webnovel

Aku ingin kenal CINTA!❤️

Maziah Hazimah seorang pelajar perempuan yang tidak pernah terjebak dengan 'cinta monyet'.Perlawanan bola tampar di peringkat daerah sudah semakin hampir tetapi apa yang mengejutkan ialah apabila peserta-peserta Tingkatan tiga yang memasuki pasukan sekolah dikehendaki lulus dalam semua matapelajaran ketika ujian penilaian 1. Tetapi,apa yang paling menyakitkan hati Hazimah ialah apabila dia diminta oleh guru untuk menolong seorang budak lelaki yang merupakan ahli pasukan bola tampar sekolah supaya dia dapat membantu pelajar lelaki tersebut lulus di dalam ujian. Hazimah:Cikgu,kenapa saya mesti tolong dia? Cikgu:Sebab kamu murid kelas Rancangan Khas.Hazimah,kamu seorang yang pandai. Hazimah:Tetapi cikgu saya tidak suka bercampur dengan budak lelaki.Tidak boleh ke cikgu minta pelajar lelaki? Cikgu:Memang cikgu mahu minta pelajar lelaki tetapi bila difikirkan semula lebih baik dia belajar dengan kamu. Hazimah: Kenapa cikgu? Cikgu:Supaya dia ada tarikan untuk belajar ? Hazimah:?

aca_ira · Teen
Not enough ratings
10 Chs

Tudung

"Hazimah, Hazimah, Hazimah!" Bunyi petikan jari dilakukan berulang-ulang kali. Nampaknya si Hazimah ini jauh juga berangannya walaupun Dhiya' sudah beberapa kali memetik jarinya.

"HAZIMAH!!!"

"Huarghh, apa, apa?" Akhirnya, Hazimah tersedar juga daripada lamuannya. Dhiya' terbatuk-batuk selepas menjerit terlalu kuat.

"Ehermm, hermm, *batuk* hermmgh. Hish, sakit tekak aku dibuatnya. Kaulah ni!" Dhiya' memarahi Hazimah kerana disebabkan dia tekaknya sakit.

"Siapa suruh kau menjerit?"

"Habis tu engkau daripada tadi asyik termenung saja. Langsung tak dengar apa yang aku cakap kan? Aku pun jerit lah! *batuk." Dhiya' hampir meninggikan suaranya sehingga batuknya kedengaran teruk.

"Eh, Dhiya' minum air!" Tangan Hazimah menyapu-nyapu belakang Dhiya'. Kemudian, Dhiya' mengambil botol airnya yang terletak di tepi katil. Air itu diminum oleh Dhiya' dengan perlahan-lahan.

"Ermmm, hermmgh. Heh." Dhiya' menyapu-nyapu tekaknya dengan lembut. "Hish, sorry lah. Kenapa kau tidak goncang-goncang badan aku saja? Tengok, sekarang tekak kau pula yang merana."

"Kalau aku goncang badan kau, nanti kau yang marah." Dhiya' menyambung meminum air kerana tekaknya terasa perit. Hazimah memandang Dhiya' dengan rasa bersalah. "Okey, aku minta maaf sebab tidak mengendahkan engkau. Sebagai ganti, aku akan ajar kau math esok. Amacam? Okey tak?" Dhiya' memandang Hazimah dengan matanya yang terbuka luas.

"Biar betul kau mahu tolong ajarkan aku math?" Dhiya' bertanya untuk mendapatkan kepastian. "Iya, lagipun esok saja yang aku ada untuk ajar kau. Lusa, aku sudah balik rumah. Ingat, pertolongan aku ini bukan untuk bantu kau buat kerja sekolah math tetapi aku tolong ajar kau soalan yang engkau tidak faham sahaja. Ada ngerti?"

Dhiya' mengangguk-nganggukkan kepalanya tanda setuju. "Janji, ya."- Dhiya' "InsyaAllah, ya."- Hazimah

"Sudah, mari kita tidur. Esok mahu bangun awal. Dhiya', jangan lupa baca doa dahulu sebelum tidur." Hazimah menasihati Dhiya' sebelum dia melelapkan matanya. Keesokan paginya, mereka menjalankan aktiviti yang mereka telah rancangkan. Mereka lebih banyak membuat kerja sekolah daripada bermain kerana semalam mereka tidak membuat kerja sekolah langsung. Inilah yang dinamakan qada' semula😂

...... Keesokan harinya......

Hazimah sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya semula. Dia sudah 'packing' bajunya semalam supaya hari ini dia tidak kelam-kabut.

'Haih, mana tudung hitam aku ni? Rasanya aku sudah gantung di ampaian semalam. Tudung ni lari ke?' Hazimah mencari tudungnya di merata-rata tempat. Keseluruhan bilik Dhiya' sudah digeledah namun dia masih tidak menjumpai tudungnya.

"Knokkk, knokkk!! Hazimah, kau sudah siap ke belum? Sarapan sudah sedia. Nanti lambat pula nak hantar kau balik." Dhiya' berdiri di hadapan pintu biliknya yang masih belum dibuka. Dhiya' memahami Hazimah yang tidak suka membiarkan pintu bilik terbuka jika dia masih belum bersiap. Katanya, takut-takut jikalau orang yang bukan mahram terlihat auratnya jika membiarkan pintu bilik terbuka. Contohnya seperti Abang Long(sepupu Hazimah), Pak Long(Pak cik Hazimah yang bukan seibu atau sebapa dengan ibu atau ayahnya), Abang Ilham (Hazimah memang tiada apa-apa pertalian dengan Abang Ilham).

"Dhiya', aku sudah hampir siap tetapi sekarang ini aku sedang cari tudung hitam aku. Daripada tadi aku cari tidak jumpa-jumpa." Dhiya' mengerutkan dahinya. Dia cuba memikirkan sesuatu yang terjadi pada hari ini.

