1 LAGENDA KARKERSZ

Diari Budak Nakal

Segalanya ketentuanya kuterima.segala takdirnya ku redha.Keluhan hatiku tiada siapa yang memahami.segala ujian yang mendatang mengajar diri lebih menghargai dan bersyukur apa yang dinikmati selama ini...masa yang berlalu pergi pasti tidak akan kembali..kehilangan orang tersayang memeritkan lagi perjalanan hidup..inilah kisah benar coretan Diari Budak Nakal untuk Dikongsi sesama insan bergelar manusia. IkhlAs DAri BudaK NakaL. >:)

aku amat sayangkan  kampung halamanku...dibelakang rumah terbentang lautan yang cukup indah....susana kampung yang aman damai dan harmoni...disinilah tempat aku bermain bermandi-manda sewaktu kanak-kanak riang....tak kan kulupakanmu wahai kampung halamanku dimana tempat tumpahnya darahku...

24 mei 1986 - Lahirnya seorang budak nakal...

24 may 1986 pada jam 3 pagi hari isnin di bulan puasa di ruang tamu sebuah rumah kampung umbai melaka, lahirnya seorang bayi lelaki yang diberi nama Mohd Zulhakim Amry bin Ghazali anak ke 3 dari 8 orang adik beradik 7 lelaki dan seorang perempuan..sejak kecil lagi aku sudah terpisah dengan 2 orang abangku yang masing-masing dijaga oleh mak sedara sebelah abah..saat aku berusia 3 tahun, umi dan abah telah bercerai..aku dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah bersama adik perempuanku oleh umi serta atokmak dan atukabah dengan didikan agama yang cukup sempurna di rumah atukmah dan atukabah..aku tiada rumah sendiri seperti kawan-kawan yang lain..

Hidupku sekeluarga hanya menumpang belas ihsan atukmak dan atukbah..umi anak bongsu dalam keluarga..sememangnya anak yang paling dimanjakan atukmak..sehinggakan aku pun mendapat curahan kasih sayang yang tiada bandinganya didunia ini oleh atukmak...walaupun tegas,tak pernah sekalipun aku dijentik inikan pula dipukul..betapa sayangnya atukmak pada aku,dengan didikan yang penuh dengan kasih sayang,seawal 6tahun aku sudah khatam al-quran 

walaupun kehidupan aku sekeluarga hanya sederhana..

cukup makan pakai sahaja.untuk berbelanja barang permainan untukku dan adik umi tak mampu..umi hanya pekerja kilang yang mana pendapatan sebulan lebih kurang RM300..itupun sudahcukup untuk menampung belanja dapur untuk keluaraga.Sejak kecil lagi aku tak berapa mengenali abahku,yang aku ingat ialah,seorang lelaki pernah datang ke rumah duduk di tangga luar rumah membawa sehelai jaket berwarna coklat lalu memberi pada aku sambil berkata dialah abahku...waktu itu aku baru berusia 4-5tahun..aku sangat keliru,hanya bersalam denganya dan ambil jaket yang diberi tanpa berkata apa-apa pada abah..umi pernah cerita serba sedikit tentang abah pada aku sebelum ini,cuma waktu tu aku tak berapa faham apa itu abah dalam jiwa aku,yang aku tahu ialah umi,adik,atukmak dan atukbah...inilah kali pertama aku melihat abahku depan mata ku sendiri...bagiku,tanpa kasih sayang abah pun aku sangat bahagia bersama keluargaku..selepas abah berlalu pergi,hari demi hari aku ternanti-nantikan kedatangan abah dengan membawa pakaian baru dan barang-barang pemainan untukku..

Hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan tahun demi tahun aku menunggu tanpa jemu,tidak juga abah muncul..saat itu aku mula terasa rindu pada abah..jaket yang diberi pada aku masih tergantung kemas dalam almari baju aku,setiap tidur malamku aku memakai jaket pemberian abah sebagai tanda aku menghargai yang teramat sangat pemberiannya..sehingga umurku 7tahun, abah tak pernah datang menjenguk ku lagi...aku pun telah lupa tentang dirinya...tapi dijauh lubuk hatiku,aku ingin bertemu kembali denganya...aku ingin merasakan kasih dan sayangnya walaupun seketika,tapi amat bermakna dalam hidupku..aku pun teramat rindukan abang-abangku yang dijaga oleh makcik sedara...setiap cuti sekolah dan cuti perayaan mereka akan balik bercuti bersama aku..saat bersama yang aku rindukan, bermain game bersama walaupun adakalanya aku makan hati dipinggirkan untuk bermain bersama..tapi aku tak kisah,asalkan aku dapat merasakan suasana riang bersama..walaupun tak kekal lama,waktu berlalu tanpa sedar,mereka pergi meninggalkan aku semula untuk menjalani kehidupan biasa mereka bila waktu cuti hampir tamat.Saat pemergian abang-abangku,akulah yang paling sedih..tinggallah aku bersama adik perempuanku tanpa teman bermain..berhari-hari aku kemurungan sendirian..ditelinga sentiasa terngiang-ngiang riuh rendah gelak tawa abang-abangku...apakandaya,aku tak mampu berbuat apa-apa,aku tak mampu nak menghalang waktu yang terus beredar untuk aku menikmati keriangan bersama mereka,cerita-cerita menarik mereka yang hidup dibandar...aku sentiasa mengimpikan kehidupan seperti mereka,dapat pakai pakaian cantik-cantik,makan makanan yang sedap-sedap, kawan-kawan ramai...tapi, kasih sayang yang dicurahkan oleh atukmak mengatasi segala keindahan angan-anganku..aku tetap bersyukur takdir hidupku hanya dibesarkan dikampung dengan kehidupan yang sederhana..walaupun hari-hariku bermain di hutan belakang rumah, panjat pokok,mandi lautdan sungai,bermain pasir di halaman rumah disebelah petang, mengaji al-quran disebelah malam...

Aku tetap gembira dengan kehidupan aku..Rutin harian yang tetap sama aku lalui tanpa jemu...Sehinggalah aku memasuki alam persekolah...Hari yang amat-amat aku nantikan..bermacam-macam gambaran yang bermain dibenak fikiranku...suasana persekolahan,kawan-kawan dan macam-macam lagi...aku tidak sabar untuk menanti hari pertama aku memakai pakaian sekolah rendah..

Diari Budak Nakal

Segalanya ketentuanya kuterima.segala takdirnya ku redha.Keluhan hatiku tiada siapa yang memahami.segala ujian yang mendatang mengajar diri lebih menghargai dan bersyukur apa yang dinikmati selama ini...masa yang berlalu pergi pasti tidak akan kembali..kehilangan orang tersayang memeritkan lagi perjalanan hidup..inilah kisah benar coretan Diari Budak Nakal untuk Dikongsi sesama insan bergelar manusia. IkhlAs DAri BudaK NakaL. >:)

 24 mei 1986 -  Lahirnya seorang budak nakal... Tahun 1993 - Alam Persekolahan- >:-) Home ▼

Tahun 1993 - Alam Persekolahan- >:-)

Tahun 1993 adalah tahun aku memasuki alam persekolahan darjah 1..segala persiapan persekolahan telah tersiap sedia malam sebelum aku memasuki hari penuh bersejarah bermulanya alam persekolahanku...baju seluar baru tersiap digosok atokmak  tergantung rapi di dalam almari,kasut dan stokin sekolah tersusun di ruang tamu berserta beg dan peralatan menulis...walaupun hanya bersederhana dalam persiapan,tapi aku cukup bersyukur yang aku berpeluang untuk bersekolah...tidur malamku tidak lena memikirkan tentang suasana alam persekolahan yang pertamaku....angan-angan sentiasa bermain difikiran bersama semangat menuju kejayaan untuk dibuktikan kepada semua ahli keluarga apabila aku berjaya cemerlang dalam pelajaran,mendapat pekerjaan yang memberi pendapatan lumayan,aku akan membahagiakan mereka dengan kehidupan yang selesa suatu hari nanti...umi tidak perlu lagi bersusah payah berpenat lelah memerah keringat dari siang hingga malam untuk bekerja di kilang lagi....segala angan-angan ku layari dalam bayangan sehingga terlena tanpa ku sedari...

