1 Bab 1

Hariz POV

"Rindu pula aku dekat Dina. Kenapa lah aku still ego sampai sekarang?" bisik hatiku sendirian.

Sedang aku mengelamun terbayang masa lalu bersama sepupu kesayangan aku dulu. Sewaktu kami masih rapat tak renggang macam sekarang. Sekarang ni pun aku tak tahu mana dia berada... Tiba-tiba ada seseorang datang menyentuh bahuku. Dia lah sahabat aku sejak menjadi artis terkenal ni. PA aku yang bernama Khairy dan mesra dipanggil Khai.

"Kau kenapa ni? Tiba-tiba je muncul."

"Ada job untuk kau. Nak ambik ke tak?"

"Lakonan atau buat album?"

"Kau kena pegang watak hero dalam cerita "Pencuri Hati Cik Kerek" adaptasi dari novel siapa entah."

"Oh berapa dia nak bayar?"

"Satu episod lima puluh ribu."

"Okey aku terima."

"Bagus lah. Okey lah aku nak pergi call orang yang bagi job tu."

"Okey."

........................................................................

Irdina POV

Seperti biasa,aku sibuk menguruskan kerja-kerja di syarikat keluarga. Arwah atuk aku ada tinggalkan wasiat untuk aku dan adik-beradik yang lain termasuklah sepupu. Aku terpilih untuk memegang jawatan sebagai CEO dalam syarikat peninggalan dia iaitu Putra's Family Holdings. Bersempena dengan nama arwah atuk aku iaitu Putra Ahmad Tajuddin. Cantik kan nama atuk aku😂😂...

"Banyaknya kerja harini. Tapi aku kan bos bolehje suruh staff kan. Hari ni aku nak rehat."

Aku berasa sangat letih hari ini dan perlukan rehat yang banyak. Hobi aku adalah keluar membeli-belah dengan sahabat baik aku tu. Nama dia Jessica Gilbert,kacukan British. Kadang-kadang aku ni cemburu tengok dia tu dah la cantik,mata biru lagi lepas tu model. Lelaki ramai je nak pikat dia ni tapi dia jual mahal sampai sekarang single mingle. Aku pun single lagi. Belum rasa nak berkomitmen. Daripada aku uruskan hal cinta baik aku uruskan hal perniagaan lagi elok!

Aku pun menelefon pembantu peribadi aku dan menyuruhnya masuk ke tempat aku bekerja. Selepas beberapa minit,dia pun sampai.

TOK! TOK! TOK!

Bunyi ketukan pintu itu telah memecahkan kesunyian. Kami pun memulakan perbualan.

"Ada apa bos panggil saya?"

"Saya nak awak cancel kan semua meeting dengan client ataupun awak je yang gantikan saya meeting dengan diorang. Lepas tu harini saya half day. Minggu depan pula saya nak pergi travel."

"Hah? Travel? Biar betul bos ni. Projek dekat Shah Alam tak siap lagi tak kan bos nak tinggalkan office?"

"Saya bos ke awak yang bos sekarang ni?"

"Mestilah bos."

"Pasal projek tu suruh je Farid handle. Saya nak pergi travel dengan Jessica minggu depan. Saya nak ke Greece lepastu London and Brunei."

"Banyaknya tempat. Bos nak balik bila?"

"Tak tahu lagi. Nanti saya nak balik saya call awak."

"Okey. Kalau tak ada apa-apa saya nak sambung kerja dulu."

"Baiklah."

........................................................................

******

"Mika!!"

"Apahal kau ni Khai? Terkinja-kinja macam apa dah. Happy sangat kenapa?"

"Nanti ada episod yang kau kena berlakon dekat London dengan Brunei."

"Oh. Okey lah tu."

"Aku happy lah boleh ikut kau pergi sana."

"Memang kau kena ikut lah. PA aku kan mana aku pergi kau ikut. Waktu kerja je lah."

"Haa tu betul."

"Esok kau ikut aku pergi shopping barang-barang nak bawa pergi London dengan Brunei. Dekat London sekarang musim sejuk. Beli lah baju sejuk banyak sikit."

"Okey. Kau bayar?"

"Boleh je. Ni Hariz Mikael Ibrahim lah kau minta apa-apa semua aku beli. Aku kan cucu kepada Tan Sri Putra Ahmad Tajuddin."

"Yelah. Aku dengar kau dapat wasiat untuk uruskan anak syarikat atuk kau kan? Kenapa kau pilih jadi artis?"

"Sajeje. Lagi pun kalau aku tak masuk office pun aku tetap masyuk. Sebab aku ni pemegang syer terbesar dalam anak syarikat tu."

"And aku dengar syarikat induk dipegang oleh sepupu kau kan? Yang rapat sangat dengan kau dulu. Siapa nama dia?"

"Irdina. Kenapa?"

"Kenapa dia boleh terima jawatan tu tapi kau sibuk nak jadi artis? Dulu bukan main rapat dengan dia. Semua benda kau cerita tapi sejak beberapa tahun ni korang takpernah berjumpa langsung. Kenapa eh? Gaduh ke? Takkan la gaduh bertahun-tahun tak tegur. Dia tu sepupu kau tau. Tak baik buat macam tu. Nanti raya jumpa juga kat kampung."

"Biar lah. Sebab kan dia lah aku beralih kepada industri hiburan ni tau. Aku tukar kerja dari industri pelancongan ke hiburan sebab dia. Aku nak jauhkan diri dari bidang perniagaan sebab aku tak nak jumpa dia. Aku benci dia. Kau jangan sebut lagi nama dia kat sini. Takde mood lah!!"

"Tapi sampai bila? Kau pergi sejauh mana pun dia tetap saudara kau. Jangan terlalu membenci Mika! Nanti kau jatuh cinta baru tahu langit tinggi rendah."

"Kau boleh la cakap macam tu. Kau tak faham apa dia buat."

"Apa yang dia buat sampai kau marah sampai macam ni sekali?"

"Ni bukan masa yang tepat untuk kau tahu lah Khai! Pergi lah tidur sana dah lewat esok kau kena temankan aku beli barang."

avataravatar