webnovel

Black Hunter Origin

Sebuah kesah Isekai dengan latar belakang dunia fantasi, apa yang anda fikirkan? Klisyei? Membosankan? Atau sudah terlalu biasa? Terserah anda ingin menganggapnya seperti apa. Tetapi, ini adalah kesah Isekai pertama daripada Malaysia, jadi tidak ada salahnya jika ianya Klisyei bukan? Ringkasnya: Cerita ini berfokus kepada Madou Gaikuro, seorang pelajar sekolah menengah dan Otaku biasa yang secara tiba-tiba dibawa ke dunia lain dan diberikan gelaran berserta tanggungjawab sebagai seorang pahlawan. Jika anda berfikir bahawa perjuangan menjadi pahlawan itu mudah, maka anda sangat-sangat salah. Kesah ini akan mengubah sudut pandang anda terhadap kehidupan di dunia asing, kerana tidak semuanya akan berjalan dengan lancar. Walaupun memiliki kekuatan agung, dia tetap perlu melalui banyak kegagalan hanya untuk mencapai satu kejayaan. Ini adalah kesah mengenai perjalanannya untuk menjadi seorang pahlawan sejati. Bagaimana kesahnya akan berjalan? Baca saja dan ketahui ianya sendiri.

Kaitou_X · Fantasy
Not enough ratings
13 Chs

Chapter 5: Yami no Maou!!

Disebuah bangunan gergasi yang mempunyai reka bentuk yang mirip dengan Colosseum.

Di bahagian tempat duduk penonton mengelilingi setiap arahan disekitar arena, para penonton masih lagi membisu dan tidak berbunyi meskipun sedang terjadi sesuatu yang besar tepat di hadapan mereka.

Iaitu pertarungan sengit diantara dua orang pahlawan menentang sekitar 30 orang dibahagian tengah arena.

Tidak lama sebelum ini berlaku, tempat itu cumalah sebuah bangunan yang digunakan untuk mempamirkan pertempuran kecil diantara seorang lelaki bertopeng dengan beberapa penentang. Tetapi sekarang, entah dari mana datangnya, secara tiba-tiba ada begitu ramai orang yang melompat masuk ke dalam arena dan memulai pertempuran saat ini.

Diantara mereka yang sedang berada di atas arena, terdapat dua orang remaja yang sedang menentang kesemua orang-orang itu dengan saling membelakangi. Mereka adalah Madou Gaikuro dan Kotegawa Grei, mereka kedua-duanya menggelar diri mereka sebagai pahlawan. Tetapi bukan atas alasan itu mereka saling berkerjasama, melainkan kerana mereka memiliki urusan yang sama dengan seseorang.

Seseorang itu adalah pilihan ketiga yang berada di arena tersebut, dia adalah seorang lelaki dengan pakaian serba hitam dan mengunakan sebuah topeng untuk menutup seluruh wajahnya. Saat ini, dirinya masih lagi tegeletak diatas tanah kerana diracuni diperistiwa sebelum ini.

Gaikuro dan Grei dengan penuh susah payah terus-menerus menahan setiap orang yang mencuba menghampiri lelaki bertopeng. Mereka telahpun melakukan perkara ini berkali-kali semenjak orang-orang itu muncul, tetapi nampaknya mereka sudah mula kelelahan dan hampir tidak sanggup lagi untuk menahan semua orang-orang itu lebih lama.

Lalu salah seorang daripada remaja itu mula menghampiri yang lainnya, kemudian keduanya saling bersandar antara satu sama lain dan mula membisikkan sesuatu diantara mereka.

"Hei, jika terus begini kita tidak akan pernah kemana-mana! Mereka terus-menerus berdatangan meskipun setelah kita menolak mundur mereka!" bisik Grei kepada Gaikuro.

"Heh, apa awak sudah tidak larat?" kata Gaikuro dengan menyindir.

"Setidak-tidaknya wajah saya tidak menjadi pucat kerana penat seperti awak" balas Grei.

"... Jadi apakah awak ada cadangan lain? Kita tidak akan dapat bertahan selamanya, tetapi kita juga tidak akan dapat melarikan diri jika kita masih ingin membawa lelaki bertopeng tu" kata Gaikuro untuk mengubah topik.

"Saya agak ragu meskipun tanpa membawa lelaki itu kita akan dapat melarikan diri" jawab Grei. "Tapi jika kita dapat membangunkan lelelaki itu kita mungkin akan dapat membuat celah!" Sambungnya.

