webnovel

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · Anime & Comics
Not enough ratings
34 Chs

*-Perlawanan-*

Seminggu kemudian, semua pelajar pulang semula ke asrama. Kali ini, Zyon tidak berjalan bersama datuknya, hanya sendirian. Selepas letak barang, dia seperti biasa duduk berseorangan di kerusi bersebelahan kawasan gelanggang. Tiada sesiapa berlatih di situ.

Selepas itu, datang seorang pemuda dan duduk sebelah Zyon. Pemuda itu Adam.

"Weyh..Zyon, terima kasihlah sebab tolong ajar aku kuasa angin dengan cara betul.."

"..."

"Ok, aku ada hal lain. Jumpa lagi.."

Selepas Adam pergi, Syakirin pula datang. Dia baru sahaja keluar hospital.

"Siapa kau sebenarnya?!"

"Aku? Juara PAAM.."

"Jadi, kalau aku kalahkan kau, aku boleh ambil nama juara PAAM dan jadi juara baru! Haha!"

"Mungkin.."

"Jadi, marilah kita lawan..."

"Tunggu, kau berani ambil risiko?"

"Risiko? Heh, aku lawan mana ada risiko..."

Syakirin dan Zyon bergerak ke gelanggang khas. Tenaga elektrik mengalir keluar daripada Syakirin.

"Kau nak tahu tak? Akibat dialah aku terkandas dekat hospital lama sangat! Lepas ni aku nak pergi cari dia, tak kira hidup atau mati.."

"..."

"Kenapa kau diam saja? Kau takut kepada aku?"

"....."

"Tak perlu berterus terang! Biar aku mulakan!!"

ZZZT!!, banyak elektrik mengalir keluar daripada Syakirin. Zyon hanya keluarkan pedang panjang sedikit dari sebelumnya.

"Itu saja?", Syakirin pelik.

Zyon membuat gaya pedang sebelum berlawan. Syakirin bergerak ke depan Zyon. Zyon halang serangan Syakirin dengan pedangnya.

BZZZZT!!, percikan elektrik kuat berlaku. Tiupan angin kuat berlarutan.

BOOM!!, kedua-dua mereka berlambung hampir keluar gelanggang. Shazmir, Adam dan Sabil datang menonton mereka.

Mereka berdua mula berlawan. Syakirin bergerak seperti kilat tapi satu serangan pun tak dapat mendarat pada Zyon.

"Sudahlah, menyerah saja. Kau takkan menang jikalau menentang aku..", kata Zyon dengan penuh semangat.

"Diam!! Aku akan tunjukkan siapa lebih berkuasa sekarang!"

Tiba-tiba, awan jadi mendung dan guruh berdentum-dentum.

DENTUM!, satu kilat menyambar Syakirin. Syakirin salurkan dan tembak ke tempat Zyon. Zyon hilang.

"Penakut!! Keluar sekarang!"

SRKK!, Zyon melibas kaki Syakirin. Dia terjatuh. Cuaca kembali normal. Syakirin menahan darah keluar.

"Kenapa aku tetap kalah!!! ARHH!!"

"Kau tak layak berlawan dengan aku manusia.."

"Manusia? Kau ni, kau!!"

"Hei, kawan korang cedera ni.."

Mereka bertiga membantu memimpin Syakirin ke klinik. Apabila Zyon mahu bergerak pergi, dia dikepung pelajar yang kalah dalam PAAM.

"Kami di sini cabar kau! Kalau kami menang, gelaran juara milik kami!"

"Oh...inilah aktiviti tahunan yang mereka katakan.."

Satu jari Zyon keluarkan satu bola angin kecil. Semua orang menyerbu Zyon. Zyon sorokkan jari dia. Mereka menghempap Zyon.

BOOM!, letupan angin kuat berlaku. Gelombang angin menolak semua pelajar terpelanting. Semua pelajar masih tidak mengalah, mereka berdiri kembali.

KLAP! KLAP! KLAP!, bunyi tepukan tangan.

"Bagus...bagus, pertunjukan yang memuaskan...tapi kamu semua perlu berhenti sekarang!!", Rusyaidi hempas tongkat ke tanah. Semua pelajar berhenti dan berundur.

"Hanya aku saja akan lawan, Zyon...kali ni kau lawan dengan aku!"

"Hah?", Zyon pelik.

Tongkat Rusyaidi bercahaya. Satu sut magis menyaluti tubuh dia. Zyon bersedia dengan pedangnya.

Selepas beberapa detik, Zyon berlari ke Rusyaidi. Tiba-tiba, masa terhenti. Semua pergerakan membeku. Rusyaidi berjalan dekati Zyon dan menikam dada Zyon dengan pisau.

SRUKK!!, Zyon ditikam.

"Senangnya...", Rusyaidi pergi ke tempat asal. Masa berjalan semula. Zyon jatuh. Semua pelajar terkejut.

"Tengok semua, juara kamu kalah.. sebagai balasan, kau kena buka.."

"BERANI KAU!!", Zyon jerit dengan kuat.

Zyon menarik tikaman pisau itu lalu baling pada Rusyaidi.

SRKK!, tangan Rusyaidi cedera dan tongkat dia jatuh. Zyon muncul di hadapan Rusyaidi. Tangan Zyon meluru ke kepala Rusyaidi.

DUSH!, Rusyaidi terpelanting berjauhan.

Apabila Zyon hendak mengangkat tongkat Rusyaidi, terjadi percikan elektrik selepas tangan Zyon mendekati tongkat Rusyaidi. Zyon gunakan kuasa angin dan campak ke tempat lain. Zyon terjatuh dan memegang dadanya. Darah dia masih mengalir. Dia berdiri dengan berhati-hati.

"Sumber kuasa kau sudah hilang..."

"Aku masih ada lagi!!", Rusyaidi menunjuk ke Zyon.

Keluar banyak bola api menghala ke Zyon.

"Serangan itu tidak berkesan pada aku!"

Zyon baling bola angin. Semua bola api itu pecah dan menjadi abu. Abu itu buatkan penglihatan Rusyaidi jadi kabur. Tiba-tiba, dia terasa ada sesuatu di belakang.

FWUUUUH!!!, angin meniup abu itu. Hujung pedang Zyon menyentuh badan belakang Rusyaidi.

"Kau dah kalah, mengaku kalah atau..."

"Bel-"

SRUKK!!, Zyon menikam bahu Rusyaidi dan tarik semula. Rusyaidi jatuh dengan darah tak terhenti. Para pelajar terkejut dan cuba membantu. Zyon beredar dari itu sambil berlumuran darah.