1 Bab1 AIHH..BALA-BALA

"Faiq!" jerit cikgu khairul kuat sewaktu melihat kelibat Faiq Ammar.

Terbantut perjalanannya sewaktu ingin untuk menuju ke kelas "Ada apa cikgu?"

"ni cikgu nak bagitahu kamu,mama kamu datang.Dia tunggu di pejabat" melopong mulutnya tatkala mendengar perkataan mama meniti di bibir Cikgu Khairul.

"Mama saya? ni mesti cikgu yang call mama suruh datang betul tak?" teka Faiq

"Cikgu cuma nak bantu kamu.Dah apa tunggu lagi,dah lama mama kamu tunggu"terlupa pula Faiq mamanya sedang menunggu nak tak nak turutkan juga lah kata-kata gurunya itu.

Lemah longlai langkahnya sewaktu menuju ke pejabat untuk menemui mamanya.

"mama"sepatah saja ayat yg meniti di bibirnya

"Faiq!"laju Datin Manisa memeluk anaknya. Mama terkejut sangat bila Cikgu khairul call mama pagi tadi.Kenapa buat mama macam ni..Faiq dh janji dengan mama tak nak buat mama risau and now what happen?" terdiam seketika Faiq mendengar bebelan dari mamanya.

"ma" baru sahaja Faiq ingin melontarkn kata-katanya laju Datin Manisah memotong kata-kata anaknya tadi "Mama tak kira..nak atau tak Faiq ikut mama balik KL! mama akan suruh cikgu khairul handle pengeluaran Faiq dari asrama dan pertukaran sekolah juga. Pantas Faiq menoleh ke arah mamanya "ma! ...Faiq tak nak.Faiq dah selesa tinggal kat sini ma..lagipun arwah papa nak sangat Faiq masuk sekolah ni Mama..tolong lah ma Faiq merayu kat mama kalini biarlah Faiq buat keputusan"rinteh Faiq sayu.

"Faiq..KL dengan ** jauh sayang.Anything bad happens boleh berlaku.Mama always busy dengan kerja.Macam mana mama nak ulang alik dari KL ke sini.Kali ni kita ketepikan permintaan arwah ya..mama nak kamu ikut mama balik!" ligat Faiq memikirkan alasan apa lagi yang ingin diberikan kepada mamanya.

"ma..Faiq dah tahun last dah dekat sekolah nih..tolonglah bagi Faiq habiskan last year Faiq dekat sini..Faiq cuma nak arwah papa bangga dengan Faiq.Please ma...im bagging you"

Terdiam seketika Datin manisa apabila terimbau kembali saat kenangan anaknya bersama arwah suaminya."Baiklah mama izinkan tapi ada syaratnya" .

"Syarat apa sahaja Faiq akan tunaikan"ragu -ragu Faiq dalam melontarkan kata-kata itu tadi.

"Mama nak Faiq jangan tipu mama and call mama selalu.Satu hal lagi jangan buat mama risau".laju sahaja Faiq mengangguk kata-kata mamanya tadi.Terdetik juga dalam hatinya tadi ingatkan nak bagi bodyguard ke apa .

"Ye ma..Faiq janji". Setelah selesai bersalaman, Faiq terus menghantar mamanya menuju ke kereta.

Baru sahaja Faiq ingin melangkah masuk ke perkarangan sekolah semula laju sahaja Farizal andi atau lebih dikenali sebagai "tenuk" nama gelarannya di sekolah menyapanya. Kenapa "tenuk"? gelaran tersebut timbul sewaktu berada di tingkatan tiga apabila tandas yang beliau gunakan ketiadaan air dan apa yang paling mengejutkan apabila beliau sedang melakukan hadas besar dan tandas yang digunakan tiada pintu.Pelik bukan? kita husnuzon lah ya mungkin dah tak tahan sangat .Satu hari suntuk lah mencangkuk dalam toilet sambil buat muka "tenuk" macam tiada apa yang berlaku.Seperti mana yang dijangka ramai pelajar yang pergi ke tandas waktu itu akan jerit "Arghhh!!!..Ada tenuk dalam tandas!!" the end.

