webnovel

Awal pernikahan

Sengaja dia mengapi apikan lagi lelaki yang sejak tadi sudah mendidih didihkan hatinya. Tak usah dia meneka perasaan lelaki itu terhadap perkahwinan mereka kalau dari awal lagi raut wajah lelaki itu masam mengalahkan asam gelugur.

Ikutkan hati Ayra Affia, dia pun tidak inginkan perkahwinan ini. Namun, apakan daya. Terlajak perahu boleh di undur. Terlajak perbuatan, jangan mimpilah nak patah balik!

"Ewah, kerek kau ya?"Ashraf Daniel bersuara sinis. Siap berpeluk tubuh lagi.

"Kau ingat ya. Sampai bila bila pun aku takkan anggap kau sebagai isteri aku tau. Pada aku, kau tu hanya hamba dalam rumah ni. Tak lebih dari itu. Faham?" sergahnya lagi.

Geram dengan lagak Ayra Affia. Selamba saja dia bersuara bagai tak terkesan dengan kat katanya.

"Encik tak beritahu pun saya dah tahu la, dana saya sangat tak kisah pun."

Jawapan bersahaja Ayra Affia hanya menambahkan lagi api yang sedia menyala nyala dalam jiwa panas Ashraf Daniel. Spontan bantal di sisinya dilontar ke arah gadis itu

Spontan juga Ayra Affia mengelak. Terkejut dengan tindakan lelaki itu.

"Kurang ajar kau ya. Kau tunggulah nasib mu. Teruk aku kerjakan nanti." Sambil ketap giginya, Ashraf Daniel bersuara penuh ugutan. Siap menunding jari penuh geram lagi. Berapi api bola matanya merenung raut tenang isterinya itu.

"Yalah tu. Nak berjalan pun tak boleh, lahi nak ugut orang." Bebel Ayra Affia, sangat perlahan.

Sayangnya, kata katanya itu sampai ke pendengaran Ashraf Daniel.

Makin beragin jadinya lelaki itu

"Hei, perempuan! Kau memang nak mampus cepat ya? Sebelum aku rasa naknmengamuk, baik kau berhambus. Kau ada pun hanya menyakitkan hati aku je. Tahu tak? jerkah Ashraf Daniel, benar benar naik angin.

Mujurlah dia hanya mampu bergerak dari bahagian kepala sampai pinggang. Jika tidak memang dah lama tapak kakinya mendarat di muka bersih gadis itu.

Suka menjawab! Benci dia.

"Pergi mana lagi? Tugas saya menjaga encik. So, dekat sinilah saya tinggal sampai tamat kontrak kahwin kita tu nanti" balas Ayra Affia dengan raut tak faham.

Bertamba tambah lagilah angin suaminya itu.

Bendul tak kene tempat!

"Kau pergilah mana pun, asalkan bukan ada di depan ke sekarang. Faham? Bentak Ashraf dengan dada yang sudah berombak ombak.

Sakit hati dengan sikap Ayra Affia yang jelas bertentangan dengan sikap lelaki itu.

"Yalah, yalah. Saya pergilah. Encik jangan nak marah marah sangat. Nanti tak pasal pasal makin buruk muka encik tu. Mana dengan luka, parut lagi. Lepas tu timbul pulak kedut kedut. Makin tak handsome muka encik yang sedia tak handsome tu."

Laju laju Ayra Affia berlalu ke sofa bila melihat muka Ashraf sudah berlipat lipat kali ganda merah daripada tadi. Nampaknya, dia sudah terlajak kata hingga raut lelaki itu sudah bertukar sebegitu sekali.

"Eii... dasar perempuan kolot! Mulut longkang! Tak guan punya perempuan! Maki Asraf Daniel sepunuh hati walau tak sekuat mana.

Jika tidak teringat pada pesan Datin Dahlia, mahu saja dia menjerit sehabis tenaga. Dia masih belum bersedia menjadi anak derhaka walau waktu ini tahap kebenciannya terhadap isterinya sudah lebih daripada tahap maksimum.

Lambat lambat Ayra Affia membaringkan tubuhnya ke sofa. Mati terus niatnya hendak menukar pakaian usai membantu bibik mengemas rumah. Sedangkan itulah niatnya ketika melangkahkan masuk ke dalam bilik iti sebentar tadi.

Melihat kemaraha Ashraf, dia bertanya tanya. Mampuka dia bertahan dengan perangai lelaki itu selama enam bulan ini?

Argh..! Tahan atau tidak, dia tetal perlu bertahan kerana dia sudah terikat dengan perkahwinan ini. Lainlah jika Ashraf sudi menceraikannya lebih awl daripada tarikh yang tertulis dalam kontrak perkahwinan mereka.

Tapi, mana pulak dia nak cari duit untuk membayar kos peeubatan maknya jika perkahwinan mereka dibatalkan lebih awal.

Aduh. Pening kepala Ayra memikirkan semua itu.

Tanpa sedar, dia terlelal dengan kepala masih memikirkan perkara yang sama.