webnovel

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · Anime & Comics
Not enough ratings
34 Chs

*-Makmal Misteri-*

Di restoran terkemuka Bandar Zygon, Shazmir belanja kelas Birunians makan termasuk Zyon. Zyon hanya memandang ke arah pinggan dia sahaja.

"Zyon, kenapa tak makan?"

"....."

"Errr... mungkin dia kenyang..", kata Ainun.

"Maaf, aku dah kenyang... G-gong dah masak tadi...", kata Zyon.

"Ohh...esok kau nak buat apa?"

"Memburu bersama kelab..kenapa?"

"Kau ada masa tak?", tanya Birunians perempuan.

"Tak...aku tak suka perempuan....", Zyon berjalan ke sudut lain.

"Haa?? Apa dia cakap?! Maksudnya dia ni..."

"Eh Eh...jangan fikir bukan-bukan, tu bukan maksud dia..nanti mati kita...", kata Adam.

Keesokkan harinya, Safiy dan G-gong mengemas barang untuk pergi memburu. Zyon keluar dahulu.

"Hari ni...Zyon akan bawa kita pergi memburu..."

"Yes...mesti best ni...", kata G-gong.

"Kita memburu bersama juara PAAM..bukan macam Saga.."

"Hehehe..", mereka berdua ketawa bisik.

Mereka berdua pergi ke arah Zyon yang sudah lama menunggu di luar pagar berdekatan hutan. Zyon sedang bersandar pada satu batang pokok sambil peluk tubuh.

"Zyon, misi apa kau pilih?"

Zyon baling satu surat sambil jelaskan pada mereka.

"Misi mencuri senjata tulang di kampung R.Rayze dan mencari maklumat di dalam makmal kem tentera.."

"Zyon, kau gila ke nak masuk situ?! Dah banyak orang kena bunuh sebab ceroboh,sebelum kau masuk sekolah ni.."

"Peduli apa...aku ni juara PAAM. Tiada siapa boleh tewaskan aku..kita pergi perkampungan R.Rayze dulu, ikut aku. Aku tahu kampung itu berada di mana..."

Zyon beredar dari situ. Mereka berdua mengikut Zyon.

Dalam perjalanan ke perkampungan Rayze, mereka berbual-bual.

"Korang tahu tak apa-apa tentang R.Rayze?"

"Takkan kau tak tahu? Macam mana kau tahu tempat tinggal diorang?", tanya G-gong.

"Aku taulah...aku nak minta pandangan korang saja...", Zyon menepuk dahi helmet.

"Setahu aku...R.Rayze ada empat tangan...dia suka makan daging dan orang bandar Typhoon gelar mereka sebagai Raymon.", kata Safiy.

"Dah banyak kes kematian berlaku semasa memburu R.Rayze...termasuklah 'dia'..", kata G-gong.

" 'Dia'? Siapa tu?", tanya Zyon.

"G-gong! Tu bukan R.Rayze yang buat tapi Saga yang lakukan!", tegas Safiy.

"Siapa dia ni?"

"Err.. tenang Safiy... tenang. Dia ialah kawan kami sebelum kau masuk sini...nama dia Fawwaz..dia dah mati lagipun kami dah cerita perkara ini kan..", kata Safiy.

"Walaupun dia tiada kuasa tapi dia pandai gunakan pedang, dia juga mampu gunakan teknik dia untuk letakkan orang dalam kondisi koma.."

"Yang koma tu Syakirin, orang yang kau baru saja bangunkan, Zyon..."

"Shhh...senyap, ikut sini...", mereka menyorok di dalam semak yang terletak di tepi tasik besar yang pernah mereka lalui dengan kereta api. Di hujung tasik ada sebuah jeti. Di kawasan sebelah ada perkampungan warga Rayze namun ada segelintir sahaja.

"Sikitnya...", kata G-gong.

"Mesti ada yang keluar cari makanan. Ini peluang kita..."

Mereka mendekati kawasan R.Rayze melalui jalan semak. Mereka pergi ke belakang satu rumah dan hendap masuk. Ada sebuah keluarga sedang makan. Zyon keluarkan pedang.

"Tunggu Zyon, mereka itu kan keluarga...", kata G-gong.

"Aku peduli apa...", Zyon keluar dari tempat sorok.

SRUK!SRUK!SRUK!, satu keluarga Rayze dibunuh Zyon dengan kejam. Zyon kembali ke mereka sambil bawa satu senjata R.Rayze.

"Misi selesai...mari pergi...", kata Zyon dengan berlumuran darah.

"Gulp.."

Mereka keluar dan lari ke hutan semula.

"Sekarang ni..kita pergi kem."

"Tunggu, biar kami tunjuk jalan pintas..", kata Safiy.

"Baiklah...", Zyon berjalan mengikut G-gong dan Safiy.

Selepas beberapa minit, mereka tiba di lokasi terakhir mereka memburu bersama Dirk. Ada satu tanduk rusa ditinggalkan juga beberapa rusa sedang makan di situ.

"Hmmm...aku ingat tempat ni..", kata hati Zyon.

"Tunggu apa lagi...jom...", Zyon bergerak masuk ke dalam kem melalui jalan penuh dengan rumput panjang. Safiy dan G-gong mengikuti Zyon.

Mereka memasuki lorong ke arah kem.

"Kita akan cari maklumat di sini..kita akan berpecah, ambil beg ni..", kata Zyon.

Mereka pun berpecah. Zyon berjalan ke satu dewan askar. Dia membuka pintu dan tidak ada apa-apa pun. Banyak kertas sudah terbakar. Zyon cuba cari beberapa maklumat. Dia terjumpa satu fail tersorok di dalam bagasi.

"Projek: Sapine..