"Faiq"tercungap-cungap Farizal andi mengejar Faiq.

"haa kenapa? ada projek ke?".laju kepala Faiq ditonjol oleh Farizal.

"aduh"Faiq mengaduh kesakitan

"haihh mamat ni kang kalau aku cakap sengal tak..projek natang bendenye"geram dek perangai Faiq yang sengal tak bertempat

"ehh bukan eah habistu yang malam ii punya projek tuh on tak on malam ni" sindir Faiq

"tuh jangan cakap kuat ii kang tak khawin kita sampai tua ..yang tuh sah ii on punya tapi malam punya cerita lah" bisik Farizal

"haa habistu apa yang beria sangat kau nak cakap ni..aku tau ni mesti kes kau nk chaw kelas tak pun nak ajak keluar asrama petang ni lepak mamak?"teka Faiq laju.

"haa yang pasal mamak pon masih sedang difikirkan tapi yang satu lagi ni lagi um punya ..aku dengar cerita ada budak baru masuk sekolah ni yang best partnya hahah batch kita wei,apalagi jom lah skodeng mana tau sangkut" gelak Farizal Andi terbahak-bahak.

"Aku bukan nak cakap apa lah kan tapi part yang skodeng tuh memang tak boleh bla lah sebab selama tiga tahun aku kawan dengan kau baru aku tau member aku ni kunyit ..tak apa aku faham perasaan bila muka kita tak berapa nak handsome ni tapi part yang tak handasome tu kau je lah aku sejak azali lagi dah handsome macam Fendy Bakri..kau try lah buat treatment dekat mana ii aku always support dari tepi depan belakang bawah untuk kau ..muka kau tuh aku syak kene betul kan sikit lagi ii tuh haa bahagian hidung tu bagi lubang dia tu kecik sikit ..lagi sat.."panjang lebar Faiq memberikan kutukan kepada rakannnya itu.Panas sahaja telinga Farizal Andi dengan bebelan Faiq tadi.Dek terlalu geram laju Farizal Andi memotong bebelan Faiq tadi

"eii kocik bosaw kocik bosaw je den nengok hengko ni.Ada juga yang kene smakedown free dekat sini kang.kalau ya pun nak cakap aku mengunyit habistu natang bendenye memalam kita buat dekat asrama tuh eii.haa yang ni aku marah part hidung tu jangan main lah..tu aset aku paling berharga tau mana sekarang nak cari hidung mcm serombong kapal set ii zizan razak tu..aku dengan dia je ada..makan ribu tau kalau jual hidung aku ni .sebabkan hidung ni lah ramai awek sangkut tau."panjang lebar Farizal Andi bersyarah tapi tunggu dulu! ramai nak tahu kan apa "projek" yang diakatakan mereka setiap malam di asrama tuh.Okey di sini nak membongkarkan rahsia "projek" budak lelaki asrama bila malam..haa diaorg akan menghendap asrama perempuan tepat jam 10 malam memandangkan selepas habis prep semua akan bergerak naik ke dorm.Memandnag asrama lelaki dan perempuan jarak bangunan asrama hanya 10 langkah dan menghadap sesama bangunan senang cerita bangunan lelaki mengahadap bangunan perempuan haa korang boleh fikirkan macam mana budak lelaki dengan mudahnya menghendap.Taktik diaorang sangat mudah ..dorm lelaki akan tutup lampu seakan akan tidur dan memandangkan berhadapan dan gelap mereka akan bersidai di kaki lima dan akan ternampak lah segala perkara yang tak tergambar dek akal apabila pelajar asrama perempuan membuka baju,menghuraikan rambut dan paling win berkemban dari toilet ke dorm yang ni memang selalu dikatakan nampak memandang pelajar perempuan setiap malam akan membuka tingkap dan pintu dorm dan sentiasa membiarkan lampu terpasang.Yelah mana taknya ingatkan asrama lelaki semua dah terbongkang rupanya ada agenda.Okey-okey sambung cerita..

