1 CHAPTER 1

"Ni kata nak date tapi termenung. Are you okey?" Raykal memandang tunang yang duduk bertentangan dengannya.

"Okey. Cuma i rasa macam tak sedap hati sahaja sejak akhir-akhir ni." Balas Balqis setiap hari dia merasakan sesuatu yang buruk bakal melanda.

"Abaikan sahaja. Mungkin cuma perasaan you saja." Raykal cuba menenangkan tunangnya itu.

"Maybe. You ada sembunyikan something daripada i ka?" Tanya Balqis. Dia dapat merasakan tunangnya ada sembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.

"Apa yang you merepek ni. Listen to me. We will getting in two week and we already promise no secret between us. I takkan buat perkara yang akan buat hati you terluka sebab i akan lukakan i. I promise you again i will take care you forever. Itu janji i. Kalau i nak buat perkara bukan-bukan, sudah lama i buat tapi tidak kan. I still setia dengan you." Jelas Raykal panjang lebar.

"I trust you." Balqis tersenyum hambar.

"Adakah ini disebabkan novel yang i hadiahkan pada you hari itu?" Raykal meneka. Bukan dia tidak tahu tunangnya itu cepat terpengaruh.

Balqis terdiam.

"Betul kan? Novel tu hanya rekaan sahaja. You nak fikir sampai you stress kenapa? You ingat i akan lari masa hari pernikahan kita ka? It so childish." Raykal ketawa.

"Okey, i minta maaf. I bukan fikir bukan-bukan. I just risau sahaja. I tahu you sayangkan i sebab itu you takkan tinggalkan i kan?"

"yes, darling. I takkan tinggalkan you. You sudah fikir kita nak honeymoon kat mana?" Raykal menukar topik.

"Belum, you rasa tempat mana Best? You nak honeymoon kat Malaysia or oversea?" Balqis mula berminat.

"I ikut you. Pilih saja tempat mana you nak pergi nanti beritahu i akan booking." Lega hatinya melihat senyuman milik Balqis kembali.

"Jepun? Eropah?"

**********************************************

"Kita nak buat kat sini?" Tanya Balqis hairan melihat Raykal memakir kereta di hadapan KLIA.

"Nak jemput seseorang." Jawab Raykal membuka seat belt.

"Siapa?"

"Nanti you akan tahu siapa?" Raykal tersenyum melangkah keluar dari kereta.

"You sebenarnya nak jemput siapa? Kita dah tunggu kat sini hmpir sejam tau." Ujar Balqis.

"Sekejap. Mungkin flight dia tak sampai lagi." Raykal cuba menenangkan Balqis yang sudah berubah riak wajah.

"Did you miss me?" Bisik seseorang di tepi telinga Balqis.

"Ahh~" Balqis terjerit kecil dan menoleh ke arah tepi. Seorang lelaki yang mempunyai ketinggian dalam 170 dan mempunyai raut wajah yang Agak tampan tersenyum ke arahnya.

"Apsal pandang i macam nak telan i saja or you rindu pada i?" Lelaki itu membuka cermin mata hitamnya.

"Abang, ini siapa?" Tanya Balqis memandang ke arah tunangnya.

"Hey, bro." Lelaki itu melangkah ke arah Raykal.

"Amboi sejak duk negara orang putih salam pun tak pandai nak cakap." Perli Raykal.

"Sorry, Assalamualaikum. Kau sihat?" Lelaki itu memeluk Raykal.

"Waalaikumsalam. Like you see." Raykal tersenyum.

"Budak comot, kau sihat?" Lelaki itu mengalih pandangan ke arah Balqis.

"Kita kenal ka?" Balqis makin keliru.

"Serius you tak kenal i?" Lelaki seakan terkejut mendengar pertanyaan dari Balqis.

Balqis menggeleng kepalanya.

"Cuba lihat muka i elok-elok. Pasti you akan ingat siapa i?" Lelaki itu mendekati wajahnya pada wajah Balqis.

"Apa ni?" Balqis menjarakkan dirinya dari lelaki itu.

" Jom balik. Mummy pasti tengah tunggu kau." Raykal bersuara melihat adiknya mendekati tunangnya.