"Begitu ya, jadi kita cuma perlu menambah sekutu kita kan" balas Gaikuro. "Tapi dia masih lagi tidak sedarkan diri, apa awak ada sebarang cara untuk membangunkannya?" tambah Gaikuro.

"Sepertinya dia diracuni, saya ada ubat penawar jadi kita cuma perlu memberikan dia meminumnya" cadang Grei.

"Baik itu bagus, tetapi saya ragu mereka ini akan berbaik hati membiarkan kita merawat orang sakit" sindir Gaikuro sambil memandang orang-orang yang menjadi lawan mereka.

"Saya akan menyerahkan penawar itu pada awak, sementara itu saya akan menggunakan Skill saya untuk menghadang mereka. Saat itu awak berikan penawar tersebut padanya"

"Rancangan yang bagus, baiklah. Mari kita lakukannya!" Kata Gaikuro setuju.

"Ambil ni!" Kata Grei sambil menyerahkan sebuah botol berbentuk tiub kepada Gaikuro.

Dan rancangan merekapun dimula.

"Wahai bumi dan angin, besatulah dan bantu saya" <Sand Strom>

Tepat setelah Grei selesai dengan Mentranya, untuk sesaat sebuah lingkaran magic muncul di atas tanah lalu menciptakan sebuah puting beliung yang mengandungi banyak pasir didalamnya. Dan tidak lama setelah kemunculan puting beliung itu situasi kemudiannya berubah sehingga menjadi ribut pasir ditengah-tengah arena.

Akibatnya seluruh pemandangan di tempat itu menjadi terhalang dan sangat sukar untuk sesiapapun bergerak. Tetapi...

"Sekarag!! Pergilah!!" Kata Grei.

Menanggapi perkataan Grei itu, Gaikuro mula berlari menuju ke arah lelaki bertopeng seperti yang dirancangkan.

Gaikuro hanya berlari lurus kerana dirinya masih lagi menghafal kedudukan lelaki bertopeng itu berada, oleh kerana itu dirinya langsung tidak terhalang oleh ribut pasir yang sedang melanda itu.

Dia terus berlari dan terus maju, dan meskipun agak kabur, tetapi dirinya kini mula dapat melihat sebuah sosok yang sedang tertiarap di atas tanah. Itu pastinya orang yang sedang dicarinya.

Tetapi nampaknya itu bukanlah satu-satunya perkara yang dapat dirinya lihat dari tempatnya saat ini. Disana juga ada suatu sosok yang lain sedang menghampiri lelaki bertopeng daripada belakang. Dan sosok itu juga sedang memegang sesuatu, sesuatu yang panjang, sesuatu yang agak bersinar. Itu adalah sebilah pisau!

Menyedari apa yang dipegang oleh sosok tersebut Gaikuro serta merta mengetahui apakah tujuannya dan siapakah sosok tersebut, ia adalah salah seorang dari orang-orang itu!

Gaikuro kemudiannya dengan segera menambah kecepatan lariannya, tetapi dirinya masih lagi tidak akan sempat sampai tepat pada masanya. Oleh kerana itu dirinya pun melakukan pilihan lainnya. Iaitu...

<Hope Wall>!!

Gaikuro mengunakan salah satu daripada Skill yang dimiliki olehnya, iaitu Skill yang dapat menciptakan sebuah dinding perisai tepat dihadapan sosok tersebut untuk menghalang serangannya daripada mengenai lelaki bertopeng yang tidak berdaya.

Tindakannya itu berhasil dilakukan pada tepat masa sehingga sekarang itu berjaya dihalang dan sosok tersebut kemudiannya tersentap kerana serangannya mengenai sesuatu yang keras lalu memantul semula.

Dinding perisai yang diciptakan Gaikuro menghilang sesaat setelah serangan itu ditangkis, berkat itu si penyerang menjadi bingung dan tertanya-tanya mengapa serangannya gagal. Dan Gaikuro mengambil kesempatan itu untuk melakukan tindakan keatasnya.

Gaikuro kemudiannya menerjang keudara lalu menggunakan momentum daripada lariannya sebelum ini untuk terus maju ke hadapan. Disaat dirinya masih lagi diudara, dirinya pun melakukan gerakan lain dengan menghulurkan sebelah kakinya kehadapan sambil mengarahkan sasarannya kepada bahagian muka si penyerang.

"Rasakan ini, Gaikuro Flying Kickkkkk!!"