Kuasa: Kegelapan..."

"APAA?! Tapi, macam mana? Dengan gunakan secebis jantung Zunda..tapi macam mana? Tak apalah.. maklumat ini berguna...", Zyon simpan maklumat itu ke dalam beg. Zyon berpaling dan terkejut. Safiy berada di belakangnya.

"Kau ni...aku suruh kita berpecah!"

"Kami jumpa sesuatu yang seram dan pelik...", Safiy memegang Zyon.

TING!, mereka teleport ke satu makmal. Ada satu gelas besar yang telah pecah. Zyon terkejut.

"Seperti ada sesuatu di situ. Adakah mereka adakan projek besar?", tanya Safiy.

"Mungkin...tapi, kenapa aku rasa a-", G-gong terhenti cakap apabila Zyon jatuh secara tiba-tiba.

"Zyon..kau sakit ke?", Safiy tolong Zyon bangun.

"Tak...aku rasa dekat sini dah tak selamat.. cukuplah kita di sini. Mari balik."

Mereka keluar dari kem dan berjalan pulang.

"Sebelum kita balik ke asrama..aku belanja..ada satu warung baru buka tak jauh dari kawasan sekolah..tapi aku nak basuh dulu badan aku..", kata Zyon. Safiy dan G-gong hanya mengangguk.

_______________________________________

Makhluk itu memandang ke luar kemudian terjatuh secara tiba-tiba.

"Perasaan ni..aku pernah merasainya...", dia bangun semula.

BRUMH!, bunyi seperti sesuatu jatuh. Ada dua orang manusia tertembus ke ruang itu melalui satu gua. Seorang memegang beliung dan seorang lagi memegang kamera. Mereka berpaling ke arah makhluk itu.

"Aa..apa tu?!", kata jurukamera.

"Raksasa!! Aku akan bunuh kau! Kau lari cepat!", kata orang itu. Jurukamera itu merakam dari lubang itu. Orang pegang beliung lari ke makhluk itu.

"Yaaargh!!"

"Kau tak perlu menjerit, kerana jeritan itu melambatkan perbuatan kau.."

SRUK!, orang itu ditikam satu duri besar dan tersasar pada dinding ruang itu. Makhluk itu memandang ke ruang itu semula. Jurukamera itu telah lari.

"Nampaknya, mereka akan tahu di mana aku sekarang. Hahaha! Hahaha!", makhluk itu ketawa sehingga tanah bergegar. Terjadi runtuhan pada lubang itu. Lubang itu ditutup sekelip mata.

"Zyon...kau..."

________________________________________

Di tepi jalan, ada satu warung roti. Ada beberapa pengunjung berehat di situ. Mereka memesan menu dan duduk di satu meja.

"Oh kedai ni, tuan kedai ni selalu buat masalah. Pembancuh air tu adik dia.", kata Safiy.

"Ok..", Zyon cuba kawal fikiran dia. Safiy dan G-gong rasa pelik.

"Hei Zyon..kau sihat tak?", tanya G-gong.

"Takde apa-apa pun..."

"Kau ni macam pelik ja..aahh makanan dah sampai, itulah muka tuan kedai tu. Dia dia garang, muka sebijik macam naga..", sambung G-gong

"AArgh!! Raksasa!!", satu pelayan menjerit selepas melihat Zyon. Satu kedai itu kecoh. Mereka masing-masing keluarkan senjata dan kuasa kecuali mereka bertiga.

"Raksasa? Dia bukan raksasa!", tegas Safiy. Wafiy hendak keluarkan G.Blaster namun Zyon tahan dia.

"Safiy...jangan mulakan..."

"Hei...apa yang berlaku ni?!", tuan kedai mara ke arah semua orang. Tangan dia keluarkan api.

"Kalau nak makan duduk, siapa tak nak MATI!", tuan kedai itu buat muka seram. Api di tangan makin tinggi.

"Kakak.. sudahlah. Jom sambung kerja...", adiknya menarik kakaknya ke dalam kedai. Pelayan itu mengikut mereka.

"Pipi, kenapa kamu menjerit pada pelanggan?", marah tuan kedai.

"Tadi saya ternampak raksasa pada orang sut besi itu lalu menjerit... maafkan saya puan Qistina..."

"Lain kali.. jangan buat hal lagi..", kata adik Qistina.

Semua pelanggan makan. Setelah senja, mereka pulang.

_______________________________________

"Apa?! Tempat kita dipecah masuk??", marah Jeneral Hong.

"Ya tuan... mengikut CCTV kita tuan, mereka telah curi beberapa dokumen kita."

"Macam mana mereka boleh masuk?!"

"Saya rasa.. mereka gunakan jalan lama..."

Saga datang menghampiri ayahnya.

"Ayah...Saga tahu siapa yang masuk..."

"Bagus..."

"Tapi ayah, yang masuk tulah paling kuat. Dia ni juga juara PAAM tahun ni..."

"Bagus cadangan kamu tu Saga. Lagipun juara PAAM tahun ini ialah musuh terbesar kita. Baiklah, esok kita akan bunuh juara PAAM dengan Sapine dan ambil alih seluruh bandar ni!! Panggil semua askar berkumpul di dewan..."

"Baik Jeneral!"

__________________________________________

Di asrama, Zyon sedang tidur nyenyak.

"Awalnya tidur...", kata Safiy.

"Dia penat kot, jom pergi makan..."

Mereka berdua keluar ke kafe sekolah. Di sana ada juga Yunus tanpa mereka duga.

Zyon hilang dalam bilik setelah mereka berdua keluar. Yunus di kafe menghilang seperti bayang.

"Eh, bukan meja tu tadi ada orang ke?"

"Kau bermimpi ni..."