"Jom." Lelaki mengorak langkah sambil menolak bagasinya keluar.

**********************************************

"Banyaknya ibu masak hari ni. Ada orang nak datang ka?" Balqis melangkah ke dapur melihat ibunya dan pembantu rumah mereka, Mak Jah sedang sibuk memasak.

"Ada."

"Siapa?" Balqis teruja.

"Raykal tak beritahu?" Puan Maisarah memandang ke arah anak bongsunya itu.

"Dia nak datang sini ka?"

"Ya, sekali dengan family dia. Pergi naik atas mandi dan turun bawah tolong ibu." Balas Puan Maisarah menggeleng kepala.

"Okey, ibu." Balqis hairan kenapa tunangnya tidak memberitahu yang keluarga tunangnya akan datang ke sini.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Balqis menjawab panggilan tersebut.

"Beb, aku betul-betul minta maaf sebab aku tak boleh nak jadi pengapit kau." Ujar Aisya.

"Kenapa?"

"Mak aku masuk hospital. Aku kena balik kampung jaga dia buat sementara waktu. Aku nak telefon kau ni juga sebab aku nak minta cuti beberapa hari." Beritahu Aisya.

"Tak apalah. Mak kau sakit apa?"

"Kencing manis. kaki dia luka tak sembuh-sembuh lepastu kakak aku bawa pergi hospital and kena tahan wad. so tak ada sapa jaga dia. Akulah kena. Takkan nak suruh kakak aku kesianlah kat dia. Dia kena jaga nak dia lagi. Aku betul-betul minta maaf." Jelas Aisya dengan panjang lebar.

"It okey. Kesihatan mak kau lebih penting. Aku doakan mak kau cepat sembuh." Balas Balqis sedikit kecewa.

"Amin. Thanks, beb sebab faham aku." Ucap Aisya.

"Small matters. Kita kan sahabat."

"Ehem."

Balqis mendongak memandang ke atas. Dia melihat seseorang berdiri di hadapannya.

"Okeylah, beb. Nanti kita sembang lagi. Bye. Assalamualaikum." Balqis menamatkan panggilan telefon.

"Assalamualaikum." Ucap lelaki itu mengambil tempat duduk berhadapan dengan Balqis.

"Waalaikumsalam." Balqis menayang muka selamba sambil memandang ke arah telefonnya. Kenapa dia merasakan perasaan lain setiap kali dia bertembung mata dengan lelaki di hadapannya itu.

"Disebabkan you takkan kenal i or you just pretend don't know me, apakata kita berkenalan. I Rayyan Mikhail and you?" Ujar Rayyan memandang ke arah Balqis yang khusyuk bermain telefon.

"Bisinglah." Balqis mengangkat punggungnya dari kerusi dan melangkah.

"Nur Iriana Balqis." Panggil Rayyan.

Langkah Balqis terhenti mendengar Rayyan memanggilnya dengan nama penuh. Bagaimana lelaki itu mengetahui nama penuhnya sedangkan mereka baru berjumpa tiga hari yang lepas.

Rayyan melangkah ke arah Balqis. Telefon Balqis yang berada ditangan Balqis dirampas olehnya.

"Awak nak buat apa?" Balqis cuba merampas kembali telefon tetapi ketinggian Rayyan menjadi penghalang.

"Ambil balik." Rayyan menyerahkan kembali kepada Eunha.

"Awak buat apa? Curi gambar saya?" Teka Balqis.

"Tak ada sebab aku nak ambil gambar kau. Kalau aku nak ambil gambar kau sudah lama aku ambil kat instagram dengan facebook kau."

"Habis tu?"

" I letak nombor telefon i dalam tu. Tak percaya ka?" Rayyan mendail nombor telefon Balqis. Setelah itu telefon milik Balqis berdering.

"Untuk apa?" Balqis hairan.

"Suatu hari nanti kau sendiri akan tahu." Rayyan mendekatkan jaraknya dengan Balqis.

"Rayyan, bila sampai?" Tegur Puan Maisarah.

"Baru sahaja. Aunty, sihat?" Rayyan melangkah ke arah Puan Maisarah.

"Sihat. Jemputlah masuk." Ajak Puan Maisarah.

