1 Prolog

AYDEN💍AISYH

"MA, bagitau Ayden yang mama bergurau. Kan ma? Mama gurau kan?" Neil Ayden Raeqal cuba tertawa, ingin mengusir rasa pedih di hati. Dia memandang dalam wajah ibunya yang tampak keresahan.

Puan Besar Ratna menggeleng. Lantas, tubuh sasa itu dipeluk, memberi kekuatan supaya anaknya terus bersabar.

Ayden yang melihat gelengan itu terasa direntap jiwa dan raganya. Tanpa diminta, air matanya turun membasahi pipi. Pertama kali di dalam hidup seorang Neil Raeqal, menangis kerana wanita. Pertama kali di dalam kamus hidup Neil Raeqal, dia berasa pedih dan sedih kerana seorang hawa.

"No. I can't believe this, ma. I can't". Ayden menggeleng kepala lantas jatuh melutut di hadapan mamanya. Terasa lemah segala sel di tubuhnya. Dia tidak mampu bangun lagi, kerana wanita yang dia cintai tidak akan pernah mampu kembali lagi ke dunia ini.

Hazel Ryanna.

Sebaris nama yang memberi kesan kepada Ayden. Dialah pemberi makna cinta, dia jualah pemberi makna derita.

Memang benar, sebelum ini, seorang Ayden, pernah bercinta. Tetapi, itu semua sekadar cinta monyet. Diperlukan apabila kawan-kawan bersembang tentang kekasih. Tetapi, hadirnya Hazel, memberi seribu perubahan kepada dirinya. Dia mulai kenal apa itu setia, dan dia mulai kenal apa itu erti sebenar sebuah percintaan.

Dia sudah merancang bahawa dalam masa terdekat ini dia akan menghalalkan hubungan mereka meskipun ada bantahan daripada nenda. Tetapi, dia peduli apa. Perkahwinan sama darjat itu hanyalah penghalang cintanya. Dia rela hilang harta asalkan dia bisa berkahwin dengan orang yang dicintainya.

Tetapi kini, Hazel sudah pergi buat selamanya. Tatkala dia baru sahaja berjinak dalam cinta.

"And one more thing, Ayden. You.. youu.. err," sukar rasanya lidah seorang ibu untuk melukakan hati anaknya. Dia tahu bahawa kata-katanya ini nanti pasti akan dibantah hebat oleh pemuda itu. Siapa tidak kenal dengan sikap Neil Raeqal ini. Perangainya persis seperti papanya semasa muda dulu. Jika A katanya, maka A lah mahunya.

Ayden pandang ke atas, memandang wajah sang ibu yang sayu membalas pandangannya.

"Me what, ma?" soalnya tidak sabar.

Puan Besar Ratna menarik nafas dan menghelanya dengan berat. Berat sungguh rasanya mahu memberitahu anak tunggalnya itu tentang apa yang akan berlaku setelah ini.

Neil Raeqal? Bukan prinsip hidupnya jika kehidupan dia diatur. Tapi, apakan daya. Mereka terpaksa melakukan ini demi mewarisi Neil A. Corporation.

"Ayden kena kahwin dengan Melissa Rose".

Ayden terus bangkit dan mencerlung tajam ke arah Puan Besar Ratna. Melissa Rose? Gilakah nak kahwin dengan perempuan tu? Ya, dia mengaku dia memang jenis yang bersosial bebas. Tetapi, dia tidaklah sampai meneguk air haram dan keluar masuk hotel dengan lelaki yang berbeza-beza setiap hari.

Tak, dia takkan kahwin dengan perempuan macam tu. Kalau betullah dia akan kahwin suatu hari nanti, dia pasti akan cari seseorang yang sifatnya sama seperti Hazel. Sopan dan pandai menjaga maruah diri. Bukannya seperti Melissa Rose itu.

"No, ma. Please, Ayden tak nak kahwin dengan orang yang Ayden tak suka. Ayden baru je kehilangan Hazel, and now, you ask me to marry Melissa? What a nonsense. Ni mesti nenda yang paksa, kan?" tiada niat di hati mahu menengking mama sendiri. Tapi, di saat hati dia bercelaru untuk menerima kenyataan bahawa Hazel sudah tiada lagi, dia pula menerima berita sebegini?

