webnovel

Always Together '20 (Selalu Bersama '20)

Kisah seorang remaja bernama Hakimi menempuhi "sebuah dunia" yang bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat di Malaysia namun diterima di negara barat. Adakah usaha Hakimi mencari sebuah identiti agar mendapat sebuah pengakhiran yang baik akan berjaya? Mengikut hawa nafsu atau memperoleh ketenangan dari Tuhan yang didambakan? percayalah, ia kelihatan pelik TAPI benar.

Secret_99 · LGBT+
Not enough ratings
16 Chs

Hati Aku

Beberapa hari telah pun berlalu sejak dari kejadian sebelum ini. Kimi masih lagi berasa tidak tenang. Suatu hari, Daus dan Kimi lepak dan berborak di dalam stor kecil yang ada di dalam dorm. Stor kecil ini x semua dorm yang ada, jadinya ahli dorm Kimi jadikan ia tempat lepak ataupun study saje. Beberapa meja duduk yang kecil, almari kaki pendek yang cute, dan kipas dinding terletak elok di dalamnya. Walaupun kecil, tetapi ia memang selesa. Setelah beberapa ketika dan mempunyai keberanian barulah Kimi menceritakan segalanya kepada Daus tentang apa yang berlaku di tandas shopping mall.

"Sial lah perangai Abng Arif tu... sanggup dia buat kau macam ni Kimi...memang x boleh dimaafkan"

Satu tumbukan padu dilepaskan di dinding. Daus berasa cukup marah sehinggakan dia merasa nak bunuh Arif pada malam Kimi memberitahu dirinya.

"Stop Daus...jangan", rayu Kimi. "Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku akan cuba fikirkan cara bagaimana nak kenakan dia semula... memang hati aku pedih Daus, tapi x kan aku nak berdiam diri je... aku akan pastikan Abng Arif terima akibatnya." Kimi bangun dan berdiri dengan penuh semangat yg berkobar-kobar sambil mengetap bibirnya yg merah jambu. Matanya bersinar dengan penuh harapan.

Daus melihat sahabatnya itu dan teringat kembali wajah Kimi yang sangat ketakutan pada masa kejadian buruk tersebut. Dia merasa sangat risau akan sahabatnya itu jika dia dah pindah nanti.

"Okay Kimi...aku akan berada di belakang kau dan akan sentiasa sokong apa jua rancangan dan keputusan kau." Daus memegang bahu Kimi sambil menatap kedua matanya yang berapi dan penuh semangat.

Tiba-tiba, Kimi terduduk longlai semula. Kakinya terasa lemah. Dia menggaru garu kepalanya dengan laju dan berusaha memikirkan sesuatu tetapi idea masih tidak datang.

"Tapi Daus, aku pun tak tahu nak buat apa, kakak aku pun terkejut dengan apa yang berlaku bila aq cerita....kakak aq kate dia nak bunuh Abang Arif dengan racun tikus...tapi kat mane aq nak dapatkan racun tikus...lagipun aq x nak lah sampai membunuh". Kimi menundukkan kepala memandang ke lantai dan masih terfikir strategi yg patut dilakukan.

Daus cuba memahami dan empati terhadap situasi yg berlaku pada sahabat baiknya itu. Dia cuba menceriakan kembali suasana agar Kimi terus bersemangat.

"Kalau aku nie kakak kau Kimi, aku pun terkejut...Hahahahaha...kau nie Kimi..tadi dah semangat... duduk balik... janganlah sampai membunuh.." Daus menggeleng gelengkan kepalanya menyaksikan gelagat sahabatnya itu. Beberapa ketika kemudian, muncul lampu mentol dikepala Daus menandakan dia terfikir satu idea utk singkirkan Abang Arif. Daus memandang sahabatnya dengan senyuman nakal dan menjelaskan rancangannya itu.

"Tak pe Kimi... macam ni, aku ada rancangan... aq rase kite kene libatkan cikgu...masalah yg kita hadapi nie bukan kecik tau...tapi esoklah kite jumpe cikgu... and...yg paling penting kita mesti cuba selesaikan isu nie sebelum kite pergi camping okay", jelas Daus pada Kimi.

Kimi mengangkat wajahnya kembali ke atas dan melihat wajah Daus. Matanya bulat seperti anak kucing. "Serius nie...Okay Daus... roger...jom kita sama2 musnahkan Abng Arif durjana tu" sambil duduk dan membuat aksi tabik.

