webnovel

Mei diculik.

Bangun sahaja dari tidur, Mei memeriksa pesanan yang diterima dari Jason.

*Good morning My Princess Mei. Bangun... Anything call me okay😉. - Jason

*Morning too..okay, don't worry. Dah bangun la ni,abistu siapa yang reply ni pula😏😂 -Mei.

*Mana la tau...🤣Okaylah saya gerak dulu.Ada hal. Jangan lupa, jaga diri. Anything call terus. - Jason

*Yelah pakcik...Take care too - Mei.

Menjadi satu kebiasaan, mereka akan berbalas pesanan.

'Tuk. Tuk.'

Pintu bilik Mei diketuk.

Mama Mei menjengah ke dalam bilik.

"Adik.." panggil mamanya sambil menghampiri nya yang masih berbaring.

"Ye ma, kenapa?" tanya Mei.

" Mama dengan papa mungkin balik lambat, kamu ajak si Xinhua temankan kamu okay?" pesan mamanya.

'Apa?!' Mei terus duduk apabila mamanya memesan begitu.

"Alah mama dengan papa nak pergi mana? Adik takutlah.." adu Mei.

"Kawan mama, paksa mama datang juga majlis anniversary dia. Jangan risau..apa-apa call Jason. Tak pun mama call dia suruh temankan adik?" kata Mamanya.

" Eh takpe ma..nanti adik ajak Xinhua je" kata Mei.

"Okay..take care tau. Mama papa gerak dulu..Mama kunci pintu,adik tak payah turun" kata mamanya sambil mencium pipi Mei dengan penuh kasih.

Mei memandang mereka berlalu pergi dari tingkap biliknya.

Bila kereta papanya pergi dari pangkaran rumah, Mei ingin menutup langsir biliknya namun dia terhenti seketika.

'Eh,kereta semalam'

'Kejap ada,kejap takde'

'Tak mungkin kereta jiran,kalau kereta jiran, kenapa perlu parking sampai situ?Parking diorang kan besar'

Bebel Mei. Dia pelik melihat kenderaan yang sama yang diletakkan di laluan kecil itu. Rumah Mei terletak di hujung sekali.Di bahagian tepi terdapat laluan kecil.Muat-muat kereta sahaja.

'Ah, lantaklah'

Mei berlalu pergi dari tingkap itu.

Dia memakai ear buds dan membuka music kesukaannya.

Mei mula memanaskan badan. Beberapa minit kemudian, Mei memulakan workout pagi nya.

Planks (45 sec), Bicycle crunch (45 sec), Flutter kicks (45 sec), Glute Bridges (45 sec), Scissors kicks (45 sec) dan seterusnya sehingga tamat 15 minit. YouTube channel workout (Oppserve) kegemarannya menjadi panduan buat Mei setiap kali workout.

Habis sahaja workout, dia meneguk air botol di sisinya. Kipas dibuka bagi mengeringkan peluhnya sebelum Mei membersihkan diri. Mei membuka aplikasi Shoppe dan melihat-lihat baju serta alat solek di beberapa buah kedai. Sudah beberapa helai dress, baju sweatshirt, dan alat solek dimasukkan ke dalam cart. Apabila berpuas hati, Mei mengira berapa kesemua nilai yang perlu dibayar kemudian. Leka dibuatnya.

Beberapa minit kemudian Mei melangkah ke bilik mandi dan 15 minit kemudian dia keluar dengan rambutnya dibungkus tuala.

Baju sweatshirt pink dan short pants putih dipakainya.Rambutnya hampir kering dibiarkan begitu sahaja.

Dia memasang kembali ear buds dan menyambung music kesukaannya.

Mei duduk di meja belajarnya menghadap laptop. Aplikasi Homestyler dibuka. Dia mula menyambung rekaan rumahnya di aplikasi itu. Itu adalah salah satu hobi yang diminati Mei. Mei leka menyusun atur perabot di dalam aplikasi itu sambil melayan lagu sehingga kan dia tidak menyedari apa yang berlaku.

Seseorang sedang menyelinap masuk ke dalam bilik tidur Mei melalui tingkap biliknya yang dibiarkan terbuka setelah dia selesai mandi tadi. Lelaki itu menghampiri Mei perlahan-lahan dari belakang dengan membawa sehelai sapu tangan.

Mei masih tidak menyedari apa-apa.

'Kring' telefon Mei berbunyi.

Mei menjawab melalui ear buds miliknya.

"Hello? Awak buat apa?" tanya Jason sejurus Mei menjawab.

'Zup' lelaki itu terus menutup mulut dan hidung Mei dengan sapu tangan yang diletakkan cecair kloroform.

Mei meronta-ronta sehingga terjatuh.

Mei pengsan.

"Mei? Hello? Awak okay tak tu?" tanya Jason risau apabila mendengar bunyi kerusi Mei yang jatuh tadi.

"Mei? Awak okay tak?!" jerit Jason di hujung panggilan.

Jason terus mencapai kunci kereta dan berlari keluar dari rumah.

Bermacam perkara yang bermain di fikirannya. Dia risaukan Mei kerana dia tahu apa yang ingin dilakukan Li Sun.

Keretanya dipandu laju. Beberapa buah kereta dipotong. Dia sangat risaukan Mei.

Bilik Mei.

Lelaki tadi segera mendukung Mei dan mengambil telefon milik Mei dan segera turun ke tingkat bawah. Sebelum keluar dari rumah, dia memerhatikan sekeliling dan barulah dia segera ke kereta yang diletakkan di luar rumah Mei. Langkahnya laju. Dia perlu cepat sebelum orang lain nampak tindak tanduknya.

Sampai sahaja di kereta, Mei diletakkan di tempat duduk belakang, dia mengambil seutas tali dan mengikat tangan Mei. Setelah berpuas hati, lelaki masuk ke kereta itu dan memandu pergi dari situ.

Kereta Jason kebetulan lalu disebelah kenderaan yang menculik Mei, namun Jason tidak menyedari. Lelaki itu hanya berlagak seperti biasa sehingga tiba di pintu utama taman itu.

Keluar sahaja dari taman perumahan Mei tinggal, barulah dia membuka mask yang dipakainya.

"Yes! Kau tahulah nasib kau Mei! Aku dah kata, Aku Akan Dapatkan Apa Aku Nak!" gelak jahat lelaki itu.

'Kring' telefonnya berbunyi.

Li Sun memasng speaker.

"Li Sun, macam mana?" tanya pakciknya.

"Of course lah berjaya. Aku on the way ke tempat tu. Kau tunggu dekat situ." kata Li Sun dengan bangga.

Dia memandang cermin pandang belakang dan tersenyum jahat.

Rumah Mei.

Jason tiba di hadapan rumah Mei.

Dia segera keluar dari keretanya dan menuju ke pintu grill yang terbuka. Dia memandang pintu itu dan segera berlari masuk.

"Mei?Mei?" jerit Jason apabila masuk ke dalam rumah. Pintu rumah terbuka.

Tiada sahutan. Jason mencari-cari Mei dia tingkat bawah namun tiada.

'Dekat atas ke?'

'Kenapa pintu terbuka?'

Jason segera ke tingkat atas dan menuju terus ke bilik Mei.

Bilik Mei juga terbuka. Jason menjeguk ke dalam sambil memanggil Mei berkali-kali. Senyap.

Jason melangkah masuk. Langkahnya terhenti apabila melihat kerusi di meja belajar Mei terjatuh.

Dia menghampiri lebih dekat.

Laptop milik Mei masih menyala.

'Kesan pergelutan'

Jason cemas. Dia meraup mukanya dengan resah.

"Tak guna Li Sun!" jerit Jason.

Telefon pintarnya dicapai. Dia cuba menghubungi Mei.

'Direject' berkali-kali.

Jason sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.

Dia menelefon polis yang menyiasat kes Li Sun dan memberitahu apa yang terjadi.

Tak lama kemudian polis tiba dengan dua buah kereta peronda polis.

Setelah memberitahu semuanya yang berlaku, Jason menelefon mama, papa dan abang Mei dan menyuruh mereka pulang.

Mereka sangat terkejut dan cemas, terutama sekali mama Mei.

Setibanya mereka, mama Mei yang berlari masuk dan menghampiri Jason dengan wajah yang pucat.

Jason segera menyambut mama Mei dan menyuruhnya duduk bertenang.

Jason perlahan-lahan menerangkan apa yang berlaku.

Mama Mei menangis tidak berhenti. Dia berkali-kali berkata yang dia menyesal meninggalkan Mei berseorangan di rumah. Jason hanya mampu menenangkan mama Mei dengan memeluknya erat.

Beberapa pengawai polis masih di rumah Mei.

Pihak polis memaklumkan yang setiap panggilan yang diterima mereka nanti akan disambung ke alat intipan polis supaya senang mereka mengesan kedudukan penculik itu.

Jason keluar mencari Mei menaiki kereta. Tiada langsung jejak. Jason akhirnya pulang kekecewaan.

Hari semakin gelap. Namun satu panggilan dari penculik tidak diterima.

Mereka berempat duduk di sofa dengan resah. Mama Mei hampir sahaja pengsan kerana terlalu terkejut. Papa setia di sisi mama dan menenangkannya. Polis masih tidak menyerah kalah. Mereka mengatakan ini semua hanya taktik penculik. Mereka juga telah mengarahkan semua balai polis menjalankan operasi mengesan dari siang tadi.

Jason menelefon 'Eagle' dan mengarahkannya untuk mencari Li Sun.

Sejujurnya dia sangat risau dan takut kehilangan Mei, namun dia perlu kuat demi mama dan papa Mei.

Sudah 12 tengah malam. Tiada langsung panggilan dari penculik.

Jason bermalam di rumah Mei. Dia mahu menjadi orang pertama yang tahu tentang Mei. Bukan hanya dia sahaja yang tidak mampu melelapkan mata kerana terlu risaukan Mei.

Jason hanya mampu bersandar di kerusi di luar rumah sambil menatap telefon pintarnya seakan berharap yang Mei akan menelefonnya.

New chapter gais..Tak boleh sabar dah tangan ni nak update chapter baru..heheh..anyway, maybe lambat or bulan 4 lah chapter baru sebab busy last year studies. Harap korang dapat bersabar and stay tuned. Thank you my reader.

JH_Dreamcreators' thoughts
Next chapter