Nenda. Asyik-asyik nama itu yang suka bertindak sesuka hatinya. Kalaulah dia tidak hormat dengan orang tua itu, memang sudah lama dia tembak mati. Semua benda dia mahu ikut kata dia. Neil Raeqal bukan robot, dititah begitu sahaja. Bukan juga hamba, diarah ikut seenak hati orang tua itu sahaja.

Dia juga manusia. Punya hati dan perasaan. Tetapi, layanan nenda persis mahu jadikan dia sebagai hamba Neil A. Corporation. Apa? Hebat sangatkah syarikat gah itu sehingga dia harus mengorbankan masa depannya semata-mata mahu memuaskan hati seorang nenek? Tak, untuk soal hati dan perasaan, dia harus bertegas.

"Ya, you know nenda macam mana, kan? Nenda nak yang terbaik untuk syarikat keluarga kita. Nenda nak..." belum pun habis kata-kata Puan Besar Ratna, Neil Yaden Raeqal pun terus mencelah.

"No way, ma. Tak terjejas pun kedudukan syarikat kita kalau Ayden kahwin dengan mana-mana perempuan. Kalau nenda risau sangat, suruhlah Neil Aryan's Family yang ambil alih urusan syarikat. Ayden lebih rela hilang harta daripada terus jadi hamba nenda, ma!" keras suara Ayden membantah kata-kata ibunya. Mengarut, alasan berkahwin itu sangat mengarut!

Puan Besar Ratna menghela nafas dengan berat. Kan dia sudah kata, Ayden seorang yang berpendirian tetap. Memang sukar untuk mempengaruhi keputusan anak tunggalnya itu.

"But, you know Rheo masih terlalu mentah dalam urusan syarikat ni, kan? Ayden sendiri yang tengok macam mana Rheo uruskan syarikat kecil kita? Inikan dia nak urus syarikat besar tu," lembut suara Puan Besar Ratna memujuk, berharap agar anaknya memahami.

"Tapi, apa kaitan Ayden kena kahwin dengan Melissa? Ma, langsung takde kaitan pun pernikahan Ayden dengan perempuan tu dengan syarat menjadi pengurus besar syarikat. Langsung takde kaitan, ma," Neil Ayden Raeqal masih tidak faham apa sebenarnya tujuan nenda mengahwinkan dia dengan Melissa Rose. Nak kata kaya, harta keluarga Neil A ni tanpa pewaris pun masih boleh bergerak sendiri. Berpuluh-puluh syarikat keluarga Melissa Rose tu masih belum mampu menandingi sebuah syarikat keluarga Neil A. Jadi, apa sebab nenda beria-ia mahu mengahwinkan dia dengan Melissa?

"Ayden, Ayden kena tahu, hanya Melissa seorang sahaja yang berjaya mempengaruhi minda nenda. Apa yang dia katakan kepada nenda, nenda turut tanpa bantahan. Jadi, kalau Ayden nak tahu apa lebihnya Melissa, Ayden kena tanya nenda sendiri. Ikutkan hati mama, mama pun tak setuju Ayden kahwin dengan dia. Tapi, nenda kata, antara syarat nak jadi CEO syarikat Neil A. Corporation, Ayden kena kahwin dengan Melissa tak kira apa yang jadi," Puan Besar Ratna memberitahu keadaan sebenar.

Ya, memang kalau ikutkan, dia memang tidak bersetuju untuk menjodohkan anaknya dengan Melissa Rose itu. Ibu mana yang mahu melihat anaknya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh keluar dengan mana-mana lelaki seenaknya sahaja?

Ayden terdiam. Dia kini sedang merangka pelan untuk menjauhkan diri daripada Melissa dan cuba untuk menolak gadis itu jauh-jauh daripada keluarga ini. Melissa itu bukan sembarangan orang, jadi, dia tidak boleh bertindak melulu. Rancangan mesti disusun rapi.

"Kau akan menyesal cari pasal dengan aku, Melissa," Neil Ayden Raeqal bergumam sendirian. Emosinya kini sangat terganggu. Dengan berita kematian Hazel, kini, diarah pula untuk berkahwin dengan Melissa. Jika dia tidak dapat Hazel, Melissa pun tidak berhak untuk mengambil alih kedudukan gadis itu di dalam hidupnya.

Melissa, kau berurusan dengan orang yang salah.

avataravatar