webnovel

Everything Is You

Hope World Ent. represent Everything Is You Original Tittle: It's All About You by Mei Xuan Main cast: • Medina Arryanna • Imran Hakimi Synopsis: Imran Hakimi,siapa yang tidak kenal akan jejaka ini? Satu Malaysia mengenal dia sebagai satu-satunya ahli perniagaan yang terkenal. Namun,dia juga seorang mafia yang berbahaya dan amat sukar untuk ditangkap oleh pihak berkuasa. Kerana dia bijak! Bijak memanipulasikan keadaan. Medina Arryanna,dia seorang gadis yang cantik,cerdas dan bijak. Tidak hairanlah kerana dia ialah anak seorang jutawan terkenal di Malaysia. Namun,kematian ibu bapanya memberikan impak yang besar kepadanya. Dia berubah 360° apabila mengetahui siapa dalang disebalik kematian mereka. Perjanjian perkahwinan dengan Imran Hakimi bukanlah atas kehendaknya sendiri pada mulanya. Namun,demi menegakkan keadilan atas kematian orang tuanya dia terpaksa dan harus. Pelbagai cobaan dan rintangan telah dihadapi oleh Medina sebagai seseorang yang bergelar isteri kepada Imran. Mampukah dia bertahan? Apakah keadilan atas kematian ibu bapanya berjaya dituntut?

MeiXuer · General
Not enough ratings
13 Chs

01 "Life is a game"

_____________________________

Ya,aku termenung sekali lagi. Aku sendiri pun tak tahu berapa lama,tiba-tiba pintu bilik aku dibuka,muncul seseorang yang cukup dikenali. Cassandra. Ya adik aku. Apa yang dia nak? Aku sendiri pun tak tahu lantaklah ada aku kisah yang penting sekarang ni aku nak tido mengantuk. Apa kau ingat mengelamun tak memenatkan ke apa,penat ok.

"Kak,mama panggil turun makan"

Makan? Wait sekarang dah jam berapa?...aku mengerling ke arah jam dan....oh man.... 8.30 malam dah. Aku menepuk kepala aku sendiri,alahai macam manalah boleh jadi macam ni. Tu la kau Yanna mengelamun lagi sampai tak ingat dunia,nasib bukan tengah masak kalau tengah masak alamatnya tak makanlah orang dalam rumah ni.

"Ok jap,kakak nak gi mandi dulu,give me 10 minutes"

Aku mencapai tuala mandi aku yang warna pink,eh oh gosh salah ambik tuala aku patah balik and ambik tuala mandi warna biru,lahai kau ni Yanna takkan tuala mandi sendiri pun tak ingat.

"Cepat sikit tau ada tetamu sekali!!"

Jerit Cassandra dari luar bilik mandi. Dehek,sikit aku tergelincir bila tau. Damn time ni la nak ada tetamu bagai hari lain tak boleh ke datang? Buat semak je.

Selesai mandi aku capai baju sweater aku dengan seluar tracksuit,dah memang jadi kebiasaan aku pakai tracsuit dngn sweater je kat rmh,lagi pun malam ni sejuk dah lah rumah besar beraircond lagi tak ke kau rasa macam kat kutub utara yang lain tu takpe la berseluar pendek bagai,dorang kan beruang kutub,aku tak aku lidi.

Oh sebelum aku lupa,aku Medina Arryanna anak nombor tiga dalam enam adik-beradik kepada seorang jutawan kaya,iaitu ayah aku Dato' Kuhairul...

___________________________

"Mi,anak sulung awak mana? Dia tak balik dari oversea lagi ke?"

Soal Datin Maria kepada Datin Amilea apabila kelibat Medina tidak kelihatan. Datin Amilea hanya senyum.

"Tak lah,dah balik dah pun,dia masih dekat atas la tu,kejap lagi dia turun la"

Ujar Datin Amilea.

"Anne?? Kakak belum siap lagi ke?"

Soal Datin Amilea sebaik sahaja Cassandra turun dari tingkat atas dan duduk di tempatnya. Cassandra memandang ke arah Datin Amilea sabik sahaja mendengar namanya disebut. Baru sahaja Cassandra ingin membuka mulut,Clarina terlebih dahulu membuka mulut.

"Ha tu pun kakak dah turun"

Ujarnya,semua memandang ke arah Medina yang baru sahaja turun.

"Ma,pa,semua sorry Yanna lambat"

Ucap Medina dan segera mengambil tempat di sebelah Clarina.

"Ha,Yanna ni kenalkan ini Datin Maria dan yang tu pulak Dato' Hanif"

Datin Amilea mula memperkenalkan kedua suami isteri itu kepada Medina

"Ha,kalau Yanna nak tahu ni lah kawan papa yang papa selalu cerita kat Yanna dulu"

Ujar Dato' Kahairul,Medina memandang ke arah Dato' Hanif dan Datin Maria dan senyum.

Malam itu bermacam-macam kisah yang diborakkan oleh keempat-empat pasangan suami isteri itu. Medina dengan yang lain hanya menjadi pendengar yang setia.

____________________________

"Bos..bos.."

Seorang lelaki berkepala botak berlari menuju ke arah Imran yang sedang asyik berborak dengan orang kanannya,Badrul. Imran menoleh ke arah lelaki botak itu.

"Apa?? Yang kau tercungap-cungap macam ikan tak cukup nafas ni dah kenapa?"

Lelaki botak itu membuat isyarat seperti ingin melaporkan sesuatu namun,suaranya tidak keluar kerana terlalu penat bergegas ke mari.

"Tempat kita....tem....pat...ki...ta..."

"Tempat kita apa bodoh"

Soal Imran,geram bila si botak ni tak habis cakap separuh-separuh.

____________________________

what do you think about the first episode? I hope you,the readers would like it..

please drop a comment about your thought.

thank you :)

MeiXuercreators' thoughts