webnovel

kenalkan seseorang

'babe esok kita jumpa dekat peevee ye.. pukul 2.. jangan lewat..'

nadia tersenyum membaca pesanan yang dihantar cempaka. tidak sabar menanti esok datang. dia ada kejutan untuk cempaka.

cempaka bangun awal, dengan penuh semangat cempaka mandi dan menyarungkan pakaian sukannya. pagi ini dia ingin memulakan harinya dengan aktiviti berjoging. kata mira semalam, wajahnya semakin tembam. wajahnya sahaja. kata mira lah. tetapi mungkin selepas ini badannya pula. jadi mulai hari ini cempaka berazam untuk bangun awal dan memulakan harinya dengan berjoging.

" kak long.. kak long..." jerit satu suara siap melambai-lambai lagi tangannya.

cempaka yang sudah berlari separuh jalan berhenti. dia turut membalas lambaian ikman.

" wa... kak long pun joging dekat sini.." sapa ikman yang kelihatan sudah lencun berpeluh.

cempaka mengangguk.

" okey lah kak long.. man dah selesai 3 round.. nak balik ni.. kejap lagi nak masuk office.." ikman meminta diri. dia meneruskan lariannya menuju terus ke villa nombor 5.

cempaka yang terganggu lariannya meneruskan lariannya. penat berlari dia berjalan secara perlahan. matanya menikmati suasana pagi di taman ini. mujur tidak ramai orang,mungkin kerna taman ini dikhaskan hanya untuk penghuni empayar sakti sahaja. cempaka melintas satu jambatan kecil. dia berhenti melihat kolam di bawahnya. wa... ada ikan. cempaka melihat ikan yang seronok berenang. otaknya menerawang teringat peristiwa di janda baik bersama ikran. mereka meluang waktu petang bersama memerhati kanak-kanak menangkap ikan di sungai. hatinya rindu lagi kepada ikran. sekarang waktu di malaysia pukul 6.30 pagi.. pasti di jepun 7.30 pagi. sudah bangun arau belum suaminya. cempaka mengeluarkan telefonnya dan mengambil gambar ikan-ikan yang sedang berenang.

ikran yang keluar dari bilik mandi dengan hanya mengenakan robe ditubuhnya. langkahnya menuju ke telefo bimbitnya yang berbunyi menandakan ada whatsapp masuk.

lincah tangannya membuka pesanan gambar yang dihantar cempaka. gambar ikan berenang indah di kolam. di sertakan captionnya sekali.

' tengok ikan berenang teringat dekat abang. selamat pagi'

ikran senyum. apa kaitan ikan dengan dia? pelik juga ikran.

" mak pah.. pesan dekat chef saya taknak makan sarapan pagi ni.. makan tengah hari pun saya taknak." pesan cempaka sewaktu terserempak mak pah yang baru turun dari tingkat atas.

"baik puan.." mak pah akur.

" lagi.. malam nanti pun tak payah masak.. saya beli dekat luar siap-siap.. "

mak pah angguk lagi.

nadia mengenakan dress separas peha warna ungu dengan high heel hitam dipadankan dengan solekan nipisnya serta aksesori wajip adanya beg tangan berbagai jenama dan kali ini,dia mengenakan beg tangan dari jenama prada. yang direka khas hanya 10 keluaran sahaja. okey miss nadia tidak akan mengenakan pakaian dari kedai biasa-biasa okey. selain berjenama harus unlimited. baru sesuai dengan imejnya sebagai model dan anak orang kaya.

cempaka yang tiba lewat 10 minit dari nadia cuma mengenakan kemeja putih dan seluar jean serta sneakers. rambut nya diikat satu. mekapnya juga ala kadar dan beg tangannya. ringkas dan sopan serta tidak menonjol.

" jom babe.. teman aku pilih baju untuk dinner nanti." ajak nadia menarik tangan cempaka.

dari satu butik ke satu butik cempaka dan nadia masuk namun tidak satu menarik perhatian nadia.

"babe.. kau nak baju macam mana ni?" tanya cempaka sudah kebosanan. banyak songeh pun ada si nadia ni. semua tak kena dengan seleranya.

" babe.. aku nak baju yang sesuai dengan imej aku.. ada tak butik yang best yang belum kita pergi?"

cempaka mengeluh.

" babe.. kita makan dulu lah.. dah pukul berapa ni.. aku lapar.." cempaka mengajak nadia makan dahulu. lepasni baru sambung lagi.

" iyalah.. aku call dez dulu.. tanya dia dekat mana.." nadia mengeluarkan telefonnya. menghubungi tunangnya.

" jom.. dez tunggu dekat restoran biasa.." ajak nadia menepuk bahu cempeka.

cempaka menurut.

" babe.. aku sebenarnya.. nak kenalkan seseorang dekat kau.. " ucap nadia perlahan dalam nada serba salah.

cempaka menghentikan langkahnya.

" lelaki ke perempuan..?" tanya cempaka.

" lelaki..."