1 bab 1 : Semangat Api

Elimental Heroes mengisahkan tentang daneal ace,seorang remaja yang bersekolah di sekolah tinggi sangkyo.Beliau merupakan seorang yang mudah mengikut gerak hati dan suka melakukan perkara yang lembab dalam masa yang sama lucu.Hal ini menyebabkan beliau sering diusik dan dibuli tetapi beliau tidak mudah mengalah dan selalu berfikiran positif.Dalam masa yang sama, beliau sering membuat latihan seni bela diri yang keras dan menjadi seorang yang kuat.Pada suatu hari, beliau terjumpa seorang lelaki misteri yang ketika itu dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.Bersama dengan lelaki tersebut ialah sebuah beg bimbit yang agak pelik.Daneal datang untuk membantu tetapi dihalang oleh sekumpulan organisasi yang tidak dikenali.Lelaki misteri tersebut menyerahkan beg bimbit memberi pesanan supaya menjaga dan berhati-hati dengan organisasi yang tidak dikenali tersebut.Daneal akhirnya dapat melarikan diri dan berada dirumahnya.Ketika berada dirumahnya beliau telah merasa beban yang sangat berat untuk menjaga beg tersebut.Tiba-tiba beliau merasakan sesuatu yang agak pelik dimana beg bimbit tersebut perlu dijaga dengan ketat dan beliau ingin membukanya.Selepas beliau membuka beg tersebut beliau melihat sebuah alat yang pelik dan sebuah serum yang berwarna merah kebiruan.Pada ketika itu sebuah organisasi yang tidak dikenali telah datang kerumahnya dan memecah masuk ke dalam rumah daneal,beliau sempat menyorok di dalam sebuah bilik dirumahnya.Pada ketika itu beliau terfikir jika beliau menggunakan serum itu,beliau boleh menyelamatka diri.Akhirnya beliau menggunakan serum itu kedalam badannya,dalam beberapa menit beliau merasakan perubahan pada dirinya.Beliau merasa dirinya dalam keadaan yang tidak menentu dan akhirnya perubahan terhadap dirinya selepas menggunakan serum tersebut selesai.Beliau melihat kearah cermin dan perhati perubahan tersebut.Ternyata perbahan tersebut telah menjadikanya seorang yang berkuasa.Semasa sedang leka dengan perubahan terhadap dirinya,beliau telah didatangi oleh seorang askar upahan dan demi menjaga keselamatan diri daneal mula bertarung.Daneal merasakan tenaga api mula membara didalam hatinya untuk bertarung.Askar upahan mula menembak peluru kearah Daneal tetapi beliau sempat untuk mengelak dan mula menyerang balas.Pada serangan pertama,tumbukan daneal mula mengeluarkan asap yang pelik,pada pukulan kedua terdapat bebola api yang keluar daripada tumbukanya.Beliau berasa agak terkejut akan kuasa yang beliau keluarkan.Selepas terdengar pergelutan di sebuah bilik,askar upahan lain datang dan perhati ada kesan terbakar disekitar bilik tersebut.serangan mula dilakukan terhadap Daneal.Daneal yang ketika itu dalam keadaan terkejut mula diserang oleh sekumpulan askar upahan untuk membunuhnya,tetapi beliau bangkit dalam keadaan ragu-ragu mula menentang askar upahan tersebut sehingga rumah yang didiaminya hangus terbakar akibat kuasa yang dilepaskan oleh Daneal.Akhirnya Daneal melarikan diri agar tidak dikesan oleh organisasi yang tidak dikenali tersebut.

avataravatar
Next chapter