Alara, jomlah balik. Nanti datang balik tu samseng, matai kita di sini." Darcy cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta.

Alara mengekori dan mereka meninggalkan kawasan, Cafe Lorena.

Beberapa jam selepas itu...

"Ini upah kamu semua. Lepas nih, kamu jangan tunjuk muka kamu di kawasan ini buat sementara waktu. Nanti saya telefon kamu, kalau saya perlukan bantuan kamu lagi." Seorang wanita yang menutup separuh wajahnya, menghulurkan sejumlah wang kepada lelaki-lelaki samseng yang dibelasah oleh, Jax tadi.

"Baik, cik," ujar ketua samseng tersebut. Mereka cepat-cepat meninggalkan kawasan rumah banglo yang tersergam indah di tepi lereng bukit itu.

Wanita itu tersenyum sinis dan kakinya melangkah masuk ke dalam sebuah bilik, di tingkat dua rumah banglo tersebut.

"Abang... adik yakin, adik akan berjaya masuk ke dalam kehidupan dia. Adik akan pastikan, dia mendapat balasan untuk apa yang dia buat pada, abang." Selesai berkata-kata, wanita itu tertunduk di samping seorang lelaki yang sedang terlantar di atas katil.

Lelaki tersebut langsung tidak memberi sebarang reaksi. Matanya tertutup rapat, pelbagai jenis wayar bersambung pada tubuhnya. Lelaki itu, dalam keadaan koma.