webnovel

Aku ingin kenal CINTA!❤️

Maziah Hazimah seorang pelajar perempuan yang tidak pernah terjebak dengan 'cinta monyet'.Perlawanan bola tampar di peringkat daerah sudah semakin hampir tetapi apa yang mengejutkan ialah apabila peserta-peserta Tingkatan tiga yang memasuki pasukan sekolah dikehendaki lulus dalam semua matapelajaran ketika ujian penilaian 1. Tetapi,apa yang paling menyakitkan hati Hazimah ialah apabila dia diminta oleh guru untuk menolong seorang budak lelaki yang merupakan ahli pasukan bola tampar sekolah supaya dia dapat membantu pelajar lelaki tersebut lulus di dalam ujian. Hazimah:Cikgu,kenapa saya mesti tolong dia? Cikgu:Sebab kamu murid kelas Rancangan Khas.Hazimah,kamu seorang yang pandai. Hazimah:Tetapi cikgu saya tidak suka bercampur dengan budak lelaki.Tidak boleh ke cikgu minta pelajar lelaki? Cikgu:Memang cikgu mahu minta pelajar lelaki tetapi bila difikirkan semula lebih baik dia belajar dengan kamu. Hazimah: Kenapa cikgu? Cikgu:Supaya dia ada tarikan untuk belajar ? Hazimah:?

aca_ira · Teen
Not enough ratings
10 Chs

Misi Hazimah

"Hazimah,kau ni biar betul hendak buat misi yang pelik ni?"Dhiya' bertanya kepada Hazimah untuk mendapatkan kepastian."Betullah.Lagipun kau mahu ke aku bagi tahu Kak Ngah pasal si mamat utara tu?"

"Ermm...tak nak,tak nak.Please keep the secret okey?"

"Hah,tahu takut." Dhiya' menggaru kepala yang tidak gatal sambil menyalahkan diri sendiri. "Aduh,kenapalah aku ni tidak pandai cover?Kan dah terkena.Memang padanlah muka kau!" Dhiya' berbisik sendirian tanpa disedari oleh Hazimah yang sedang khusyuk mencari Abang Ilham.

....Malam semalam.....

"Hah,soal siasat Abang Ilham?!Hang biak betui ni?Mengarut jelah.Lebih baik kalau kita berdua ni buat kerja sekolah yang berlambak tu daripada misi hang yang mengarut ni." Dhiya' membantah permintaan sepupunya yang pelik itu. "Oh,tidak mahu tolong ya.Tidak mengapa,nanti aku beritahu Kak Ngah pasal mamat utara tu." Dhiya' memandang Hazimah dengan muka berkerut. "Huish,budak ni mesti hendak ugut aku pasal si mamat utara yang handsome tu.Dia tidak bersalah dalam hal ini!" Dhiya' berkata dalam hatinya.

"Apa kena mengena mamat utara tu dengan situasi ini?" Dhiya' cuba mempertahankan dirinya daripada tertangkap. "Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau suka si Hafiz,mamat utara tu.Aku ingat lagi,waktu itu kau pernah tanya dia tentang ciri-ciri orang ataupun kau kata 'kawan' lah kononnya yang dia suka.Mari sini aku ingatkan balik apa yang dia jawab.Dia jawab yang dia suka berkawan dengan orang yang cakap utara,jadi kau pon berlatih cakap utara lah ni kan?" Hazimah cuba untuk mengugut Dhiya' supaya dia menyertai rancangannya untuk menyoal siasat Abang Ilham.

Dhiya' berfikir sejenak sebelum membuat keputusan.Dia tidak mahu Kak Ngah tahu yang dia suka Hafiz,malu nak dikatakan. "Baiklah,aku setuju untuk join rancangan kau tetapi ada satu syarat.Syaratnya,kau tidak boleh bocorkan rahsia aku pasal mamat utara yang aku 'kawan' tu.Janji?" Hazimah memahami maksud 'kawan' yang dimaksudkan oleh Dhiya'. "Kalau suka cakap jelah suka.Ini,berkias-kias pula."

"Mana ada suka!Kawan saja." Dhiya' tetap menafikan kebenaran walaupun sepupunya memang tahu yang dia suka akan si Hafiz tu. "Sudahlah,sekarang ini kau perlu dengar rancangan aku supaya kita sudah bersiap sedia untuk esok yang datang."

