webnovel

Birunians||C208 dan kebangkitan kegelapan

Permulaan 1(Sinopsis) : Pada zaman dahulu, terlahirlah dua kuasa membawa kestabilan dunia iaitu kuasa cahaya dan kuasa kegelapan. Pada mulanya, mereka berperang sesama sendiri untuk dapatlan keadilan,takhta juga meluaskan empayar, namun kedua-dua pihak telah menambil keputusan untuk berdamai bagi mengelakkan percetusan huru-hara dan mereka mengahwinkan sesama pihak raja untuk mengeratkan hubungan. Suami daripada kegelapn dan isteri daripada cahaya berkahwin, mereka hidup aman damai bersama anak-anak kelahiran yang mempunyai kuasa elemen bumi. Selepas itu, salah seorang daripada pihak kegelapan mengambil kesempatan membunuh kesemua penduduk kegelapan satu per satu walaupun ada yan berjaya larikan diri dan menhasut sang suami lalu membangkitkan makhluk jahat dalam tubuhnya. Pihak cahaya terkejut dan menyuruh sang isteri menjauhkan diri kerana kuasa cahaya yang paling kuat bagi melawan kuasa gelap masih tidak dilahirkan dalam diri sang isteri lagi. Sang suami marah dan hendak menghancurkan isterinya. Kemudian, sang isteri melahirkan satu cahaya yang kuat dan pada akhirnya sang suami mati. Cucu-cicit sang isteri banyak dilahirkan. Sang isteri memberikan amanah kepada anak-anaknya agar menghapuskan kejahatan membawa keamanan dan kebenaran. Kisah itu diingatkan sehingga hari ini. Cerita ini dijadikan sejarah kepulauan Bandar Zygon, dan seorang pelajar bernama Fawwaz akan menghadapi pelbagai rintangan setelah tiba di sekolah baharunya. Mahu lebih lanjut, bolehlah baca.

Fallkrai_Fallen · Anime & Comics
Not enough ratings
34 Chs

*- Kebangkitan Kegelapan -*

Keesokan harinya, pada waktu Subuh, penduduk kampung Raksasa Rayze (R.Rayze) terkejut melihat Zyon sedang memerhatikan pemandangan tasik itu di jeti perkampungan. Penduduk R.Rayze memanggil ketua kampung.

"Hei manusia....keluar dari kawasan ni sekarang atau kau terima ajal!!"

"Manusia? Kau salah sangka...aku ialah Raja korang yang baru baru....tiada sesiapa boleh lawan dengan aku, dengan ini..aku boleh mencapai cita-cita aku...", Zyon keluarkan sebahagian jantung Zunda. Ketua kampung itu memanggil pahlawan R.Rayze perkasa untuk membunuh Zyon.

Selepas itu, Zyon terjun ke dalam tasik itu.

"Jangan biarkan dia terlepas!!!"

Pahlawan sejati R.Rayze menyelam untuk bunuh Zyon. Ketika di dalam tasik, ada sebuah kota yang sangat besar dikelilingi patung besar di setiap pintu gerbang. Zyon mendarat di tengah kota dan ada satu tempat istimewa untuk letakkan jantung itu walaupun saiznya tak sama. Di belakang Zyon banyak pahlawan Rayze mengepung dia.

"Berhenti atau mati, manusia!"

"Bangsa Rayze masih tidak mengenal kematian, tamatlah sudah perjumpaan kita..."

Zyon letakkan jantung itu di tempat khas tersebut dan ruang itu tertutup lalu masuk ke dalam tanah. Keluar banyak aura hitam dan roh-roh dari tanah seterusnya keluar banyak raksasa kegelapan. Banyak besi berkumpul dan membentuk Ghoulze. Kesemua pahlawan Rayze terkejut. Kesemua Ghoulze menyerang pahlawan Rayze dan bunuh mereka. Aura kegelapan menyembuhkan luka pada Zyon. Zyon menaiki salah satu Ghoulze. Ada juga raksasa kegelapan petani muncul seperti Puza (penjaga Luza) dan Luza (lembu makan daging).

"Mari ..semua!!"

Semua makhluk keluar dari tasik bersama kota tersebut. Makhluk kegelapan selain Zyon pergi ke arah bandar manakala Zyon dan Ghoulze dia naik mendekati Rayze. Semua Rayze terkejut melihat kota lama itu tumbuh kembali.

"Raksasa kegelapan!!"

"Tak mungkin! Ini tak mungkin berlaku!!!"

