1 Hati yang hancur [ 1 ]

Nayeon berjalan mahu menuju ke meja guru untuk menghantar latihannya yang telah siap. Bilik guru terletak di hujung bangunan sekolah itu.

Apabila dia mahu melintas bilik seni itu, dia ternampak dua orang di dalam bilik seni itu sedang berpelukan dengan mesra.

Nayeon terkejut, apabila dia ternampak wajah perempuan itu hatinya berdebar-debar kerana takut untuk menghadapi realiti sebenar.

Dia mahu melihat wajah lelaki itu pula tetapi lelaki itu membelakangkan Nayeon, tetapi ada petujuk di bahagian pergelangan tangan lelaki itu.

Gelang yang Nayeon berikan kepada Seo Jun sempena ulang tahunnya yang ke-18 tahun.

Jelas yang lelaki itu adalah Seo Jun kekasih hatinya !

Lelaki yang dia suka dan tergila-gilakan sedang curang di belakangnya dan sedang berpelukan mesra bersama Bora, perempuan jalang !

Apabila Bora sedang asyik berpelukan mesra dengan Seo Jun, matanya melilaukan ke arah perempuan yang sedang mengintai mereka, Bora sudah pun mengenali perempuan itu lalu mengeratkan lagi pelukannya dan menggoda Seo Jun.

" Aduh, kamu ini!"

Seo Jun mencium bibir Bora dengan ghairah sekali.

Buku yang Nayeon pegang sebentar tadi telah jatuh ke lantai membuatkan Seo Jun terkejut melihat ke arah bunyi itu.

Seo Jun pergi ke arah bunyi yang jatuh itu dan melihat tiada siapa pun di situ.

Nayeon telah pun pergi dan sudah mengambil buku yang jatuh itu.

Seo Jun menghela nafas lega,' kalau aku diketahui habislah aku ' getus hatinya.

Dia percaya yang tiada siapa akan lalu ke arah ini kerana bilik seni di bahagian paling hujung sekali.

Manakala Nayeon, menangis teresak-esak tidak mahu menerima kenyataan yang dia sudah dicurangi oleh Kim Seo Jun. Lelaki yang dia cintakan dan sanggup menghabiskan wangnya semata-mata untuk membuatkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya, telah mempermainkan dia. Betapa dungunya dirinya yang tidak menyedari semuanya itu!

' Aku harus membalas dendam dengan apa yang mereka lakukan terhadap aku ! ' teriak hatinya.

Apabila tangisannya sedikit reda.

Dia segera membuka telefonnya untuk menghantar pesanan ringkas kepada seseorang. Apabila dia melihat skrin utama telefonnya, dia bergambar bersama seseorang iaitu Seo Jun, dia cepat-cepat menukarnya kepada gambar dia bersama kawan baiknya Sunny.

[ 1 satu mesej dari Si Cantik ]

Si Cantik :Datang ke sini ke tempat biasa dengan segera,ada hal yang mustahak aku nak beritahu kamu.

[ 1 satu mesej dari Kawan Baik ]

Kawan Baik :Ok baik aku datang dengan segera!

"Naeyoen, hal apa yang mustahak sangat itu ?".

Apabila Sunny melihat mata Naeyoen membengkak akibat menangis, Dia berasa sangat risau lalu menyoalnya.

"Nayeon, apa yang jadi pada kau ? Siapa yang berani menangiskan kawan baik aku! Cakap Nayeon! Aku akan kerjakan dia cukup-cukup!" sambil menggenggam penumbuknya.

Nayeon menangis lagi sukar untuk dia menerima apa yang baru saja dia lihat.

Sunny hairan siapa yang berani buat Nayeon menangis kerana Nayeon terkenal dengan sikap panas barannya itu. Jadi sukar untuk dia percaya seketika akan tetapi apabila dia melihat keadaan Nayeon semakin teruk dia cuba untuk memujuk.

"Tidak mengapa, luahkan saja apa yang kau pendam, itu akan membuatkan kau lebih lega, luahkan saja semuanya, aku akan mendengarnya."

Nayeon sangat terharu dengan sikap Sunny yang sangat setia kawan, matanya kembali sayu.

Lima minit kemudian, barulah tangisan Nayeon sedikit reda. Hidungnya yang mancung itu sedikit kemerahan tapi mukanya masih kelihatan bercahaya dan menawan tapi matanya sedikit suram, seperti pohon yang sepi.

"Seo Jun...Seo"

"Mengapa ?Seo Jun mengandungkan kau kah!?" sampuk Sunny.

"Kau dah gilakah!"

"Minta maaf, oh cepatlah cakap Nayeon ku"

Sunny mengetap bibirnya.

Nayeon menceritakan semuanya kepada Sunny. Terbeliak biji mata Sunny, macam mahu mati saja apabila dia mendengar semua butir bicara Nayeon itu.

"Apa!? Banyak-banyak perempuan, perempuan itu juga dia mahu?Lelaki keparat dan perempuan murahan!" protes Sunny.

Nayeon menjeling sekilas, macam dia pula yang dicurangi sambil mencebikkan bibirnya.

"Baru-baru ini, aku perasan ada tak kena dengan Seo Jun tapi aku begitu bodoh sampai sanggup percaya apa yang dia kata." Sambil matanya mengeluarkan api kebencian.

"Tapi aku tak boleh salahkan Seo Jun seorang sahaja sebab aku tahu yang perempuan itu sengaja menggodanya untuk sakitkan hati aku, Lelaki keparat itu akan terima nasibnya begitu juga dengan si pelacur itu!" sambungnya lagi.

Sunny hanya mendiamkan diri cuba menghadam apa yang Nayeon cakap sebentar tadi.

"Jadi kau ada apa-apa rancangan kejamkah untuk memusnakan dua ekor anjing itu?" soal Sunny dengan ria wajah yang ingin tahu.

Mata Nayeon bercahaya sekejap.

"Kita diamkan diri dahulu, seperti tidak tahu apa-apa dan kau jangan cakap apa-apa, faham! Biar aku yang uruskan. Kau perlu menolong aku sedikit."

Sunny memahami apa yang Nayeon cuba sampaikan bukankah orang bijak suka membalas secara tenang dan terperinci manakala musuh yang dungu pula akan membuatkan secara terang-terangan dan selalu ingin membuat kecoh saja.

Nayeon mendongakkan sedikit kepalanya dengan angkuh sambil tersenyum sinis persis syaitan betina.

Sunny tidak dapat menahan dirinya dari rasa kagum dan tidak menyedari mulutnya terbuka luas. Dia tahu yang rakan baiknya ini sangat cantik tetapi akibat seorang lelaki dia menjadi seorang yang dungu dan menenggelamkan kecantikannya dengan sendirinya.

Tetapi Nayeon yang dulunya gadis dungu serta panas baran dan sentiasa mengejar lelaki yang dia tergila-gilakan dan kini telah menipunya.

Dia nekad untuk berubah, kini dia telah berubah kepada gadis yang menawan serta angkuh dan akan membalas dendam! Aura dingin terpancar di situ.

Membuatkan Sunny bergetar ketakutan.

avataravatar
Next chapter