webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Teen
Not enough ratings
78 Chs

Bab 39 : Aku setuju dengan satu syarat...

Perlahan-lahan pintu bilik bacaan itu di tolak ke dalam. Membuatkan suara orang marah-marah kedengaran.

"Boleh tak sabar...orang tua tu tak mati lagi macam mana aku nak dapatkan harta dia." dengking James di depan meja kerja sewaktu bercakap melalui telefon.

Zara jalan mendekati belakang James lalu berdehem. Menarik perhatian orang tuanya untuk berpaling ke belakang. Seperti baru melihat hantu hidup semula, mata James terbuka luas. Keningnya terangkat tinggi.

"Aku call kau balik..."James memutuskan panggilan itu lalu jalan mendekati Zara dengan kening berkerut. "What the hell?Mana kamu sudah menghilang Zara. Phone off...tiada di hostel...kamu tahu tak gara-gara kamu ayah terpaksa hadap semua kesusahan ni..."bebel lelaki itu dengan berang. "Kalau ya call atau mesej...Benz tak henti-henti tanya soalan yang sama bila kamu nak setuju..pening tahu tak kepala ayah."

Zara menyilang tangan ke dada lalu melemparkan pandangan ke arah bingkai gambar keluarga yang mana tiada wajahnya di mana-mana dalam bingkai gambar di situ.

"Aku setuju tapi dengan satu syarat..."aju Zara sambil memandang James dengan renungan tidak berminat.

"Apa syarat tu?"James pula menyilang tangan ke dada. Keningnya mencerun tidak puas hati.

"

"Berikan nenek pada aku...biar aku yang jaga dia..." aju Zara.

"Apa kamu kata?"

Zara melepaskan hela nafas penat.

"Setuju atau tidak. Itu jer. Tiada rundingan." aju Zara dengan tegas.

James melepaskan hela nafas tak percaya dengan mulut terbuka sedikit kerana tergamam dengan syarat itu.

"Kalau ayah tak setuju maka kamu takkan setuju?""soal James.

Zara mengangguk kepala.

"Lain lah kalau kau nak semua saham impian kau tu lerlepas dari hidup  kau?"ugut Zara sambil menilik kuku jarinya. Lama dah dia tak potong. Panjangnya tu kalau cakar orang mahunya berdarah.

James mengetap gigi kerana berasa terperangkap di situ. Kalau dia lepaskan ibu mentuanya. Lambatlah orang tua tu nak mati. Kalau dia tak setuju pula, habislah peluang dia untuk mendapat saham...

"Fine...""setuju James dengan terpaksa.

"Ingat ya...sekali kau mungkiri janji. Beratus ribu kau kerugian..."ugut Zara sebelum berpaling keluar dari bilik bacaan itu.

Setelah itu Zara mengatur langkah untuk ke bilik Kennedy.Hendak bincangkan sesuatu dengan gadis itu.

Dan bila Zara buka pintu bilik, dia perasan semua lampu terbuka. Dan bunyi air mengalir kedengaran dari dalam bilik mandi.

Perasaan dejavu menerjah hati. Zara berasa awas secara tiba-tiba. Dengan mata liar melihat sekeliling bilik Zara berjalan masuk ke dalam bilik.

"Ken?"panggil Zara sambil melihat sekeliling. Bila tiada sahutan Zara menjadi risau dengan apa yang ditakuti selama ini.

Zara terus berlari masuk ke dalam bilik air. Berdiri sahaja dia di depan pintu Zara kaku kejung di situ. Nafasnya tertahan dengan mata terbutang luas apabila melihat keadaan di depannya.

"Ya tuhanku! Ken!"jerit Zara dengan kengerian apabila melihat Kennedy terbaring di dalam tab mandi dan berendam dengan darah sendiri.

Pergelangan tangan gadis itu berlumuran darah, wajah gadis itu pucat lesi.

Berhati-hati Zara matikan paip air sebelum mencapai tuala. Dia balut pergelangan tangan Kennedy dengan tuala tu.

"Please Ken...wake up.."minta Zara masa tepuk pipi pucat Kennedy.