1 Chapter 1

Tahun 1820, Kampung Cahaya"..

:

Seorang kanak-kanak yang buta dan pekak sedang bermain-main dengan ayam dijalan. Tiba-tiba datang sekumpulan kanak-kanak menghampiri si buta.

:

"Oii!! Bayu!" Jerit sekumpulan kanak-kanak itu". "Kau kan buta mengapa bermain-main dengan ayam? Kalau sudah buta itu buat saja la seperti orang buta". Kata salah seorang dari kanak-kanak itu.

:

"Eh kau ni samad. Mengapa kau berkata begitu? Apa kau lupa dia juga pekak?" Mereka semua tertawa tidak berhenti.

:

Itulah kehidupan harian seorang kanak-kanak Bayu adi Petra yang bisu dan pekak dimana kehidupan nya sering di injak-injak oleh rakan-rakanya.

:

Bayu merupakan anak tunggal kepada Jiwa adi Petra dan suriani indra panca. Mereka tinggal di dalam hutan dan jauh dari penduduk kampung. Ini kerana mereka ingin melindungi bayu dari orang-orang yang sedang memburu mereka.

:

Ibu bapa bayu ada menyimpan rahsia yang begitu besar dari bayu. Bayu Mempunyai kelebihan yang tidak ada pada manusia biasa. Bayu tidak dilahirkan seperti manusia lain malab dia dicipta dengan ilmu gelap dan putih.

:

Ibu bapa bayu merupakan seorang pahlawan tanah melayu yang kuat ilmunya pada ketika itu. Mereka ditugaskan menjadi mata-mata untuk satu kumpulan rahsia yang wujud pada zaman itu.

:

Kumpulan rahsia tersebut telah bertapak di tanah melayu lebih dari 20 tahun. Jiwa adi Petra dan suriani indra Mendapat tahu bahawa niat sebenar kumpulan rahsia itu dan ingin memusnahkan mereka.

:

10 tahun lalu di sempadan siam.

"Jiwa, apa kau yakin ini tempatnya?" Tanya suriani pada jiwa.

"Ya! aku yakin. Mengikut maklumat yang aku terima inilah tempatnya". Kata Jiwa dengan penuh keyakinan. "Kalau begitu ayuh kita maju!" Balas suriani.

:

Jiwa dan suri telah berjaya memasuki tempat rahsia tersebut. Dan selang beberapa minit kehadiran mereka telah berjaya di hidu musuh.

:

"Oii!! Berhenti!. Jerit salah seorang pengawal. "Siapa kalian?.

Jiwa Dan suri saling berpandangan. Jiwa mengeluarkan sedikit sahaja parangnya dan "Zapp!!!" Tidak semena-mena libasan angin menempa ke muka pengawal tersebut dan terbelah menjadi dua.

:

Libasan parang milik jiwa amat halus sehingga ramai musuh mati di tangannya. Gerakkan tangannya amat halus dan sehingga musuh tidak menyedari bila dia akan menghayunkan parangnya.

:

"Suri mari kita bepercah. Kau ke timur, aku selatan selepas semua dibunuh mari berjumpa di tempat biasa". Kata Suri kepada jiwa "Baiklah jiwa" balas suri.

:

"Suri!! Ayuh Kita bunuh bangsat-bangsat ini semua!. "Ayuh!! Balas suri.

Keadaan telah menjadi huru-hara dengan kehadiran jiwa dan suri.

:

Suri hanya memandang jiwa dari jauh dan hati nya menjadi gusar akan kesalamatan jiwa. Meskipun dia tahu bawaha jiwa merupakan salah satu pendekar melayu yang kuat tetapi dia masih merisaukannya.

:

Suri telah menyimpan perasaan suka terhadap jiwa sejak mereka diambil menjadi seorang pendekar. Ketampanan Yang dimiliki oleh jiwa pasti akan membuatkan ramai gadis tergilakan jiwa.

:

"Ahhh!! Ini bukan masanya untuk memikirkan tentang perasaan. Aku harus menyelesaikan misi dan kembali dengan selamat". Suri mengomel sendirian

:

Di selatan..

"Zasss!! Zasss!!" Bunyi libasan parang milik jiwa menikam masuk kedalam tubuh musuh-musuhnya.

"Libasan angin senja" "Zasss!!!!". Habis kesemua kepala pengawal-pengawal bertebangan dilangit. Sampai ada yang tidak menyedari bahaya kepalanya sudah penggal oleh jiwa.

:

"Dimana kau sembunyikan dia?? Tanya jiwa pada salah seorang pengawal yang sudah menjadi nyawa-nyawa ikan.

:

"Aku tak tahu, Arghh" pengawal tersebut menahan kesakitan sehingga ia membatukkan darah yang pekat.

"Kau tidak perlu berdolak dalih!! Terus terang saja dimana kau sembunyikan dia??!!".

:

Pengawal tersebut tidak memberitahu apa-apa pada jiwa dan akhirnya dia menghembuskan nafas yang terakhir.

