webnovel

CEO itu bukan bos aku.

Lyn asyik menikmati kopi Americano yang dibeli bagi menghilangkan ketagihan kafein yang sangat dicintainya, seawal pagi yang sangat sibuk hanya sekarang sempat mencari kesukaanya itu,sambil matanya liar memerhati manusia yang lalu lalang menjalani kehidupan masing-masing.Cemburu melihat pasangan yang bermanja dan bermesra,dia mengalih pandangan matanya melihat jam di pergelangan tangan ."Sudah jam 9 malam, ahh cepatnya masa berlalu, baru nak mencuci mata sebentar",fikir Lyn yang lelah mengadap hari-hari yang sama setiap hari.Sudahlah hidupnya serasa tiada kebebasan tiada kesempatan untuk berlibur dan hampir tiap masa walau hari cutinya,ketuanya,Tuan Arman Shah yang sangat-sangat cerewet dan sentiasa mencari salah sentiasa mengarahkan dia untuk melaksanakan tugasan mengikut rentak dan suka beliau.Memang la dia di bayar untuk setiap kerja lebih masa tapi.... 'Aku pun manusia juga yang nak memanjakan diri dan menghabiskan masa dengan keluarga dan teman, tiada masa untuk bersosial hanya kerja dan kerja..'. Dia baru berkhidmat tidak sampai tempoh sebulan untuk sang ketua. Sebelumnya dia berkhidmat dengan Puan Kasmah.Andaian diri bila berubah ketua hidupnya lebih aman kerana selalunya ketua perempuan yang lebih cerewet namun dia silap kerana ketua yang baru ini walau nampak sebaik malaikat, bak kata orang tua-tua pijak semut pun tak mati. Mampu kah Lyn untuk terus menjadi setiausaha kepada Tuan Arman Shah, CEO muda yang berkaliber dan gila bekerja?

NorST · General
Not enough ratings
35 Chs

Sinar baru

Selepas maghrib Arman berencana untuk bermalam dengan Lyn.Terus dia berkemas untuk membawa sedikit persalinan bagi di tinggalkan di sana untuk kesenangan dia berulang alik tanpa perlu pulang setiap hari.

Lyn baru selesai menghidangkan makan malam,hanya pesanan dari luar menggunakan grab food services kerana lebih cepat,mudah dan pantas buat dirinya yang kemalasan. Kedengaran jeritan suara Lyn yang memanggil kedua kesayangannya iaitu Damien dan Ikmal untuk makan malam bersama.

"Angah,Arman datang tak hari ini?",tanya Ikmal sambil lalu mengambil tempat duduk di meja makan.

Sejak Lyn bernikah baru,dia bersama Damien telah membersihkan dan menyimpan sebahagian barangan arwah di dalam kotak untuk di sedekahkan atau dibuang bagi memberi ruang untuk dirinya dan Lyn.Bilik Dalina diubah menjadi bilik Lyn ,dia dan Damien berkongsi bilik sementara bilik arwah Jamal di biarkan dahulu mungkin kelak akan dijadikan bilik tetamu. Terlalu banyak kenangan.

"Kenapa la aku ini?"Arman bermonolog sendirian. Sambil memandu menuju ke destinasi mindanya berdebat antara imaginasi dan juga kenyataan. Berfikir dengan pelbagai kemungkinan mendatang. Tanpa di sedari setengah jam berlalu dan kemudian keretanya sudah berada di halaman rumah yang di tuju.

"Assalamulaikum".Salam diberikan oleh Arman. Berulang kali juga dia memberikan salam dan berdiri di luar menunggu pintu di buka. Hampir 10 minit menunggu, pintu pun terbuka dan kelihatan Lyn di muka pintu.Arman tanpa di pelawa terus membawa beg pakaian juga dirinya sendiri masuk ke dalam rumah. Mimik muka Lyn kelihatan terkejut dengan kehadiran Amran tanpa udangan.Arman lantas meletakkan beg di kerusi sofa dan terus melangkah ke meja makan. Melihat Arman ,Ikmal terus melawa si abang ipar,"Arman mari makan sekali, lauk beli jer ni but sure akan kenyang perut".Damien tanpa di suruh mengambil pinggan dan juga gelas untuk Arman dan diletakan bersebelah dengan Mak Angahnya."Pak Ngah duduk sini yer",ucap Damien sambil menarik kerusi untuk Arman.Lyn yang mengekori Arman dari belakang diam sahaja kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan dan mereka makan bersama,rancak Ikmal dan Arman bersembang dan sesekali Damien menyelah dan tertawa kecil. Satu perkembangan positif untuk Damien sejak Lyn berkahwin. Melihat situasi di depan matanya,membuatkan Lyn tersenyum terharu dengan usaha Arman untuk menunaikan janji dia pada dia.

Benar perancangan Allah SWT itu lebih indah. Segalanya ketentu dariNYA.