webnovel

enam sekawan

katniss seorang budak yang berumur 10 tahun.. dia perlu menghadiri sekolah 'ahli sihir' untuk mewakili keluarganya... dia mengenali lima sekawan yang dikenali THE KINGSTERN.. sekolah 'ahli sihir' merupakan sekolah yang melahirkn insan-insan yang berbakat dalam semua bidang.. terutamanya bidang perubatan dan teknologi.. setiap keluarga perlu menghantarseorang wakil.. hal ini kerana jika tidak mematuhinya.. anak anak setiap keluarga akan dibunuh.. dan dari situ la mulanya idup persekolahan katniss..

cintabuta · Fantasy
Not enough ratings
12 Chs

bab 9

"kenapa chard?"

"apadia wei"

"ada apa-apa yang berlaku ka?"

semua orang di dalam rumah tersebut menjadi terkejut dan mula tertanya-tanya apa yang berlaku pada richard.. sehingga dia terjerit.... hal ini menimbulkan kerisauan di hati suzanne kerana melihat riak kebimbangan di wajah richard..

jeritan kecil itu juga menarik perhatian pengawal peribadi richard yang diupah ayahnya sendiri... hal ini untuk keselamatan richard kerana keluarga mereka sering terlibat dengan ancaman jahat...

'apa yang buatkan dia terkejut?... ada apa apa yang berlaku ka?..' hati suzanne mula bertanya pelbagai soalan tetapi tidak diluahkannya...

bunyi tapak kaki yang terdengar seperti separuh berlari itu juga mengejut kan THE KINGSTERN dan serentak menoleh ke arah bunyi tersebut...

"eh pakcik zain... ?! macam mana pakcik ada kat sini?.. pakcik buat apa..?" tanya katniss serta merta kerana terkejut melihat ketibaan pakcik saudaranya di hostel secara tiba-tiba...

" ohh... katniss.. pakcik terkejut dengar jeritan tuan muda nii... kang jadi apa- apa jenuh kami berdua nak menjawab ngan tuan besar... tuan muda ok? " tanya pakcik zain dengan tergesa-gesa... dan penuh dengan kerisauan...

"tak.. ni korang tengok la ni... kumpulan 'monkey leader' takkan turun di sini.. di bandar ACE... tapi akan turun di bandar GATE.. huhuhu... nak tengok mereka... bandar GATE dah la jauh dari sini... mereka kumpulan yang terbaik dalam memberi arahan dan bercakap dengan monyet... mereka banyak aksi aksi yang comel bersama keluarga monyet... " terang richard panjang lebar kerana melihat kerisauan di wajah kawan kawannya...

tanpa menunggu banyak masa... romeo mula mengangkat tangannya perlahan-lahan dan menepuk secara manja di belakang badan tegap richard sambil mula mengomel.... dia mula berkata-kata...

" adoii... kau nii... aku ingat pasaipa laa kau nii... rupanya pasai 'group' tu ka... haih laa kawan aku sorang nii... aku ingat pasaipa laa..." romeo mula merungut dan mengomel tentang richard...

" heheheh... maaf laa... aku sedih tak dapat tengok 'group' kegemaran aku... huhu..." richard berbicara sambilmenunjukkan senyuman malu-malu kecil..

semua orang yang melihat telatah keanak anakan mereka membuatkan semua seisi rumah terhibur... ini termasuk la katniss... ya katniss... dia dalam diam mengalihkan pandangannya pada edward yang sedang senyum kecil... dia terpegun melihat senyuman manis yang menyerlah yang ditunjukkan oleh edward... ini membuatkan pipinya berona merah tanpa sedar...

" ok semua.. sudah sudah laa tu yaa... mari kita sambung bersarapan dulu... pakcik berdua pun mari la sertai kami..." suzanne mengajak semua selepas telah membuat senaman 'mulut'...

" eh tak perlu lah cik.. kami berdua sudah makan tadi.." kata seorang daripada pengawal peribadi yang dikenali ZAINKOLA.. merangkap pakcik saudara kepada katniss.. seorang lagi kawannya hanya mengiyakan sahaja... mereka cuba menolak semampu yang boleh... kerana itu etika mereka ketika masih bekerja....

"alaa pakcik zain.. mai la sertai kami.. suzanne masak banyak ni.. kalau pakcik tak ikut.. saya bagitau ayahanda saya..." richard pula yang mengajak sambil meletakkan sedikit ugutan mesra kepada pengawal peribadinya..

