webnovel

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · Anime & Comics
Not enough ratings
34 Chs

*- Menara Kegelapan Bahagian 2 -*

Mereka terkejut.

"Jadi...kaulah raja kegelapan, kan senang kalau kau buat macam ni dari awal. Masa untuk kau mati sudah tiba!!", jerit Safiy.

"Aku sudah lama tunggu kamu semua tapi tak ada siapa pun layak lawan aku.."

"Karut apa kau mencelah ni, panggil kami ke sini tapi bercakap bukan-bukan.", sambung Shazmir.

"Jangan cakap besarlah, Afiq! Serang dia!", jerit Zarif.

"Yargh!!!! Aaaahhhhh!!", Afiq menjerit kuat. Semua kekuatan di tubuh dia mengeluarkan aura. Aura dia mula mengalir ke seluruh badan. Badan Afiq makin berkurang saiz tapi kekuatan dia langka berbeza. Rambut dia bertukar warna menjadi hijau kekuningan. Ada aura kuat keluar daripada badan dia.

BOOM!, udara besar keluar dari badan Afiq selepas dia meletupkan auranya. Afiq menjadi SS Afiq.

SS Afiq memecut ke arah Zygon.

"Afiq, biar kami membantu kau!", jerit Birunians lelaki.

"TAK PERLU! Aku boleh bereskan dia dengan satu serangan!", tegas Afiq.

"Satu serangan? Mengarut. Walaupun badan kamu berubah tapi....", Zygon berbicara.

DUSH!!, SS Afiq berlambung ke udara selepas Zyon muncul dan beri satu penumbuk melalui bayang SS Afiq. Semua Birunians lelaki terkejut dengan satu makhluk memakai sut perisai seluruh anggota badan muncul di depan Zygon.

"Fawwaz!!", jerit Rusyaidi.

"Hahaha.... Hahaha.... Fawwaz? Nama tu sudah tak wujud. Dia Zyon. ZYON! Sekarang Zyon, serang mereka!!", jerit Zygon.

"....Baik"

ZYON berlari ke arah mereka. Zarif cuba melindungi mereka dengan dahan kayu namun bilah angin terbentuk dari pedang Zyon membelah-belah kesemua pokok. Shazmir dan Syakirin lompat dan membentuk kombo api dan elektrik. Serangan itu bergerak laju ke Zyon. Zyon mengangkat tangan dan keluarkan tangan kegelapan. Dia menyerap kuasa itu dan tambahkan elemen kegelapan lalu baling semula. Ezral datang dan berubah. Dia menambah kekuatan dengan Shazmir dan Syakirin melawan kuasa Zyon.

Kedua-dua kuasa bertembung. Zygon baling sesuatu ke kedua-dua kuasa itu.

BOOM!, semua orang berdekatan kuasa itu terpelanting ke belakang dan ada juga jatuh dari menara. Hal ini disebabkan kejadian tenaga mereka kurang beberapa hari lepas. Antara Birunians lelaki yang terselamat ialah Afiq, G-gong, Safiy, Rusyaidi. Selain mereka, sudah jatuh ke bawah. Rusyaidi melihat mereka jatuh dan Adam berusaha menyelamatkan mereka yang terjatuh dengan bantuan Idham dan Sabil.

"Aik?! Mana depa?", Safiy bertanya sambil berlindung dalam mulut G.Blaster dengan G-gong.

"Jangan risau, mereka tiba di bawah dengan luka ringan...", kata Rusyaidi dengan mata teropong dia.

"Menyusahkan...."

Tiba-tiba, masa seperti terhenti dia kawasan itu. Zygon berjalan dan jalan. Dia dekati Rusyaidi. Rusyaidi bergerak sedikit kerana dia telah mempelajari kuasa hentikan masa.

Namun sebelum dia dapat bergerak sepenuhnya, Zygon sudah di depan dia. Rusyaidi ketakutan merasai aura Zygon.

"A..pa..kah??"

Zygon cekik Rusyaidi ke udara. Rusyaidi cuba meronta-ronta untuk lepaskan diri namun tidak berjaya.

"Sengsara lah makhluk mages tak guna!", segala memori silam yang gelap menyinari dalam fikiran Zygon.

ZHUUUM!, Zygon baling Rusyaidi ke bawah dan mengikatnya dengan kayu hitam. Kemudian masa kembali ke asal di kawasan itu.

BOOM!, kedengaran bunyi dentuman kuat dari arah Zygon. Afiq, Safiy dan G-gong melihat Zygon. Rusyaidi sudah tiada.

"Apa...apa yang berlaku? Tadi Rusyaidi ada tapi dah hilang?", Safiy menanyakan dirinya.

FWUUUH!, satu angin kecil melalui mereka. Zygon duduk di singgahsana dia semula.

"Sekarang, kekuatan terkuat korang sudah tiada di sini.. tinggal kamu bertiga saja.. kekuatan yang tinggal."