"Hahahaha...bagus...macam ni lah kawan aku... Btw Kimi, malam nie aku teman ko tido macam bese okay..walaupun ko x nak, aku teman jugak...aku x nak si Bangsat tu datang ambil kesempatan lak" ucapnya dengan wajah serius.

Kimi pada awalnya tidak mahu menyusahkan Daus...tapi apakan daya, Arif itu lebih kuat darinya dan ada geng2 sendiri. Mereka masih lagi tidak bertindak pada Kimi semasa di asrama kerana berhati2 dan tidak mahu diketahui oleh cikgu dan pelajar2 lain.

"Thanks tau Daus... x mampu aku nak balas jasa baik sahabat mcm kau nie", Kimi terus memeluk Daus kerana berasa terharu.

"Dah2...x yah nak drama dengan aku...jom masuk tido...dah lewat dah nie... tapi kan Kimi, betul ke ko x nak minta tolong Ikmal sekali?" soal Daus dalam masa yang sama cuba meyakinkan Kimi untuk libatkan Ikmal sekali.

"Bukan x nak Daus...tapi...hurmmm...entahlah... aku rasa cukup ko jelah yg tau situasi aku... jangan bagitau sesape tau..."

Tiba2 pintu bilik stor tempat mereka sedang lepak diketuk dengan perlahan. Terdengar bunyi orang memberi salam. Ikmal rupanya. Dengan hanya memakai singlet dan seluar three quarter, ia masih menampakkan tubuh Ikmal yg sado. Tangannya yang menampakkan urat membuatkan Kimi tergamam seketika. Bau tubuhnya walaupun tidak memakai wangian sangat menyenangkan.

"Wooooo... rancak borak nampak...x ajak aku pun.."

Ikmal masuk dan terus duduk di sebelah Kimi. Kimi memandang Ikmal tanpa kerdipkan mata dan terus teringat kejadian2 yg berlaku antara dirinya dan Ikmal. Mukanya tiba2 bertukar merah.

"Apasal muka kau merah nie Kimi..demam ke...tadi elok je aq tengok.." Daus tergelak melihat Kimi yg tiba2 pemalu.

"Haaa..kau demam ke Kimi.." Ikmal terus meletakkan dahinya pada dahi Kimi utk rasa sama ada Kimi demam atau tidak. Wajah mereka betul2 dekat. Kimi terkejut dengan tindakan Ikmal dan terus menolak Ikmal dengan agak kuat tanpa sengaja sehingga Ikmal jatuh terduduk ke belakang.

"Soooo..sorry Ikmal..aq x sengaja... thanks sebab ambil peduli...tapi aq x demam pun...serius..." Kimi terus bangun dari tempat duduknya dan menutup suiz lampu bilik store berkenaan. Dia terus mencapai selimut dan selubungkan dirinya kerana terlalu malu.

Ikmal hanya tergelak kecil melihat gelagat Kimi seperti budak2. Walaupun dalam gelap, tetapi masih ada cahaya samar2 yg menembusi ke dalam bilik tersebut melalui tingkap kecil yang ada.

"Haa Ikmal bagus juga ko ade kat sini... sebenarnya aq kene pegi dorm sebelah jap.. Ade novel yg aq nak pinjam...ko stay sini boleh, temankan Kimi?" Daus bangun dan membetulkan kain pelikat yg dipakainya.

"Ooo..okay2.. no problem... ko datang balik tak?"

"Mestilah aq datang balik... kenape tanya.. ko x nak aq datang balik ke...supaya ko boleh teman Kimi...macam tu..." Daus menjeling Ikmal ke arah Ikmal dengan penuh penasaran.

"Eh taklah...aq tanye je... apelah yg ko fikirkan tu..haish" Ikmal menggaru2 kepala kerana itulah perkara sebenar yg ada dalam fikirannya.

"Hahaha... aq gurau je..tapi kalau aq x balik tu maknenye aq tengah asyik melayan novel kat dorm sebelah tau...dah2, jaga Kimi baik2... dan jangan macam2 ea...siap ko nanti..." kata Daus sambil menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan supaya Ikmal tidak lakukan perkara yg aneh2 ada Kimi.

