webnovel

CHAPTER 001

Bunyi tangisan bayi semakin kuat di depan pintu, derapan kaki semakin laju memasuki rumah. Haqiem dan Sephia sedang berehat di ruang tamu, bingkas serentak bangun apabila bapa mereka, Encik Rusli memasuki rumah dengan menggendong bayi yang kencang menangis.

"anak siapa pulak ayah bawak balik ni?" Tanya Haqiem, Encik Rusli menyerahkan bayi dalam gendongan nya kepada Sephia. mereka dua beradik tertanya-tanya, anak siapa pula yang Encik Rusli bawak balik.

Encik Rusli"Ayah dengan orang masjid jumpa baby ni depan masjid masa nak balik tadi.. allahualam siapa yang letak tak tau."

Sephia"Allahhu.."

Encik Rusli"adik, kamu pergi mandikan dia lepas tu tolong bancuh susu untuk baby ni mungkin dia lapar kot tengah sejuk ni."

Sephia"Baik ayah."

Setelah Sephia pergi ke dalam biliknya untuk uruskan bayi itu, Haqiem dengan ayahnya berbincang

Haqiem:"habis tu, ayah nak buat apa dengan baby tu?"

Encik Rusli:"ikutkan, ayah nak hantar je rumah kebajikan kanak-kanak, tapi bila difikirkan, ayah nak buat dia anak angkat."

Haqiem:"pendapat Haqiem, better ayah hantar ke rumah kebajikan, sebab kita pun bukannya orang senang ayah. Banyak kos nak pakai tiap-tiap bulan beli lampin, susu lagi."

Encik Rusli:"itu tak payah nak dirisaukan, pihak AJK kampung kita akan sumbangkan lampin dengan susu tiap-tiap bulan."

Haqiem:"alhamdulillah kalau macam tu."

Encik Rusli:"Allah akan permudahkan jika kita berniat baik."

Haqiem:"ye ayah betul tu."

Sephia yang sudah mandikan bayi, mengintai Encik Rusli dan Haqiem berbincang. Sephia murung apabila mendapat tahu ayahnya mahu mengambil anak angkat.

Haqiem mengesat peluh di dahi, habis tangannya hitam dan mukanya berbelang hitam kena minyak hitam. Tiga hari bertukang, akhirnya siap jugak motor dibela.

"weii, betul ke ayah kau ambik bayi yang terbuang tu anak angkat? Habislah kau dapat adik baru lagi. Lelaki ke perempuan?"

"aku tak kisah pun.. lelaki.. cepat betul eh viral pasal ni."

"Biasalah, macamlah kau tak tahu, mulut laser makcik-makcik bawang kat kampung ni."

"Huh, settle.."

"Call owner motor ni, bagitau dia dah settle.."

"oritee.."

Haqiem bekerja di bengkel motor MBC sementara ingin mencapai cita-citanya untuk mengumpul duit. Sementara Sephia, bekerja di restoran. Masing-masing , lepas tamat sekolah, membanting tulang mencari sesuap nasi. Mereka dibesarkan dalam hidup susah dan diajar erti kepayahan. Bukan dilahirkan dengan dimanjakan harta.

"aku doakan, cita-cita kau tercapai Haqiem, dah famous nanti jangan lupa aku.."

"Mestilah bro, kau kawan baik aku.. susah senang sama-sama."

Adam serahkan duit gaji Haqiem. Haqiem check duit di dalam sampul, lebih dari yang sepatutnya.

"Eh, kenape lebih ni? Kau salah letak ke?"

"Rezeki kau Qiem,"

"Alhamdulillah, terima kasih weih, kaulah sahabat dunia akhirat aku.."

Sephia menghampiri lalu duduk di depan ayahnya, sedang membungkus kerepek pisang tanduk untuk dijual kepada penduduk sekitar kawasan dengan menggendong bayi. Lalu Sephia meletakkan bayi itu di atas tilam bayi yang terbentang disitu.

Encik Rusli:"dah bagi dia minum susu?"

Sephia:"dah ayah, tu yang lena ni. Ayah nak bagi nama apa dekat baby ni?"

Encik Rusli:"ye tak ye nama tak bagi lagi... Emmm... Muhd Akhmal Naufal.. ha sedap kan nama tu?"

Sephia:"ha sedap jugak.. pandai ayah pilih nama."

Encik Rusli:"biasa lah, tengok ayah pilihkan nama korang. Kamu arwah ibu pilihkan, mula-mula ayah cadang nak letak kamu nama Siti Khadijah, tapi arwah ibu kamu nak nama glamor sikit katanya.. tu yang letak nama NurSephia Arissa hehehee.."

Sephia:"mana-mana pun okay.. hehehee.."

"Assalamualaikum wbt hiwabarakatuh.." bukan main panjang Haqiem panggil salam dengan suara gembira.. Encik Rusli dan Sephia pelik melihat Haqiem. Baru balik dari kerja.

Sephia:"Shhh.. baby tengah tidur, abang bising pulak.."

Haqiem:"ouh lupa pulak, sorry.. hehehee."

Encik Rusli:"kenapa happy je anak teruna ayah ni?"

Haqiem:"alhamdulillah, ada hamba Allah baik hati, bagi Haqiem gaji lebih.. soooo.."

Sephia:"alhamdulillah, rezeki abang."

Haqiem:"malam ni aqiem nak belanja kita semua makan special hari ni."

Sephia:"whoaa.. yeay.. kemain abang ye."

Haqiem:"ayah dengan adik nak makan ape? Cakap je."

Encik Rusli:"kami tak kisah abang, janji makanan tu halal je."

Sephia:"betul tu."

Haqiem:"ni acik tidur lagi?" (Bermain dengan baby)

Makin lama, Sephia iri hati, ayahnya asyik lebihkan kasih sayang dengan anak angkatnya sahaja. Sephia rasa seperti dirinya terpinggir di dalam rumah itu. Sejak dari itu, Sephia jadi perempuan liar, suka merayau sana sini naik motor dengan kawan lelaki dan perempuannya.

Kerepek-kerepek pisang tanduk yang telah siap dipack dimasukkan dalam beg besar. Encik Rusli mula nak menjual setelah bersarapan pagi.

Sephia:"ayah hati-hati ye berjual tu."

Encik Rusli yang menggendong Muhd Akhmal Naufal, dengan hatinya yang resah kehulu kehilir di depan pintu menunggu anak gadisnya tidak balik-balik dari siang tadi.

"ayah kenapa? macam risau sesuatu je?"