webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Teen
Not enough ratings
78 Chs

Bab 57 : ....tapi awak kena janji dekat saya

Dua hari kemudian...

Selepas dibawa ke hospital, Zara ditahan wad oleh doktor apabila keputusan perubatan Zara tidak memuaskan. Dan sepanjang dua hari itu Zara tidak berhenti dari cuba meloloskan diri dari situ. Hari pertama sahaja Zara sudah dikawal dengan lima pengawal. Dua di dalam selebihnya di luar pintu bilik rawatan.

"Tolonglah..."minta Zara pada Daniel yang sedang tunduk memakaikan dia stoking di kaki.

"Doktor tak izinkan awak apatah lagi saya.." Daniel mengangkat kepala memandang Zara. Memang betul kata doktor. Keadaan Zara semakin merosot. Wajah gadis itu lebih pucat dari kebiasaan.

Zara mengerang kejengkelan sambil merentap rambutnya. Elok dia hendak marah, Zara tersentak apabila dia turunkan tangan. Dia melihat helaian rambut dicelah jari jemarinya.

Mata Daniel ikut turut memandang tapak tangan Zara.

"Saya kena cari nenek saya...sebelum James pindahkan dia.."kata Zara yang tidak lagi menghiraukan rambut tersebut.

Kening Daniel mencerun tidak faham.

"Kenapa dengan nenek awak?"

"Daniel...dia adalah satu-satunya orang yang tahu siapa ibu kandung saya...dan hanya dia sahaja yang tahu kenapa ibu saya tinggalkan saya..."luah Zara. "Sebab itu saya kena keluar sekarang..."

Daniel menatap wajah Zara lama-lama. Hatinya diterpa hiba yang amat sangat.

"Saya akan uruskan hal tu....tapi awak kena janji dekat saya.."kata Daniel sambil membetulkan kardigen di badan Zara. Tidak.mahu gadis itu kesejukan.

"Apa dia?"tanya Zara.

"Awak terima rawatan...saya tahu peluang tu tipis..sekurang-kurangnya kita dapat lengahkan masa lagi.."aju Daniel.

Zara menggeleng kepala.

"Saya tak nak.."

Daniel memegang tangan Zara.

"Please Zara...ambil ubat untuk kurangkan kecepatan tumor tu merebak. Dengan tu awak mungkin dapat peluang untuk bertemu dengan ibu kandung awak..."pujuk Daniel.

Kening Zara mencerlung dalam dilemma. Tidak tahu apa yang dia perlu lakukan.

"Betul ni?"tanya Zara mencari kepastian.

Daniel mengangguk kepala.

Zara perlahan-lahan anjak ke belakang lalu menyandar ke bantal yang disusun pada kepala katil.

"Okay..saya terima rawatan. Tapi dengan syarat awak tolong saya dapatkan nenek

saya..."kata Zara.

Daniel tarik selimut dari bawah kaki Zara naik ke perut Zara.

"Saya janji.."ucap Daniel perlahan-lahan mengusap kepala Zara.

Zara memandang Daniel. Buatkan dia teringat akan kejadian di hotel tempoh hari.

"Awak hantar Taylor untuk perhatikan saya ke hari pertunangan tu?"bisik Zara.

Daniel yang sedang tunduk memandang Zara berkerut kening.

"Tak ada. Sebab saya tahu awak akan bertunang...saya arahkan semua yang bertugas untuk awasi awak undurkan diri...tapi saya tak sangka langsung yang bertunang malam itu adalah Kennedy bukan awak melalui siaran facebook...dan masa tu jugak saya dapat panggilan dari Taylor tentang keberadaan awak di hospital.."jawab Daniel dengan jujur.

Zara membuat muka kebingungan.

"Jadi awak tak suruh Taylor datang untuk tengok-tengokkan saya?"soal Zara.

Daniel tunduk mengucup dahi Zara sebelum berdiri tegak.

"Tak..saya tak pernah suruh apapun.."Daniel mencapai beg sandangnya dari kerusi sebelah katil. "Saya kena pergi sekarang sebab ada kuliah. Lepas habis saya datang sini semula.."

Zara mengangguk kepala dengan kening berkerut.

"Bye.."lambai Daniel lalu keluar dari situ.

Zara mematai langkah Daniel sehingga pintu biliknya tertutup. Setelah itu dia termenung memandang siling bilik rawatan VVIPnya yang ditanggung semuanya sendiri oleh Daniel. Bebrrapa minit berlalu sebelum Zara bersuara semula.

"Hei.."panggil Zara sambil termenung pandang siling pada pengawal bersut hitam depan pintu.

Dua orang pengawal itu hanya menggerakkan mata ke katil Zara. Badan masih tegak berdiri memandang ke depan.

"Lapar tak?"Zara bangun dari baringnya secara tiba-tiba.

Kening dua pengawal itu terangkat tinggi.

"Order pizza. Saya bayar..order sekali untuk dia orang bertiga dekat luar tu.."aju Zara dengan renungan nakalnya ke arah mereka berdua.