"Cis!! Dasar pengkhianat bangsa!!". Jiwa pergi meninggalkan mayat-mayat yang berlimpangan dengan amarah yang membuak-buak.

:

Di timur...

Suri telah memasuki satu ruangan yang tidak pernah dia lihat sepanjang kehidupanya. Ruangan tersebut penuh dengan tengkorak dan mayat-mayat binatang. Sesampai sahaja suri di satu kawasan. "Shrapp" Suri terpijak sesuatu yang agak lembik dan bau Yang amat busuk sehingga suri memuntahkan apa dalam dalam isi perut nya.

:

Suri melihat kebawah alangkah terkejutnya yang dipijaknya itu adalah uri bayi. Suri Cuba mencari cari disekeliling kawasan dan akhirnya dia menjumpai seorang yang bayi yang sempurna keadaannya.

:

"Mengapa ada bayi ditempat sebegini" Tanya suri seorang diri. Suri melihat keadaan bayi tersebut. "Tanda apa yang ada dibelakang bayi ni" Suri terkejut apabila melihat tanda tersebut.

:

"Takkan la bayi ni yang harus aku bunuh". Tiba-tiba jiwa muncul sambil memegang parang di tangan nya.

"Jiwa?"

:

"Suri apa yang kau lakukan?? Ayuh bunuh bayi itu". Kata Jiwa dengan mukanya kemerahan. "Apa kau sudah gila jiwa? Dia Masih bayi, dia tidak berdosa". Balas suri sambil air matanya menitis.

:

"Tugas Kita adalah untuk membunuh kumpulan-kumpulan rahsia ni dan kajianya. Apa kau sudah lupa Suri??".

"Aku tahu itu, tetapi dia ni masih bayi apa salah dia sehingga kita harus membunuhnya". Suri menangis teresak-esak.

:

"Seorang pendekar tidak harus menangis Suri. "Kita harus membunuhnya!!". "Tidak!! Aku tidak akan sesekali membunuh bayi tidak berdosa ini" Mata Suri kemerahan.

:

"Apa kau ingin hidup dalam buruan? Bila Kita lari dari tugas, itu maknanya kita sudah menempah maut!!". Kata Jiwa dengan tegas. "Jiwa, mari kita lari dari sini ayuh kita mulakan hidup baru. Kita lupakan semua ni". Balas suri sambil menghulurkan pada jiwa.

:

"Apa kau merepek ini Suri??" Jiwa kekeliruan. "Aku sudah lama menyimpan perasaan terhadap kau jiwa. Aku tidak mahu kehilangan kau. Cukup lah dengan kehilangan orang Tua ku dahulu buatkan Aku tiada hala tuju. Sekarang aku tidak mahu kau meninggalkan ku".

:

Mata merah milik jiwa tepat memandang Suri. "Baiklah, aku mengikutimu. Tetapi ingat Kita harus merahsiakan tentang bayi ni dari dunia luar. Kita harus bersembunyi ditempat yang musuh tidak menjumpai kita".

:

"Baiklah jiwa" Sambil suri mencium pipi milik jiwa. "Oii!! Apa yang kau buat ni hah??" Balas jiwa dengan pipi kemerahan. Sebenarnya jiwa sendiri juga ada menyimpan perasaan terhadap suri cumanya dia sedikit pengecut untuk meluahkan isi hatinya.

:

"Kita keluar dari sini dahulu. Bila sudah keluar siap aku kerjakan kau". Kata Jiwa dengan nada yang manja. "Kau nak buat hah??" Balas suri sambil menutupi badan nya.

:

"Sudah!! Ayuh Kita maju" kata Jiwa dengan tegas. "ermm tukar tajuk" ajuk suri.

:

Selepas berjaya mengharungi beberapa halangan akhirnya jiwa dan suri selamat melarikan diri. Mereka bersembunyi di dalam dan mendirikan rumah untuk merekea duduki.

:

3 hari kemudian

"Jiwa?" Panggil Suri dengan manja.

"Kita sudah menjadi suami isteri bukan?"

"Aik. Takkan kau sudah lupa baru semalam kita akad nikah" balas jiwa dengan nada bergurau.

"Eh-eh kau ni jiwa. Bergurau kasar nampaknya". Balas suri dengan muka Yang geram.

"Hahaha, aku bergurau saja la" balas jiwa sambil ketawa.

:

"Errm jiwa. Kau rasa nama apa yang perlu Kita beri pada bayi Kita?" tanya Suri kepada jiwa. "Ermm aku rasa nick Jonas" balas jiwa dengan bangga.

"Oii!! Apa nama yang kau pilih itu??!" Balas suri dengan nada yang marah. "Hahaha, aku terkenangkan sahabatku, nick dari Europa" balas jiwa dengan ketawa.

:

"Ishh-ishh kau ni, cubalah beri Nama yang enak di dengar dan sesuai dengan bangsa kita" balas suri. "Ermm, apa kata Kita berikan nama bayu??". Balas jiwa dengan senyuman."bayu?" Sedap juga namanya balas suri. " Iya, Bayu Adi Petra".

End of chapter 1

avataravatar
Next chapter