Daus keluar dari bilik stor tersebut dan menutup pintu bilik itu perlahan-lahan.

Kimi hanya mendengar perbualan antara Ikmal dan Daus sambil menyorok dalam selimut. Dia hanya berbisik dalam selimut dan berharap Daus tak tinggalkan dia dan Ikmal di situ berduaan.

"Janganlah pegi Daus...aduhhhh mamat nie" katanya dalam keadaan berbisik.

"Ehem ehem...cakap sorang2 ke tu..." Ikmal cuba bergurau dengan Kimi yang masih berselubung.

"Aduh, dia dengar ke aq cakap tadi...aq rase slow je aq bisik", Kimi membuka matanya dalam keadaan yg gelap di bawah selimut. Tak nampak apa2 pun.

"Aq dengarlah Kimi. Lagipun, kita berdua je ada dalam bilik nie...bunyi jarum jatuh pun boleh dengar.." Ikmal tertawa kecil dengan gelagat Kimi yg pemalu. Oleh kerana Kimi masih lagi tidak mahu keluar dari selimutnya, Ikmal pun mula bercakap sorang2 dengan harapan Kimi keluar dari persembunyiannya.

"Hurmmm takpe lah.. orang tu x sudi nak borak...cakap dengan dinding pun boleh... ko nak tau dinding, satu hari tu aq tido rumah kawan aq Daus... ade satu pagi, aq baru keluar bilik mandi...niat aq cuma nak kejut sorang budak nie bangun dari tido... tapi dia ten..."

Belum sempat Ikmal menghabiskan ceritanya. Kimi bangun dan terus menerjah ke arah Ikmal. Selimutnya dicampak ke tepi. Tangan Kimi dengan wangian bedak baby tepat berada di mulut Ikmal utk hentikan dia dari terus bercakap. Ikmal terpesona dengan wangian tangan Kimi. Wajah mereka hampir antara satu sama lain. Tubuh Ikmal tersandar di dinding kerana ditolak oleh Kimi. Kimi pula berada di antara dua kaki Ikmal yg terbuka luas. Mata Ikmal berkerdip beberapa kali kerana tindakan Kimi yg melompat ke arahnya.. Ikmal terus memegang pinggang Kimi dengan kedua belah tangannya yang tanpa lengan baju dan menarik Kimi rapat ke arah tubuhnya. Jantung Kimi berdegup laju kerana malu.

"Ingatkan dah tido tadi...belum rupanya" Ikmal tersenyum dengan tindakan Kimi yg cepat2 bangun dan menghalang dirinya menghabiskan kata2. Senyuman Ikmal membuatkan Kimi betul2 kaku di pangkuannya. Dia tidak mahu bergerak dan berharap masa terhenti seketika agar dia dapat menatap wajah Ikmal dengan lebih lama. Beberapa saat kemudian, Kimi tersedar dari lamunannya dan cepat2 cuba bangun dari pangkuan Ikmal.

"Tak yah lah ungkit citer tu...kan aq dah minta maaf..aq x sengaja", Kimi membetulkan kedudukannya kembali dan duduk sambil mengerutkan dahi kerana Ikmal mengusiknya. Kimi hanya memandang ke tepi kerana tidak sanggup melihat Ikmal yg hanya bersinglet. Kimi menarik selimut yg dicampaknya tadi dan selubungkan tubuhnya. Hanya wajahnya sahaja yg kelihatan.

Cahaya2 samar memantul ke wajah Kimi...walaupun tidak berapa jelas, namun mata dan bibir Kimi kelihatan bersinar walaupun dengan cahaya pantulan yg sedikit.

"Comel...", tanpa disedari Ikmal mengungkapkan kata2 tersebut.

"Ermm..Ikmal.. ko ade cakap sesuatu ke".. Kimi merasakan yg Ikmal ade ungkap sesuatu...tetapi tidak jelas didengari olehnya.

"Eh, x de ape2... aq cuma cakap yg aq ngantuk...dah jom tido... aq rase Daus x datang malam nie... aq teman ko.." Ikmal terus mengalihkan topik perbualan kerana tidak mahu Kimi mengetahui perkataan yang diungkapkan tadi...

"Hurmm yelah... ape2 pun...aq minta maaf tau... jal-ja.. Kimi terus merebahkan semula dirinya di tempat tidur dia tadi.