"Korang patut terima saja kekuatan kegelapan, kegelapan lebih unggul berbanding kuasa korang yang lemah itu.", Zyon muncul semula di hadapan mereka.

"Karut!! Kegelapan bukan segala-galanya! Aku masih di sini!!", jerit SS Afiq. Dia mula mengumpulkan tenaga dari tubuhnya ke tangan dia. Tangan SS Afiq keluarkan cahaya biru yang terang. Dia tujukan tangan dia ke Zygon.

"HA!!!"

BOOM! SHUUUU..., tembakan SS Afiq meletus seketika dan menyerap masuk ke dalam lohong kegelapan Zygon. SS Afiq cuba lepaskan kuasa dia dari tangan tapi Zygon sedang menyerap kuasa SS Afiq.

"Cis! Lepaskan!"

"Hahaha, kau dah masuk perangkap aku, manusia. Jatuhkan dia, Zyon."

Zyon bergerak pantas dan lompat ke belakang SS Afiq. SS Afiq toleh ke belakang.

SRKK!!, belakang Afiq dilibas. Hampir kesemua tenaga tubuh Afiq disedut Zygon. Libasan itu berkesan setelah itu. SS Afiq terkejut besar dan tak dapat berbuat apa-apa. Dia jatuh ke bawah, hadapan Zygon dalam keadaan lemah. SS Afiq kembali menjadi Afiq normal.

"Afiq! Tak guna kau!", jerit G-gong

Safiy keluar dari bawah tempurung dan keluarkan pedang biru.

"Biar aku pulak lawan kau, Zyon!", tegas Safiy.

"Tak sangka kau Safiy.", G-gong menyorak.

"Kau pun sama G-gong, jangan nak menyorok lagi. Kita boleh menang lawan dia ni, percayalah!", muka Safiy bersinar.

"Haih... kenapalah aku ikut engkau datang sini...*

G-gong keluar dan tukarkan badan dia jadi keras. Safiy dan G-gong meluru ke arah Zyon. Zyon berlari bawa pedang besar dia dan lompat ke mereka.

"Alamak!"

"Elak!!"

BOOM!, tanah itu merekah. Dentuman itu buat mereka berdua ke belakang sedikit. Safiy mula buat serangan ke Zyon. Zyon ayun pedang besar dia dan halang serangan Safiy.

KLANGG!, dua-dua pedang bertembung tapi Safiy bertahan dari daya kuat pedang tersebut.

"Cis, Fawwaz! Ni aku! Sedarlah! Kau dah kena kawalan dari makhluk gila tu!"

Zyon berputar dengan pedang dan serang Safiy lagi. Safiy melutut sambil menahan berat pedang besar Zyon.

"Tolonglah...kembali."

"....."

Zyon perlahan-lahan angkat pedang dia dan hulurkan tangan dia pada Safiy. Safiy terkejut dia berjaya memulihkan ingatan Fawwaz (Zyon) dan sambut tangan Zyon. Zyon cengkam kuat tangan Safiy.

"Terima-"

Tak sempat kata-kata Safiy habis, Zyon berpusing dan baling Safiy ke G-gong.

BUM!, mereka berdua berlanggar dan terpelanting. Mereka berdua berada dia hujung.

"Aku Zyon, anak murid tuanku Zygon, jangan cuba-cuba kata kembali pada manusia macam korang semua. Aku takkan kembali!", tegas Zyon.

"Cis, kena tipu pulak."

"Dia ni kuat sangat pulak.", sambung G-gong.

Zyon berjalan ke depan dan pijak badan Afiq. Safiy dan G-gong berdiri dengan berhati-hati dan berasa marah Zyon pijak rakan mereka yang sudah lemah.

"Tak guna kau!!"

"Tuan, manusia ini sudah kita dapat.", kata Zyon pada Zygon.

"Bagus, hapuskan yang lain. Kekuatan mereka masih tidak mencapai apa yang aku harapkan kan."

"Baik tuanku Zygon."

Zyon kumpulkan angin kuat di belakang dia dan lepaskan ke arah mereka berdua. Mereka berdua tak dapat bertahan dan terpelanting ke bawah menara sambil menjerit. Afiq ditinggalkan di atas menara bersama Zyon dan Raja kegelapan, Zygon.

******************************************

Selepas beberapa masa, Safiy dan G-gong tersedar. Mereka berdua melihat keadaan sekeliling dan berada di sebuah taman bunga. Spesies bunga yang dilihat mereka agak aneh.

"Hmmm..bunga ni, aku tak pernah nampak seumur hidup aku.", kata Safiy sambil memeriksa bunga di pokok renek.

"Macam mana kau tahu pulak? Sejak bila engkau minat bunga pulak ni?", G-gong menanyakan pelbagai soalan. Safiy terasa ingin marah.

"Kau...Haik.."

"Safiy, sapa tu?", G-gong tunjukkan ke arah seseorang.

Di dalam kawasan taman bunga itu ada seorang perempuan sedang menyiram pokok bunga aneh. Perempuan itu berasa ada orang melihat dia lalu menoleh ke arah mereka berdua.

