1 Short Story- Creepy 3AM

Pada malam itu, seperti biasa aku berbaring dikatil sambil bermain telefon bimbit ku. Ketika aku sedang asyik melayan Youtube, aku tidak sedar jam sudah menunjukkan hampir 12 tengah malam. Lalu aku pun mematikan telefon bimbit ku lalu bersedia untuk tidur.

***

Tiba-tiba aku terbangun. Ku lihat sekeliling ku, keadaan bilik sangat gelap. "Jam berapakah ini? Sudah pagikah?" aku bertanya sendiri dalam hatiku. Lalu aku pun mencari telefon bimbitku dalam keadaan mamai sedikit. Ketika aku melihat jam yang terpapar di telefon bimbitku, jam menunjukkan tepat 0330. Aku merasa hairan tapi dalam masa yang sama agak takut. Aku merasa seperti ada seseorang memerhatikan aku dalam gelap.

Tetapi aku cuba membuang perasaan itu. Aku sebenarnya ingin menghidupkan lampu, tetapi aku malas untuk bangun kerana suis berada jauh dari katil. Lalu aku pun menghidupkan sahaja lampu suluh dari telefon bimbitku. Keadaan dalam bilik menjadi terang sedikit. Ketika aku ingin menyambung tidur, aku masih merasa perasaan takut dan pelik. Aku tidak dapat tidur dengan tenang. Dalam hatiku aku berdoa dengan kuat. Barulah aku tenang sedikit.

Tidak lama kemudian, aku terbangun lagi. Tapi Kali ini disebabkan bunyi yang keluar dari telefon bimbitku. Serta merta aku berfikir, siapakah yang menghidupkan telefon bimbit ku? Padahal sebelum aku tidur, aku sudah mematikannya. Lagipun, telefon bimbitku hanya akan terbuka menggunakan fingerprint atau face recognitions sahaja. Lalu aku pun perlahan-perlahan mencapai telefon bimbitku dan melihat apa yang terpapar di skrin.

Tidak dapat digambarkan perasaan takutku saat aku melihat skrin itu. Banyak artikel-artikel tentang jenayah yang terpapar melalui Google. Telefon bimbitku berbunyi dalam Bahasa Inggeris seperti ia membaca kandungan dari artikel-artikel yang terpapar. Ketika itu, aku tidak berfikir panjang lagi, aku berlari ke arah suis lalu menghidupkan lampu. Aku cuba menarik nafas sedalam-dalamnya kerana degupan jantungku sangat kuat ketika itu. Dengan perlahan-lahan aku kembali ke katilku. Aku meletakkan telefon bimbitku jauh dariku. Aku cuba untuk tidak berfikir benda-benda yang menakutkan.

Pada keesokan paginya, aku cuba untuk mencari artikel-artikel itu dalam 'google history'. Tapi Aku tidak menjumpainya. Walaupun perasaan ingin tahuku sangat kuat, tetapi aku tidak dapat berbuat apa-apa. Aku juga tidak dapat mengingati salah satu tajuk dari artikel kerana pada malam itu aku sangat takut.

Peristiwa ini masih menghantui ku sehingga hari ini. Aku banyak membuat kajian dan membaca cerita-cerita lain yang sama dengan apa yang Aku alami. Semua maklumat yang aku jumpa, sedikit sebanyak telah menjawab pertanyaan ku. Walaupun sebenarnya aku tidak pasti perkara itu benar atau tidak. Tetapi apa yang pasti, kejadian malam itu adalah benar dan aku yakin benda itu cuba berhubung dengan ku. Mungkin meminta pertolongan atau mungkin juga gambar-gambar jenayah itu adalah cara ia mati.

"If you are waking up from 3 a.m. to 5 a.m. it could mean that you might be going through the process of spiritual awakening. ... The spiritual realm and our realm have the thinnest veil at this time. It means that spirits can easily connect with us at this time and help us to attain our higher self." Ini adalah salah satu maklumat yang aku dapat dari google. Pelik bukan?

***

Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf sekiranya ada kesilapan kerana ini kali pertama ku.

avataravatar