Serangannya itu mengenai tepat pada sasarannya iaitu muka si penyerang. Efek serangan itu membuatkan seluruh tubuh si penyerang turut terpelanting mengikuti kepalanya, lalu sosok si penyerang menghilang didalam ribut pasir yang masih lagi melanda.

Gaikuro kini sampai di tujuannya, semua halangan telah berjaya disingkirkan, dan apa yang tinggal cumalah memberikan lelaki bertopeng itu meminum penawar racunnya. Tetapi...

"Bila difikirkan baik-baik, dia sedang pengsan kan? Jadi... macam mana saya hendak memberikan dia minum penawar ini? Jangan cakap saya perlu melakukannya dengan cara dari mulut ke mulut..."

Gaikuro mula membayangkan beberapa perkara secara liar dan semakin lama imaginasinya semakin parah.

"Tidak, Tidak, Tidak, saya bahkan belum pernah memiliki kekasih ataupun pengalaman bercinta! Saya tidak akan pernah memberikan seorang lelaki ciuman, apatah lagi Ferst Kiss saya!!"

(Fikirkan baik-baik, pasti ada sahaja anime atau manga yang menunjukkan cara untuk membuatkan seseorang yang tidak sedarkan diri untuk minum! Saya cuma perlu menggali memori saya dengan lebih dalam lagi!)

Lalu setelah beberapa saat berfikir...

"Saya tahu!"

Hanya dalam beberapa saat, Gaikuro dengan mudahnya mendapatkan jawapannya. Kecepatan menggali memori ini sungguh luar biasa meskipun untuk dikalangan Otaku, pengetahuannya itu sungguh mengerikan. Hanya dalam sekejap sahaja dirinya sudah memiliki cara penyesalan kepada situasi buntu tersebut.

Terlebih lagi itu adalah situasi yang hampir tidak terfikirkan, tetapi Gaikuro tahu cara mengatasinya hanya dengan menggali memoirnya yang dipenuhi oleh Anime. Apakah Anime sebenarnya merupakan sumber rujukan yang luar biasa?

"Jika saya membuat dirinya berada di posisi duduk maka penawar ini dapat diminukan tanpa perlu ditelan kerana graviti yang akan mengambil alih peranan membawanya turun ke perut, dan untuk memastikan bahawa penawar ini dapat diminum dengan lancar saya cuma perlu mendongakkan kepalanya"

"Heh he... Siapa sangka, idea ini juga dapat berfungsi untuk ini"

Apakah maksud daripada kata-katanya itu? Dari manakah datangnya idea bernas tersebut?

"Sesiapa yang mengatakkan bahawa anime-anime hentai itu tidak berfaedah? Lihatlah ini, semua teknik-teknik tersebut masih lagi dapat digunakan untuk menyelamatkan nyawa orang lain!!"

[°_°]

Ternyata dari situlah pengetahuan itu berasal... Dari Doujin... Jadi Gaikuro ternyata juga melayan semua jenis anime termasuklah yang Hentai... Protagonis kita ternyata mengakui bahawa dirinya menonton hal-hal itu tanpa ragu meskipun usianya masih 16 tahun... [para pembaca harap jangan meniru perbuatan tersebut, meskipun ia memiliki sedikit kebaikan itu tidak mengubah fakta yang ianya salah!]

Walau bagaimanapun, tanpa mengira dari mana idea tersebut berasal. Gaikuro tetap memutuskan untuk melaksanakan rancangannya itu.

"Saya kena cepat, ribut buatan ini tidak akan dapat bertahan lebih lama lagi"

Sebelum itu, jika dirinya ingin menuangkan penawar tersebut kedalam mulut lelaki bertopeng, hal paling pertama sekali yang perlu dilakukannya adalah membuka topeng lelaki itu.

Tetapi disaat dirinya baru sahaja hendak menyentuh topeng tersebut...

Tangannya ditahan, ditahan oleh tangan orang lain, iaitu tangan milik lelaki bertopeng itu sendiri. Di saat yang bersamaan, suatu suara yang dingin kedengaran berbicara kepadanya.

"Jangan sesekali mencabut topeng ini jika kau masih lagi menyayangi nyawa mu itu!"

"Wahhh!!"

Gaikuro terkejut. Terkejut kerana mengetahui suara dingin yang didengari olehnya itu adalah suara milik lelaki bertopeng.