'Hemmm, tudung hitam yang ada di ampaian tu ke? Aku ingat tudung itu aku punya. Aku rasa tudung itu aku sudah letak di bakul baju kotor di dapur.' Ekspresi muka Dhiya' tiba-tiba berubah. Dia berasa terkejut dan menggelabah.

'Alahai, apa nak buat ni? Tudung hitam yang aku letak di baju kotor itu kepunyaan Hazimah. Macam mana aku boleh ingat tudung hitam itu aku punya padahal aku sudah lama tidak memakai tudung hitam. Aduh, apa nak buat ni?' Kedua-dua kaki Dhiya' menghentak-hentak lantai dengan perlahan.

"Ermmm, Hazimah, boleh aku masuk?"- Dhiya'

"Ha, nak masuk? Boleh-boleh, masuklah. Lagipun, kau boleh tolong aku carikan tudung aku ni."- Hazimah

Tombol pintu itu dipusing oleh Dhiya' dengan perlahan. Jantung Dhiya' berdegup kencang kerana takut untuk memberitahu kebenaran yang akan keluar dari mulutnya. Kulit Dhiya' sudah berasa sejuk kerana berasa gementar. 'Aduhai, macam hendak berhadapan dengan hantu saja.' Dhiya' menutup pintu dengan segera lalu memusingkan badannya untuk memandang Hazimah. Hazimah masih lagi giat mencari tudung hitamnya di dalam beg pakaiannya.

"Ya Allah, mana tudung aku ni? Sudahlah aku bawa dua tudung sahaja." Mendengar pernyataan yang keluar daripada mulut Hazimah, perasaan gementar yang dirasai oleh Dhiya' berkurang daripada sebelumnya.

"Ermmm, Hazimah, kenapa kau tidak pakai saja tudung lagi satu yang kau bawa?" Dalam hati Dhiya', dia amat berharap agar Hazimah memikirkan benda yang sama.

"Tudung lagi satu tu, aku tidak boleh pakai sebab tudung tu busuk. Yalah, main bola tampar sampai berpeluh teruk. Mana mahu dipakainya lagi." Hazimah mengambil tempat untuk duduk di atas katil kerana penat mencari tudungnya. Mukanya diangkat menghadap Dhiya' yang sedang berdiri kaku sambil bermain dengan kukunya. Hazimah berasa pelik dengan tingkah laku sepupunya itu.

"Kau ni, kenapa? Berdiri seperti tugu daripada tadi. Kau mahu cakap apa-apa ke?" Hazimah menyoal dengan penuh rasa hairan. Dhiya' memandang Hazimah sambil tersenyum tawar. Mukanya masih kelihatan gusar dan perkara itu masih tidak boleh dinafikan lagi.

"Se...seber.. sebenarnya ka....kan Ha... Hazimah, ak...aku tak sengaja le....letak tudung hitam kau di da..dalam bakul baju ko...kotor. Heheh, aku ingat itu tudung aku jadi aku letaklah tudung tu dalam bakul itu sebab aku ingat tudung tu sudah lama tidak basuh. Hehe, sorry...(─.─||)" Dhiya' menutup mata dan bersedia untuk memekakkan telinganya daripada mendengar bebelan Hazimah yang akan keluar sebentar lagi. Dia yakin bahawa kemarahan Hazimah akan muncul. Dia sudah reda dengan takdir.

Tindakan Dhiya' itu membuatkan Hazimah mengangkat kening kanannya tanda mempersoalkan tindakan sepupunya yang bertindak sedemikian. ' Dhiya' ni kenapa tutup mata? Dia ingat aku marah pada dia ke?'

"Oooh, macam itu ke? Tidak mengapalah jikalau begitu. Hendak buat macam mana. Ermmm, Dhiya' , boleh aku pinjam tudung kau?" Dhiya' membuka matanya perlahan-lahan setelah mendengar Hazimah bercakap. 'Dia tidak marah ke? Fuh, selamat.'

"Oh, pinjam tudung aku? Ya, mestilah boleh. Kejap ya." Dhiya' berjalan ke arah kirinya untuk mencari tudung di dalam 'box' yang berwarna putih. 'Box' itu penuh diisi dengan pelbagai jenis tudung yang dipakai oleh Dhiya'. 'Bagi Hazimah tudung warna hitam jugalah. Lagipun tudung hitam aku ni jenis labuh. Mesti Hazimah suka.'

"Nah, tudung hitam. Sudah lama aku tidak memakai tudung ni sebab aku selalu pakai tudung yang baru mak aku beli bulan lepas. Harap okeylah. Lagipun, tudung tu labuh." Hazimah mengambil tudung yang berwarna hitam yang diberi oleh Dhiya'. Hazimah sudah memakai anak tudung dan sekarang dia menyarungkan tudung hitam itu di kepalanya.

"Hemmm, okey. Cantik. Dhiya', kau keluarlah dulu. Aku mahu pakai stoking sekejap. Nanti aku turun." Dhiya' menganggukkan kepalanya lalu berkata, "Hah, jangan lupa bawa turun barang kau tu."

"Ya, baiklah."-Hazimah

Assalamualaikum readers,

Sorry sebab lambat update....(。•́︿•̀。) Saya ni klu menulis ikut mood...hehe...so, jgn putus harapan untuk menunggu bab seterusnya. Jangan risau, anda akan tahu juga siapa Dani. Jangan lupa tinggalkan komen.. mungkin inilah masanya untuk Penulis dan pembaca berkenalan....hahaha sebab saya tk kenal lagi siapa pembaca setia saya ( ◜‿◝ )♡

#rate& votethisnovel

#thanksguys

aca_iracreators' thoughts