"laahh tak dibilang awal ii .next time sebelum cerita tuh bagitau dulu male ke female.Dah TERcakap member aku sorang ni kunyit.Tapi tuh lah yang kunyit tuh aku TERsebut tak ada niat pun tapi part yang lain tuh memang jujur dari hati"tergelak kecil Faiq Ammar sambil menekan kan sedikit suaranya apabila menyebut "TER" ..Lucu melihat muka marah Farizal Andi dek geram dengan Faiq yang tidak habis ii mengenakannya.

"kau kan eii tunggu kau aku bagi cium ketiak aku kejap lagi ..kau sabor jap"Farizal Andi siap menyengsengkan lengan baju sekolah nya sehingga ke bahu menandakan sudah bersedia memberikan bau yang harum terhadap Faiq.

"wei kau jangan ..last aku cium tiak kau demam seminggu aku "laju Faiq menggeleng apabila dihulur ketiak milik Farizal Andi tiba ii bunyi loceng sekolah "ring..ring..ring.." yang menandakan waktu untuk masuk ke kelas.Selamat Faiq dari azab ketiak Farizal Andi nasib sahaja loceng berbunyi.

Seperti biasa suasana riuh rendah berada di dalam kelas lebih- lebih lagi bagi pelajar lelaki.Yang pastinya dalam setiap kelas akan ada jenis pelajar yang tidur,layan perasaan,main telefon bimbit,merayap dari kelas ke kelas,bergosip,selamba badak makan dalam kelas,conteng papan putih dan akan ada sesetengah pelajar yang jenis suka usik atau kenakan budak lain dan jadikan mereka sebagai bahan lawak dan inilah dia "geng kaki mendajal" dan ianya merupakan geng Faiq Ammar sendiri.Bukan secara sengaja tertubuhnya group yang terdiri dari 10 orang ni tetapi secara tidak sengaja sebab kesepuluh sepuluh ahli geng ini merupakan pemain bola sepak sekolah dan bukan sahaja mereka "mendajal" pelajar sekolah malahan juga guru ii di sekolah itu sendiri pernah dikenakan mereka sehinggakan pengetua sendiri tahu tentang perangai mereka tapi apakan daya pengetua tidak dapat melakukan apa-apa tindakan kerana ..haa ni mesti ramai sangka disebabkan Faiq Ammar merupakan anak datin betul?.sama sekali tidak jawapannya.Pengetua tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan kesepuluh-sepuluh pelajar tersebut telah mengharumkan nama sekolah ofcourse dari segi sukan mereka iaitu bola sepak tetapi juga mereka cemerlang dalam akademik ..yaa ramai sangka nakal sahaja akan digelar budak "bodoh" tetapi kesepuluh-sepuluh mereka merupakan pelajar dari kelas ST-1 iaitu "sains tulen kelas pertama".

Laju langkah Puan Fatimah Zaujadi Gared bersama bunyi tumit tingginya siap berpakaian baju kurung merah dan tudung bawal yang disematkan bersama kerongsang biru diraja di bahagian bawah dada itu menuju ke kelas diiringi dengan seorang pelajar perempuan??..

"Bangun kelas..

Assalammualaikumwarahmatulahiwabarakatuh"

Puan Fatimah memberikan salam.Seluruh pelajar menyahut salam dengan penuh bersemangat.

"Okey semua boleh duduk.Disini saya ingin memperkenalkan pelajar baru yang akan masuk ke kelas awak.Okey boleh kenalkan nama dekat semua pelajar ."

"Nama saya Ungku Nur Tania Katsura binti Syed Azhar..boleh panggil Tania atau apa-apa pun boleh"semasa Tania sedang asyik memperkenalkan diri Faiq yang sedang nyenyak menyambung tidurnya apabila telah siap memberi salam tadi dibaling dari arah belakang dengan sebatang pen milik Farizal Andi.

"ppssstt...oit Faiq bangunn babun" Nada Farizal Andi seperti berbisik.