"Mana pahlawan aku!!!", jerit ketua Rayze.

"Lari! Lari cepat!!", semua Rayze berlari.

"Jangan harap."

Tangan Zyon mengeluarkan satu kiub hitam dan baling ke tengah kampung. Kesemua Rayze ditarik kuat ke dalam kiub itu dengan sangat kuat dengan rumah dan semua benda berhampiran. Kawasan tersebut jadi tanah lapang. Kiub hitam itu jatuh atas tanah selepas semua benda ditarik masuk. Selepas beberapa minit, semua Rayze keluar tapi mereka jadi raksasa tanpa hati.

"Pergi serang bandar Typhoon dan bangkitkan Goze tu kepada mod V!"

Semua Rayze berlari ke bandar Typhoon tanpa mempedulikan benda yang dilanggar mereka. Zyon meninggalkan kota lama dan tanah lapang ke arah sekolah.

___________________________________________

Suasana bandar Zygon menjadi huru-hara dilihat Zygon. Dia terdengar bunyi bising di luar.

BOOM!!!, tingkap dindingnya meletup dibom. Satu helikopter terbang di hadapan singgahsana. Di belakang Zygon pula ada banyak tentera dan robot.

"Kamu semua ni masih berdegil ke?", tanya Zygon.

"Jangan bergerak dari situ!! Jangan sampai kami letupkan awak!!", kata juruterbang helikopter itu.

"Kamu semua yang minta."

Keluar satu tali daripada tangan Zygon lalu membelit helikopter itu. Helikopter itu hilang kawalan. Kemudian, Zygon tarik tali itu.

BOOM!!, helikopter itu meletup berkecai. Semua orang di situ mulakan serangan tembak ke Zygon. Zygon terbang keluar dari bukit. Banyak peluru berpandu terbang ke dia.

BOOM! BOOM!, meletup. Namun selepas asap hilang, Zygon masih hidup. Akar hitam yang melindungi dia. Dia keluarkan satu bola hitam yang sangat besar. Dia baling ke bukit itu. Bola kegelapan bergerak perlahan mendekati bukit. Semua tentera panik dan mula berlari.

"Tetapi, itu hanya perbuatan sia-sia saja...hehe"

BOOM!, bukit itu meletup dan meninggalkan lubang yang sangat besar. Zygon berpusing ke belakang. Ada banyak jet pejuang melintasi dia. Zygon terbang laju di udara. Jet itu berpusing dan mengejar Zygon. Berlakulah pertempuran di udara.

__________________________________________

Pasukan birunians menjumpai Syakirin, Safiy dan Ezral dalam keadaan lemah. Mereka menolong membebaskan. Tiba-tiba, ada sesuatu di belakang mereka iaitu Ghoulze. Mereka tak sempat berbuat apa. Rusyaidi menunjuk ke arah Ghoulze dan keluar banyak bola api.

BOOM!, semua besi Ghoulze jatuh tetapi perbuatan itu sia-sia. Semua besi bergabung semula jadi Ghoulze.

"Apakah dia ni?? Serangan aku tak berkesan!", kata Rusyaidi.

BOOM!!!, satu peluru bazooka mengenai leher belakang Ghoulze. Kepalanya terpisah dan badan Ghoulze hancur jadi abu. Kepala Ghoulze itu hilang kuasa dan jadi besi berkarat. Di belakang bangkai Ghoulze ada Saga dan tentera dia.

"HANG LAGI!!!", jerit Afiq.

"Tuan Saga, raksasa tadi itu ialah raksasa yang pernah menyerang bandar kita dulu.."

"Baiklah, terima kasih untuk info kamu...heh..hello sahabat sekalian...", pelawa Saga.

"Apa Heh?"

"Sahabat kau $&-$($!!"

"Apa kau nak sebenarnya!!", jerit Maisarah.

"Bertenang cik adik dan awak semua...saya datang dengan aman. Aku, Saga mahu kita bekerjasama menentang semua raksasa kegelapan ini... untuk pengetahuan awak semua...Zyon itu dari kegelapan."

"A..pa?!", Safiy tersedar sedikit.

"Penipu! Zyon dah mati!", jerit Rusyaidi. Mereka juga setuju.

"Oh tak percaya? Ambil kamera ini dan tengok rakaman video.

Selepas beberapa minit....

"Apa!! Tak mungkin!", jerit mereka semua.

"Kenapa tak guna raksasa kegelapan ayah kau tu?", tanya Shafiza.