"Ermmm..jal-ja..."

Tiba2, Kimi berpusing kembali menghadap Ikmal. Dalam keadaan berselubung yang hanya menampakkan wajah, Kimi terlihat seperti ulat kecil dalam kepompong. Dia bergerak ke arah Ikmal dengan cara mengesot perlahan-lahan kerana berasa teruja.

"Kau faham bahasa Korea?"... Kimi tertarik bila Ikmal membalas kembali ucapan selamat malamnya dengan bahasa Korea juga.

Ikmal memegang kepala Kimi dan pusingkan kembali ke arah berlawanan. Kimi cuba melawan tetapi tidak berjaya kerana Ikmal lebih kuat daripadanya.

"Dah2 tido... jangan bising"

"Tapiii...aq nak tau kau tengok drama apa...belajar kat mana dannn....."

Ikmal meletakkan jari telunjuknya pada bibir Kimi. Kimi membulatkan matanya dan berkerdip beberapa kali.

"Kalau ko x nak tido.... aq cium pipi ko nak..." kata Ikmal berbisik betul2 di sebelah telinga Kimi.

Kimi terus berpusing ke arah berlawanan dan terus cuba memejamkan mata. Ikmal tersenyum melihat gelagat Kimi yang gelabah.

Sejam kemudian, hanya bunyi cengkerik sahaja yg kedengaran. Ikmal yg masih belum boleh melelapkan mata hanya memandang Kimi yg lena tidur dibuai mimpi.

"Jangan risau Kimi....aq akan bantu kau uruskan mamat tak guna tu... walaupun ko x nak cerita kat aq ape yg berlaku...aq dah tahu semuanya..." Ikmal bekata sendirian.

Sebenarnya, pada hari kejadian yang menimpa Kimi di Alamanda Shopping Mall, Ikmal turut bertembung dengan Arif yg kelihatan mesra dengan seorang perempuan yang dikenalinya. Rupa-rupanya, Husna itu merupakan sepupu Ikmal sebelah bapa... Ikmal ade berhubung dengan sepupunya itu dan bertanye mengenai status hubungannya dengan Arif... Ikmal terkejut tatkala Husna menceritakan padanya yang dia pernah terbaca perbualan Arif dan kawan2nya dalam group whatsapp batch mereka tentang "tebuk junior". Yang paling mengejutkan, nama Kimi turut tersenarai di dalam list tersebut. Husna dan Arif keluar pada hari kejadian bukan sekadar utk dating semata-mata, tetapi Husna ingin dapatkan penjelasan mengenai "tebuk junior". Akhirnya, Arif mengaku pada Husna dan kata ia sekadar suka2... Husna tidak boleh terima perbuatan jahat dan aniaya tersebut, dan Husna putuskan hubungan dengan Arif pada hari yang sama. Bukan itu sahaja, perbualan antara Kimi dan Daus tadi turut didengari oleh Ikmal sebelum dia masuk ke dalam bilik berkenaan. Perkara ini telah menambahkan lagi kemarahannya namun Ikmal bersabar dan berfikir secara rasional agar tindakan yg dilakukan nanti tidak terburu-buru dan silap.

Ikmal kemudiannya mengusap kepala Kimi perlahan-lahan sambil menatap wajah Kimi yg kelihatan sangat tenang dan comel ketika tidur. Kemudian tanpa sengaja, Kimi berpaling ke arah Ikmal dan memeluknya dengan erat dalam keadaan tidur. Kimi meletakkan kepalanya di peha Ikmal. Pipi Kimi yang sangat lembut, betul2 dirasai oleh Ikmal yang tidak bergerak dari kedudukannya.

"Ermmm...gomawo.." gumam Kimi perlahan tanpa sedar sambil menggerakkan bibirnya.

Ikmal terkejut sedikit kerana menyangkakan Kimi mendengar apa yang dia kata. Namun setelah memandang Kimi dengan lebih dekat, ternyata dia lena diulit mimpi.

"Ntah drama korea apelah agaknya yg budak nie mimpi..." Ikmal tersenyum sendirian melihat Kimi.

To be continue...

Hi readersss...jangan lupa share ur thought and comments okay...love u guys...kamsahamnida

Have some idea about my story? Comment it and let me know.

Secret_99creators' thoughts