webnovel

Hancur Musnah Pemandangan Indah

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ling Dong bertegas mahu menemani Ye Wan Wan secara peribadi pulang ke asrama. Bayangkanlah situasi perjalanan pulang tersebut.

Orang sekeliling hanya dapat melihat seorang lelaki yang tinggi dan kacak yang sedang memakai pakaian bola keranjang mengikuti jejak langkah perempuan yang di sebelahnya bagaikan seorang malaikat. Tindakannya benar-benar memikat hati gadis-gadis muda.

Walau bagaimanapun, perempuan yang ditemaninya itu menghancurkan pemandangan indah tersebut sepenuhnya dengan rambutnya yang menakutkan dan terlalu menonjol, disertai dengan mekap bercelak tebal serta bibir yang merah terang bagaikan darah. Ia benar-benar menyakitkan mata sesiapa yang melihat.

"Ya Tuhan! Si hodoh Ye Wan Wan itu sudah ada peminat!"

"Peminat dia pula bukan calang-calang orangnya; bos besar Qing He!"

"Saya ingatkan semua ini khabar angin saja! Susah nak percaya!"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter