webnovel

CEO itu bukan bos aku.

Lyn asyik menikmati kopi Americano yang dibeli bagi menghilangkan ketagihan kafein yang sangat dicintainya, seawal pagi yang sangat sibuk hanya sekarang sempat mencari kesukaanya itu,sambil matanya liar memerhati manusia yang lalu lalang menjalani kehidupan masing-masing.Cemburu melihat pasangan yang bermanja dan bermesra,dia mengalih pandangan matanya melihat jam di pergelangan tangan ."Sudah jam 9 malam, ahh cepatnya masa berlalu, baru nak mencuci mata sebentar",fikir Lyn yang lelah mengadap hari-hari yang sama setiap hari.Sudahlah hidupnya serasa tiada kebebasan tiada kesempatan untuk berlibur dan hampir tiap masa walau hari cutinya,ketuanya,Tuan Arman Shah yang sangat-sangat cerewet dan sentiasa mencari salah sentiasa mengarahkan dia untuk melaksanakan tugasan mengikut rentak dan suka beliau.Memang la dia di bayar untuk setiap kerja lebih masa tapi.... 'Aku pun manusia juga yang nak memanjakan diri dan menghabiskan masa dengan keluarga dan teman, tiada masa untuk bersosial hanya kerja dan kerja..'. Dia baru berkhidmat tidak sampai tempoh sebulan untuk sang ketua. Sebelumnya dia berkhidmat dengan Puan Kasmah.Andaian diri bila berubah ketua hidupnya lebih aman kerana selalunya ketua perempuan yang lebih cerewet namun dia silap kerana ketua yang baru ini walau nampak sebaik malaikat, bak kata orang tua-tua pijak semut pun tak mati. Mampu kah Lyn untuk terus menjadi setiausaha kepada Tuan Arman Shah, CEO muda yang berkaliber dan gila bekerja?

NorST · General
Not enough ratings
35 Chs

Rasa hati

Sampai sahaja di pejabatnya Arman sendiri terkejut dengan kejadian itu.'Ish kenapa aku bersikap begitu,personal dia,she have her right to enjoy lunch with who ever she want',ucap Arman bermonolog sendirian sambil mengusap-gusap dahi yang tidak sakit,memerah otak memikir pada sikap tidak professional dia sebentar tadi.'I think I'm jealousy, damn do I still in love with her?,soal Arman pada dirinya sendiri.Dia mengaku yang memang dia masih tertarik pada si dia tapi tidak dia menyangka tarikan itu sedalam itu. 'Just act like usually, my normal self that her know',putus Arman lalu terus menunaikan solat Zohor. Selesai dia mengetuai semula mesyuarat yang tertunda. Menuju ke bilik mesyuarat matanya mencuri pandang pada si dia. Kelihatan Lyn sibuk menaip mungkin menyiapkan tugasan yang sebentar tadi diberi. Khusyuk dan tenang wajahnya tanpa mempamirkan senyuman seperti biasa. Puas hati Arman, melihat Lyn begitu,perasaan marah bertukar puas hati. Masuk ke bilik mesyuarat, Hafezin menjadi bahan untuk di cari kesalahan seolah tidak puas hati dengan pembentangan kertas kerja beliau,walau sebelum waktu rehat tadi dia sendiri mengatakan berpuas hati. Nampak ketidak puasan hati team Enginer Bersekutu pada tika itu. Waktu sudah makin lewat, Arman menamatkan perbincangan dengan Dato' Ishak yang meminta menunda mesyuarat pada minggu hadapan dan akan memberikan pembentangan baru hasil perbincangan hari ini.

Arman terus keluar dan bersalam dengan semua kecuali dengan Hafezin (masih marah dan tidak suka) dan berlalu pergi dengan mengatakan ada kerja yang harus di selesaikan segera.

Melihat Hafezin keluar dari bilik meeting,Lyn bangkit menuju ke arahnya,Hafezin dari jauh tersenyum melihat rakannya itu.Jam sudah pun hampir 5 petang. Takut kesesakan lalu lintas Hafezin dan Lyn bertukar kad. Berjanji akan berhubung lagi."Lyn,teman still keep in touch dengan group kadet kita, nanti teman add mikee",Hafezin memberikan cadangan pada Lyn."Okay Lyn, teman balik dulu,teman datang dengan kereta office tak boleh lama,bye keep in touch ",katanya mengakhiri pertemuan mereka hari itu."Okey Hafezin,it really pleases to meet you again after all this time,missing all good day and really love to be together with others as well, nanti kita buat gathering ",Sambil tersenyum manis Lyn berjanji untuk berjumpa lagi.

Arman sudah berada di bilik pejabatnya, matanya melihat file Alam Megat di atas Meja dia tersenyum sendirian. File yang masih boleh di tangguh."Arman..Arman", dia menyebut namanya sendiri berkali-kali.

Lyn bersiap untuk pulang kerana besok adalah hari minggu,sudah direncana mahu bermalam di rumah Suhana kemudian melawat mama dan papa yang sudah hampir 4 minggu tidak di jenguk. 4 minggu yang sibuk seawal pagi sebelum matahari terbit bergegas ke pejabat dan pulang lewat malam hanya setelah matahari terbenam.