webnovel

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · Anime & Comics
Not enough ratings
34 Chs

*- Tingkat bawah -*

Di hadapan pintu menara kegelapan, mereka berdiri dan beramai-ramai masuk.

Pasukan Birunians lelaki, Safiy dan G-gong memasuki tingkat pertama menara kegelapan. Jalan menuju ke hadapan gelap gelita. Idham berjalan ke hadapan dulu dan kaki dia memijak satu suis. Satu lorong diterangi cahaya obor dan di hujung ada pintu kayu diikat rantai besi. Lorong ke pintu itu terlihat aneh.

"Macam ada sesuatu tersembunyi pulak dekat lorong ni....", kata Zarif.

"Adam, cuba guna boomerang kau...", Daniel beri cadangan.

"Hmmm..idea yang menarik. Tak tahu pulak engkau pandai dalam hal ni..", puji Adam.

"Haha...aku tau bab-bab permainan saja pun. Hahaha.", ketawa Daniel.

"Biar aku cuba."

Adam ambil boomerang dia dari belakang dan kecilkan saiz dengan bola angin. Adam tekan angin pada keseluruhan boomerang kecil itu dalam bola angin dan baling ke dalam lorong itu.

KLANG! TANG!, boomerang itu pusing laju ke pintu kayu itu.

KSAK!, rantai besi pintu itu tercabut dan pintu kayu itu terbuka sedikit.

KLANG! TANG!, boomerang itu berputar mengenai lantai dan dinding kembali ke Adam.

"Tengok tu!", Shazmir jerit.

Selepas boomerang kembali ke tangan Adam, semua perangkap tersorok aktif tapi tidak bergerak.

"Nampaknya taktik kau berkesan Daniel..."

"Ini biasa saja...", Daniel rasa kagum.

"Ye tak ye, kita dah boleh jalan ka?", tanya Zarif.

"Jom gerak.."

Mereka berjalan melalui semua perangkap dan lihat setiap perangkap. Mereka berjalan lepasi pintu kayu itu dan dihujung jalan keluar ke arena.

"Mustahil, kita tengok menara dekat luar tak sebesar ni...", kata Syakirin.

"Aku rasa menara ni boleh mengubah ruang tanpa mengganggu rupa kot...", kata Ezral.

Zarif dan Daniel berhati-hati bawa Rusyaidi di atas dahan sambil perlahan-lahan sembuhkan dia.

"Rusyaidi macam mana keadaan dia?", tanya Safiy.

"Dia dah boleh sembuhkan diri tapi ambil masa jugak sebab dia cedera parah kan.", Zarif menerangkan situasi.

Mereka berjalan di sekeliling arena dan berakhir di hujung arena. Ada satu lorong pendek dan pintu besar.

"Yargh!!"

Daniel lari dan kumpulkan semua tenaga pada tangan dia. Dia meluru ke pintu dan tumbuk.

DUM!, pintu besar itu bergetar kemudian ada satu cahaya bergerak ke tempat tangan kanan Daniel sentuh.

DOOM!!, Daniel terpelanting dan terlanggar G-gong, Idham dan Naufal.

"Aduh..."

"Kau!!", Naufal terasa geram.

"Ma....maaf nopal, tak sengaja..."

"Bertenang Naufal.... bertenang...", pujuk Idham.

"Baru aku teringat, kenapa selama ni aku tak nampak Naufal tapi sekarang baru ada?", tanya Safiy.

"Sebenarnya, Naufal ada gelaran Raja Rimba, sebab tulah engkau jarang jumpa dia. Dia selalu tinggal dan belajar dalam hutan, sebab tu engkau jangan naikkan darah dia...", kata Shazmir.

"Kalau tak, satu hutan boleh kejar kau sampai mati...", sambung Adam.

"Macam tu pulak? Oh, betul lah. Aku pernah nampak dia dalam hutan dulu.", kata Safiy.

"Ada satu hal lagi engkau kena tahu, penyebab raksasa berkurangan sebab kan dia jugak...", kata G-gong yang muncul entah dari mana. Seperti ada kebenaran muncul dari belakang dia.

"Dari mana pulak kau muncul ni? Bukan engkau dekat sana ke tadi?!", Safiy terkejut.

"Itu mitos saja, jangan percaya sangat dengan khabar angin.", sambung Adam sambil tolak G-gong ke tepi.