"Balqis, kenapa tercegat kat situ?" Puan Maisarah memandang ke arah anak bongsunya pula.

"Tak ada apa-apa, ibu." Balqis tersenyum.

"Nanti masuk dan tolong Mak jah kat dapur." Beritahu Puan Maisarah dan berlalu pergi.

"Okey, ibu. Kenapa dengan aku?" Balqis makin hairan.

"Aunty, Rayyan tanya sikit boleh?"

"Tanya apa?"

"Kenapa Irene macam tak kenal Rayyan saja?" Tanya Rayyan pelik.

"Yaka? Aunty tengok tadi kamu berdua sembang macam biasa ja." Balas Puan Maisarah

"Dia macam lain. Bukan Irene yang pernah Rayyan kenal dahulu." Beritahu Rayyan. Deria dia mengatakan ada sesuatu yang berlaku pada gadis itu sampai dia tak mengingatkan dirinya.

"Mungkin sebab Rayyan dengan Balqis tak berjumpa lama. Kamu dengan diakan last jumpa masa dia umur 4 tahun mungkin wajah kamu sudah berubah sedikit sebab itu dia tak ingat kamu. Relax. Masa dulu dia tak ingat abang kamu tapi lama-lama dia ingat. Give her a time." Balas Puan Maisarah.

"Maybe."

"Bila mummy dengan daddy kamu nak sampai?" Tanya Puan Maisarah.

"Tadi masa Rayyan sampai sini, mummy ada telefon dia ada telefon dia cakap lambat sikit sebab Aina tak balik dari kolej." Jawab Rayyan.

"Tak apalah. Aunty nak ke dapur sekejap tolong apa yang patut. Kamu buatlah macam rumah kamu sendiri." Puan Maisarah melangkah ke dapur.

"Mak Jah, nak suruh balqis potong apa lagi." Tanya Balqis yang baru sahaja selesai memotong kek.

"Rasanya semua sudah selesai. Ya Allah, mak Jah lupa ambil cawan dalam almari. Balqis tolong ambilkan, boleh?" Pinta Mak Jah.

"Boleh tapi kat mana?" Tanya Balqis.

"Kat kabinet tepi peti sejuk." Mak Jah menunjukkan ke arah sebuah kabinet yang berada di sebelah peti sejuk.

"Okey." Balqis melangkah ke arah kabinet yang dimaksudkan oleh pembantu rumahnya itu.

"Kau memang serius tak ingat aku ka?" Terjah Rayyan mendekati Balqis yang sibuk menyusun cawan di dalam dulang.

"Ya Allah, awak memang suka terjah orang macam tu ka? Lain kali bagilah salam dulu. Nasib baik saya tak Baling cawan ini kat muka awak." Balqis mengurut dadanya.

"Sorry, Assalamualaikum, cik Iriana Balqis. Puas hati?" Perli Rayyan.

"Macam mana awak tahu nama saya?" Balqis kembali melakukan kerjanya.

"Aku tahu semua pasal kau tapi kau sahaja yang tak ingat pasal aku."

"Buktikan?"

"Tarikh lahir kau 25 November 1999, kan?"

"Tak cukup. Awak mungkin boleh tengok kat fb saya." Balqis meletakkan kain lap di tepi dulang.

"Kau ada tanda lahir warna macam lembam kat lengan, betulkan?" Rayyan tersenyum sinis pasti gadis di hadapannya terkejut.

"Macam awak tahu?" Balqis terkejut. Tiada siapa pun tahu akan hal itu kecuali ibu dan bapanya. Abangnya pun diperasan akan tanda lahir itu sebab tanda lahir itu tidak terlalu menonjol.

"Cuba kau tengok betul-betul muka aku. Kau pasti ingat siapa aku yang sebenarnya atau sebenarnya kau pura-pura tak kenal aku." Rayyan mendekatkan wajahnya dengan wajah Balqis. Balqis terkedu. Seketika mata mereka bertaut.

"Balqis." Panggil seseorang.

"Abang." Balqis segera menjarakkan diri daripada Rayyan.

"Jangan kacau dia. She is my finance dan will be my wife so keep distance between her." Raykal memberi amaran kepada Rayyan lalu menarik lengan Balqis berlalu pergi.

avataravatar
Next chapter