46 Bab 46

Jam menunjukkan 5.30 petang. Zafril keluar dari tempat kerjanya. Tibalah masa untuk dia pulang ke rumah. Dia menuju ke mesin yang bewarna kuning. Kad parking tiket di keluarkan dari dompetnya lalu memasukkan kad tersebut ke dalam mesin. Terpampar jumlah harga di skrin kaca dengan tilisan menunjukkan RM 2.

Sesudah itu, Zafril menuju ke tempat letak kereta. Dia terasa ada seseorang yang mencuit bahunya dari arah belakang. Perlahan Zafril memusing badannya.

Seorang perempuan berdiri tidak jauh dari Zafril sambil tersenyum. Tasya.

"Nak balik dah?" Tanya Tasya.

"Aah." Jawab Zafril semula. Selepas itu, Tasya hanya tersenyum tanpa menanyakan apa-apa. Zafril mula hairan dengan sikapnya Tasya. Sejak di sekolah lagi, Zafril tidak pernah bertegur sapa dengan Tasya inikan pula ingin mengajak berbual.

"Er... saye gerak dulu ye." Kata Zafril. Dia ingin cepat-cepat beredar dari situ.

"Eh Zafril!" Panggil Tasya lagi. Lagi sekali Zafril terpaksa memusing memandang Tasya.

"Ye?"

"Awak ade jumpe Tia?" Soalan Tasya membuatkan Zafril tersentak seketika.

"Tak. Kenape?"

"Saje tanye." Zafril hanya mengangguk.

"Die cakap... die cume nak bersendirian." Kata Tasya lagi. Zafril hanya mendengar sahaja.

"Kalau die sendiri yang nak macam tu, tak pelah... awak risau ke?" Tanya Zafril semula.

"Tak sangat... tapi peliklah..."

"Ape yang pelik?" Tanya Zafril. Dia jugak pelik melihat Tasya yang tiba-tiba ingin membuka cerita tentang Tia padanya.

"Die cakap nak sendirian... tapi die pergi dengan Amirul. Tak pelik ke macam tu?" Tasya mula memeluk tubuh.

"Amirul temankan la tu." Jawab Zafril dengan positif.

"Awak tak marah ke?" Saja Tasya mengajukan soalan tersebut.

"Kenape pulak nak marah?"

"Die kan....."

"Kalau ade jodoh adelah... kalau takde nak buat macam manekan?" Belum sempat Tasya habiskan kata-kata, Zafril terus mencelah percakapan Tasya.

"Sorry..." Perlahan kata maaf yang keluar dari mulut Tasya. Zafril hanya senyum lalu beredar dari situ. Semasa Zafril sedang berjalan, sempat lagi Tasya menanyakan sesuatu.

"Awak sayang die lagi ke?!" Jerit Tasya. Langkah terhenti seketika. Mengeluh. Perlahan-lahan Zafril memusing ke belakang.

"Macam yang saye cakap tadilah." Zafril menyambung langkahnya.

Kata-kata Zafril membuatkan hati Tasya sedikit sakit. Mungkin ayatnya itu ada maksud yang tersirat. Dia masih sayangkan Tia lagi dan mengharapkan Tia kembali padanya semula.

"Aku tak boleh berdiam diri." Kata Tasya.

***

Tia berada di Pantai Cenang. Di sini sepanjang pantai mempunyai hotel, kedai runcit, kedai pakaian dan jugak restoran. Agak selesa untuk menginap di sini kerana semua kelengkapan mudah untuk di cari.

Tia hanya duduk di pasir pantai sambil melihat matahari terbenam. Amirul menghampiri Tia, air tin perisa buah di hulurkan.

"Thanks." Ucap Tia. Amirul hanya senyum. Esok pagi mereka dah nak berangkat untuk pulang ke rumah. Tapi wajah Tia masih lagi sedih. Ibaratkan tiada harapan untuk meneruskan kehidupan.

"Tia..." Panggil Amirul.

"Ermm?"

"Kau memang nak macam ni sampai bile-bile ke?" Tanya Amirul.

"Maksud kau?" Soalan di jawab dengan soalan.

"Takde lah. Kau datang sini nak tenangkan hati, nak tenangkan fikiran. Esok dah nak balik sane... Tapi muke kau still lagi macam tu." Tia hanya berdiam diri. Tangannya mula menguis pasir.

"Kalau boleh, lepas kite pergi jek dari sini. Aku nak kau happy... kau tanamlah sedih kau dalam pasir dalam-dalam. Jangan kau bawak balik rumah." Sambung Amirul lagi.

Mata Tia mula berkaca. Dia ibarat terperangkap dengan rasa sedihnya. Tak boleh nak lepaskan hanya di sebabkan sayang. Tak boleh nak lupakan di sebabkan kenangan. Apa yang dia boleh buat hanyalah berdiam diri di dalam bulatan kesedihan.

"Tia... pandang aku kejap." Perlahan-lahan Tia memandang sahabatnya.

"Aku tak mintak kau lupekan kenangan kau dengan die. Aku cume nak kau move on dengan ape yang berlaku. Teruskan hidop macam hari biase... bukan kau sekat diri kau macam ni. Kau pahamkan maksud aku?" Amirul tidak putus memberi kata-kata semangat buat sahabatnya.

avataravatar
Next chapter