88 Pembodek Terhebat

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Di dalam bilik yang senyap dan suram bagaikan di tanah kubur, hanya deringan telefon tersebut bergema.

Xu Yi tidak dapat meneka apa yang bermain di fikiran Si Ye Han dan dia tidak tahu sama ada tuannya mahu menjawab panggilan ini atau tidak. Dia berdiri di situ, kaku sambil memegang telefon tersebut. Dia ada firasat yang kurang baik tentang panggilan ini; dia berharap tuannya tidak akan menjawabnya.

Suasana menjadi semakin tegang dengan setiap deringan; deringan tersebut bagaikan bom yang sedang menunggu saat diletupkan.

Xu Yi semakin resah gelisah dan mungkin disebabkan dia terlalu gelisah, tangannya tergelincir dan secara tidak sengaja, jarinya tertekan butang jawab.

Sesaat kemudian, wajah Ye Wan Wan yang menakutkan muncul pada skrin.

'Tak guna! Habislah…'

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter