1 Bab 1 : New Year

31 disember 2017. Esoknya 01 Januari 2018. Beberapa hari lagi hari persekolahan akan bermula. Bermulanya hari-hari yang memerlukan mereka yang masih bersekolah bangun awal dan dihujani dengan kerja-kerja sekolah dan tahun ini juga merupakan tahun terakhir dia bergelar seorang pelajar Pra-U. Betapa cepatnya masa berlalu.

Orange menggeliat malas di katilnya. Selimut tebalnya itu ditarik hingga hanya matanya yang tidak diliputi selimut. Dia sepertinya tidak mahu kalendar itu bertukar kerana dia bahagia berada di rumah. Bangun.Makan.Baca novel.Tidur. Menonton rancangan kegemarannya. Heaven. Orange memejamkan matanya kemudian menarik nafas dalam-dalam.

Dia kemudiannya terkial-kial seketika mencari telefon bimbitnya. Semalam dia menonton Runningman sehingga terlelap dan dia sendiri kurang pasti keberadaan telefon bimbitnya itu kini. Dalam kekalutan itu, dia masih tidak berganjak dari baringnya. Hanya tangannya yang memainkan peranan penting dalam menjejaki keberadaan telefon bimbit kesayangannya itu.

Setelah beberapa minit mencari akhirnya dia berjaya mencapainya di sebalik timbunan patung doraemonnya. Dia menarik nafas panjang. Penat sendiri. Matanya terkebil-kebil melihat skrin telefonnya memaparkan 25 panggilan tidak berjawab. Pantas jari jemarinya mencari gerangan siapakah itu.

CORINA

Orange tersenyum sendiri. Rupanya teman baiknya itu. Teman baik aka sepupu kesayangannya aka satu-satunya bff nya sejak dari bangku tadika sehingga kini atau pendek kata, boleh dikatakan sebagai satu-satunya sahabat yang pernah dia ada. Till jannah.

what happen? Sorry, tertido semalam. My oppa watching me till pagi. He he he

Ringkas mesejnya. Dia tahu mesti ada sesuatu yang berlaku. Ini bukan kali pertama dan bukan juga luar biasa berlaku. Dalam seminggu semestinya perkara tersebut akan berlaku beberapa kali.

Minggu lalu, dia bergaduh dengan teman lelakinya dan menelefon dirinya pada jam3.00 pagi. Kemudian selang beberapa hari, sekali lagi dia menelefonnya pada jam2.00 pagi kerana teman lelakinya cemburu dengan pos-posnya di ig dan mengugut untuk meminta putus dan seperti hari-hari yang sebelumnya semuanya berkaitan dengan teman lelakinya.

Kalaulah dia menjadi Corina memang sudah lama dia tinggalkan lelaki tersebut. Menyusahkan hidup sahaja. Harap muka sahaja hensem tapi perangai hampeh. Kalaulah dia Corina, dia masih boleh mencari lelaki yang lebih kacak dan baik berbanding Hans. Kalaulah dia Corina...

Orange menarik nafas dalam-dalam. Malangnya, dia bukan Corina dan jauh sekali akan menjadi seperti Corina walaupun dalam kehidupan akan datang. Dia hanya Orange dan sentiasa Orange. Gadis yang tidak pernah disedari kewujudannya oleh sesiapa pun apabila dia berada di luar. Dia seakan bayang-bayang Corina yang tidak akan pernah disedari sesiapapun. Orange sedih memikirkan dirinya sendiri. Corina si gadis popular di sekolah sejak dari bangku tadika dan disenangi ramai, mempunyai ramai peminat yang disayangi guru-guru dan saudara-mara. Orange? Si gadis pendiam, penuh misteri, tidak mempunyai sahabat kecuali Corina, tidak pernah terlibat dengan mana-mana aktiviti sekolah kecuali pdp, malahan guru-guru juga tidak mengenali namanya. Hanya si 'pelik'. Iya,itulah namanya yang dikenali iaitu si Pelik. Jauh sekali mempunyai teman lelaki. Kirim salam dari jauh.

avataravatar
Next chapter