webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Teen
Not enough ratings
78 Chs

Bab 37 : You can cry...cry is not a crime.

"Tak kira apa sekalipun jahat orang dekat kamu, kamu kena sentiasa maafkan orang tu. Walaupun kamu telah disakiti. Nenek tahu kamu bersedih dengan pemergian ibu kamu..tapi kamu tak tahu kenapa dia pergi. Jadi maafkan dia...."pesan nenek pada Zara saat menoncang rambut panjang kanak-kanak 9 tahun yang bersila di depannya atas kerusi panjang menghadap laman rumah. "Kamu tak boleh bencikan ayah kamu walau sejahat mana sekalipun dia...kamu tak tahu kenapa dia macam tu...jadi maafkan dia.. dalam dunia ramai orang jahat tapi lagi ramai orang baik...bila satu hari nanti kamu dah putus asa sebab dah tak ada sesiapa di sisi kamu...ingatlah. ada yang lebih susah dari kamu..." terngiang-ngiang pesanan itu di benak fikirannya.

Deru angin senja menyapa wajah yang sedang memejam mata menghadap tasik buatan, depan halaman fakulti, termenung sendirian dia di atas tangga tanpa teman di situ.

Bunyi kersikan daun kedengaran dari pohon rendang tempat dia sedang berteduh. Dalam diam, dia boleh merasai seseorang di belakang datang mendekat.

"Zara?Awak ke tu?"suara Daniel di belakang membuatkan dia membuka mata lantas berpaling. Terus dia menarik senyuman mesra ke lelaki berkaca mata yang sarat memegang barang di tangan itu.

"Hey."senyum Zara dengan lebar."Senior Daniel...apa senior buat dekat sini?"tanya Zara sambil menepuk tempat kosong di sebelahnya.

Daniel jalan mendekati Zara lalu duduk di sisi gadis itu dengan buku teks serta laptop diletakkan ke sebelah sisi satu lagi.

"Saya siapkan tesis dekat perpustakaan tadi...on the way nak balik ternampak pulak awak dekat sini...seorang jer?"lelaki itu menilik wajah sugul Zara dengan dalam.

Zara mengangguk kepala dengan senyuman di bibir lalu pandang ke depan. Menikmati pemandangan matahari terbenam petang senja itu dengan lebih seronok memandangkan dia ada teman.

"Cantikkan..."tanya Zara sambil tersenyum menikmati keindahan fenomena matahari terbenam itu.

Daniel pandang ke depan sekejap."Ha'ah..cantik..."ucap lelaki itu sewaktu berpaling memandang Zara. Lama dia pandang tepi wajah Zara dengan kening berkerut. Berasa ada sesuatu sedang mengganggu fikiran gadis berharga di sebelahnya ini."Sesuatu terjadi ke?"duganya.

Zara sekadar tersenyum lantas menggeleng kepala saat tunduk memandang ke bawah.

"Tak adalah..."nafi Zara sambil tersenyum."Saya Cuma rindu dekat nenek saya...senior ada nenek?"soal Zara yang cuba alihkan topic itu pada Daniel.

Daniel mengangguk kepala.

"Ada...dia seorang yang sangat baik. Dia pandai masak awak tahu...kek biskut, roti banyaklah. Sampai masa saya kecil dulu, budak lelaki paling gemuk...Nanti kalau ada masa saya bawa awak jumpa dia nak?"cerita Daniel dengan riang.

Zara mengangguk kepala.

"Okay. Dengar macam best jer...."balas Zara dengan senyuman di bibir.

Daniel yang perasan akan mata Zara yang menunjukkan renungan sedih itu berasa gundah gulana.

"Zara..."panggil Daniel lagi dengan lembut.

Zara yang memandang ke depan itu kembali memaling ke Daniel. Tersenyum sewaktu lelaki berkaca mata itu memandangnya.

"Hmm...?"sahut Zara dengan kening terangkat sedikit.

Daniel mendepakan tangan lalu menepuk dada sebagai isyarat supaya Zara bersandar padanya. Zara memandang dada Daniel buat seketika lantas melepaskan hela nafas panjang sebelum tersenyum lega.

"Mari sini..."ajak Daniel sambil mendabik dada lalu menepuknya.

Sambil ketawa kecil, Zara hulurkan tangan lalu memeluk sekeliling tulang rusuk Daniel dan menyembamkan muka ke dada lelaki itu. Hela nafas lega dan selesa lepas dari bibirnya. Dengan dalam dia menghirup bau haruman Daniel untuk menenangkan diri.

Perasaannya waktu ini ibarat beban berat baru saja di angkat dari dadannya. Rasa tenang dan ringan yang amat sangat taktala memeluk tubuh Daniel.

Daniel memeluk belakang badan Zara dengan erat dan merehatkan pipinya di atas kepala Zara. Sebelah tangan peluk sebelah lagi menepuk belakang badan Zara. Sambil tersenyum dia usap belakang Zara.

"Terima kasih senior..."ucap Zara dengan sebak sewaktu memejam mata dan menyembamkan muka ke ceruk leher Daniel.

Dan sekali lagi dia menangis.

Daniel menggosok belakang badan Zara apabila merasai bahu Zara menggeletar kuat sewaktu Zara menangis tanpa suara.

"It okay not to feel fine..but not okay if you keep it that way.. you can cry....cry is not a crime..."ujar Daniel sambil menyandarkan dagu di atas kepala Zara.

Zara mencengkam kuat kain kemeja belakang Daniel dengan erat. Dia harap sangat tangan ibarat sayap pelindung ni tak pernah leraikan pelukan darinya.

"Ya Tuhan...tolong la jangan biarkan lelaki ni tinggalkan aku.."doa Zara di dalam hati dengan terdesak. "Tolong la...."tangannya dieratkan sekeliling tulang rusuk Daniel.