1 PROLOG

"Dinggg! Dinggg! Dinggg….!" Gema bunyi loceng tersebar ke pelusuk kota. Bunyi gemaan loceng sebanyak 3 kali itu menandakan waktu malam bakal menjelang tiba.

Kelihatan warga kota mula bersurai tidak lagi berkumpul di warung makan, gerai-gerai di tepi jalan juga mula mengemas barangan mereka, pemilik kedai mula menutup tingkap dan mengunci pintu kedai mereka dengan selak dan manga besi, beza pula bagi sebahagian pekedai kelihatan mereka mengeluarkan sebatang tongkat kecil dari poket mereka.

Dilihat seorang Wanita tua seperti membisik sesuatu seakan mantera, tiba-tiba cahaya kecil muncil disekitar tubuhnya lalu meluru kearah pintu kedai miliknya dan muncul sebuah mangga berantai besi mengikat kedua belah pemegang pintu kedainya. Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan kedainya begitu sahaja.

Aneh tapi itulah kebolehan sebahagian besar penduduk di negara ini, Arcania sebuah negara jauh di bahagian utara dunia ini.

"Ryo! Oii Ryo!" satu suara memanggil susuk tubuh Bernama Ryo. Ryo yang sedang berehat diatas sebatang pokok lantas turun untuk menghampiri empunya suara itu.

"Yaa ada apa, tak nampak ke aku tengah berehat atas tu" jawab Ryo berjalan menghampiri sambil membersihkan habuk dan daun kering yang melekat pada pakaiannya

"REHAT! Kau kata REHAT! Kau tak buat apa pun hari ni RYO!" Empunya suara itu memarahi Ryo.

Manas mungkin tidak, Ryo tidak menghadirkan diri dalam ujian yang dijalankan hari ini untuk para pelajar tingkat 1 di Akademi Zeistia.

"Apa yang kau bisingkan ini hidupku biarlah aku yang tentukan sama ada nak hadir atau tidak ini bukan urusan mu, Ryota" balas Ryo sambil melangkah pergi meninggalkan Ryota yang masih beridiri di situ.

Melihat Ryo yang sedang meninggalkan dirinya, marah dalam dirinya meluap, penumbuk digengam segera meluru kearah Ryo dari arah belakang.

"Dush!" satu das tumbukkan menghentam belakang Ryo. Ryo tersungkur menyembah bumi. Terkejut dengan tindakan Ryota itu dia mengagahkan diri untuk bangkit semula sambil mennyisihkan debu tanah yang melekat pada mukanya.

"Heh, pengecut serang dari belakang" Ryo berdiri sambil memandang tajam Ryota yang baru sahaja menyerangnya dari belakang.

Ryota kelihatan bersedia untuk menerima serangan balas dari Ryo, kekuda dipasang tapi tidak bergitu kemas tapi sesuai dengan statusnya yang baru sahaja menjadi pelajar tingkat 1 di akedemi sihir Zeistia. Pandangan mata mereka tertaut bertukar renungan tajam dengan hembusan nafas yang seperti menahan amarah alam dirinya.

"Heh baru jadi pelajar tingkat 1 dah berlagak hebat" bisik Ryo dalam hatinya sambil melihat Ryota yang masih berpakaian seragam akedemi bewarna silver bersulamkan lambang akdemi dibahagian dada kiri. Tubuh Ryota yang sedikit berisi dan potongan baju yang mengikut potongan badan pemakainya menjadikan tubuh Ryota kelihatan tegap ditambah dengan fizikalnya yang tinggi sedikit berbanding Ryo.

"Apa kau mahu menentangku? adik tak berguna!" Ryota menjerit sambil merapal seungkap sihir sambil menhalakan tongkat kecil yang dikeluarkannya kearah Ryo. Satu cahaya kecil bewarna coklat muncul dihujung tongkat itu.

Diiringi partikal coklat membentuk seakan debu, membentuk seakan ketulan batu disekitar Ryota.

Ryo tidak melarikan diri melihat itu, bahkan dia bersedia untuk berhadapan dengan abangnya itu. Melihat 3 ketulan batu yang sedang terbentuk disekitar Ryota, dia dapat merasakan sihir tanah bakal menghentam tubuhnya.

"Rasakan ini!" Jerit Ryota lantas satu ketulan batu berukuran penumbuk manusia dewasa meluru kearah Ryo.

Walaupun ia meluru kearah Ryo ia masih dapat dilihat dengan mata Ryo, dia mengelak serangan itu, dan mengatur langkah menghampiri Ryota.

"ZUPPP!!" satu lagi serangan batu melesat kearah Ryo, kali ini ia menghentam kaki Ryo mengakibatkan dia kehilangan keseimbangan.

"Tak guna" gumam Ryo sambil cuba menyeimbangkan badannya agar tidak tersungkur lagi.

Ryota mengambil peluang dan melepaskan serangan yang ketiga menyasarkan bahagian dada Ryo, melihat serangan yang menghampiri itu, ia tau ini akan berakhir jika serangan itu menghentam tubuhnya dia akan terlantar lama diatas katil.

"penyihir tak guna!" jerit Ryo dengan sepenuh tenaga dia enggan menyerah kalah dia memaksa tubuhnya untuk menyisih sedikit kekanan keluar dari laluan serangan itu. Namun Ryo tidak menghindari serangan itu sepenuhnya bahkan satu tindakan yang mengejutkan Ryota.

Sekelip mata Ryota melihat, Ryo menangkap bola batu tersebut lantas mengikut momentum serangan itu, memutarkan tubuhnya melawan arah jam dan berjaya melencongkan serangan itu semula kearah Ryota.

"Nah ambik balik!" batu meluru semula kearah Ryota dengan laju, seakan kelajuan serangan itu bertambah tinggi. Ryota tidak berjaya mengelak bahkan menerima penuh serangan itu menghentam tubuhnya.

Bola batu itu berkecai menghentam Ryota menghasilkan kepulan debu menyelubungi Kawasan Ryota berdiri.

"ERGHH!" Ryota menahan sakit dibahagian dadanya kerana dihentam sihirnya sendiri. Dia mengesat liurnya yang terkeluar kelihatan bercampur dengan sedikit darah.

"Bagaimanas dia dapat lakukan itu" Ryota masih bingung adiknya itu dapat mencederakannya itu.

Ryota Kembali fokus, tapi dihadapanya Ryo telah menghilang!

"Dimana dia?"

Satu kelibat melompat dari arah belakang Ryota disebalik debu serangan tadi menjadi titik buta yang tidak mudah dikesan kerana tidak ada bunyi yang dapat ditangkap telinganya

Pada saat akhir Ryota perasan bayang-bayang dari arah belakang, segera menoleh kebalakang melihat sepakan junam sedang menghala kearahnya, dia bersiap membentuk pertahanan dengan tangannya sedia menerima serangan itu.

"Prittt!!!" satu tiupan wisel kedengaran dari jauh. Diikuti dengan akar yang menjalar meluru laju karah mereka berdua, serta merta akar melilit tubuh Ryo yang sedang berada diudara kini dia diberhentikan diudara, sementara satu tirai akar kayu muncul memisahkan mereka dan juga dililit akar kayu pada badan Ryota.

avataravatar
Next chapter