"huaaa...apa dia ...kau ni aku nak tidur pun tak senang"..mengeliat Faiq seketika

"nihh lah dia budak yang aku kata tu lawo duh" sambil menolak-nolak kerusi milik Faiq memandangkan kelas tersebut menyusun meja secara berdua -dua ,Faiq duduk bersama Lio iaitu tan tei wei dan Farizal pula duduk berpasangan dengan Dani iaitu Daniel Danani.Kedua-dua mereka merupakan ahli dalam group "kaki mendajal" dan kedua -dua mereka merupakan pemain bola sepak sekolah.

"Awak berdua yang dekat belakang tuh kenapa buat bising ni"membulat mata cikgu Fatimah melihat Faiq dan Farizal.Laju mereka berdua menggeleng tanda tiada apa-apa berlaku.

"Tania awak boleh duduk di meja kosong sebelah Airis".Tania menganguk tanda akur.Pembelajaran pun bermula seperti biiasa memandangkan Puan Fatimah mengajar subjek yang hambar iaitu subjek biologi dan yaa semestinya ramai yang akan tertidur dek terlalu bosan.

"okey kelas kita akan sambung esok untuk experimen now semua boleh bergerak pegi kantin lah."seperti biasa dengar sahaja perkataan rehat laju sahaja mereka keluar kelas lebih ii lagi geng "kaki mendajal" .

"jom keluar rehat dengan kiteorg"tegur Airis apabila melihat Tania masih duduk di tempatnya.

"ehh tak apalah saya tak lapar" jawab Tania.

"Batul ke ni?..ouh lupa nak kenalkan diri apalah aku ni duduk sebelah je pun sampai lupa..nama aku Airis natasya yang sebelah kanan ni pulak Damia Kirana dan sebelah kiri aku ni Mia Kaisara"Damia dan Mia serentak melambai tangan menunjukkan salam perkenalan.

"ouh panggil je saya Tania." jawab Tania sopan

"adehh rasa macam baik sangat lah pulak kalau panggil saya awak ni.Kita panggil kau aku je lah" kata Airis lagi

"haa betul tuh kau ni sopan sangat "sambung Damia pula.

"alahai..okey ii kau..aku "jawab Tania.

"haa baru cun sorry lah aku ni tomboy sikit diaorg ni pun macam dah terikut aku juga lah"

"aku ngan Mia ni even tak sama kelas dengan Airis ni tapi sebab dah kenal dari form 1 memang dah terikut sangat perangi gengster dia ni" kata Damia .Airis berdehem sedikit...Ehh nanti! terlupa pula Damia dan mia tidak lah sama kelas dengan Airis dan Tania mereka berdua kelas accaunt tapi disebabkan dah kenal dari form 1 lagi sehingga sekarang rapat dan selalu bersama .

"ehh kita kan nak rehat nanti kang lambat pulak dah jom ii" laju langkah Airis menuju ke pintu kelas untuk keluar.

"haa kau tengok mia... ni lah dia lupa kawan dua ketul dia ni "Damia mengangkat kening kepada mia tanda menyindir.

"hmm memang dia selalu buat perangai macam ni .ehh Damia sekarang kita dah bertiga termasuk Tania"mia pula sambung .Damia menepuk dahinya tanda terlupa

"aduhhh telupa pulak tiga ketui ni"laju Airis menarik tangan Damia,Mia dan Tania.

"ehh korang pergi lah makan aku kenyang lagi"jawab Tania apabila Airis menarik tangannya.

"betul ni ?"tanya Airis sekali lagi.

"iya betul"Jawab Tania sambil mengangguk.

"haa tak pe aku belikan makanan untuk kau amacam"laju Tania menggeleng.

"Airis aku kenyang betul ni".Jawab Tania lagi.

"okey lah kalau macam tuh..dah jom pergi kantin aku lapar habis ni" Airis,Damia dan Mia bergerak beriringan menuju ke kantin.Setelah mereka pergi Tania membuka beg sekolahnya dan mengambil buku diary miliknya.Ada sebab mengapa dia lebih menginginkan untuk duduk di kelas mana taknya dia mahu menulis perasaan dia apabila masuk ke sekolah SMK Nusajaya ni. Sedang asyik Tania menulis tiba-tiba masuk "geng kaki mendajal" di dalam kelas dengan gelak mereka nauzubillah kalah pontianak habis disepahkan kerusi di dalam kelas itu.