Sehingga terdengar suara yang ku tak asing lagi mengejutkan ku tersedar dari lenaku,rupanya suara orang yang aku sayangi lagi kasihi,atokmak menyuruh aku mandi dan sembahyang subuh serta bersiap-siap untuk kesekolah...walaupun mata ni berat untuk dibuka,tapi semangat hari pertamaku untuk bersekolah dapat menepis segala mimpi-mimpi indah untuk dilayari....aku bingkas bangun terus mandi dan bersiap-siap memakai pakaian sekolah yang baru...jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.Roti canai dan nasi lemak makanan kegemaranku sudah terhidang beserta air milo yang sememangnya menjadi minuman kegemaranku setiap pagi untuk bersarapan...segalanya disediakan oleh atokmak dengan penuh kasih sayang yang tiada tandingannya...aku bersyukur sangat dapat nenek seperti atokmak...kadangkala terasa takut sangat bila diri ku  tidak lagi dapat merasakan kasih sayang atokmak..tapi sememangnya aku menghargai setiap apa yang atokmak curahkan kasih sayangnya...Hidupku penuh kekuatan beserta semangat kasih dan sayang atokmak ku bawa bersama...Tidak pernah aku mengangap atokmak seperti nenekku,aku menanggap ia seperti ibuku sendiri...ape-ape pun aku tetap bersyukur dengan ape yang tuhan dah kurniakan pada aku...

Selesai bersarapan, aku bersiap mengalas beg sekolah untuk ke sekolah, atokbah sudah bersedia menghidupkan enjin motor untuk menghantar aku ke sekolah...sebelum bertolak,aku bersalaman dengan atokmak dan umiku..atokmak menghulurkan duit belanja sekolah 50sen serta air botol sebagai bekalanku... penuh debaran dalam dada untuk aku melalui saat- saat alam persekolahan..macam-macam perasaan bermain difikiran, malu, takut semuanya ada....Tapi itu tidak mematahkan semangat untuk aku meneruskan langkah pertamaku di dalam sekolah....pesanan dan kata-kata semangat daripada atokmak sentiasa terngiang di telingaku...salah satunya ialah apabila berjalan memasuki kawasan sekolah hendaklah dilangkahkan dengan kaki kanan terlebih dahulu beserta membaca doa penerang hati,apabila berselisih dengan cikgu,hendaklah memberi salam tanda hormat....Aku tidak mensia-siakan pesanan atokmak,aku memparktikkanya sentiasa dan selamanya...Setibanya dikawasan SEKOLAH RENDAH DATO' HAJI BAGINDA UMBAI MELAKA,

atokbah memberhentikan motor dikawasan parking motor dan membawa aku berjalan terus menuju kelas pertamaku ialah kelas DARJAH SATU MARIKH, disebelah kelasku ialah kelas DARJAH SATU MUSYTARI...hanya ada 2 kelas sahaja untuk pelajar darjah satu...kusangkakan hanya aku sahaja yang berasa ganjil untuk bersekolah kali pertama,rupanya ada yang lebih teruk lagi..ada yang menangis meraung sekuat hati apabila ibu dan ayahnya meninggalkanya seorang diri untuk bersekolah...inilah pengalaman pertamaku memasuki alam persekolahan...

