webnovel

Always Together '20 (Selalu Bersama '20)

Kisah seorang remaja bernama Hakimi menempuhi "sebuah dunia" yang bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat di Malaysia namun diterima di negara barat. Adakah usaha Hakimi mencari sebuah identiti agar mendapat sebuah pengakhiran yang baik akan berjaya? Mengikut hawa nafsu atau memperoleh ketenangan dari Tuhan yang didambakan? percayalah, ia kelihatan pelik TAPI benar.

Secret_99 · LGBT+
Not enough ratings
16 Chs

Apa Yang Kau Nak (2)

Sedang Hakimi berbual dengan ibunya, tibe2 die ternampak bayangan seseorang. Sebab merasa cuak, Kimi segera tamatkan perbualan bersama ibunya.

Kimi: "Jadi, ibu izinkan Kimi pegi rumah Daus ye?"

Ibu: "ye Kimi...ibu izinkan...jaga diri kat tempat orang..."

Kimi: "Okay ibu... ibu Kimi nak naik asrama dulu...sampaikan salam pada ayah dengan kakak"

Ibu: "Baiklah Kimi...Assalammualaikum"

Kimi: "walaikumsalam"

Kimi berasa aneh kerana seolah olah diperhatikan "someone". Dia pun meletakkan telefon pada gagangnya semula dan ingin cepat naik ke asrama. Apabila berpaling, dia terkejut kerana Ikmal tibe2 sahaja muncul di hadapannya.

Kimi: "Ooo Ikmal...ingatkan siapa tadi...terkejut aku.." sambil menggaru kepalanya

Ikmal: "Ikut aku"

Ikmal menarik tangan Kimi dengan kuat. Dan membawanya ke tempat yg Kimi pun tidak tahu. Kimi cuba melepaskan tangannya dari genggaman Ikmal, tapi tak boleh sebab terlalu kuat.

Kimi: "sakitlah tangan aku Ikmal...x yahlah tarik.." kata Kimi dengan nada kesakitan

Ikmal: "ikut je lah aku...kalau aq lepas nanti ko lari.." kata Ikmal dengan nada serius tanpa memandang wajah Kimi.

Kimi: "Sumpah sakit Ikmal...aq x lari lah...cakap je lah apa kau nak..ape lagi yg ko x puas hati dengan aku" kata Kimi dengan nada seperti mahu menangis.

Namun Ikmal tidak mengendahkannya dan terus membawa Kimi ke sebuah bilik di Blok D kawasan sekolah yg agak jauh dari asrama. Kimi berasa takut tetapi cuba memberanikan diri. Ikmal berjalan dengan agak laju menyebabkan kimi hampir terjatuh apabila melalui tangga2 kecil menuju ke sana. Sampai sahaja di lokasi, Ikmal terus membawa Kimi masuk dan kunci pintu dari dalam. Ikmal menolak Kimi ke dinding agak kuat. Kimi hampir tersadung akibat dari tolakan seorang pelajar taekwando yang sasa dan maskulin.

Kimi: "Ikmal...cube jelaskan ape yg kau nak..kalau aq salah aq minta maaf..."

Ikmal: "Aq dengar kau balik rumah Daus minggu nie, betul an!!" tanya Ikmal dengan nada serius sambil mengerutkan dahi.

Kimi: "aah, ko ade masalah ke?" Kimi membalas pertanyaan dengan meninggikan suara utk tunjuk berani walhal menggeletar kakinya.

Ikmal berjalan perlahan-lahan mendekati Kimi yg tersandar di dinding. Kimi tak dapat nak sorokkan perasaan takutnya kerana tumbukan Ikmal yg kena pada dirinya masih terngiang-ngiang. Satu demi satu langkah Ikmal ke arahnya. Lantas Kimi cuba elak dan larikan diri ke arah pintu namun dengan cepat tangan kanan Ikmal menapak pada dinding menyebabkan langkah Kimi terhenti. Kimi terkejut, dan cuba ke arah yg berlawanan. Namun ditahan pula dengan tangan kiri Ikmal. Kini Kimi berada betul2 dihadapan Ikmal sambil bertentangan wajah antara satu sama lain. Kimi menutup mata dan menelan air liur kerana tibe2 "blank" dan tak tahu nk buat apa. Fikirannya hanya berfikir yg mungkin dia akan berada di hospital buat masa yang lama kerana dibelasah dan diterajang dengan teruk oleh Ikmal.

Lalu Ikmal berkata dengan nada perlahan.....

Ikmal: "i just want to say sorry for what i've done to you earlier... i'm really sorry Kimi.."

Ikmal meletakkan kepalanya pada bahu kanan Kimi sambil memandang ke bawah dengan penuh rasa bersalah. Tangannya masih berada pada dinding menyebabkan Kimi teperangkap. Kimi agak terkejut dan membuka matanya perlahan-lahan dan cuba hadam situasi yang sedang berlaku.

Kimi: "kau bukan nak tumbuk aku kan?"

Ikmal: "tak Kimi...aku bukan ajak ko datang sini sebab aku nak belasah kau ke ape... aq just rasa sangat bersalah"

Ikmal mengangkat kepalanya dan memandang ke tepi dinding. Kimi hanya terpegun melihat keindahan 'jawline' dan mata redup yg dimiliki oleh Ikmal. Sangat kacak. Kata2 yg keluar dari mulut dan reaksi wajahnya itu menunjukkan bahawa dia betul2 menyesal di atas perbuatan. Kimi menolak Ikmal ke belakang kerana dia tak tahu reaksi bagaimana lagi yang patut ditunjukkan.

Kimi: "kalau macam tu...tu jelah..aq x de pape nak cakap lagi dengan kau..aq naik asrama dulu.."

Kimi memang agak terkejut dengan tindakan Ikmal. Tetapi itu bukan alasan utk dia berasa selesa dengan apa yang Ikmal telah lakukan. Kimi cepat2 berlari ke arah pintu bilik utk keluar dari situ, tetapi tangannya sempat ditarik oleh Ikmal.

Ikmal: "tunggu dulu Kimi... ko x nak cakap ape2 kat aq ke?"

Kimi: "tak de... "

Ikmal terus menarik Kimi ke arahnya semula menyebabkan Kimi betul2 berdiri dihadapan Ikmal. Kedua tangan Ikmal berada di pinggang Kimi. Kimi cuba melepaskan diri sekali lagi tetapi tak boleh. Dengan pantas Ikmal, mengucup pipi Kimi dan melepaskan tangannya dari pinggang Kimi. Kimi tergamam dan matanya terkebil-kebil kebingungan. Ikmal hanya tersenyum melihat gelagat Kimi yang agak comel sebab 'blur'.

Ikmal: "dah jom balik asrama..."

Ikmal memegang tangan Kimi sambil menariknya keluar dari bilik tersebut. Kimi tak tahu kenapa dia tak rasa nak tumbuk Ikmal walaupun perbuatan yg Ikmal lakukan itu tadi sepatutnya dihalang. Kimi hanya mengikut Ikmal yang memegang tangannya tanpa soal sambil memandang susuk tubuh Ikmal yang menariknya dengan tangan.

Sampai sahaja di asrama....

To be continue.....