Didi dan Lio berpandangan apabila melihat Kelibat Tania di dalam kelas.

"ehem ..awek boik bohh dalam kelas ni" Didi mengatakannya sambil tergelak.

"haiyoo ini budak baru banyak umm punya lei "Lio sambung.

sudah menggeletar sahaja tangan Tania apabila mendengar salah seorang dari mereka mengatakan "budak baru" sah ii itu dirinya dan yang paling menggeramkan ..mereka jadikan dirinya sebagai bahan lawak objek seks! ini yang lagi naik marah ni.

"Faiq settle lah"suruh Farizal Andi.

"Tak main lah budak kampung macam ni ..perempuan macam ni sesuai jadi balaci je"satu geng tergelak sama .habis bergema kelas tersebut.Dek terlalu panas hati mendengar Faiq mengatakan sebegitu rupa ...jatuh maruahnya!

"hei!..korang ingat korang siapa nak cakap macam ni.."Tania membetah sambil bangun dari duduknya .Satu geng mengatakan "wuu" tatkala Tania berani meninggikan suara.

"aku orang lah ada mulut suka hati aku lah nak cakap apa"Faiq membidas.

"ouh bijak" sambil mengangkat sedikit keningnya.."tak sangka tuhan tu bagi mulut untuk bercakap perkara yang keji eak ..busuknya mulut kau sama macam sampah!" bersahaja dan berani sahaja Tania melontarkan perkara sebegitu rupa.

"wei Faiq pompuan ni dah melampau doe."Didi mengatakannya sambil melihat Tania dari atas sampai bawah.

"ehh pompuan kau dengar sini,kitaorang ni lelaki. kecik punya hal lah kalau nak rewang kau sampai lunyai jaga sikit bila cakap tu" Farizal Andi mengatakannya dengan rasa puas.

"ouhh baguslah aku yang kene jaga percakapan aku ? yang korang ni sesuka hati nak jatuhkan maruah perempuan ..pijak maruah perempuan sama macam korang pijak maruah mak korang sendiri!"

Aish terus menepuk meja dengan kuat sambil mengajukan penumbuk kepada Tania

"kurang ajar kau pompuan!"kata Aish dek terlalu geram.

" haa tumbuklah..kau ingat aku takut"laju Tania memberi tindak balas.

"kau tumbuk je Aish pompuan macam ni bagi settle biar dia rasa sikit"selamba jawapan Faiq .Aish terus menggenggam tangannya untuk memberikan penumbuk tetapi laju tangannya dipulas oleh Airis.Aish terus terduduk tatkala Airis menggenggam tangannya kuat.

"Arghhh.."Aish mengerang kesakitan.Kesepuluh sepuluh mereka menolak Airis kuat hingga terjelupuk jatuh.Tania sempat menyambut Airis sebelum jatuh menghempap ke lantai.

"Ehh kornag berdua ni tahu lah apa nasib korang nanti ..jangan tanya kenapa kalau salah seorang dari korang berdua ni tiba-tiba keluar dari sekolah ni!."Jerit Faiq kuat sehingga petunjukkan tadi menjadi tumpuan ramai.Farizal Andi dan Fiq menolong Aish bangun dan mereka beredar keluar dari kelas tersebut.

"Airis kau okey?"kata Tania sambil membantu Airis bangun.

"aku okey je..kau?"tanya Airis semula

" aku okey"jawab Tania sayu.Dalam masa yang sama Damia dan Mia juga sampai di tempat kejadian apabila ada yang memberitahu tentang pergaduhan tadi pada mereka.

"ehh ya allah korang berdua ni okey ke tak ni?"terkejut Damia tatkala melihat Tania membantu Airis bangun.Mia juga turut sama membantu.

"asal lah korang cari pasal dengan geng tuh..diaorang kan gengster"Mia pula sambung memberi syarahan.

"aku tahu lah diaorang tu memang gengster" jawab Airis.

"dah tahu yang diaorang tu gengster apasal korang cari pasal".Damia geram.