"Nanti dulu, awak masih sedarkan diri? Bukankah awak keracunan? Saya ingat awak pengsan"

"Aku juga harap begitu, tetapi nasib malang ku ini tidak akan membiarkannya. Masih memiliki kesedaran disaat tubuh sendiri perlahan-lahan berhenti berfungsi cumalah sebuah penantian yang kejam"

"...?"

Gaikuro terkaku akibat tidak dapat memahami erti daripada perkara yang didengari olehnya itu. Tetapi lelaki bertopeng itu tidak memberikan masa kepada Gaikuro untuk memproses hal itu dan langsung menyambung perkataannya.

"Jadi, apa dikau juga salah seorang yang menginginkan kekuatan pahlawan? Atau mungkin dikau sebenarnya menginginkan kematian ku? Jika begitu maka lakukanlah sekarang dan bunuhlah diriku ini dengan tangan mu itu, ini adalah saat yang tidak tergantikan. Diriku tidak pernah setidak berada seperti ini sebelum ini, jadi ini adalah peluang keemasan"

"Eh?"

"Kenapa? Apa kau mahukan sesuatu yang lain? Bunuh sahaja diriku dan bongkarlah mayat ku, diriku tidak akan dapat menyembunyikan apa-apa lagi setelah mati"

"Tidak, Tidak, Tidak!! Kenapa awak terus menerus mengatakan bahawa awak ingin mati? Saya disini untuk menolong awaklah! Saya memiliki penawar racun dengan saya, lihat ni!" Jelas Gaikuro sambil menunjukkan botol penawar ditangannya.

"Menolong ku? Heh, tidak perlu memberikan harapan palsu kepada diriku. Tidak ada orang yang akan membantu penjahat seperti diriku"

"Apa maksud awak!? Saya disini memang untuk membantu menyembuhkan awak!"

"Sudah-sudahlah tu, apakah begitu menyeronokkan menipu orang yang hampir mati?"

"Hei apa awak mendengarkan saya? Saya hendak memberikan awak penawar!!"

"Hahhh... Lakukan saja lah. Pada akhirnya diriku tetap akan mati..."

"Heiii!"

Setiap kata-kata Gaikuro semuanya dianggap sebagai sebuah kebohongan, tidak kira berapa kali Gaikuro mencuba untuk meyakinkannya dia menyangkal hal itu dengan mudahnya. Apakah dirinya sudah benar-benar menyerah kepada kehidupan? Mengapakah dirinya begitu tidak mempercayai sesiapa? Apakah itu cuma sekadar kedegilan? Apakah memang tidak ada yang dapat meyakinkannya?

(Sekarang saya yakin bahawa dialah orangnya. Nampaknya sifatnya memang seperti yang sistem katakan, sangat-sangat tidak mempercayai sesiapa, tetapi ini lebih baik dikatakan menyerah untuk hidup)

(Okey, jadi bagaimana cara protagonis di anime akan berurusan dengan orang yang sukar mempercayai orang lain? Hmmm...)

"Oh, saya tahu!"

Sekali lagi, pengetahuannya itu cukup mengagumkan. Apakah ada situasi yang tidak dapat dirinya cari jawapannya di anime? Kemampuan jiwa Otaku milik Gaikuro bahkan sudah boleh dianggap mencapai tahap yang Horor.

"Hei, Mari kita bertaruh"

"Bertaruh?"

"Ya, jika saya menang awak perlu memberi saya peluang dan percaya kepada kata-kata saya. Dan jika awak menang, awak bebas menyuruh saya sama ada untuk membunuh awak atau menolog awak, bagaimana?"

"Apakah setelah itu kau akan diam? Jika begitu baiklah, katakan pada apa pertaruhannya"

"Botol ini adalah penawar racun, benar atau tidak? Awak perlu minum penawar ini dan sebutkan sama ada ianya penawar atau bukan. Mudah saja kan"

"Bukankah apapun hasilnya tetap saja ianya akan seperti yang kau inginkan? Aku tidak rasa ini adil"

"Belum tentu, awak mungkin tidak mempercayai kata-kata saya tetapi benda ini juga sebenarnya saya perolehi daripada orang lain jadi mungkin ini sebenarnya memang bukan penawar. Tetapi kita masih lagi tidak dapat mengetahui jawapannya tanpa seseorang yang keracunan yang boleh membuktikannya. Kebetulan pulak awak sedang keracunan, oleh kerana itu cuma awaklah juri yang dapat diharapkan saat ini"

"Hah... terpulang lah. Jadi, apa pilihan mu?"

"Benar, ini sebuah penawar!"

