1 Bab 1- Sukar

Selepas lima temuduga yang dihadirinya dan satu pun tidak berhasil menyebabkan dia buntu. Dia perlu membayar sewa rumah yang tertangguh dan segala jenis bil. Zafran menarik nafas panjang melepaskan segala beban yang ada dalam fikirannya sekarang."Jauh kau termenung Zaf." tegur rakan serumahnya , Taufiq. " Aku dah tak tahu nak buat apa lagi , Fiq." kata Zafran sambil mengeluh. "Semua temuduga yang aku pergi tak berhasil." sambung Zafran. Dia merupakan pemegang ijazah kejuruteraan tetapi masih lagi sukar untuk diterima kerja hanya kerana alasan masih tidak mempunyai pengalaman bekerja sebelum ini. "Apa kata kau cuba kerja dengan foodpanda lagi pun kau ada motor sendiri." cadang Taufiq."Nantilah aku fikir." balas Zafran pendek. Zafran menolak pintu biliknya lemah lalu duduk di katil.Dia terpandang sesuatu yang menarik perhatiannya lalu mencapai objek tersebut. "Kalaulah ayah masih ada sekarang pasti hidup Zaf dan ibu bahagia." katanya sambil menatap gambar arwah ayahnya yang pergi meninggalkan dia dan ibu sejak 10 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Dia terlalu rindukan ayahnya , rindu yang sukar terubat ini membuatkan jiwanya meronta-ronta kesakitan.Hatinya terkesan selepas kehilangan seorang yang dipanggil ayah. Parut ini tidak akan pernah hilang sampai bila-bila. Setelah puas menatap gambar ayahnya dia terlelap dibuai mimpi yang tiada siapa jangka. Satu cahaya yang tiba-tiba muncul menyebabkan matanya silau. Seorang yang berpakaian putih melambai ke arahnya sambil tersenyum. Dia seperti mengenali susuk tubuh tersebut. Dia mula melangkah setapak demi setapak. Dia semakin dekat dengan susuk tubuh tersebut. Dia tiba-tiba berhenti melangkah dan terduduk apabila mengenangkan perkara ini tidak akan pernah berlaku."Tidak, perkara ini tak mungkin berlaku." jerit Zafran di dalam hati. Dia terduduk mengenangkan nasib.

avataravatar