"Yela."

.....

"Wey,wey, Dhiya'....itu Abang Ilham.....cepat pergi sana!" Hazimah menepuk-nepuk bahu Dhiya' tanda memberi arahan.Dhiya' hampir memarahi Hazimah kerana menepuk bahunya dengan sangat kuat.Dhiya' berkata dalam hati, "Sikit-sikit jer cik kak,oi."

Tanpa membuang masa, Dhiya' berjalan menuju ke arah Abang Ilham yang sedang menatang dua cawan kosong beserta sebekas jag kecil yang berisi kopi. "Erm..Abang Ilham,saya mahu cakap dengan abang sekejap,boleh tak?" Dhiya' bertanya dengan penuh sopan sekali supaya Abang Ilham tidak mengesyaki sesuatu yang pelik.

"Dhiya' mahu cakap perkara yang mustahak ke? Bukan apa,abang mahu cepat ni." Abang Ilham menjawab sambil memandang ke pintu keluar. Dhiya' perasan dengan tindakan Abang Ilham itu lalu dia bertanya, "Abang hendak minum di luar ke?" Abang Ilham mengangguk tanda ya. "Abang mahu minum kopi dengan ayah di pondok kecil di luar sana tu. Lepas itu, kitaorang mahu pergi memancing pula tetapi kalau Dhiya' hendak beritahu abang sesuatu yang penting,bolehlah cakap sekarang." Abang Ilham membalas dengan nada yang baik.

Dhiya' memandang wajah Abang Ilham sambil mengukirkan senyuman yang tawar. "Tidak mengapalah abang.Tidak begitu mustahak pun hal ini.Abang pergilah keluar minum dengan ayah.Rasanya,ayah sudah tunggu lama tu." Dhiya' terus berpaling ke belakang menuju ke arah kawasan Hazimah bersembunyi. Abang Ilham mengangguk dan berjalan ke luar rumah.Sebenarnya, Abang Ilham sendiri pun tidak faham tentang perkara yang berlaku tetapi dia cuma mengendahkan sahaja.Yela,buat apa hendak serabutkan kepala dengan asyik memikirkan perkara yang kita sendiri pun tidak pasti dengan perkara itu.

Sementara itu, ketika Dhiya' memberitahu Hazimah yang dia melepaskan Abang Ilham pergi, Hazimah begitu marah kerana Dhiya' tidak mengikut rancangan yang ditetapkan.

"Hish,kenapa engkau biarkan Abang Ilham pergi? Kita mana ada back up plan. Tengok,sekarang semua plan kita sudah musnah."

"Eeeee...geram pula aku tengok minah ni.Entah apa yang penting sangat dia mahu soal siasat Abang Ilham tu.Biar jelah Kak Ngah dengan Abang Ilham uruskan sendiri rumah tangga mereka.Ini tidak,menyibuk pula si minah ni hendak soal siasat bagai." Dhiya' hanya mampu mengeluh di dalam hatinya kerana terpaksa melayan kerenah sepupunya yang terlalu manja melebihkan anak bongsu. Tidak dia bukan bongsu tetapi dia seperti bayi yang menangis,manja,semuanyalah.

"A'laika shollah, ya khairulkhalqillah....hemm....hemmmm...hem?" Kak Ngah berjalan menuju ke arah ruang tamu sambil bersalawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, tiba-tiba dia berhenti seketika kerana mendengar suara orang yang sedang bergaduh.Kemudian,dia terlihat dua orang gadis yang memang amat dikenalinya itu sedang berperang mulut di sudut dinding yang berhampiran dengan ruang tamu.

"Alahai, mereka berdua ini tidak habis-habis bertengkar.Dari kecil sampai ke besar, masih sama perangai. Tidak berubah-ubah." Kak Ngah berkata kecil dengan dirinya sambil menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat Dhiya' dan Hazimah yang masih kebudak-budakkan.Tanpa membuang masa,Kak Ngah menghampiri kedua-dua gadis itu supaya agenda perang mulut mereka ini diberhentikan.

next chapter? coming soon ( ◜‿◝ )♡Creation is hard, cheer me up! VOTE for me!

aca_iracreators' thoughts