webnovel

Belasah Awak Sampai Mati

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya pun nak jadi tuan tanah," celah lelaki berambut panjang itu.

"Oh… kalau macam tu saya tak nak," kata Ye Wan Wan.

Berdasarkan kepada betapa terujanya Bintang Biduk, lelaki itu mungkin mempunyai kad yang bagus dalam tangannya.

"Kalau macam tu, saya pun tak nak…" kata Bintang Biduk.

Ye Wan Wan. "..."

Selepas lelaki berambut panjang mengambil semua kad tuan tanah, dia mengeluarkan tiga keping kad.

Ye Wan Wan terus mengeluarkan sekeping kad joker.

Baki kadnya semua berantai. Asalkan tuan tanah tidak boleh main, dia akan menang!

"Saya bom!" Bintang Biduk mengeluarkan empat keping kad lima sambil ketawa dengan ceria.

Ye Wan Wan. "..." 'Kenapa kau bom aku?!'

"Awak nak ikut?!" tanya Bintang Biduk.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com