setibanya dihadapan kelas, kulihat kebanyakannya ialah kawan-kawan satu kampung denganku...semakin ghairah dan bersemangat untuk aku meneruskan persekolahan kerana tidak perlu takut dan risau tentang kawan-kawan,kebanyakanya memang teman bermainku setiap petang di kampung...setelah bersalaman dengan atokbah,aku terus beratur bersama kawan-kawanku dihadapan kelas sebelum masuk kedalam kelas dengan diiringi guru kelas iaitu CIKGU SOFIAH sama seperti nama umiku SUFIAH....walupun cikgu sofiah lemah lembut,tapi adakalnya cikgu sofiah bertukar watak menjadi sangat garang bila semua murid kelas membuat bising dan bermain...biasalah,budak-budak lagikan...aku mendapat tempat duduk di hadapan sekali,dan disebelah aku ialah seorang perempuan yang aku tak pernah tengok dan kenal namanya NURUL AIN...walaupun tak rela mendapat tempat disitu,tapi ianya telah ditetapkan cikgu sofiah....

Sesi suai kenal bermula....cikgu sofiah memperkenalkan diri dan meminta semua murid memperkenalkan diri dihadapan kelas  setiap seorang,walaupun aku gementar menungu giliran,aku sentiasa bersedia menyusun ayat dan perkataan untuk memperkenalkan diri kepada semua kawn-kawan kelas...walaupun aku ni jenis yang ligat dikampung,tapi pengalaman sekolah kali pertama ni yang membuatkan aku kaku kelu di tempat duduk tak biasa dengan keadaan suasana didalam kelas lagi...macam-macam ragam dan perangai yang aku dapat tengok bila masing-masing disuruh kehadapan kelas untuk memperkenalkan diri masing-masing...ada yang mengigil-gigil dan ada pula yang macam robot tegak kaku tak berkata apa...malu pun ada...hahhha..macam-macam...apabila tiba giliran aku,dengan penuh lancar dan bersemangat aku memperkenalkan diri aku kepada semua murid...bila semuanya telah selesai,aku rasa sangat lega kerana melepasi saat memalukan terpaksa berada dihadapan kelas sambil diperhatikan semua teman sekelas.....sangat mencabar minda....huh....suasana sibuk hari pertama didalam kelas menyebabkan sesi belajar tidak dapat bermula kerana cikgu sofiah terpaksa menyelesaikan banyak perkara....susana dalam kelas riuh rendah apabila cikgu sofiah keluar untuk menyelesaikan tugasnya....aku termasuk sekali join kawan-kawan yang lain meriuh rendahkan lagi kelas SATU MARIKH...berbeza dengan kelas MUSYTARI,susana tenang didalam kelas tersebut....apabila tiba waktu rehat,aku bersama kawan-kawan terus menuju ke kantin sekolah dengan berbekalkan wang saku 50sen cukup untuk aku memakan sepinggan nasi lemak yang berharga 30sen  dan secawan air berharga 10sen...ada lagi wang lebih 10sen aku simpan untuk membeli jajan bila balik nanti....susana hari pertama aku bersekolah amat menyeronokkan sekali...dapat bergaul dengan ramai kawan-kawan baru...bermacam macam ragam perangai dapat aku kongsikan bersama....

Tiba waktu pulang  sekolah jam 12.30 tengahari, atokbah telah berada dihadapan pintu utama sekolah menunggu aku...cukup menyenagkan aku...tak perlu bersusah payah menunggu lama atau berjalan kaki pulang kerumah...segalanya telah tersedia...aku antara orang yang sangat bersyukur dikurniakan dengan keadaan sempurna dan kemudahan yang tersedia ada untukku...setibanya dirumah,orang pertama yang menyambut kepulanganku adalah atokmak,macam-macam pertanyaan atokmak padaku tentang sesi persekolahnku...aku ceritakan pengalamnku pada atokmak..atokmak cuma tersenyum dan menyuruhku mandi dan makan tenghari tersedia di meja untuk dimakan bersam-sama...umi pukul 12 tengahari lagi telah pergi bekerja...tinggallah atokmak dan atokbah bersama adik perempuanku anis dirumah jika aku kesekolah dan umi pergi bekerja....setelah makan tengahari,aku mengikut atokbah ke surau untuk sesi mengaji al-quran..atokbah adalah imam dikampung dan ditugaskan untuk mengajar semua kanak-kanak kampung mengaji al-quran dan muqaddam..atokbah sangat tegas ketika mengajar..rotan buluh nipis sentiasa ditangan ketika mengajar...tapi aku tak pernah rasa lagi la...sebab aku mudah dapat tangkap ape yang diajarkan..mungkin itu satu kelebihan dalam diri aku..aku senang belajar ape yang diajarkan...walaupun aku dah pernah khatam,tapi tetap atokmak suruh mengaji untuk aku lebih lancar dan dapat membaca dengan betul sendiri...yang seronoknya mengaji bersama atokbah bila selesai mengaji je,atokbah akan mengupah setiap seorang muridnya 20sen untuk membeli aiskrim ataupun jajan...begitulah rutin setiap hari aku apabila memasuki alam persekolahan..tiada yang berbeza....

