webnovel

Norma baru hidupku

Azan subuh berkumandang,aku telah dikejutkan oleh adik aku untuk mandi dan solat.Kerana pada pagi itu aku akan menempuh hidup baru aku jauh dari orang tua ku jauh dari kawan-kawanku dan jauh dari pelbagai alat teknologi.Itu adalah langkah yang akan menentu masa depan hidupku sendiri aku memang sudah lama menantikan saat ini.Ini adalah hari pertamaku dikenali sebagai pelajar asrama SMK BANDAR PUTIH

sememangnya satu nama sekolah yang tidak asing lagi bagi penduduk disitu.Setelah aku bersiap dan bersarapan bergegas lah aku memasukan barang keperluanku di asrama ke dalam kereta maka bergegas lah aku dan kedua ibu bapa ku ke SMK BANDAR PUTIH walaupun pedaftaran berlaku pada 9 pagi tetapi memang sengaja kami sekeluarga bergerak lebih awal untuk beli beberapa tin biskut dan makanan yang lain.Jam menunjukan 8.45 dan sudah ada beberapa buah kenderaan sedang meletakkan kenderaan dan dari semua kenderaan tu aku mencari satu kenderaan yang sememangnya telah lama aku perhatikan setelah agak lama aku mencari.Aku dikejutkan oleh suatu suara yang agak halus,aku menoleh ke belakang dan melihat nur dan rakan-rakannya yang lain sedang ketawa memang tak kusangka rupa-rupanya nur sudah lama memerhatikan aku dari jauh.Aku cuma hanya menundukkan kepala ku kerana malu kepada nur.Nur adalah kawan baik ku di kampung dan dia adalah orang yang memujukku untuk memasuki asrama.Setelah beberapa saat mereka ketawa aku bertanya kepada nur,"Nur mana ibu ngan ayah nur".Nur cuma hanya menggelengkan kepala berarti tidak tahu aku pun mengajak nur untuk turun ke dewan asrama untuk membuat pendaftaran. Setibanya aku di dewan aku melihat ibu aku sedang bertegur sapa dengan ibu nur.Aku dan nur menghampiri mereka yang sedang rancak berbual mereka seperti memang menunggu kehadiran kami berdua.Setelah siap melakukan pendaftaran aku dan nur berpisah untuk menuju ke blok asrama masing-masing. Block asrama tidaklah begitu jauh hanya dipisahkan oleh sebuah pintu gerbang di pejabat asrama.Aku bergegas masuk ke dorm asramaku dan mengambil katil yang paling hujung supaya dekat dengan tingkap.aku pun menyusun barang-barangku kedalam loker dan bergegas turun kebawah untuk memanggil ibu bapaku untuk melihat dorm. Setelah semuanya selesai dan aku bersalaman dengan ibu bapaku sebagai tanda perpisahan dan inilah dunia baruku yang akan aku tempuhi jauh dari dunia luar dan jauh dari ibu bapaku.

Next chapter