webnovel

Bukan Itu untuk Saya?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Si Ye Han merenung lama gadis itu seperti dia terkejut yang gadis itu boleh mengesan situasi seperti ini dengan bijak.

Ye Wan Wan terlalu gementar sehingga dia bercakap tanpa henti, menyentuh satu demi satu topik lain.

Si Ye Han tidak pernah menyebut semula apa yang berlaku sebentar tadi dan tidak curiga langsung dengan sikapnya yang pelik ketika ini.

'Aku tak nak tahu apa yang berlaku tadi.

'Lagi banyak aku tahu, lagi bahaya nyawa aku.'

Ye Wan Wan bercakap sehingga mulutnya kering, barulah dia berhenti. "Ah, macam mana dah lewat macam ni? Saya naik ke bilik saya dulu untuk tidur, esok kena bangun awal untuk pergi sekolah!"

Pandangan lelaki itu terhenti pada gadis itu untuk beberapa saat. Selepas beberapa ketika, dia akhirnya berkata, "Pergilah."

Selepas mendapat kelulusan lelaki itu, dia seperti baru mendapat pengampunan. Ye Wan Wan membongkok untuk mencium lelaki itu dan melambai selamat malam sebelum naik ke atas.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter