webnovel

Aku Di Dunia Elf

Kerana dibenci oleh sahabat baiknya sendiri, dia terbunuh dalam satu misi yang dirancang. Aubree ialah seorang assasin dan juga seorang tentera dengan kemampuan ilmu bela diri yang sangat tinggi dan sukar untuk dikalahkan. Kerana iri hati dengan kelebihan Aubree, Lucy yang sudah menjadi sahabat baik kepada Aubree sejak dari kecil sanggup berkomplot dengan musuh mereka untuk membunuh Aubree. Aubree terlahir kembali di sebuah dunia lain, dunia yang tidak pernah Aubree lihat. Dia terlahir semula di sebuah dunia yang dipanggil Dunia Elf. Dunia Elf? Siapa yang menyangka yang dia akan terlahir semula di badan seorang elf perempuan yang mempunyai nama yang sama dengan dia. Bezanya, elf perempuan ini adalah seorang yang lembap, bodoh dan sangat lemah. Di Dunia Elf, mereka memiliki elemen-elemen dunia dan ilmu bela diri. Elf paling lemah hanya mampu melakukan beberapa jenis ilmu bela diri tanpa elemen mereka... Tapi apa hal pula Elf yang satu ini tiada elemen dunia dan tiada ilmu bela diri. Aubree yang sangat mementingkan ilmu bela diri demi keselamatan diri, menjadi pening dengan badan baru ini. Badan baru ini sangat lemah, sangat-sangat lemah sehingga dia tidak mampu melakukan kerja lain selain menjadi pembantu rumah biasa... Dan pemilik sebelum ini meninggal hanya kerana tertelan roti---Tunggu, apa? Dunia, apa dah jadi? Memandangkan Aubree yang memiliki tubuh ini sekarang, dia berjanji kepada pemilik sebenar yang dia akan meneruskan hidup dan menukarkan sejarah kehidupan yang menyedihkan.

bbeatyybrr · Fantasy
Not enough ratings
93 Chs

Ujian Terakhir(2)

Letupan ketiga di mana debu berwarna biru mewarnai langit terlihat di kawasan hutan itu.

Letupan itu membuatkan para Elf yang sedang menunggu di hujung hutan itu menjadi teruja dan tidak sabar menunggu keputusan dari ujian terakhir ini. Mereka tidak menyangka yang Aubree akan dapat masuk ke kawasan peringkat ketiga dengan masa yang cepat.

"Hmm, tidak sangka yang dia akan masuk ke peringkat ketiga secepat ini..." Ahli Sihir Yang Tertua dengan tenangnya menghirup teh hijau yang masih panas itu.

Meliani yang duduk di depan Ahli Sihir Yang Tertua mengangkat sedikit wajahnya. Dia memandang Ahli Sihir Yang Tertua dengan renungan marah.

Meliani merasa marah kerana dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang Aubree dari lulus ujian ini. Jari-jemari yang menggenggam bahagian tempat letak lengan di kerusi menjadi erat.

'Kalau bukan sebab Ahli Sihir Yang Tertua yang bagi saya amaran, sudah lama saya arahkan anak-anak buah saya untuk menghalang Audrey agar dia gagal! Tak guna! Macam mana Ahli Sihir Yang Tertua boleh tahu yang saya berusaha untuk buatkan Audrey gagal? Siapa yang bocorkan rahsia saya?'

Dengan prasangka buruk yang semakin merebak di mindanya, Meliani pun memandang para pembantu Elf yang bersamanya dengan wajah penuh kebencian. 'Mesti ada salah seorang dari mereka yang beritahu Ahli Sihir Yang Tertua! Tak mengapa, jika saya tahu siapa Elf itu, saya tidak akan lepaskan dia!'

Ya, Ahli Sihir Yang Tertua sudah tahu jika Meliani sebelum ini mencuba untuk menggagalkan ujian Aubree. Sebelum Meliani berbuat lebih teruk di ujian yang terakhir, dia sudah pun memberi amaran kepada Meliani untuk tidak berbuat macam-macam.

Ahli Sihir Yang Tertua hanya mahu Aubree menghadapi ujian ini tanpa ada sebarang gangguan dari Elf lain. Dia tidak dapat menerima kenyataan yang anak buah yang dia sayang mempunyai niat buruk terhadap Aubree dan sanggup menggagalkan ujian Aubree.

Tujuan Ahli Sihir Yang Tertua mengadakan ujian ini adalah kerana dia ingin melihat sejauh mana kekuatan Aubree setelah sekian lama dia berlatih di tempat ini.

Meskipun dia tahu Aubree ada menyimpan rahsia tanpa memberitahu mereka dan sedar jika Meliani membenci Aubree, Ahli Sihir Yang Tertua tidak mahu melupakan peranannya sebagai penjaga kepada pemilik Kristal Kehidupan, di mana dia sudah ditugaskan untuk melatih pemilik-pemilik Kristal Kehidupan ini.

Jika Ahli Sihir Yang Tertua melupakan peranannya dan membazirkan kebolehan dan kekuatan Aubree, keselamatan Kerajaan Elf akan hancur dan Kristal Kehidupan akan jatuh ke tangan Raja Kegelapan.

