webnovel

'Gadis ni dijemput sendiri oleh Chen Yan Feng?

'Macam mana dia boleh layak?'

Chen Yan Feng menoleh kepada Ye Wan Wan dan berkata sambil ketawa kecil, "Bila kita berbual dalam telefon tadi, saya tertanya-tanya awak terlibat dengan masalah apa. Sekarang baru saya faham."

Ye Wan Wan tampak sedikit tidak berdaya. "Minta maaf sebab susahkan awak, Presiden Chen.

Chen Yan Feng bergegas menjawab, "Mengarut. Ini semua salah daripada pihak saya!"

Semua orang bertambah keliru selepas mendengar perbualan Chen Yan Feng dan Ye Wan Wan.

"Hadirin sekalian!"

Chen Yan Feng memberi isyarat kepada semua orang untuk senyap. Kemudian, pandangan matanya melewati semua tetamu yang hadir sebelum berkata, "Ketibaan Cik Wan Wan nampaknya telah mencetuskan sedikit salah faham, jadi saya akan perkenalkan semula Cik Wan Wan kepada semua orang."

Semua orang memandang satu sama lain dengan bingung. 'Perkenalkan semula?'

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com