webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Teen
Not enough ratings
78 Chs

Bab 72 : She be'll fine right?

Semua yang ada di dalam rumah itu sibuk mengemas dan mengangkut barang keluar. Mengosongkan tempat itu seperti keadaan sedia kala. Hanya membiarkan barang Belinda sahaja di situ. Maid dan para pengawal keselamatan sudah mula berjalan keluar dan menaiki lima buah kereta yang di parkir depan laman rumah yang dipenuhi dengan salji.

Bingkai gambar dimana Gina memeluk Belinda di pandang Zara dengan lama sewaktu Daniel dan Taylor sibuk mengemas barang untuk dimasukkan ke dalam bagasi dalam bilik tidurnya yang mana dulunya ialah bilik milik Gina.

"She will fine right?"soal Zara perlahan.

Daniel yang sedang melipat pakaian Zara dan di susun dalam bagasi itu bersuara.

"Ibu awak akan jaga dia...jangan risau..."

Daniel menutup bagasi lalu di zip sebelum Taylor mengambil bagasi itu turun dari katil dan berjalan keluar dengan beg lain di tangan satu lagi.

Daniel yang sudah menukar pakaian kotnya kepada pakaian casual itu kelihatan kacak dengan t-shirt putih v-neck di balik jaket kulit tebalnya.

Zara berdiri memandang meja belajar menghadap jendela bilik itu. Tiga bingkai gambar tersebut di tatap lama buat kali terakhir.

"Saya harap semua orang akan bahagia di samping insan yang mereka sayangi..."ucap Zara bersama senyuman di bibir saat memeluk badannya sendiri.

Daniel berdiri di belakang Zara, dia menyarungkan jaket tebal berkolar bulu kembang ke tangan kanan Zara sewaktu memandang keluar jendela dimana lima buah kereta yang tersusun di depan rumah itu satu persatu mula bergerak pergi.

"Awak dah buat yang terbaik untuk mereka..." ujar Daniel sambil menyarung tangan kiri Zara ke lengan jaket satu lagi.

Setelah selesai,dia berpaling. Mencapai mafela yang dikait oleh Belinda sendiri dari atas katil pula sebelum di lilit sekeliling leher Zara sehingga membuatkan separuh wajah gadis itu tenggelam di balik mafela tersebut.

Zara hanya berdiri di situ termenung.

Sejurus selepas itu, Daniel kembali memeriksa bilik tersebut. Memastikan tiada apa yang tertinggal satu pun. Yakin yang dia telah kemas semuanya, dia mendapatkan Zara. Memeluk belakang badan Zara dan memalingkan gadis itu secara paksa ke arah pintu.

"Jom...."ajak Daniel.

Sambil berjalan ke depan, kepala Zara berpaling ke belakang. Memandang bilik yang diinapnya selama sebulan di situ dengan renungan sedih. Takut dia takkan dapat lihat bilik itu buat selamanya lagi.

Perlahan-lahan pintu bilik itu tertutup sewaktu Daniel menarik daun pintu itu untuk di tutup.

Daniel peluk Zara rapat ke sisinya saat menuruni tangga. Sementara Zara pandang kiri dan kanan buat kali terakhir. Ingin menyimpan setiap detail rumah itu buat kali terakhir.

Mereka berdua tiba di luar tidak lama kemudian. Disambut dengan Taylor dan Eli yang sedia menunggu di luar. Mereka yang mengenakan kot hitam labuh itu berdiri di tepi kereta.Hanya tinggal mereka sahaja di situ.

Taylor membuka pintu kereta sementara Eli mencapai beg terakhir dari tangan Daniel lalu di simpan ke dalam bonet.

Zara berdiri kaku di situ memandang rumah dua tingkat itu dengan lama. Enggan pergi dari situ.

Daniel pegang lengan Zara.

"Zara...kita kena pergi sekarang..."minta Daniel dengan perlahan sewaktu Zara enggan berhenti memandang pintu rumah itu.

Eli mula bergerak masuk ke tempat duduk pemandu, sementara Taylor hanya menunggu Zara dan Daniel masuk ke dalam kereta.

Zara berpaling menghadap Daniel dan Taylor sesaat kemudian sebelum gerak mendekati kereta. Setelah mereka berempat masuk ke dalam kereta, Eli pandu kereta tersebut pergi dari situ.

Tidak lama selepas kereta yang dipandu Eli pergi. Dua buah kereta berhenti di depan kediaman Belinda. Sipi saja hendak bertembung.

Sebaik sahaja enjin kereta itu dimatikan, pintu kereta serta merta terbuka dan muncul Gina meluru keluar menuju pintu rumah tersebut dalam keadaan tergesa-gesa.

Sementara Belinda di belakang dipimpin keluar dengan Musa.

Zara di dalam kereta termenung memandang keluar tingkap sambil bersandar di tepi badan Daniel. Mata tidak bermaya dia kosong memandang langit mendung musim sejuk tempat itu.

"Ya secepatnya...kami akan ke sana. Siapkan pasukan medik.."kata Daniel melalui telefon.

Taylor curi-curi mengerling ke arah Zara melalui cermin pandang belakang dari tempat duduk sebelah pemandu. Wajah pucat lesi Zara ditatap Taylor dengan kasih sebelum dia alihkan fokusnya ke depan.

"Terima kasih..."ucap Daniel sebelum putuskan panggilan. Lelaki itu sibuk menyentuh itu dan ini di skrin.

Zara yang perasan betapa tegangnya Daniel waktu itu bersuara.

"Kita nak ke mana?"soal Zara sambil termenung melihat keluar tingkap. "Sesuatu berlaku ke?"

Daniel meletakkan tapak tangan dingin Zara di atas tapak tangannya sendiri lalu di sandwichkan tangan Zara di antara tapak tangannya. Daniel bawa tangan Zara di depan mulutnya lalu ditiup untuk hangatkan tangan itu.

"Awak perlu ditahan wad secepatnya Zara..." kata Daniel dengan kening mencerun semasa memandang ke depan saat memegang erat tangan itu ke pehanya.

Zara menyandarkan kepala ke dada Daniel lalu memejam mata. Disebabkan telinganya hampir dengan tempat jantung Daniel berada, dengan tenang dia mendengar detak jantung kencang kerisauan Daniel.

"Saya tak apa-apa la. Awak tak perlu risau..." kata Zara.

Daniel mengucup mahkota kepala Zara lantas bersuara.

"Saya tahu...."ujar lelaki itu dengan risau. "Saya tahu awak tak apa-apa"ulang Daniel seakan maksudkan kata-kata itu untuk diri sendiri.