Mereka berkumpul semula di arena.

"Haih, pintu tu pun tak terbuka, macam mana kita nak lalu?", tanya Daniel.

"Kami pun tak tahu....", kata Ezral.

"Rusyaidi mungkin boleh membantu tapi dia tak sedarkan diri lagi.", sambung Zarif.

"Naufal, ada apa-apa idea tak?", tanya Safiy.

Mereka melihat Naufal sedang duduk di kerusi arena.

"Hah? Kenapa korang tanya aku pulak?! Fikirlah sendiri. Aku datang ikut nak tengok ja, bukan main dengan korang..."

Naufal buat muka tak peduli.

"Haih, nampaknya kita tunggu jelah dekat sini.."

____________________________________

Selang dua jam menunggu, masing-masing ada sedang tidur, ada yang berbual di kerusi arena, ada juga sedang berlatih. Safiy sudah merasa bosan melihat mereka. Dia berdiri dan tarik nafas panjang.

"HOI ZYGON! SAMPAI BILA KAU NAK KUNCI KAMI NI WOI!", Safiy jerit sambil memandang sekeliling. Bumbung arena itu terlihat gelap. Semua orang lihat Safiy.

"Adui Safiy. Kacaulah...."

"Relaks laa Safiy. Awal lagi nih."

_____________________________________

Tanpa mereka sedar, ada makhluk enam biji mata membuka mata selepas jeritan Safiy kedengaran di seluruh arena. Beberapa air liur makhluk itu jatuh ke bawah. Air liur itu jatuh terkena seseorang iaitu antara Syakirin, Shazmir dan Ezral sedang berlatih. Air itu menitik atas kepala Syakirin.

"Woi!, ni sape main meludah ni?!! Kotor aku woi!", marah Syakirin lepas bau air yang jatuh atas kepala dia. Bau seperti ludah orang.

"Bukan kami...", Shazmir dan Ezral tunjukkan tanda pangkah.

"Hahaha!! Syakirin, kau ada masa nak main air! Hahaha!", G-gong melawak. Mereka lain turut ketawa.

"Korang ni!!! Nak kena k- huh??", kata-kata Syakirin terhenti selepas mata dia melihat punca air itu.

"Kau tengok apa pula t-", Shazmir dan Ezral turut melihat tempat sama selepas Syakirin melihat ke atas terlalu lama.

Mereka bertiga terkejut.

"Apakah?!!!", mereka bertiga menjerit.

Di atas arena, bahagian gelap terdapat banyak sarang lelabah juga ada sepasang enam mata merah melihat tepat ke bawah.

"Grah!!!", makhluk itu menjerit.

Makhluk itu turun sikit demi sedikit dengan lapan kaki dia dekati kawasan arena. Keluarlah labah-labah gergasi. Labah-labah itu sedang gerakkan mulut dia dan ludah sesuatu ke mereka bertiga. Mereka tak dapat bergerak kerana rasa takut dengan mata merah itu.

"Jaga-jaga!!", jerit Safiy.

SSY....., satu G.blaster menahan air itu dan mula cair. G.blaster itu hancur.

"Wei sedarlah!! Kita perlu berlawan sekarang ni!!", Safiy jerit lagi.

"Hah?!", Shazmir sedar.

"Apa?!", Syakirin sedar.

"Cis, kena pukau pulak!", tegas Ezral.

"Hmm... menarik. Tak sangka kau dapat menahan serangan itu, manusia. Hahaha!!!", ketawa sang labah-labah gergasi.

Mereka lain turut bersedia. Zarif melangkah ke depan.

"Daniel, jaga Rusyaidi...", kata Zarif.

"Kenapa aku pulak?"

"Sebab engkau tak ada serangan jarak jauh...", Zarif menerangkan situasi lagi.

"Cis, betul cakap engkau. Jaga diri."

Mereka yang berada di kerusi arena mula dekati kawasan arena. Daniel ditinggalkan di belakang melindungi Rusyaidi.

"Ambik ni!!"

Labah-labah itu lompat. Mereka cepat-cepat mengelak.

DOOM!, gegaran besar berlaku.

Safiy terbang atas G.blaster dan mereka tiga lain juga dibantu Safiy yang berada dalam mulut G.blaster.

"Cis, macam mana kita nak lawan ni? Rusyaidi tak bangun lagi nih??", tanya Shazmir.

"Tak apa, biar aku tolong....", kata Safiy.

"Kau ni biar betul!", sambung Syakirin.

"Tak, aku kapten kelab C208, aku berpengalaman dalam memimpin, percayalah...."

"Aku percaya kau Safiy!", kata Ezral. Shazmir dan Syakirin melihat Ezral yang semangat.

Safiy mengangguk.

"Pertama sekali, aku perlu tahu senarai kuasa semua orang."

"Nah, ambil ni. Jaga elok-elok.", Shazmir beri satu buku nota kecil dari poket seluar. Dalam tu ada pelbagai maklumat.

*A...apa ni??", muka Safiy jadi merah.

"Eh, bukan tu. Yang ni....yang ni!"

Shazmir tolong buka halaman betul. Ada nama setiap Birunians bersama kuasa mereka.

"Aku tak tahu pulak engkau ni orang macam ni...", puji Ezral.

"Tak....tak...., korang salah faham."

"Okey, aku nak korang lengahkan gergasi tu, beritahu yang lain jugak..."

Safiy duduk atas G.blaster lain manakala mereka menuju ke gergasi itu.

"Haa..lama betul aku tak makan manusia....", kata lelabah itu.

"Syakirin, kau pergi beritahu mereka, biar kami berdua buat ni.", kata Ezral.

"Ok....", Syakirin turun dan berjalan laju.

G.blaster diduduki Shazmir dan Ezral dekati lelabah itu.

"Tembak api kau Shazmir! Serangga tu pasti mati!", jerit Ezral.

"Aku tahulah!!"

Shazmir berdiri atas kepala G.blaster dan keluarkan api di kedua-dua tangan.

"Ambik ni! Bola api!!"

Shazmir tembak bola api pada lelabah itu. Ezral tembak elektrik dari tangan selepas buat gerakan tangan.

BOOM!!, serangan itu mengenai lelabah itu tapi tidak berkesan.

"Apakah!!", mereka terkejut.

"Hahaha! Mari sini!!"

Labah-labah itu lompat ke dinding dan tembak sarang dari bawahnya. Shazmir dan Ezral tak sempat berinteraksi terkena serangan dan jatuh ke arena sambil terikat. Labah-labah itu tembak asid dari mulutnya.

"Cis!!"

"Tidak!!"

"Jangan harap!!!"

SWUUSH!!, Birunians lain datang menolong. Adam tolong cabut sarang.

Safiy melihat senarai nama.

Senarai lelaki:

Afiq (mutasi kekuatan)

Adam (angin dan senjata boomerang)

Ezral (kyubi, tenaga banyak, pheonix)

Daniel (kekuatan)

Idham (elastik)

Naufal (penjinak haiwan)

Rusyaidi (mages)

Syakirin (elektrik)

Shazmir (api)

Sabil (teknologi)

Zarif (tumbuhan)

Fawwaz (????)(####)(@&#&@&)

Senarai yang ada: C208

Safiy (tulang)

G-gong (transformasi sentuhan)

Senarai perempuan:

Maisarah (kelajuan)

Aisha (air)

Hidayah (tanah)

Ainun (manipulasi fikiran)

Abirah (teleportasi)

Siti (muzik)

Irdina (pemanggil)

Shafiza (sentuhan halimunan)

Athirah (pembaca fikiran)

Nazleen (teknologi)

Batrisya (lukisan)

Aleesa (benang)

Melisa (suara kuat)

Nani (klon)

Iffa (kekuatan dan penyerap serangan)

Nadrah (ais)

Syahadah (terbang dan tiada kuasa)

Semuanya ada 27 orang juga Safiy dan G-gong. Namun, kuasa Fawwaz tidak tertulis dan ada banyak kesan padam.

"Hmm.... nampaknya aku dah faham cara pergerakan mereka.

G.blaster Safiy menjunam ke bawah. Dia mendarat depan semua dengan gaya.

"Ceh.."

"Wuu..."

"Mantap Safiy!"

"Sudah, ini bukan masanya. Sekarang, dengar cakap aku.", kata Safiy sambil buat gaya nampak menarik. Semua orang buat muka termasuk lelabah itu.

"Dia ni makanan paling pelik pernah aku jumpa.", kata lelabah dalam hati.

Safiy keluarkan G.blaster dan tunjukkan ke atas.

"Lepas aku buat serangan, Shazmir, aku nak kau tembak api membara dan Adam, baling bola angin kau. Aku nak tengok serangan kita berkesan atau tidak."

"Baik!!"

VOOF!!, G.blaster tembak laser biru. Shazmir lepaskan api dan Adam tambah bola angin.

BOOM!!, labah-labah itu turun semula dan diheret ke belakang sedikit. Kulit lelabah itu tak tembus tapi ada kesan calar.

"Tak guna kau manusia!!"

"Bagus, labah-labah ni kacang rupanya...", kata Danial.

"Kacang?? Aku ada namalah manusia!! Lullaby!", jerit labah-labah itu.

"Ada kami tanya?"

"Grr!! Sudah, buang masa saja aku berbual dengan makanan aku. Ambik ni!!"

Labah-labah itu lompat ke udara dan tembak sarang pada mereka.

"Shazmir!!"

BHOOM!!, sarang itu terbakar. Lullaby lepaskan cecair kuning hijau.

SRSS!!, cecair itu terbang ke Danial dan Rusyaidi.

"Alamak!!", jerit Danial.

"Zarif!!", jerit Idham.

Rimbunan pokok naik tinggi dan cecair itu cairkan pokok itu seperti asid.

"Zarif, balut diorang dan fokus dekat sini.", kata Safiy.

Zarif balut dan lindungi Rusyaidi. Dia kembali ke barisan hadapan.

"Korang semua, berpecah ke serata arena dan hati-hati elak hentaman!"

Mereka mula gunakan serangan jarak jauh dari pelbagai sudut.

_____________________________________

Lullaby banyak mengelak dan tembak dua sarang dia ke serata tempat. Akhirnya, Sabil dan Idham tertangkap.

"Cis, tolong wei!!"

"Tak boleh gerak woi!!"

"Hahaha!! Makanan!!", Lullaby gembira.

Lullaby berjalan atas dinding dan lompat ke arah mereka berdua.

"Aaaaah!!!"

Aura kuat keluar dari Adam, dia tolak Lullaby ke sebelah dan Lullaby langgar tempat duduk arena sampai hancur. Adam kepenatan melepaskan angin yang begitu kuat.

"Fuh....fuh....", Adam kepenatan.

"Lepaskan kitaorang wei!!"

Adam cuba keluarkan kuasa tapi keluar sikit saja.

"Cis, tenaga aku hampir habis!"

"Tak apa, biar aku tolong..."

Ezral buat teknik tangan dan sarang itu terputus dua selepas Ezral gerakkan tangan dia depan sarang.

Lullaby bangun dari tempat dia terhempas.

"Ikat dia Zarif!!"

Zarif angkat tangan dia dan kawal tumbuhan keluar dari bawah badan Lullaby. Tumbuhan itu mengikat kaki dan badan dia. Lullaby memaksa untuk bergerak.

"Syakirin, Shazmie, Ezral.... lepaskan kuasa terkuat korang. Cepat!"

"Hahaha! Lemah!!"

Sret! Srut!, tumbuhan-tumbuhan Zarif terus putus dan Lullaby lompat ke dinding lain.

"Tak sampai seminit pun?", ragu Zarif.

"Hahaha! Tumbuhan apa ni? Lemah sangat! Ingatkan kayu hitam, nasib saja.", kata Lullaby.

"Kayu hitam?", G-gong teringat sesuatu sebelum ini. Zygon pernah gunakan tumbuhan pelik berwarna hitam.

"ZYGON?!!", terkejut G-gong. Mereka turut fikirkan perkara sama.

"Nampaknya, korang dah pernah jumpa tuan aku ya. Itu lebih mudah untuk diceritakan! Hahaha! Bagus untuk makan semua."

Safiy tunjuk signal pada Naufal. Naufal pelik Safiy beri signal pada dia. Dia cuba fikirkan keadaan.

"Tuan? Maksudnya dia ni haiwan juga dahulu? Jadi aku boleh cuba jinakkan dia??", fikir Naufal.

Naufal angkat tangan dia perlahan-lahan dan tunjuk pada Lullaby

"Ah! Apa ni!!", Lullaby goyangkan kepala. Lullaby melihat semua makanan dia dan nampak Naufal. Semua orang tengok Naufal.

"Kau? Tak guna penjinak haiwan!!"

Naufal turunkan tangan dia dan bernafas berat.

"Sangat su.....susah...."

"Aku makan kau dulu!!"

Lullaby lompat ke arah Naufal.

"Lindungi Naufal!!", jerit Safiy.

Ezral lompat ke depan Naufal dan buat teknik tangan. Dia ketuk tanah dan dinding tanah melindungi mereka.

KRAK!, dinding itu retak banyak.

TING!, Safiy panggil G.blaster gergasi dan meluru ke dinding tanah dari belakang mereka berdua.

KRUM! DOOM!, G.blaster melanggar dinding tanah dan langgar Lullaby. Lullaby terhempas ke dinding kerusi arena sampai berlubang.

Naufal cuba mengawal Lullaby lagi. Mata Lullaby makin gerun dan dia lepaskan aura kuat sekali.

"Bluek!", Naufal muntah darah dan jatuh ke lantai.

"Naufal, engkau jangan paksa diri.", Ezral bantu pimpin Naufal.

"Dia.....kuat.....level dia sangat tinggi berbanding pengetahuan kuasa aku....", kata Naufal perlahan-lahan.

"Ezral, bawa Naufal ke tempat lain. Zarif kuasa tumbuhan kan? Mungkin dia boleh merawat.", kata Safiy sambil melihat buku Shazmir.

"Aku nak makan kau! Tuan aku hanya Zygon saja!!", Lullaby mahu serang Naufal lagi. Ezral teleportasi banyak tempat sehingga ke tempat Rusyaidi dan Daniel.

"Apa jadi??", tanya Daniel.

"Naufal paksa diri sangat tolong lindungi dia..."

SRUNG!, tumbuhan Zarif ikat badan Lullaby lagi tapi putus selepas itu.

"Serangan tak berguna ini masih nak gunakan??"

Safiy pergi ke sebelah Ezral. Mereka lain menyerang Lullaby.

"Ezral, aku perlukan tukaran ekor kau."

"Ekor? Sembilan ke?"

"Ya, aku akan gabungkan dengan kau...."

"Tulang dan aku? Huh, menarik."

"Mari!!"

Keluar tukaran kyubi gergasi dari kawasan Rusyaidi. Tulang juga digabungkan tapi hanya fokus pada badan, kepala dan tangan. Kyubone (Kyubi+tulang) itu pegang Lullaby dari bergerak.

"Kita tak boleh pegang dia lama sangat, baling atas!", tegas Safiy kerana takut kena asid.

"Yargh!!!!"

"Syakirin! Shazmir! Serang dia! Fokus pada turut dia!"

"Ha?"

"Okok, Syakirin ikut kuasa aku!"

Shazmir menari sebentar dan tolak api membara ke atas.

Badan Syakirin dibanjiri elektrik dan tembak ke atas mengikuti api Shazmir.

"Yang lain, lari!!"

Lullaby berada di udara. Birunians dan G-gong bergerak ke tempat lain. Kyubone lindungi Syakirin dan Shazmir.

"Hah?! Serangan ini lagi? Jangan har- AAH!!"

BOOM!, serangan itu terkena bahagian belakang Lullaby dan dia jatuh terhempas ke hujung kiri arena. Kawasan itu berdekatan Daniel. Daniel cepat-cepat pindahkan Naufal dan Rusyaidi.

"Hoi! Apesal baling dia dekat aku!", jerit Daniel.

KRUM!!, batu besar jatuh dari badan Lullaby semasa dia bangun. Dia terasa sesuatu terjadi pada badan.

"Argh! Sarang aku! Apa kau dah buat dekat badan aku!!"

"Haha! Rasakan tu!", jerit Sabil.

"Anak-anak, janganlah berdiam saja. Serang mereka dan makan bersama mak kamu!!"

GRUM!!, terjadi gegaran di arena. Banyak labah-labah turun ke bawah dari atas. Saiz ketinggian maksimum lelabah itu ketinggian kaki orang dewasa. Banyak labah-labah berebut Safiy dan Ezral. Ezral tak dapat mengawal kestabilan.

BAM!, Ezral dan Safiy (kyubone) jatuh terbaring. Safiy buat dinding tulang berlapis-lapis melindungi dia dengan Ezral. Ezral batalkan tukaran kyubi. Sebahagian lelabah kecil bergerak ke mereka lain.

"Cis, tak boleh keluar macam ni!!", jerit Safiy.

"Tapi, aku masih boleh keluar...."

"Jangan tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini!"

"Hehe...gurau ja. Tapi, walaupun asid mereka tak kuat namun kalau terlalu banyak, damage akan berterusan."

"Kalau macam tu, pinjamkan tenaga kau..."

Mereka berdua terperangkap dalam kubah tulang. Shazmir membuat kubah api selepas dia dapat membakar satu lelabah kecil. Dalam kubah api itu ada Daniel, Idham, Rusyaidi, G-gong, Adam dan Naufal.

Syakirin di luar berlawan bersama Zarif. Zarif menikam lelabah kecil dengan tumbuhan manakala Syakirin beri renjatan maut gunakan pedang pendek dia.

Sabil terbang dengan barang teknologi dia sambil bom kawasan sekitar.

DUM! DAM!, tiba-tiba terdengar dua hempasan. Di tempat tulang Safiy dan Ezral berlindung, keluar dua tangan tulang gergasi dari tanah dan serang banyak lelabah kecil. Mereka memerhati lagi, makin lama keluar kyubi tapi dalam bentuk tulang. Safiy dan Ezral berlindung di bahagian perut.

"Aku tak tahu pulak kau mampu buat macam ni?", tanya Ezral.

"Ini jasa sumbangan tenaga dalaman engkau, aku boleh memantau badan kyubi dan buat semua anggota badan kyubi dengan tenaga kau."

"Kan, aku padukan.....", Ezral memuji dirinya.

BOOM!!, mulut tulang kyubi tembak laser ke bawah. Kemusnahan arena dan lelabah kecil bertambah.

"Kenapa tak guna kuasa kyubi saja?"

"Ish, engkau ni. Hancur arena ni nanti..."

"Hehehe.....lupa pulak tempat ni bukan tanah lapang..."

BZZT!!, Syakirin mengecas badan dia.

"Ezral, engkau tolong Syakirin lepaskan bom dengan serang kubah Shazmir..."

"Hmmmm boleh.....", Ezral teleportasi ke merata tempat dan berhenti di tempat berdekatan Syakirin. Dia berlari dan melindungi diri dengan tenaga dalaman dan sumbangkan kepada Syakirin. Syakirin tengok belakang.

"Ezral?"

"Syakirin, aku nak kau serang kubah Shazmir dengan serangan terkuat kau."

"Kau gila ke? Mati mereka semua nanti."

"Tak, elektrik engkau akan bercambah banyak dan jadi kuat. Lebih senang untuk bunuh semua."

"Kau ni serius?"

"Cepat! Kita tiada masa nak berbual lagi. Sekarang Lullaby cuba sembuhkan diri. Kalau terlambat, kita akan mati..."

"Haih. Ok....ok..."

BZZT! BZZT!, Syakirin cas dirinya.

"AAAH!!!!", Syakirin jerit sekuat hati.

Elektrik terkuat keluar dari badan dia serang kubah Shazmir. Mata Syakirin bercahaya dengan elektrik. Ezral rasakan ada sedikit elektrik mengalir dalam badan dia.

"Wei, tengok tu!", Idham jerit.

Semua dalam kubah Shazmir terkejut tengok Syakirin serang mereka.

"Apa kau buat ni Syakirin?!!!!!", jerit Shazmir.

SZZT!!, elektrik Syakirin yang kuat berpecah banyak dan serang kawasan sekitar.

BOOM! DOOM!, sarang yang ada di atas turut terbakar dengan telur lelabah. Safiy melindungi Sabil dan Zarif.

SSRH!!, kawasan sekitar dipenuhi debu dan api. Syakirin kepenatan selepas lepaskan tenaga terkuat dia. Ezral bernafas seperti orang selepas berlari.

"Fuh! Gila kau ni Syakirin..", kata Ezral.

"Haha...kuat jugak tenaga dalaman engkau, tak sangka rancangan-"

DUSH!, Syakirin disepak pada dada dia dan bergolek ke belakang.

"Syakirin! Tak guna kau!", marah Shazmir.

"Tak...tak, ni rancangan Ezral lah."

"Hmm...aku takde masa nak dengar alasan kau!

Shazmir tembak bola api pada Syakirin. Syakirin lari mengelak.