"Boleh diriku tahu mengapa dirimu memilih itu? Mungkin saja ini ternyata adalah racun yang lebih merbahaya yang diserahkan kepada mu agar kau yang melakukan semua pekerjaan kotor untuk orang yang memberikan benda itu"

"Tidak ada alasan, saya cuma mempercayai Grei. Itu sahaja"

"Jika begitu maka diriku akan memilih: bukan"

"Seperti yang saya jangkakan, apa segitunya awak tidak percaya pada saya?"

"Apa-apalah, berikan diriku botol tu"

Lalu Gaikuro pun menyerahkan botol yang dimaksudkan kepada lelaki bertopeng, dan tanpa berlengah sang lelaki bertopeng itu menelan cairan penawar itu kurang daripada satu saat. Yang lebih luar biasanya, dia meminumnya tanpa membuka topengnya tetapi langsung tidak ada walau setitis penawar tersebut yang tumpah. Kesemua isi botol tersebut diminum sampai habis.

"Lupakan pertaruhan itu, fakta awak dapat meminum penawar tersebut tanpa membuka topeng tu lebih menakjubkan. Macam macam awak buat?"

"Tidak ada sebarang masalah pada cairan itu, jadi ianya bukan racun..." kata lelaki bertopeng itu tanpa menjawab persoalan Gaikuro.

"Saya tahu tu, Grei memang boleh dipercayai. Jadi saya menang"

"Jangan yakin sangat. Nampaknya ini juga tidak memiliki sebarang kesan terhadap racun dibadan ku. Jadi diriku lah-... Ghak!!(Bunyi batuk)"

Kata-kata lelaki bertopeng tiba-tiba terpotong dikeranakan dirinya secara mengejut mengalami batuk darah. Warna darahnya begitu pekat seakan-akan berwarna hitam mengalir dari celah-celah topengnya.

Gaikuro yang melihat darah yang dibatukkan oleh lelaki bertopeng itu mula merasa terkejut. Terkejut dikeranakan dirinya melihat keadaan lelaki bertopeng itu menjadi semakin parah, dia mula berfikir kembali dengan apa yang dikatakan oleh lelaki bertopeng itu beberapa ketika sebelum ini.

(Takkanlah botol itu ternyata berisikan racun, apakah Grei menipu saya? Tidak, itu tidak mungkin!)

"Hei awak tidak apa-apa?"

"Sudah tentulah tidak!" Jawabnya.

"Apa yang sebenarnya berlaku? Kenapa awak semakin parah?"

"Berlaku sebuah penolakan. Nampaknya itu betul-betul sebuah penawar. Tahniahlah, kau menang"

"Penolakan? Apa sebenarnya yang terjadi?"

"Nampaknya racun itu sudah meresap ke seluruh tubuh ku, penawar yang kau bagikan tadi sebenarnya lebih daripada cukup untuk meneutralkan semua racun. Tetapi ianya terlalu lambat sehingga racunnya bertindak balas. Ditambah lagi, sepertinya metabolisme didalam tubuh saya sudah menurun begitu rendah dikeranakan pertarungan dan kelaparan"

"Err... saya bukan doktor, tapi rasanya itu bererti penawar tersebut tidak berkesankan?"

"Ya. Malagnya untuk mu, saya tidak akan dapat memenuhi taruhan kerana diriku akan mati sekarang"

"Apa!! Hei! Heiiiii!"

Sang lelaki bertopeng tidak lagi menyahut atau membalas panggilan Gaikuro, dirinya juga tidak lagi bergerak. Nafasnya juga sudah mula tidak kedengaran. Gaikuro juga mencuba untuk mendengarkan degupan jantung miliknya, tetapi hasilnya tetap sama.

Dia merasa semakin cemas, meskipun telah diberikan penawar lelaki bertopeng itu tidak dapat diselamatkan. Dia kini sepenuhnya melupakan Quest yang dimintakan kepadanya, dan hanya memikirkan tentang bagaimana caranya untuk menyelamatkan lelaki bertopeng ini.

Dia dengan kerasnya mencuba untuk memikirkan jalan penyelesaian. Dia terus menerus memeras otaknya agar memperoleh jawapan. Tetapi dirinya sepenuhnya menemui jalan buntu. Lalu...

"!!!, Sistem!"

"Sistem, Saya mahu menyelamatkan lelaki ini, apakah awak memiliki sebarang cadangan!"

\\ Jawapan: Menurut kiraan pada kemampuan pemilik saat ini, anda hanya memiliki satu jalan penyelesaian. Jika anda menggunakan Legendary Skill <Reback> ada 100% kemungkinan untuk mengembalikan semula tubuh target kepada keadaan sebelum keracunan. Tetapi tidak ada sebarang jaminan terhadap jiwanya //

"Skill itukah!"

(Saat saya mencuba menggunakan sebelum ini ianya gagal, apakah mungkin saat ini syarat penggunaannya sudah dipenuhi? Ah... Ini bukan masanya untuk ragu!)

"Terima kasih Sistem, awak yang terbaik"

Setelah mendapat secercah harapan Gaikuro kemudiannya tanpa ragu memutuskan untuk melakukannya. Dia menyerahkan semua kekuatan dan harapannya kepada perkara ini. Gaikuro menghalakan telapak tangannya ke arah lelaki bertopeng itu, lalu dirinya bertekad.

Dirinya bertekad, tidak kira apapun dirinya pasti akan menyelamatkan lelaki ini. Kerana... kerana...

"Saya adalah seorang Pahlawan!!!"

<Reback>!!!

Sejurus setelah dirinya mengucapkan nama Skill tersebut, muncul sebuah cahaya putih terang yang bersinar pada tubuh lelaki bertopeng itu.

Dirinya juga merasakan secara tiba-tiba seluruh kekuatan dan tenaga yang ada pada diri sedang ditarik keluar, mungkin inilah kesan sampingan daripada pengguna skill tersebut. Gaikuro sendiri tidak dapat dengan jelas melihat kearah lelaki bertopeng itu dikeranakan cahaya putih tersebut, meskipun begitu dia tetap meneruskan tindakannya.

Disaat dirinya masih lagi berusaha untuk menyelamatkan nyawa lelaki bertopeng, situasi disekelilingnya kini mula berubah kembali. Semua ribut pasir yang dari tadi memenuhi udara kini mereda.

♦️

Di suatu sudut arena, dapat kelihatan seorang remaja dengan armor ringan sedang menahan berat badannya pada pedangnya dikeranakan kehabisan tenaga.

Remaja tersebut adalah Grei. Lalu dengan nafas yang terengah-engah dia mencuba untuk melihat ke sekeliling. Lalu dia dengan mata yang terbuka lebar melihat...

Dia dapat melihat sosok seorang remaja lain yang memakai pakaian sukan dengan warna hijau tua dan hitam sebagai coraknya, itu adalah Gaikuro. Terdapat sebuah cahaya putih terang yang bersinar juga kelihatan daripada sudut pandangnya saat ini, tetapi dia lebih terfokus pada sesuatu yang lain.

Iaitu bayangan beberapa orang dengan senjata yang sedang menghampiri Gaikuro tanpa dirinya sendiri. Ribut pasir yang diciptakannya sudah mula menghilang dan dirinya sudah kehabisan sebahagian besar tenaganya kerana memanggil ribut pasir itu, sehingga mustahil untuk dirinya mencegah orang-orang tersebut.

Lalu dirinya pun melakukan satu-satunya pilihan yang dirinya miliki.

"Pergi dari situ sekarang!! Gaikuro!!" Teriak Grei sekuat tenaga.

Akan tetapi perkara itu tidak berguna.

Gaikuro langsung tidak beriaksi, atau lebih tepatnya dirinya sudah tidak memiliki sebarang kekuatan untuk bergerak.

Gaikuro menyedari kedatangan orang-orang itu, tetapi sudah tidak ada ada apa-apa yang dapat dirinya lakukan.

Lalu sosok seorang lelaki pun kelihatan dengan jelas. Dan tidak lama kemudian lelaki itu mula melancarkan serangan kepada Gaikuro yang tidak bergerak.

Dan...

♦️

Di saat yang bersamaan...

Dari suatu lorong dikawasan tempat duduk penonton, keluar beberapa orang Knight daripada lorong tersebut.

Mereka adalah Knight dengan armor besi yang menutupi seluruh tubuh mereka, saat ini mereka yang sedang mencari tuan mereka yang secara tiba-tiba melarikan diri dan berpisah dari mereka dalam perjalanan.

Mereka mengikuti jejak tuan mereka tersebut dan akhirnya tiba di tempat itu.

Daripada sudut pandang mereka saat ini mereka dapat melihat hampir keseluruhan bahagian di tempat itu. Lalu salah seorang daripada mereka berbicara.

"Hei, lihat itu!" Katanya sambil menunjukkan ke arah arena.