Aku antara murid yang boleh dikatakan ligat dalam kelas sewaktu cikgu tiada,tapi bila cikgu tengah mengajar,aku amat menumpukan apa yang diajarkan cikgu...aku juga antara murid-murid yang paling berani bertanyakan soalan jika apa yang diajarkan cikgu tu aku tak paham,aku tak rasa nak perlu takut lau nak bertanyakan soalan..memang pada mulanya aku ada juga rasa malu,tapi ape nak malu,kat kampung pun setiap masuk waktu solat suara aku yang tak berapa nak merdu ni berkumandang mengalunkan seruan azan di masjid.dari aku berumur 5tahun atokbah dah praktikkan aku untuk azan bila masuk waktu solat...mungkin itu yang membuatkan aku ada keyakinan diri..Yang paling-paling aku tak sangka, aku dilantik menjadi KETUA DARJAH SATU MARIKH..Aku amat bangga dan tanggungjawab yang diberikan Cikgu Sofiah pada aku takkan sekali-kali aku persia-siakan....Dan disebabkan lantikan itu juga  membuatkan pelajaran aku sangat memberangsangkan....peperiksaan pertengahan tahun aku mendapat tempat didalam kelas dengan markah semua matapelajaran 100%....Orang yang paling bangga dalam kampung adalah atokmak dan atokbah...satu kampung heboh dengan keputusan aku...aku lagi la bangga dengan diri aku sendiri,satu kampung kenal aku DAK HAKIM...( Orang melaka la katakan )...

Hari berlalu berganti hari begitu pantas tanpa kusedari...Satu hari yang mengejutkan aku apabila pulang dari sekolah,dari jauh aku lihat rumahku didatangi tetamu,dari wajah tetamu yang datang tu aku macam pernah tengok...Rupa-rupanya ahli keluarga sebelah abah datang kerumah untuk berbincang tentang sesuatu yang aku tak tahu dan tak boleh tahu sebab budak2 takboleh campur urusan orang tua-tua...tapi yang peliknya abah takde sekali datang,cuma wakil dari kuarga abah je datang...aku tak peduli la,sebab aku pun ada komitmen jap lagi nak kena bersiap2 makan tengahari dan menghadap rotan halus atokbah masa mengaji....

Home

View web version

MenGeNai DiRiku

BuDaK NaKaLumbai, melaka, Malaysia.aku adalah seorg yg penuh dgn harapan dan cita-cita...idupku sehari hari mengejar peluang yg datang,sekali terlepas,selamanya xkan kembali lg,..wlaupun di usia muda,banyk ranjau dan onak duri idup ni aku lalui,,, aku belajar drp segalanye,,dgn penuh pengharapan pd tuhan yg idupku dijauhkn drp malapetaka bencana,dimurahkn lg rezeki,diberkati dgn limpahan rezeki dr sumber yg halal,dikuatkn diri menempuh segala mcm ujian yg mendatang agar mematangkn diri untuk membangunkn diri ini semula, dan yg paling penting tidak lg kehilangan org yg tersayang dalm dunia ni lg...amin.View my complete profile

Powered by Blogger.

avataravatar