webnovel

Cinta Pada Cara Kau Menipu

Zara Delisha. 21 tahun pelajar universiti berprestij. Zara dipaksa belajar. Oleh kerana pengaruh ayah dia. Zara sesuka hati menimbulkan masalah. Bertujuan supaya dia ditendang keluar dari universiti tersebut. Tapi sayang usahanya sikit pun tidak berhasil. Disitu dia tinggal bersama dengan rakan sejak kecilnya Sarah. Seorang gadis yang suka bergaya. cantik dan paling popular. Dibandingkan mereka berdua, Zara dan Sarah sangat berbeza. Zara tak suka bergaya, sementara Sarah bergaya mengalahkan model sendiri. Berteman baik dengan seorang senior lelaki yang extend tahun kerana tangguh pengajian Zara menjadi sahabat dan pelindung Daniel. seorang lelaki pemalu serta nerd yang selalu dibuli dan di perlekehkan oleh pelajar lain. Ditinggalkan Disakiti Dikecewakan Dilukai Dikhianati Tetapi tetap memaafkan. Tetap mencuba menerima semuanya dengan senyuman dibibir. Tetap menerima semua sakit dan duka yang menimpa tanpa mengeluh. Bagaimanakah perjalanan Si Nerd Dan Loser untuk mengecapi keinginan dan kehendak mereka? Siapa yang suka emo atau cerita sedih sampai alirkan air mata. Try lah baca. Sedikit cliche. Kalau tak suka atau pendapat tgglkan komen. Beritahu cerita ni best atau tak. ?

TintaHitamTanpaAra · Teen
Not enough ratings
78 Chs

Bab 26 : Kau tak apa-apa ke?

Pandangan berpinar,urat kepala berdenyut sakit. Otaknya ibarat terasa seperti di hempas dengan batu berkali-kali. Itulah yang sedang dirasai oleh Zara sewaktu dia duduk menghadap timbunan buku teks dan kertas dimana tugasan untuk menyediakan akaun dalam proses disiapkan.

Sarah yang sememangnya tidak banyak benda kena buat, menghadap ipad menonton episode drama korea kegemaran dia.

Zara berdesis kesakitan. Dia memejam buka mata untuk hilangkan rasa sakit itu, tetapi tidak berkurangan. Hanya semakin kuat pula sakit yang dirasainya.

Pen di tangan di jatuhkan ke kertas supaya dia dapat memicit kepalanya dengan jari jemari.

Tingkah Zara di sedari Sarah. Membuatkan Sarah berpaling memandang tertanya-tanya ke Zara.

"Kau tak apa-apa ke?"soal Sarah.

Zara memicit batang hidungnya lalu mengangkat kepala memandang Sarah.

"Aku okay."angguk Zara sambil memejam mata.

Sarah turun dari katil lalu duduk bersila di atas lantai depan Zara. Rakannya itu suka buat kerja atas lantai sebab lantai lebih luas.

Zara jenisnya kalau belajar atau buat kerja mesti perlukan ruang yang luas dan lebar sebab nak sepahkan semua barang yang ada. Tambahan pula buat kerja sambil baring ni lebih best. Sebab boleh landing sekali.

Zara menekup dahi dengan tangan kanan yang ditopang atas kaki yang bersila.

Sarah memicit bahu Zara. Risau dengan perubahan rakannya itu. Jarang dia lihat Zara sakit macam ni.

"Kau sakit kepala ke?"

Zara mengangguk kepala.

"Kita pergi klinik ke hospital ke nak?"aju Sarah dengan prihatin.

Zara menggeleng kepala.

"Tak aku okay. Boleh tak kau ambilkan aku botol ubat dekat rak buku tu..."tunjuk Zara dengan susah payah.

"Ubat?"Sarah bangun dari situ lalu mendekati rak tersebut. "Kau selalu ke sakit macam ni?Aku tak tahu pun?"soal Sarah sewaktu mencapai botol ubat lalu  botol mineral dari meja belajar Zara dan kembali duduk bersila di depan Zara.

Zara mencapai botol ubat dari tangan Sarah lalu terketar-ketar mengeluarkan dua biji ubat dari botol tersebut lalu di suap ke dalam mulutnya dengan perit.

Sarah membuka botol air untuk Zara lalu di serahkan kepada Zara. 

"Kau sakit ke?"soalnya.

Zara meneguk air itu dengan rakus, sebelum melepaskan hela nafas lega seusai menelan air tersebut. Perlahan-lahan rasa sakit di kepalanya menjadi surut.

"Tak adalah...aku okay jer. Migrain biasa. Kau tahu lah akaun ni bukan benda senang."jelas Zara.

Sarah menyeka peluh dingin dari dahi Zara dengan lengan t-shirt lengan panjang dia Pucat wajah Zara waktu itu.

"Kau sure?"soal Sarah tidak yakin dengan penjelasan Zara.

Zara menepuk lengan Sarah sambil menarik senyuman nipis.

"Ya..aku okay. Kau jangan risaulah... Nama aku Zara okay. Orang kuat yang tak mudah mengalah...see otot lengan aku?"Zara menepuk otot lengan imaginasi dia.

Sarah mengalah lantas mengangguk kepala. Kalau Zara dah cakap macam tu dia boleh buat apa lagi.

"Kalau ada apa-apa beritahu aku."pesan Sarah.

Zara memberi tabik hormat.

"Baik puan!"ucapnya dengan senyuman lebar di bibir.