webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Teen
Not enough ratings
78 Chs

Bab 70 : Mana dia?

"Encik Daniel?"panggil Gina dari belakang.

Daniel yang dengar berpaling. Dia memandang Gina lalu tersenyum lebar.

"Puan Gina..."sambutnya sambil menghulur tangan lalu berjabat tangan dengan wanita itu.

Gina memandang Daniel dengan senyuman lebar.Waktu itu mereka berada di dalam ruang private dimana sebuah meja terisi dengan hidangan pencuci mulut dan minuman tersusun di atasnya.

Suami Gina di sofa duduk membelakangkan pintu masuk bersama seorang wanita di sisi. Lelaki itu seperti senang berborak dengan wanita itu.

"Siapa tu?"soal Gina setelah menyedari wanita di sebelah suaminya.

Daniel yang dengar berpaling.

"Seseorang yang amat puan ingin temui dalam dunia ni."jawab Daniel dengan senyuman di bibir.

Gina memandang bungkam ke arah Daniel. Lelaki itu adalah sponsorshipnya. Dia temui lelaki itu dua bulan yang lepas melalui skype.

Lelaki itu menyatakan hasrat ingin menguruskan majlis pamerannya di sini secara tiba-tiba. Gina tidak kisah. Jadi dia tidak kenal sangat siapa lelaki misteri ini. Apa yang dia tahu, lelaki itu adalah CEO sebuah syarikat yang mana dia sendiri tidak tahu apa nama syarikat itu apatah lagi latar belakang lelaki itu.

"Apa maksud kamu?"soal Gina dengan muka tertanya-tanya.

Daniel jalan mendekati sofa itu dan berdiri menghadap Belinda dan Musa, suami kepada Gina.

"Dia dah sampai..."maklum Daniel pada Belinda.

Belinda yang tidak tahu siapa yang dimaksudkan toleh ke belakang dengan senyuman di bibir.

Apabila dia bertentang mata dengan Gina, Belinda terus bangkit dari duduknya dan menghadap Gina seperti baru melihat hantu.

"Gina?"panggil Belinda dengan mata berkaca.

Gina terkedu di situ dengan air mata bergenangan di mata.

"Mama?"panggil Gina dengan sebak.

Belinda terus terhambur air mata keluar dari mata dengan tangan menekup mulut kerana terlalu terkejut dengan apa yang di lihat. Dia terduduk semula ke kerusi dan tunduk menangis tanpa suara. Tanpa berlengah Gina terus bergegas mendapatkan Belinda. Tidak lagi peduli akan renungan pelik dan kehairanan yang diberikan oleh Mason dan Mike.

"Mama..."raung Gina dengan sedih saat melutut di depan kaki Belinda dan memeluk perut wanita itu dengan sebak.

Belinda tunduk mengucup kepala Gina dengan sebak. Air mata berjuraian tumpah ke pipi dan rambut Gina.

"Ya tuhanku...mama tak tahu betapa rindunya Gina dekat mama..."ratap Gina dengan suara hidung tersumbatnya. Terus wanita itu mengangkat kepala. Dia memandang Belinda dengan wajah basah dengan air mata. "Apa yang dah berlaku?Macam mana James boleh lepaskan ibu macam tu saja?"

Sebab kenapa Gina tak cari Belinda adalah kerana dia tak nak James sakiti anak perempuannya. Untuk lindungi kedua-dua insan terpentingnya,Gina terpaksa jauhkan diri.

Belinda menatap wajah Gina dengan sedih. Hasratnya untuk bertemu anak tunggalnya akhir tertunai.

"James tak lepaskan mama, tapi mama di bawa pergi dari James sendiri..."jawab Belinda sambil menyeka air mata dari pipi Gina.

Mata Gina terbutang kaku. Dia dongak memandang Belinda dengan renungan seakan tersedar sesuatu.

"Kalau mama ada dekat sini...mana dia?"tanya Gina.

Belinda menjungkit kening dan memandang ke arah Daniel. Tetapi sekali dia pandang, Daniel sudahpun tiada.

"Siapa maksud kamu?"tanya Belinda pada Gina.

"Anak saya mama..."tanya Gina dengan suara menggeletar mahu menangis.

Belinda tersentak teringat.

"Oh...maksud kamu Zara?"tanya Belinda.