Saga tahan muka marah dia dan lepaskan nafas dia.

"Ayah aku..dah mati termasuk raksasa itu...korang perlu setuju kalau tidak... kegelapan akan bangkit sepenuhnya... orang awam akan terkorban kalau perkara itu berlaku!"

"Tunggu...", mereka berbincang sekejap.

"Baiklah...kami setuju sebab orang awam bukan korang tapi lepaskan kawan-kawan kami yang korang tangkap!", tegas Rusyaidi.

"Hehe.. baiklah, mari ikut kami. Kita bersama pelajar lain boleh guna teknologi baru kami yang mampu melepaskan kuasa sementara..."

Awan berkumpul dan langit jadi gelap.

GRUM! GRUH! TUMP! KRAK!, , di tapak sekolah, semua bangunan runtuh dan keluar satu menara kegelapan hingga ke awan. Kilat keluar dengan gemuruh. Semua penduduk terkejut. Semua pelajar ternganga. Hujan lebat mula turun. Mereka ternampak ada sesuatu terbang ke puncak menara. Seluruh pulau itu dituruni hujan lebat.

"APA PULAK BENDA TU!!!", seseorang menjerit.

___________________________________________

Sebelum itu, selepas menyerang kampung Rayze, Zyon bergerak ke kawasan larangan yang Rusyaidi larang masuk sebelum ni berdekatan sekolah mereka. Zyon masuk tempat lokasi Fawwaz pernah diculik dan diseksa Jono. Semua darah di situ sudah kering. Zyon memandang ke satu sudut ada satu dinding elektrik, dinding magis Rusyaidi.

"Ghoulze, hancurkan dinding tu."

Tangan Ghoulze keluarkan percikan elektrik hitam ke dinding itu.

SZZT!, dinding elektrik itu musnah. Ada satu pintu istimewa di belakangnya. Zyon dekati pintu itu dan letakkan tangan dia.

Pintu itu memberi reaksi dengan bercahaya. Pintu itu terbuka. Semua obor di dalam menyala sendiri. Di dalam ruang itu seperti kuil.

"Ghoulze...jaga kawasan ni....", Zyon masuk ke dalam.

Di dalam ruangan itu ada banyak gambar tokoh kegelapan dari zaman dahulu sehingga zaman Zunda. Semuanya berjumlah lapan. Ada satu lukisan kuno menunjukkan sebuah menara/bangunan tinggi iaitu menara kegelapan.

"Jika menara ini naik ke darat, seluruh dunia tidak dapat melawan kuasa gelap mahupun kuasa cahaya. Ayah, kenapa ayah melenggang semua ini? Ayah sudah lemah tapi saya masih kuat..."

Zyon keluarkan satu peti. Dia mengeluarkan sesuatu dan letak sesuatu itu ke dalam lubang.

GRUM!!, tiba-tiba tanah bergegar.

"Ia...sudah bermula!!!", Zyon berjalan keluar. Setelah dia keluar, muncul potret Zygon di tepi potret Zunda, menjadi raja kegelapan kesembilan.

____________________________________________

Selepas itu, di bandar Typhoon, mereka cuba berlawan dengan Rayze kegelapan. Joze dan Jony salah satunya.

Selepas beberapa jam, serangan itu tamat. Mereka perasan hujan sudah lama turun. Mereka ternampak satu menara tinggi di atas bukit jauh dari mereka.

"Mereka masih membina! Ini tidak boleh berlaku! Mereka minta perang!!", jerit seorang tentera.

"Be..Betul! Korang yang patut mati!!", satu suara garau keluar dari patung.

Semua orang di situ terkejut. Mereka tercari-cari siapa dalang disebalik suara itu.

TRUMM!!!, satu petir panah patung Goze yang terletak di tengah bandar. Semua simen cair dan membentuk robot. Badan Goze berubah ke mod-V.

"Alamak!! Apakah!", jerit Jony.

Goze mod-V berpecah jadi banyak. Bandar Typhoon menerima ancaman Goze kegelapan.

_____________________________________________

Ace-S sedang duduk di atas bumbung sebuah bangunan bandar Xalav, terkejut terdengar bunyi guruh luar biasa. Hujan mula turun. Dia ternampak satu menara/bangunan terletak di bukit bandar Zygon walaupun kedua-dua pulau terletak pada jarak jauh.

"Apakah itu? Takkan legenda itu benar? Aku perlu hubungi adik aku... apakah?!"