"kau tahu tak tadi Tania ni nyaris nak kene tumbuk..tuh yang aku sekali naik tuh bila dia nak buat perempuan macam tu"jawab Airis geram dek kejadian tadi.

"haaa!? biar betul"jawab Damia dan Mia serentak.

"okey ii nanti aku cerita sekarang ni kita keluar dari kelas ni dulu kang kejap lagi diaorg masuk balik kelas habis kita" jawab Tania

"haa betul jugak tuh dah jom ii"jawab Mia sambil memegang kemas pinggang Airis untuk jalan menuju ke bilik sakit.

setelah sampai sahaja di bilik sakit Tania menyambung ceritanya semula dari A..sampai lah..Z

"kurang ajar betul mamat ni"geram Damia setelah selesai mendengar cerita Tania tadi.

"aku nak tanya tahap apa gengster diaorang ni?" tanya Tania ingin tahu.

"diaorang semua tuh dari team bola sekolah kita..dan semua tuh budak kelas kita..nama? huh semua orang kenal geng diaorang even ramai tapi boleh kenal dengan sekelip mata je ..diaorang ni ada sepuluh orang kesepuluh sepuluh ni duduk asrama ..kau rasa tak gila tu namanya? tapi haa Damia sambung"suruh Airis.

"aik?haa iyolah ..tapi yang selalu buat keje kotor ni Farizal Andi atau lebih dikenali sebagai tenuk,Lio,Didi,Aish dan yang ni leader diaorg senang cita ketua segala malaun kat geng tu Faiq Ammar ..mamat ni muka je sem perangai fuh kalah budak sekolah juvana tau.."sunyi seketika apabila mendengar Damia bercerita

"apa je yang set ii budak juvana diaorang pernah buat?"tanya Tania ingin tahu.

"huh macam -macam ..senang cita bukan budak sekolah je yang kene cikgu ii pon habis diaorg kejekan..yang masih segar dekat otak aku ni diaorang ramai-ramai blackout kan satu sekolah ni pastu buat-buat macam ada kebakaran dan the best part is time tu exam semua orang tengah jawab paper math dan kiteorang semua main hujan sebab alat pengesan kebakaran tu keluarkan air, habis semua paper basah soo kiteorang semua tak jawab lah paper math the end.."panjang lebar cerita Mia.Baru sahaja Tania ingin bertanya lagi tentang mereka ..bunyi loceng tanda habis waktu rehat telah berbunyi.

."ringg...ringg..ringg".

Semasa Tania dan Airis masuk semula kelas beriringan setelah Damia dan Mia juga pulang ke kelas mereka apa yang akan dijangka telah berlaku sebaik sahaja mereka masuk ke kelas, semua barangan milik mereka dari dalam beg habis dikeluarkan sisa-sisanya hingga bersepah di atas lantai dan yang paling menggeramkan apabila seluruh geng tersebut menggelakkan mereka tanda puas! setelah melihat barang mereka habis berterabur di atas lantai langkah mereka terhenti dek geram dengan perbuatan hantu-hantu tak berguna itu!

"kurang ajar!"Airis menggenggam tangannya kemas dek rasa panas hatinya membara

"sabar Airis .tak apa kita layan kan je dah jom kutip barang ii tuh semua" laju tangan Tania erat menggenggam tangan milik Airis dan sedikit ditariknya supaya bergerak ke tempat mereka .bukan dia tidak sedar rakannya itu sedang marah ada jugak kang kes lain yang jadi.Dalam kelas seperti biasa guru-guru akan masuk untuk mengajar subjek yang ditetapkan.Jangkaannya meleset sama sekali apabila geng mereka tidak lah mengajuk guru atau tidur di dalam kelas tetapi sukar untuk percaya mereka tekun belajar dan rajin menjawab soalan yang diajukan.. yaa ada sesetengah subjek yang bosan memang diakui sangat sukar untuk fokus.Tapi biar betul ni gengster? memang tidak diragui lagi lah walaupun perangai macam hantu tapi akademik dan kokurikulum handal .

avataravatar
Next chapter