webnovel

Bab 13

"Kenapa kalau aku tak pakai baju?.." nafasnya kedengaran di telingaku. Suaranya sangat seksi.

Jantungku berdegup sangat kencang. Aku memejamkan mataku..

Haris ketawa lagi sekali. "Kau patut tengok muka kau tadi! Macam kucing kena mandi. Takut betul muka kau tadi"

Aku melepaskan nafas lega. "Please jangan gurau macam tu dengan saya"

"Asal? Kau takut kau suka aku ke" balas Haris sambil tersenyum sini.

"No! And never!"balasku.

"Apa-apa je la kau ni. Kau mandi cepat lepastu turun bawah makan. Papa dah bising suruh kau makan sama" kata Haris.

"Okay. Tapi awak keluar boleh tak sebab saya nak mandi" balasku.

"So?" balas Haris. Eeii dia ni tak tau ke buat-buat tak tau!!

"Sooo saya perlukan privasi untuk tukar baju" balasku sambil membuat muka menyampah.

"Why? Bukan aku suami kau ke" kata Haris.

"Menyampahnya saya cakap dengan awak ni. Keluarlaaaaa" aku menarik tangan Haris supaya dia keluar daripada bilik itu.

"Ye aku nak keluar la ni! Kau ingat aku nak tengok sangat ke kau? Bukan badan kau tu lawa pun" kata Haris.

Relax Fatin.. Relax....

Aku menolak Haris keluar daripada bilik. Sebelum aku mengunci pintu aku berkata sesuatu padanya.

"Mana awak tau tak lawa? Bukan awak pernah tengok pun!" sempat aku menjelirkan lidah kepadanya.

"Sakit betul hati aku!!" bisikku.

______________________________________________

Selesai sahaja mandi nak menukar pakaian tidur, aku turun ke bawah untuk makan malam bersama Haris dan Dato Zasran.

"Fatin, jom makan sama" kata Dato Zasran.

"Okay" balasku. Aku duduk di sebelah Haris.

"Macam mana kaki?" tanya Dato Zasran.

"Okay dah sikit. Lagi dua tiga hari baik la ni" balasku.

Aku menyuapkan nasi ke dalam mulut.

"Macam mana boleh jadi macam tu sebenarnya?" tanya Dato Zasran lagi.

Aku tersembur keluar nasi yang aku makan tadi. Aku terbatuk-batuk.

Aku teringat peristiwa pagi tadi. Kakiku terseliuh akibat mengintai Haris dengan Sheryl. Kalau aku bagitau kang habisss..

"Sorry sorry!!" aku cepat-cepat mengelap mulut dan meja yang terkena nasi tadi.

"Pengotor la kau ni!!"marah Haris.

"Eee malunya tersembur depan dorang!" bisikku.

"Haris ni marah Fatin pulak. Pergi la tolong dia!" kata Dato Zasran.

"Ha kan dah kena padan mukaaa" aku ketawa kecil.

"Suka la kau kan tengok aku kena marah?" kata Haris.

"Yup" balasku dengan senyuman.

"Eyy kau niiiii" Haris menjeling tajam ke arah aku.

"Sudah la. Sambung makan. Jangan gaduh" kata Dato Zasran.

Aku dah Haris berhenti gaduh.Suasana terus menjadi sunyi.

______________________________________________

Selepas makan aku memberi makan kepada Manny iaitu kucingku.

Aku memeluk Manny sebelum meletakkannya di dalam sangkar. Aku berjalan ke arah ruang tamu.

Kelihatan Haris sedang menonton tv. Aku duduk di sebelah sebelah Haris.

"Eh siapa suruh kau duduk situ" kata Ayish.

"Suka hati saya la. Saya pun nak tengok tv jugak" balasku. Kedekut betul!

"Pastu takde tempat lain ke kau nak duduk? Sofa kat sini ada satu je ke?" balas Haris.

"Eghhhh" balasku. Aku terus pindah ke sofa yang lain.

"Pandai pun" kata Haris.

Haris membuka tv cerita hantu. Aku sebenarnya takut cerita hantu tetapi aku memberanikan diri juga untuk tengok cerita hantu.

Aku tutup muka apabila ada adegan seram.

"Kau takut hantu eh?" kata Haris.

"Diam laaa.." balasku. Kenapa la dia perlu sebut perkataan hantu tu. Aku dah la tengah seram sejuk sekarang ni.

"Kau tau tak.. Kat rumah ni kan.. Malam-malam setiap pukul 3 pagi.." belum sempat Haris menghabiskan ayatnya aku menutup telingaku.

"Senyaplaaaaaaaaaa" kataku. Haris ketawa dengan kuat.

"Aku tak sangka kau ni penakut juga kan. Ingatkan berani sangat" balas Haris.

"Tukar la channel pleaseee" kataku. Aku tidak sanggup lagi menonton cerita hantu itu.

"Taknak. Aku nak tau apa ending dia. Kalau tak suka pergi la naik tidur" balas Haris.

Aku ingin naik ke atas tetapi aku tidak berani naik berseorangan.

"Takpe la saya tunggu awak naik" balasku.

"Suka hati kau la. Aku naik lambat lagi" balas Haris sambil menyedut coke.

"Aduhai dia ni lambat lagi pulak naik..." bisikku.

"Haris.." panggilku.

"Apa?" balas Haris pendek.

"Boleh tak saya duduk sebelah awak? Saya tak boleh la. Saya rasa macam ada orang je sebelah saya. Pleaseee" pujukku.

"Ee kau ni banyak hal betul la. Duduk je la sini! Tapi jangan buat bising" kata Haris.

Aku terus duduk di sebelah Haris. "Fuhh lega.."

Aku menguap. "Kenapa la aku rasa mengantuk sangat sedangkan petang tadi aku tidur lama gila.."

Mataku tidak tahan lagi untuk menonton tv. Dengan tidak sedar aku sudah terlelap dan dibuai mimpi.

______________________________________________

Matahari memancar masuk ikut tingkap.

Aku tersedar. Terasa badanku berbaring atas sesuatu.

Aku membuka mata perlahan. Aku menoleh ke sebelah kanan. Wajah Haris sangat dekat dengan diriku.

Aku cuba untuk tidak terkejut dan mendiamkan diri agar Haris tidak sedar.

Aku sempat memerhatikan wajah Haris.

"Betul la.. Dia ni kalau masa tidur memang handsome betul. Nampak macam innocent gila!! Badan dia pun still wangi lagi. Pelik la dia ni pakai perfume 24 jam ke?" bisikku.

Aku cuba bangun dengan perlahan-lahan.

Tiba-tiba Haris menarik tanganku sehingga aku terbaring di atas sofa. Haris pula berada betul-betul di atas aku sambil tersenyum sinis.

Jantungku berdegup dengan sangat pantas. Wajah Haris sangat dekat dengan aku.

Kenapa dia suka sangat buat macam ni kat aku..