1 chap_1| the loyal sword

Pedang di angkat tinggi sebelum prangg...bunyi geseran keping besi berlanggar dan memenuhi molekul udara. Si pemuda dari al-hejaz terus menghentam bilah pedang pada pedang di tangan pihak lawan dengan gayanya yang angkuh dan cermat. Bauan fern dan geranium bersatu dengan helaan nafas si pemuda dan akhirnya...

Zruppp...

Bauan tadi diselang dengan limpahan ferum yang memekat. Si pemuda dari al-hejaz terus mengangkat pedang  dan di selit pada celahan bajunya yang hitam.

Mata amber miliknya memerhati tanah gersang yang kini bersalut cecair likat. Seketika dia diam tanpa suara sebelum dia berlalu dan kuda di depan ditunggang penuh cermat. Tali pada kuda kuda, terus ditarik dan langkah diatur ke arah kawasan yang lebih sunyi dan gersang dari tempat tadi.

      "Ya adra...kau dari mana?"

Adwa di sisi terus menarik kain skarf yang melilit cantik pada leher aku yang putih melepak. Mata amber miliknya tajam membunuh anak mata amber milikku. Adwa adalah abang kandung aku. Tak. Adwa bukan saja abang kandung...tapi dia adalah segalanya bagi aku.

Perlahan-lahan aku turun dari kuda dan tersengih indah di depan adwa. Adwa pula memerhati aku atas bawah dengan dahinya yang berkerut. "Jangan kata kau pergi ke tanah merah?" Dan anak mata dia terus menerus menikam anak mata amber milikku.

      "Adwa...aku okey. Tak ada luka dan carik pada badan ."

Dan bibir aku terus sengih cantik pada adwa. Lepas aje habis menjawab adwa tarik pipi aku kuat sebelum akhirnya tubuh aku ditarik ke dalam pelukan. "Ya Allah Adra...jangan lah pergi lagi ke kawasan tu. Perempuan macam kau...tak elok pergi ke sana. Kalau ada yang berperang...biar saja aku yang pergi. Kau duduk dalam khemah dan urus apa yang patut."

Belakang aku ditepuk berulang kali.  Aku di dalam pelukan adwa hanya berdecit bosan. Adwa...bila membebel...memang kalah mak-mak di luar sana.

     "Duduk dalam khemah tak best. Aku tak boleh main pedang. Ya know...it's my favourite game."

Pelukan dilepaskan dan aku dengan cermat mengeluarkan pedang yang terselit kemas pada baju yang aku pakai. Gagang pedang yang disalut amethyst aku cengkam sambil mengukir segaris senyuman pada adwa.

Adwa pula masih merenung aku tajam.

     "Pedang adalah kesukaan adra.....sama dengan adwa kan?"

      "Adra..." Pegang di tangan kecilkj dirampas dengan cermat oleh adwa dan dengan penuh gaya dipusing dan membelah molekul udara di antara kami. "Pedang memang boleh jadi pelindung dari musuh...tapi pedang juga boleh jadi musuh kepada tuannya. Aku tak nak kau main lagi dengan pedang."

Dan hujung mata pedang ditujukan pada wajah aku.

    "Boleh kan adra?"

Bibir merah milik adwa terjongket tajam pada aku. Aku pula diam tak bergerak tapi dengam kelajuan cahaya, terus tangan aku merampas pedang di tangan adwa. Kemudian bibir aku pula yang mengukir senyum.

     "Maaflah abangku, adwa. Adinda mu ini...tak boleh menjunjung perintah. Sebab pedang ni..." Pedang diangkat ke udara. "...dah jadi separuh dunia adra."

Jelingan tajam dari adwa kepadaku. Kami berbalas pandang sebelum adwa mengeluh lemah.

      "Adra sayang...nanti ada orang yang akan masuk meminang adra. Adra tahu kan?"

Nafas berat dihela dari seculas bibir aku yang merah merekah. Wajah adwa aku pandang lama sebelum beralih pada humaira yang berdiri cantik di sebelah adwa. Humaira adalah tunang kepada adwa. Dan untuk soalan adwa...aku hanya mampu mengangguk dan diam tanpa suara.

     "Adra...mari masuk. Humaira ada siapkan makanan." Lengan aku ditarik lembut oleh humaira. Tapi bila pedang aku ingin dirampas, laju aku sengih dan menyelit pedang ke celah kain hitam bajuku.

     "Oh kakanda humaira sayang....adra lapar. " Dan langkah aku diatur sama. Mengikut jejak langkah humaira ke khemah. Khemah di atas tanah gersang. Hampir seminggu kami tinggal di dalam khemah kerana masa ni banyak peperangan di tanah merah sedang berlaku. Dan adwa salah seorang pemuda yang turut sama.

Aku pula....satu-satunya perempuan yang turut sama berperang dalam pakaian hitam. Biasanya...bila aku pergi berperang...aku akan pakai sekali dengan serban dan skarf hitam. Mungkin sebab tu....ramai yang menganggap aku sebagai pemuda.