"baik tuan muda.. kami akan sertai" dengan serta merta kedua dua pengawal peribadi telah berada di meja makan.. seperti anak anak yang dipaksa makan... semua orang terhibur melihat suasana tersebut...

walaupun richard anak orang kaya.. dia tidak pernah membezakan kaya dan miskin.. dia berkawan dengan semua golongan.. dan ini menyebabkan semua pengawal peribadi fan pekerja di keluarga sangat menyayangi anak muda itu.. kerana pandai menghormati orang yang lebih tua darinya.. dan dari sikap nya itu la dapat mengikat hati suzanne....

banyak persoalan dan perbicaraan yang diadakan di meja makan tersebut... hal ini untuk mengelakkan dari kebosanan... romeo dan suzie jugak tidak menang mulut untuk bertelagah dan berperang mulut sesama mereka... ini menyebabkan suasana di meja makan meriah dan riang ria bersama dengan gelak tawa...

-----------------

DI RUANG TAMU-_-_-_-_-_-_-_-_

"errr... tuan muda?" pakcik zain memulakan bicara setelah semua sudah terduduk kekenyangan selepas sarapan.. hal ini kerana penangan masakan suzanne yang begitu sedap...

"ye pakcik.. ada apa?" jawab richard dengan santai...

" kalau saya nak berbual sebentar dengan anak buah saya boleh?... saya janji tidak akan mengambil banyak masa..." pakcik zain mengutarakan niatnyaa yang sudah lama dipendam sejak terjumpa dengan anak saudaranya... setelah 5 tahun berlalu... pakcik zain tidak berharap akan berjumpa semula si cilik kesayangannya.. dan tidak disangka.. mereka akan bertemu...

richard yang mendengar pertanyaan dari seorang pengawal peribadi merangkap orang kepercayaannya... richard membenarkan pakcik zain untuk berbual dengan katniss... kerana dia memang layak untuk berbual dengan katniss sebagai bapa saudaranya..

setelah mendapat kebenaran dari tuan mudanya... dia terus berlari mendapatkan katniss yang sedang berbual dengan suzanne dan suzie di dapur...

"katniss.. boleh pakcik berbual sebentar?.." pakcik zain mula bertanya dengan mesra sambil melirik ke arah katniss justru melihat suzie dan suzanne.. dengan menggunakan isyarat mata memohon kebenaran untuk berbual berdua dengan katniss...

"wei suzie.. jom teman aku kemas bilik nak tak? bilik kita tu pun banyak sepah"

"aik, asal pulak.. bilik aku tu kemas je laa"

"ish budak ni.. jom je laa"

suzanne menarik tangan suzie supaya bingkas untuk memberi peluang pakcik zain berbual dengan katniss...

"katniss... pakcik minta maaf... pakcik tak dapat jumpa kamu lima tahun yang lalu.. pakcik ada cari kamu dan mak ayah kamu... tapi tak pernah jumpa... pakcik minta maaf ye katniss... sebenarnya apa yang jadi 5tahun lepas? pakcik tahu-tahu kamu sekeluarga hilang dan tak dapat dikesan..."

katniss yang diam sejak tadi mula melihat bapa saudaranya yang penuh dengan rasa serba salah... katniss memegang tangan bapa saudaranya dengan erat seperti tidak mahu dilepaskan pergi..

"pakcik tiada salah apa pun.. mak ayah difitnah mengkhianati negara... kami dibuang negeri... tiada sesiapa yang dibenarkan untuk menolong kami mahupun berhubung.. semua teknologi kami diputuskan.... kami tinggal di dalam hutan paling penghujung.. bekalan kehidupan kami hanya apa yang ada di dalam hutan... " ujar katniss sambil mengingat semula peristiwa di mana mereka dibuang dan dihalau dari negeri sendiri..

pakcik zain yang mendengar luahan dari katniss.. terus datang memeluk katniss.. pakcik zain terus menerus memohon maaf..

sementara mereka berdua melepaskan rindu dan sibuk berbual... pada masa yang sama...

" hei gaiss... cepat ke sini.. aku jumpa sesuatu.." jerit romeo sambil menjerit terlolonh membuatkan semua seisi rumah bergegas ke sisi romeo untuk melihat apa yang dijumpainya...