Saat Ahli Sihir Yang Tertua menoleh ke arah Meliani semula, Meliani segera menukarkan wajah bengisnya tadi menjadi wajah yang penuh dengan lemah-lembut.

Tiada sedikit pun raut wajah bengis dan dengki terpamer di wajahnya.

Beberapa orang pembantu rumah yang melihat perubahan tingkah laku Meliani itu, menjadi seram sejuk. Mereka tidak pernah melihat Meliani seperti ini, belum pernah lagi sebelum kedatangan Aubree.

...

Aubree tiba di kawasan peringkat ketiga.

Di kawasan itu, sebatang bendera berwarna kuning terang dengan cop sebuah bunga yang sederhana besar diikat pada sebatang batang pokok yang sudah dipotong.

Di sekeliling bendera itu adalah kawasan yang luas tanpa sebarang pokok yang tumbuh. Jika Aubree keluar ke sana dan mengambil bendera itu, dia akan senang dilihat oleh musuh dan boleh diserang bila-bila masa saja. Aubree juga tidak akan dapat menggunakan pokok-pokok sebagai tempat perlindungan kerana pokok-pokok lain berada jauh dari tempat bendera itu tumbuh.

Aubree berhenti di sebatang dahan pokok dan menggunakan dedaunan di pokok itu untuk menyembunyikan tubuhnya dari pandangan musuh.

Aubree melilau dengan tajam dan teliti ke seluruh arah, mahu mencari para penjaga Elf yang menjaga kawasan dan bendera itu.

Aubree boleh ada lima atau enam dari mereka yang bersembunyi di sebalik dahan pokok tinggi yang bertentangan dengan pokok tempat Aubree bersembunyi.

Aubree mencuba untuk mencari lagi penjaga lain tapi tidak melihat sesiapa.

Aubree mengeluh kecil. 'Mereka sangat pandai dalam bersembunyi. Saya tidak dapat melihat atau merasa mereka ada di sekitar saya atau tiada...'

'Saya perlukan strategi yang luar biasa...'

Tiba-tiba, Aubree melihat ada sesuatu yang berbeza dengan tanah di sekeliling bendera itu. Keadaan tanah di sana agak botak tanpa sebarang tumbuhan yang tumbuh tapi Aubree dapat melihat yang tanah di sekeliling bendera itu hampir kesemuanya dari pasir.

'Pasir? Kenapa ada pasir sedangkan di seluruh kawasan ini adalah pasir?'

Aubree menarik sebatang anak panah dan meletakkannya di atas tali busur. Aubree menarik tali panah dan anak panah tadi dilepaskan ke arah kawasan yang berpasir.

Sebaik saja anak panah itu mengenai pasir tersebut, sebuah letupan yang besar terjadi.

Aubree yang terkejut itu segera menutup wajahnya daripada terkena habuk.

Kerana letupan yang pertama tadi, bom-bom yang berdekatan juga ikut meletup. Maka terjadilah letupan besar yang berkali-kali di tempat itu, menjadikan kawasan itu berdebu seperti di gurun pasir.

Aubree menggunakan peluang ini untuk masuk ke kawasan berdebu itu dan mengambil bendera tadi.

Aubree melihat bendera itu di depan matanya. Baru saja tangannya diangkat untuk mengambil bendera itu, di hujung anak matanya, Aubree melihat ada sebilah pedang yang besar dan melengkung diayunkan ke arahnya.

Badan Aubree secara automatik melengkung ke belakang dan dia melompat beberapa langkah ke belakang. Aubree memandang ke depan dan terus melihat ada tiga orang penjaga Elf sedang memegang pedang yang mempunyai yang sama.

Aubree segera menarik pedangnya sendiri.

Tiga orang penjaga itu maju ke hadapan dan mereka mula bertarung: tiga lawan satu.

Kali ini penjaga yang ada di peringkat ketiga sangat kuat dan tangguh. Kerana mereka berjumlah tiga orang, Aubree mengalami kesulitan untuk mengalahkan mereka dalam tempoh sekejap memandangkan dia hanya bersendirian.

Aubree dapat membuatkan salah seorang dari mereka pengsan dan kini sisa tinggal dua orang.

Aubree menggenggam erat pedang di tangannya. Sempat lagi dia memandang bendera kuning yang berada tepat di hadapannya tapi jauh dari jangkauannya.

'Baik, tukar strategi... Saya akan terus maju ke bendera itu tanpa mengalahkan mereka dahulu!'

Dengan strategi baru, Aubree mengelak dan mengelak serangan dari dua orang penjaga itu dan segera mendekati bendera kuning tersebut.

Belum sempat Aubree memegang batang bendera itu, dua orang penjaga tadi kembali bangkit dan mereka menghalang Aubree lagi.

Mahu tidak mahu Aubree harus bertarung dengan mereka lagi sambil mencuba mengambil bendera itu.

Aubree baru saja dapat mengalahkan salah seorang dari mereka apabila ada tiga orang penjaga Elf lain lagi yang datang.