Para Knight yang lain mengikuti penyataan tersebut dan melihat ke arah arena. Dan mereka melihat...

"Itu dia, Tuan berada di dalam arena" nyata salah satu daripada mereka.

"Nanti, ada sesuatu yang tidak kena!" Tahan knight yang lain.

"Itu... iblis?!"

Beberapa dari mereka juga menyedari hal itu dan tidak ada satupun daripada mereka yang mahu bergerak.

Apakah yang mereka lihat?

♦️

Kembali kepada bahagian tengah arena.

Debu-debu pasir sudah hampir sepenuhnya menghilang, dan semua sosok yang tersembunyi sebelum ini kini mula terlihat.

Ada lebih daripada 30 sosok orang yang dapat dilihat sedang berada di kawasan arena. Dua diantaranya adalah dua remaja lelaki, iaitu Madou Gaikuro dan Kotegawa Grei. Sementara yang lain pula adalah orang-orang asing yang memegang sengaja dengan niat membunuh.

Akan tetapi, bukan hanya mereka sahaja yang sedang berada di tempat itu. Ada suatu sosok lain yang sedang berada di antara mereka.

Suatu sosok yang ditutupi dengan bayang-bayang hitam yang sangat gelap dan memiliki mata berwarna merah sedang berdiri tepat diantara salah seorang remaja dan seorang lelaki bersenjata.

Dia adalah suatu sosok yang memancarkan aura ketakutan dan kematian di sekitarnya. Dia juga adalah sosok yang sangat-sangat merbahaya. Dia adalah sosok yang hanya layak menyandang gelaran 'Maou'. [Ertinya Demon Lord]

Dan kelihatannya seperti sang Maou sedang menahan sebuah serangan yang dihalalkan ke arahnya dan remaja di belakangnya dengan sebelah tangan.

Lalu sambil masih lagi menahan serangan tersebut, sang Maou berbicara.

"Tch, diriku kembali. Sekali lagi perkara ini terjadi, mengapa setiap kali diriku mencuba untuk melangkah ke gerbang kematian akan selalu ada yang menghalang ku? Apakah dunia itu masih lagi belum puas bermain-main dengan nyawa ku? Berapa lama lagi diriku perlu melanjutkan ini?"

Itu hanyalah percakapan sepehak, tidak ada yang dapat membalas kata-katanya, tidak ada yang dapat menyahutnya. Sang Maou hanya berbicara sendirian. Tetapi tidak lama setelah dirinya berbicara, suatu suara lain kedengaran dari arah belakangnya.

"Awak sudah sedar? Syukurlah... Nampaknya saya berjaya..."

Sang Maou berbalik dan memandang kearah datangnya suara tersebut. Lalu kelihatan seorang remaja yang mengenakan pakaian berwarna hijau tua dan hitam sedang terduduk lemas diatas tanah. Wajahnya dibasahi peluh dan nafasnya berat, nampaknya dia telah kehabisan tenaganya dan hampir pengsan kerana penat. Lalu Sang Maou bertanya kepada remaja itu.

"Apakah kau yang menarik ku kembali?"

"Saya tak pasti... katanya saya cuma mampu mengembalikan semula tubuh badan awak seperti semula, tapi itu tidak berguna jika jiwa awak menyerah untuk hidup... jadi boleh dikatakan awak sendiri yang mahu kembali" jawabnya sambil tersenyum.

"Diriku? Tak mungkinlah"

"Hei, sekarang awak sudah sehatkan. Jadi saya mahu tuntut hadiah saya, oleh kerana itu percalah pada fakta tersebut"

"..., Baiklah. Jadi diriku sendiri yang ingin kembali. Akan ku percaya itu"

"Kalau begitu... Stage ditaklukkan!"

"Hah?"

"Hehe... Oh ya, boleh tak awak bantu kami melarikan diri daripada tempat ini? Dan juga bolehkah awak angkat dan bawa saya pergi dari sini? Saya sudah menghabiskan seluruh tenaga saya untuk memulihkan awak, jadi saat ini saya langsung tidak dapat bergerak walaupun satu jari"

"Baiklah... Lagipula diriku memang berniat untuk pergi. Dan berkat mu, diriku juga mempunyai lebih sedikit tenaga untuk beraksi"

Lalu akhirnya dia bertindak. Serangan yang dari tadi ditahan olehnya kini pun berakhir dengan dihancurkan nya senjata yang digunakan oleh si penyerang. Kerana terkejut dengan senjata miliknya yang hancur, si penyerang jatuh terduduk kerana ketakutan.

