webnovel

Cinta Untuk Seorang Cindrella

Viya adalah seorang gadis yang baik hati. Dia telah didera oleh ibu tiri dan adik tiri dia. Kehidupan dia sebagai kisah Cindrella. Suatu hari, dia telah pergi membeli-belah di shopping mall. Dia telah terlanggar Tengku Azmeer. Tengku Azmeer telah terpengun dgn kecantikan Viya. Selepas itu, Viya kerap berjumpa dgn Tengku Azmeer. Selepas beberapa hari mereka telah kenal akhirnya mereka telah dilamun cinta antara satu sama lain. Selepas 7 bulan mereka menjadi pasangan, akhirnya Viya tahu Tengku Azmeer rupa-rupanya tunang orang lain. Akhirnya, mereka telah berpisah dan Tengku Azmeer bernikah dgn Farah secara terpaksa. Selepas beberapa hari itu, adik Viya, Sofia telah menjadi mangsa kemalangan. Viya tolong adiknya tanpa ada perasaan dendam. Disebabkan itu, akhirnya ibu tiri, adik tiri dan Viya telah bersatu. Selepas beberapa hari, adik Viya telah keluar dari hospital, Viya telah merisik oleh keluarga yang kaya. Viya akan bernikah dengan adik Tengku Azmeer iaitu Tengku Rayyan. Hal ini telah mengetahui oleh Tengku Azmeer apabila dia menghadiri majlis perkahwinan adiknya. Tengku Azmeer berasa marah kerana dia anggap Viya adalah miliknya walaupun dia telah berkahwin. Oleh itu, dia telah melakukan pelbagai kerja untuk berpisah Viya dengan Tengku Rayyan dan akhirnya dia berjaya. Viya telah dihalau dari rumah Tengku Rayyan. Selepas beberapa hari, Viya telah mengetahui bahawa dia berpisah dengan Tengku Rayyan adalah rancangan Tengku Azmeer. Disebabkan rasa bersalah, Tengku Azmeer telah memberitahu rancangannya kepada adiknya. Oleh itu, Tengku Rayyan telah kembali kepada Viya. Tapi Viya telah jual mahal kerana dia berasa marah dengan Tengku Rayyan kerana dia telah dihalau dari rumah tanpa selidik apa-apa. Selepas beberapa hari, berlaku kemalangan pada Tengku Rayyan dan terus ke koma selama beberapa hari. Akhirnya, Tengku Rayyan sedar dan Viya dan Tengku Rayyan telah bersatu dan hidup bahagia selama-lamanya.

Theviya_Ganesan · Teen
Not enough ratings
7 Chs

Bab 7

Di Times Square, pada pukul 4.00 petang, Tengku Azmeer sedang menunggu untuk Viya di pintu hadapan masuk. Apabila dia tengah tunggu untuk Viya, dia telah membuat panggilan untuk Viya.

Tengku Azmeer: Assalamualaikum Viya. Awak kat mana?

Viya: Saya dah sampai. Saya kat parking kereta. Tunggu sekejap ya.

Tengku Azmeer: OK. No problem. Saya tunggu untuk awak. Assalamualaikum.

Viya: Thank u. Walaikumussalam.

Tengku Azmeer pun telah memutuskan panggilan. Tidak sampai 5 minit, Viya pun telah sampai di tempat dia menunggu. Apabila Viya sampai dia terus meminta maaf pada Tengku Azmeer sebab biarkan dia menunggu begitu lama. Apabila Tengku Azmeer tengok di belakang Viya, dia nampak Thara pun ada di sana. Dia tak keberatan apabila dia nampak Thara berada di sana dengan mereka berdua.

Viya: Sorry awak sebab biarkan awak tunggu untuk saya.

Tengku Azmeer: Takpelah. Tak de masalah. Saya pun baru je sampai. Hi, Thara.

Thara: Hi. Tengku tak de masalah ke kalau saya pun ikut awak berdua?

Tengku Azmeer: Haih... Kenapa cakap macam tu Thara. Awak pun kawan kami berdua juga so tak de masalah kalau awak pun ikut kami berdua.

Thara: Owh... Thank u.

Thara berasa lega sebab dia tidak dimarahi oleh Tengku Azmeer. Dia ingat Tengku Azmeer akan marah dia sebab dia pun ikut sekali. Tapi mungkin Tengku Azmeer berpura-pura depan Viya sebab Tengku Azmeer kan suka pada Viya. Maybe dia berpura-pura untuk berbaik depan Viya. Siapa tau kan? Apabila Viya jalan dahulu, Thara terus tanya Tengku Azmeer.

Thara: Tengku.

Tengku Azmeer: Ya.

Thara: Betul ke Tengku tak de masalah kalau saya ikut korang berdua.

Tengku Azmeer: Betul... Saya tak de masalah. Kenapa awak tanya begitu?

Thara: Tak. Saya ingat awak akan marah saya sebab saya pun ikut korang berdua ni. Sebab tulah.

Tengku Azmeer: Apa ni Thara? Jangan mengarutlah. Awak kawan kepada kami berdua so awak datang pun saya tak kisah. Lain kali jangan mengarut macam ni, Thara.

Thara: Thank u Tengku.

Tengku Azmeer: Dan satu lagi lepas ni awak jangan panggil dengan panggilan Tengku. Panggil saya Azmeer atau Meer.

Thara: Baiklah Meer.

Tengku Azmeer: Dah. Jom kita pergi lepak.

Thara: OK.

Viya yang melihat dari jauh dan dengar setiap perbualan itu. Viya berasa kagum dengan character Tengku Azmeer sebab walaupun Tengku Azmeer orang kaya tetapi dia layan semua orang sama rata sama ada orang miskin atau orang kaya. Tengku Azmeer juga memberi penghormatan pada sahabat dia. Viya telah mula suka dengan Tengku Azmeer.