Aubree mengeluh dengan wajah kesal. "Kamu semua ni sebenarnya ada berapa, ya? Kenapa kamu semua tidak turun saja semuanya?"

Seolah-olah ingin memenuhi permintaan Aubree, empat orang penjaga yang lain pula muncul dan kini mereka semua mengelilingi Aubree.

"Tak guna! Kenapa saya cakap begitu tadi, eh?" bisik Aubree dengan dirinya sendiri sambil mengetuk kepalanya.

Aubree memandang semua penjaga itu. "Baik, mari kita akhiri perlawanan ini!"

Jadi dengan itu, perlawanan kembali dilanjutkan dengan jumlah lapan lawan satu. Aubree tidak punya pilihan lain selain berundur ke bahagian pokok untuk bertarung.

Debu-debu pasir yang menutupi kawasan itu tadi kini sudah semakin sedikit dan kawasan itu menjadi lebih terang dari sebelum ini.

Aubree menggunakan pepohon untuk bersembunyi dan penghalang daripada serangan para penjaga itu.

Aubree menggunakan panahnya untuk menjatuhkan beberapa orang penjaga Elf itu.

Setelah sekian lama bertarung yang terasa seperti sejam berlalu, Aubree akhirnya dapat mengalahkan semua penjaga Elf itu.

Tapi tenaga Aubree hampir habis kerana bertarung sejak dari peringkat pertama lagi. Dia terkulai layu di atas tanah dengan pedang yang dipegangnya diletakkan di atas tanah.

Beberapa orang penjaga Elf yang bersedia melepaskan anak panah memandang antara satu sama lain. Melihat Aubree yang terbaring di atas tanah, mereka tidak tahu hendak melepaskan anak panah atau tidak.

Aubree melihat bendera kuning yang harus dia ambil sebagai tanda yang dia berjaya mendapatkan bendera itu ada tepat di depan matanya.

Dengan sisa tenaga yang ada, Aubree mengangkat tubuhnya dengan siku dan dia bangkit berdiri.

Aubree mencabut bendera itu yang diikat di batang pokok itu dan dia mengibarkan bendera itu sekuat hati.

Melihat itu, penjaga Elf yang lain segera melepaskan anak panah yang terakhir. Kali ini, anak panah itu bukan lagi debu yang berwarna biru, melainkan anak panah yang mengeluarkan debu berwarna merah. Debu berwarna merah itu menandakan ujian terakhir sudah selesai dan Aubree berjaya mendapatkan bendera kuning tersebut.

Sorakan yang gemuruh bergema di bahagian kerusi penonton. Ramai yang bersorak memanggil nama Aubree.

Ahli Sihir Yang Tertua juga ikut tersenyum setelah melihat debu berwarna merah itu. "Akhirnya..."

Aubree terbaring di atas tanah lagi dengan wajah yang penat. Dia tidak kisah jika belakangnya sudah pun kotor kerana terkena pasir atau tanah.

Saat ini, dia hanya memikirkan untuk berehat dan tidur saja kerana sangat penat. Lagipun dia sudah berjaya mendapatkan bendera kuning tersebut, tiada lagi penjaga Elf yang perlu dia lawan untuk menang.

Aubree memandang ke langit dan melihat matahari yang terik. Matanya mengecil kerana terkena sinaran matahari. Keadaan langit juga nampak cerah dan bersih dari awan-awan putih.

'Adakah ini kerana saya sudah berjaya lulus dari ujian ini? Atau keadaan langit yang cerah ini sentiasa begini? Apa-apa pun itu, saya tidak kisah. Saya sudah lulus! Saya tidak perlu lagi risau selepas ini!'

Perlahan-lahan, mata Aubree tertutup. Dia mendengar dari kejauhan, suara seseorang memanggil namanya tapi Aubree tidak mahu membuka mata dan melihat siapa yang datang.

Dia hanya mahu berehat dan melelapkan mata hanya untuk sekejap saja.

Setelah itu, mata Aubree pun tertutup erat dan dia tidak sedar yang Issac sudah pun melutut di sebelahnya sambil memeriksa keadaan Aubree.

Issac tidak kisah dengan keadaan Aubree yang kotor dan berpeluh itu. Dia terus menyentuh kedua belah pipi Aubree dan mencuba untuk mengejutkan Aubree.

"Audrey?"

"Audrey, kau tidak apa-apa?"

Della juga berlari menghampiri mereka dan melihat keadaan Aubree yang tidak sedarkan diri itu. "Yang Mulia, bagaimana kalau kita bawa dia ke bilik rawatan dulu?"

Issac segera mengangkat Aubree di tangannya dan berlari menuju ke bilik kesihatan. Di wajahnya terlukis kerisauan yang teramat sangat. Dia berusaha untuk meyakinkan hatinya berulang kali.

'Dia tidak akan apa-apa...'

'Dia akan baik-baik saja...'

Dia akan baik-baik saja...

Dia akan...

Baik-baik saja...

Aubree hanya tertidur sebab dia penat... Tapi kerana Issac risau sangat, dia tidak sedar yang sebenarnya Aubree tu sedang tidur...

bbeatyybrrcreators' thoughts