Sesaat setelah itu sang Maou mengangkat Gaikuro keatas bahunya bagaikan memikul guni beras.

"Hei, boleh tak awak angkat saya dengan cara yang lebih baik? Saya masih memiliki apa yang namanya maruah" Gaikuro berkomentar.

"Aku tidak peduli" jawabnya dengan singkat.

"Awak tahu tak, sekarang saya ragu yang awak ni seorang pahlawan"

"Tch, JANGAN PANGGIL DIRIKU PAHLAWAN!"

Sejurus setelah dirinya meneriakkan bantahan tersebut sang Maou mula menunjukkan kekuatannya. Dia mula mengangkat sebelah kakinya dan dengan cepat menghentamkan ia kembali ke tanah. Tetapi apa yang berlaku setelah itu sungguh tidak dijangka...

Tepat setelah kakinya menyentuh tanah, efek hentamannya tidak seperti hentakan kaki biasa. Melainkan seperti hentakan kaki daripada gergasi. Itu bukan hanya kiasan, kerana memang seperti itulah kenyataannya. Hentakan tersebut menciptakan sebuah gempa bumi yang amat besar, sehingga gegarannya dapat dirasakan oleh semua orang.

Bukan hanya gempa bumi, malahan tanah diseluruh kawasan arena itu serta merta pecah dan terbelah sehingga mengubah struktur bentuknya menjadi tunggang-langgang. Bahkan juga terdapat beberapa retakan besar pada dinding-dinding bangunan gergasi itu.

Semua orang yang sedang berada disitu menerima efeknya. Para penonton yang sepatutnya berada pada jarak yang selamat kini turut terancam, mereka sedar akan bahayanya dan mula berlari keluar sambil menjerit-jerit ketakutan.

Sementara mereka yang berada di kawasan arena pula langsung tidak memiliki sebarang kesempatan untuk mengelak atau melarikan diri. Kesemua mereka ditelan kekacauan dan menerima kerosakan daripada perkara itu, dan itu juga tidak terkecuali kepada Grei.

Grei juga terjatuh dan menerima impak daripada semua itu. Dan dirinya juga beberapa kali terpelanting ke udara, yang pada akhirnya mengakibatkan kepalanya terhantuk sehingga dirinya jatuh pengsan.

♦️

Lalu disaat semua gempa dan gegaran mula berhenti...

Grei terbaring terlentang di atas tanah yang hancur sambil pedang hitam milik berada tepat di sisinya. Dirinya masih bernafas dan anggota badannya juga masih sempurna, entah bagaimana keajaiban terjadi dan dirinya berjaya selamat daripada bencana sebesar itu.

Lalu tidak lama kemudian dirinya kembali sedar dan mula membuka matannya.

Rasa sakit dengan cepat menyebar keseluruhan tubuh badannya sejurus setelah dia membuka matanya. Meskipun begitu dia masih berjaya membuang niatnya untuk menjerit kesakitan dan menahan suaranya daripada keluar.

Sekarang ini mungkin sudah beberapa minit setelah semua bahaya berlalu, dirinya hanya meneka hal itu kerana tidak merasa telah pengsan terlalu lama. Dia melihat kearah sekeliling, semuanya rosak parah. Seluruh arena hancur, sementara dinding... tidak hanya memiliki beberapa retakkan... tetapi sebahagiannya malah sudah runtuh, di bahagian tempat duduk penonton pula sudah sepenuhnya kosong tanpa tertinggal walau satu orang pun.

Suasana tempat itu kini sepenuhnya sunyi sepi tanpa sebarang bunyi. Diantara semua kesunyian itu, disuatu sudut Grei melihat... Dia melihat suatu sosok bayangan hitam bermata merah sedang berdiri sambil memikul seorang remaja lelaki di atas bahunya seperti sebuah guni beras.

Lalu sambil memerhatikan sosok tersebut daripada kejauhan Grei pun berkata...

"Kage no Yuusha? Lebih sesuai jika panggil dia Yami no Maou!!"

Akhir daripada pertempuran pertama kini berjaya dicapai.

Chapter 5: Yami no Maou!!

~The End~

Chapter sebelumnya adalah waktu untuk dua pahlawan utama untuk bersinar, jadi kali ini giliran sang Maou pula. Apakah pendapat anda mengenai dirinya?

Kaitou_Xcreators' thoughts