Dia ternampak di pantai ada satu naga hitam yang sangat besar naik ke darat. Naga hitam itu menghembuskan api ke bangunan lalu terbakar.

Orang di sini panik melarikan diri.

"Nampaknya aku perlu selesaikan masalah di sini dahulu...", Ace-S lompat ke bangunan lain menuju ke kawasan naga hitam itu berada.

_____________________________________________

Di markas tentera terbesar bandar Zygon, semua orang sedang beratur mengambil senjata kuasa sementara. Yang sudah ada kuasa berada di luar.

"Korang percaya ke Zyon tu salah satu dari kegelapan?", tanya Syakirin.

"Agak susah nak percaya....dia dah banyak tolong orang, tak mungkin.", sambung G-gong.

Saga datang hampiri mereka.

"Siapa tahu maklumat makhluk yang duduk dalam sut besi Zyon tu? Kami cuba mencari maklumat.", tanya Saga.

"Safiy... bagitau dia jelah...", bisik G-gong.

"Tapi....haih baiklah. Dalam dia ada manusia ikan, Saga."

"Apa!! Mustahil!!!"

Saga mengeluarkan kertas berlipat. Dia membuka lipatan tersebut hingga menjadi kertas peta yang besar.

"Dekat pulau ni, terjadi satu pembunuhan besar. Beberapa bulan lepas, anggota tentera kami jumpa semua mayat apabila kami terima laporan daripada seorang nelayan yang terpancing mayat manusia ikan..."

"Tapi, kami rasa...dia ialah salah satu yang terselamat...", kata Safiy.

"Tak...tidak ada yang terselamat pun, kami dah jumpa semua yang cuba larikan diri tapi mati termasuk yang berada dalam sut besi...", Saga menunjukkan gambar manusia ikan itu.

Safiy dan G-gong terkejut. Mereka di situ berasa pelik.

"Itulah muka yang duduk dalam sut Zyon tu!!! Jadi, siapa dalam sut tu?!!", jerit Safiy.

BOOM! BOOM!, bahagian jet dan helikopter markas tentera berlaku letupan. Semua orang di situ terkejut. Saga berlari ke tempat itu diikuti mereka.

Di kawasan markas itu, ada banyak kerosakan besar berlaku. Banyak askar cedera. Saga pergi ke salah seorang.

"Hei! Apa yang berlaku!!"

"Tuan Saga... hati-hati.....", askar itu mati.

"Saga!!"

Ada satu tangan bayang besar hendak hentam Saga. Mata Safiy menyala dan keluar 2 G.Blaster menembak tangan bayang itu. Bayang itu hilang. Tiba-tiba, muncul seseorang yang memakai jaket hoodie. Dia pakai topeng muka.

"Apa khabar kawanku sekalian....", Y muncul.

"Tunggu, siapa kau sebenarnya!!!"

Y muncul di belakang Syakirin melalui bayang dia. Dia memegang bahu Syakir. Syakir menepis.

"Takkan tak kenal...Y"

"Yunus? Kenapa kau buat sebegini? Kenapa kau bekerjasama dengan kegelapan...", kata Ezral.

".....kontrak....korang semua tak perlu tahu isinya...Doody! Hancurkan mereka!!", Y hilang dalam bayang.

Keluar satu raksasa bayang gergasi iaitu Doody.

"Besarnya!"

BOOM!!!, ada satu bangunan bandar Zygon meletup lalu runtuh.

"Saga! Biar aku uruskan hal di sini bersama Safiy...", kata Ezral. Dia memasuki mode tailed beast dan Safiy masuk sekali.

Kurama membesar dan menumbuk Doody. Saga dan lain-lain berundur.

"Safiy!! Gunakan kuasa kau!!"

"Yargh!!!!"

Badan Kurama ditumbuhi tulang-tulang. Mata Kurama jadi biru. Doody hilang dan muncul di belakang Kurama. Tali-tali bayang dari Doody mengikat Kurama. Safiy keluar gigantic Gblaster dan tembak punca bayang itu.

Doody melepaskan ikatan. Ezral cuba keluarkan tailed beast bom tapi Safiy halang.

"Jangan...dia tu bayang, agak susah kita serang nanti...biar dia menghilang akan menyebabkan kemusnahan..", kata Safiy. Ezral mengangguk.

Tiba-tiba, semua helikopter dan jet yang musnah bergabung jadi Ghoulze besar.

"Nampaknya, jumlah mereka makin besar."