Biarlah....asalkan aku dapat turut sama berperang.

      "Kenapa adra nak pergi sana? Humaira kan ada dekat khemah...boleh teman adra. Lagipun...nanti bila keluarga yaseer datang dan nampak luka pada badan adra. Mesti perkahwinan tak jadi. "

     "Adra tak sedia lagilah humaira. Adra rasa...adra nak hidup sendiri dulu. "

Dan helaan nafas humaira berubah kasar.  Serentak tubuh aku ditolak lembut dan anak mata hitam dia bertemu dengan anak mata amber milikku. Lama. Dan di sebalik lensa kaca hitam milik humaira...aku tahu dia rasa sedih dan simpati kepada aku.

      "Kenapa husna? Sebab fairiz? Sebab lelakj yang dah hancurkan hati husna dulu?"

Aku terus mendengus kasar bila nama fairiz terkeluar. Mata amber aku jatuh merenung tajam anak mata humaira. "Adra! Aku adra! Bukan husna! Sebab husna al-aisyah dah mati 7 tahun lalu!" Suara aku naik seoktaf dan aku terus berlalu ke arah khemah. Humaira di belakang kaku dan berhenti dari mengikut langkah aku yang makin ke depan.

Husna al-aisyah...

Takkan ada lagi husna Al-aisyah kerana di dalam jiwa aku kini disulam indah dengan nama adra. Dan aku adalah adra assafiyah...adik kepada adwa. Pemilik pedang yang disalut amethyst pada gagangnya.

For those who doesnt know me....i'm adra assafiyah...the owner of the amethyst sword. And for remembered soul, they called me....

The loyal sword.

🗡️DreamHole| crushtaker🗡️

         "High lord emerish! Kami dari tanah gersang mahu memberi khabar berita. " Seorang pemuda dalam kelengkapan sepersalinan besi melutut dan menyembah bumi. Lebit tepat lagi menyembah high lord emerish yang duduk angkuh di atas takhta zatu zircon miliknya.

High Lord emerish. Dengar namanya saja...penduduk akan rasa sejuk hingga ke tulang. High lord emerish...bukan saja terkenal kerana kelicikan dia dalam urusan pentadbiran...bukan saja kerana ketampanan dia yang merupai dewa...tapi juga kecerdikan dia dalam urusan perang.

He's the greatest high lord in the world.

        "So...what's the conclusion?"

Suara penuh autoriti high lord emerish memenuhi ruang pertabalan istana. Mata sapphire miliknya tajam menikam tubuh pemuda yang sedang melutut di bawah sana.

     "We lost again. Because of him."

Perlahan suara yang terkeluar dari bibir adeen. Tubuh dia yang sasa kini menggeletar kerana takut. Takut dengan high lord emerish yang sedang memerhati dia dari atas takhta.

Lepas adeen menjawab, tawa high lord emerish pecah. Pedang emas di sebelah dia angkat dan dihala ke udara. Dan kemudian diputar dengan gaya angkuh seorang high lord.

     "Ya adeen. Kau sudah tahu perkara yang paling aku benci. " Gagang pedangnya yang dihias batu zircon direnung dan dibawa ke bibir merah penuhnya. Lantas batu zircon dikucup sekilas. "I'm the one...who doesnt take the fail such as answer."

Langkah diaturkan dengan penuh angkuh ke arah adeen di bawah takhta. Bibir merahnya terjongket tajam dengan seraut wajah yang beku mengalahkan ais di utara.

      "High lord..."

Baru adeen ingin bersuara, dua mata pedang dah bersilang di atas batang tengkuk milik adeen. Pedang dari dua 'sayap' kanan dan kiri high lord emerish. "Dont ever talk to our lord with that loser mouth." Satu suara tegas yang menjawab. Dari sayap kanan high lord emerish.

High Lord emerish pula diam dan hanya melangkah mendekat. Hujung pedangnya dihala pada bawah dagu adeen dan diangkat ke atas. Supaya mata mereka bersatu.

    "Bring me...the one who killed our men."

Dan suara high lord emerish tajam membelah sunyi. Adeen di depan hanya mengangguk laju.

     "Kali ni...kalau kau gagal....aku akan pastikan...nyawa kau akan diragut oleh mata pedang ni. " Mata pedang ditusuk ke dalam kulit leher adeen. Sedikit supaya ada titisan merah yang mengalir keluar."...dan tubuh hina kau akan dicampak ke tanah hijau dan jadi santapan kepada serigala dan anjing."

Mata sapphire milik high lord emerish bersinar angkuh di bawah takhta batu zircon. Angkuh dan tegas dalam masa yang sama. Adeen di depan laju mengangguk sebelum tubuh sasa dia diheret oleh sayap kiri high lord emerish.

 

avataravatar
Next chapter