100 Mengorbankan Imej Saya Tanpa Teragak-agak

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya yang cabut undi bagi Puteri Salju; jadi saya akan bertanggungjawab sepenuhnya," kata Si Xia.

Tiada seorang pun bersuara di dalam dewan itu. Semua orang terperanjat mendengarkan pengakuan yang tidak dijangka ini.

"Disebabkan Si Xia sudah bersuara, kita biarkan sahaja keadaannya begini. Kamu boleh datang berjumpa saya kalau kamu ada masalah lain."

'Siapa yang kisah pasal petisyen?' Akhirnya, Liang Li Hua secara semula jadinya meletakkan kepentingan yang paling atas pada pendapat Si Xia, oleh itu dia berlalu pergi. Dia berpuas hati apabila Si Xia berasa puas.

Selepas Liang Li Hua pergi, Cheng Xue bergegas mendapatkan Si Xia dan berteriak dengan marah kepadanya, "Si Xia, kenapa kamu membela si hodoh itu?!"

Si Xia tidak menjawab; dia mungkin tidak dengar pun kata-kata Cheng Xue. Pada waktu itu, perhatian dan pandangannya tertumpu pada Ye Wan Wan.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

avataravatar
Next chapter