"Siapa kau?! Di mana kami berada!? Jangan-jangan engkau ni jelmaan makhluk gelap.", mata Safiy bercahaya dengan aura biru.

"Dasar makhluk kejahatan, tunjukkan diri kau.", G-gong bersiap sedia untuk berlawan.

"Makhluk kegelapan? Tak-tak bukan, saya bukan. Saya Lisha dan kuasa gelap? Makhluk gelap? Zunda? Dia tiada di sini kalau kalian ingin berjumpa dengannya. Dia pergi ke kampung sebelah."

"Zunda? Lisha? Safiy-", tak sempat G-gong habiskan ucapan.

"Buktikan kau bukan makhluk kegelapan!", tegas Safiy.

"Atau aku mulakan serangan.", Safiy keluarkan pedang biru.

PANG!, G-gong pukul belakang kepala Safiy. Safiy memandang G-gong dengan taring harimau.

"KAU NAK APA LAGI!!"

"Safiy, kau tak ingat ke sejarah bandar kita dahulu...Lisha dan Zunda.."

"Mustahil! Mereka dah lama mati."

G-gong dan Safiy bergaduh bercakap. Tiba-tiba ada satu cahaya terang silau pada mereka. Perempuan itu, Lisha keluarkan cahaya dari tangan dia. Safiy terkejut apa yang dilihat. Dia terus tundukkan kepala dia.

"Aku minta maaf sebab salah faham tapi, puan Lisha...", Safiy bercakap sambil sangkut-sangkut.

"Tak mengapa, manusia pun jarang lalu kawasan ini.", balas Lisha.

"Jadi, apa tempat ini...cantik sangatlah...", wal hal G-gong maksudkan itu ialah Lisha. Safiy buat muka pada G-gong.

"Ini laman belakang istana cahaya, tempat penghapus kuasa gelap terkuat berada."

Lisha melihat tajam ke Safiy. Tiba-tiba keadaan jadi lain, Safiy melihat kehancuran di kawasan itu dan ternampak satu makhluk bertanduk dengan aura sangat kuat tidak jauh dari situ.

"SAFIY! BANGUN!!", Safiy terdengar suara G-gong.

"Tunggu, cahaya itu penghapus kuasa gelap? Jadi..."

Makhluk bertanduk itu muncul di depan Safiy dan pedang aura gelap dekati Safiy. Safiy memejamkan mata dia.

"SAFIY!!!", makhluk itu jerit nama dia.

********************************************

Safiy terbangun. Mereka dan Birunians lain berada di tempat pertama tadi tapi gua yang mereka masuk tu dah hilang. Rusyaidi sedang dirawat kerana cedera parah. Mereka lihat Safiy.

"Apa yang berlaku?", tanya Safiy.

"Haih Safiy, engkau dengan G-gong, Afiq dan Rusyaidi tiba-tiba hilangkan diri. Lepas beberapa jam, Rusyaidi jatuh dari langit dengan sesuatu ikat dia halang dia dari terbang dan cedera parah. Kemudian kami jumpa kau dan G-gong berdekatan. Afiq pula kami tak dapat kesan..", kata Adam.

"Tunggu, itu bukan mimpi?", Safiy ragu-ragu.

"Engkau mimpi? Jangan mimpilah. Kita boleh menang ni.", kata Syahadah.

Safiy sedang memikirkan sesuatu.

"Jap geng, aku ada idea harap korang boleh dengar dulu."

Selepas beberapa minit Safiy terangkan idea dia pada Birunians dan G-gong. Mereka mengangguk sebagai tanda persetujuan.

"Kenapa aku tak terfikir pulak benda ni?", tanya Shazmir.

"Jadi kumpulan perempuan yang mana ingat peta bandar Zygon diajar dalam kelas sejarah, korang boleh bergegas mencari. Kita perlukan kekuatan cahaya untuk kalahkan kuasa gelap."

"Jom, mari kita gerak.", kata Ainun.

"Hati-hati ya.", kata Sabil.

"Baik Sabil.....", semua perempuan Birunians membalas.

Perempuan Birunians berjalan jauh dari mereka, jauh dari menara kegelapan.

"Yang lelaki, ikut aku.", kata Safiy. G-gong tahan sekejap Safiy. Birunians lelaki mula berjalan ke depan.

"Korang pergi depan tu dulu, aku nak sembang dengan Haikal kejap."

"Safiy, engkau dah bagitahu tak diorang? Diorang pun tak berapa nak percaya dengan cerita aku.", kata G-gong.

"Aku tak sempat nak cakap dah ada lawan nak buat macam mana? Kau bagitau apa?"

"Aku bagitau kita jumpa perempuan cantik tapi mereka tak nak dengar cerita selepas tu."

"Gong... gong... ", Safiy garu kepala dia.

"Tak apalah kalau mereka tak nak dengar, jom. Kita perlu selamatkan Fawwaz dengan Afiq."

Safiy dan G-gong kembali bersatu dengan Birunians lelaki.