webnovel

Aku Di Dunia Elf

Kerana dibenci oleh sahabat baiknya sendiri, dia terbunuh dalam satu misi yang dirancang. Aubree ialah seorang assasin dan juga seorang tentera dengan kemampuan ilmu bela diri yang sangat tinggi dan sukar untuk dikalahkan. Kerana iri hati dengan kelebihan Aubree, Lucy yang sudah menjadi sahabat baik kepada Aubree sejak dari kecil sanggup berkomplot dengan musuh mereka untuk membunuh Aubree. Aubree terlahir kembali di sebuah dunia lain, dunia yang tidak pernah Aubree lihat. Dia terlahir semula di sebuah dunia yang dipanggil Dunia Elf. Dunia Elf? Siapa yang menyangka yang dia akan terlahir semula di badan seorang elf perempuan yang mempunyai nama yang sama dengan dia. Bezanya, elf perempuan ini adalah seorang yang lembap, bodoh dan sangat lemah. Di Dunia Elf, mereka memiliki elemen-elemen dunia dan ilmu bela diri. Elf paling lemah hanya mampu melakukan beberapa jenis ilmu bela diri tanpa elemen mereka... Tapi apa hal pula Elf yang satu ini tiada elemen dunia dan tiada ilmu bela diri. Aubree yang sangat mementingkan ilmu bela diri demi keselamatan diri, menjadi pening dengan badan baru ini. Badan baru ini sangat lemah, sangat-sangat lemah sehingga dia tidak mampu melakukan kerja lain selain menjadi pembantu rumah biasa... Dan pemilik sebelum ini meninggal hanya kerana tertelan roti---Tunggu, apa? Dunia, apa dah jadi? Memandangkan Aubree yang memiliki tubuh ini sekarang, dia berjanji kepada pemilik sebenar yang dia akan meneruskan hidup dan menukarkan sejarah kehidupan yang menyedihkan.

bbeatyybrr · Fantasy
Not enough ratings
93 Chs

Ubah Keputusan

"Ahhh... Aduh!!"

"Della, kau tidak boleh pelan sikit masa nak letak ubat tu? Sakitlah!"

Della tidak mempedulikan rengekan dari Aubree dan terus menyapu ubat di seluruh belakang Aubree dan mula mengurutkan belakangnya.

Suara Aubree menjadi lebih kuat dari yang tadi ketika Della mengurut belakang dan seluruh kawasan bahu dan tangan Aubree.

Tidak lama kemudian, Aubree pun tidak lagi berhenti berteriak kerana kesan ubat yang digunakan oleh Della sudah pun memberikan hasil.

Ubat yang digunakan oleh Della adalah ubat yang diberikan oleh Hensel.

Pada hari ini, selepas Aubree kembali ke padang latihan untuk melanjutkan latihan, Tuan Gildam memberikan latihan kepada Aubree yang membuatkan semua badan Aubree menjadi sakit dua kali ganda dari apa yang dia rasa pada pagi tadi.

Aubree juga kehairanan kenapa sikap Tuan Gildam tiba-tiba berubah. Sebelum tengah hari, Tuan Gildam nampak baik-baik saja dan tidak memberikan latihan yang berat kepada Aubree.

Namun setelah tengah hari itu, tiba-tiba saja Tuan Gildam berubah seolah-olah dirasuk dengan roh jahat. Bukan saja latihannya digandakan dua kali, malah masa rehatnya juga telah dikurangkan.

Kalau bukan kerana Aubree memikirkan yang Tuan Gildam itu adalah orang yang berpengaruh di tempat ini, mungkin Aubree sudah lama memenggal kepala lelaki itu.

Hensel yang mengetahui bagaimana Aubree sengsara di bawah latihan Tuan Gildam, secara sembunyi-sembunyi memberikan ubat urut kepada Aubree.

Ubat urut ini mempunyai kuasa sakti yang luar biasa. Jika disapukan di tempat yang sakit, dalam masa sekejap rasa sakit itu akan hilang.

Aubree sangat berterima kasih terhadap Hensel kerana memberikan ubat ini kepadanya. Jika Aubree tidak menggunakan ubat ini untuk menyembuhkan rasa sakit di belakangnya, mungkin besok Aubree sudah tidak larat untuk berjalan.

Walaupun Aubree baru mengenali Hensel hari ini, namun lelaki itu sudah pun melayaninya dengan baik sekali. Siap tolong lagi tu!

"Roh jahat mana yang mana yang merajuk guru kau tu sampai buat kau kesakitan macam ni? Tengok tu, tangan dan bahu kau, semuanya lebam dan bengkak. Ini baru hari pertama tapi guru kau tu sudah bagi kau latihan berat macam ni... Dia nak bunuh kau atau apa ni?" Dengan wajah geram, Della terus membebel sambil tangannya mengurut lengan Aubree.

Aubree hanya berbaring di atas tilam dengan belakangnya menghadap siling. Dia tidak mampu berkata apa-apa untuk membalas Della kerana dia merasa sangat penat.

White yang sepanjang hari hanya berehat dan bermain di kawasan bilik Aubree, mendekati Aubree dan dduk di tepi katil dia. [Yang Mulia, Yang Mulia kena bertahan. Ini untuk kepentingan Yang Mulia juga...]

> 'Tahu... Saya tahulah ini untuk kepentingan saya. Tapi bukankah ini sudah terlalu berlebihan. Lelaki tak guna tu sudah buatkan badan saya terlebih sakit. Saya latihan dulu pun tidak pernah sesakit ini!' <

[Latihan biasa saja tidak cukup, Yang Mulia. Setidaknya, Yang Mulia boleh berlatih di sini sebagai persediaan Yang Mulia untuk kembali ke Kerajaan Iron Tulip.]

Aubree melepaskan keluhan berat sambil menutup matanya. Dia tahu White tidak akan faham apa yang dia katakan sebagai 'latihan yang sebelum' ini.

Sudah terang lagi bersuluh Aubree bercakap tentang latihan yang pernah dia buat semasa dia masih menjadi pembunuh upahan. Tapi latihan pertama Aubree sebagai pembunuh upahan tidaklah seteruk begini sampaikan semua badan Aubree menjadi lebam dan bengkak.

'Ini bukan salah saya... Ini semua salah badan ni sebab badan ni terlalu lemah... Panjat pokok pun tak larat... Aduh, macam mana saya nak hidup dengan latihan yang seterusnya kalau badan yang saya masuk ni sangat lemah! TIDAK!! Saya mahu badan saya yang lama! Kembalikan badan saya yang tegap dan berotot seperti yang sebelum ini!'

Aubree terasa ingin menangis air mata darah namun dia tahu, menangis air mata darah pun tidak mampu mengembalikan Aubree ke kehidupannya yang lama.

Aubree menoleh ke arah White pula. "Saya rasa saya nak ubah fikiran. White, kau rasa kita boleh ubah keputusan kita dan kembali ke Kerajaan Iron Tulip saja? Saya tidak sukalah ada di sini... Tiada Elf yang di sini suka akan saya..."

"Macam mana kau tahu semua Elf di sini tidak suka dengan kau? Siapa cakap tiada Elf yang suka kau di sini... Tu, Hensel kan selalu ambil berat dengan kau... Tengok ni, siap bagi kau ubat ni lagi! Kau mengarut apa lagi ni? Sudah... Baring di sini saja dan diam! Kau perlu rehat banyak... Besok kau bangun awal untuk bersarapan dan kembali berlatih..."

Della sudah siap mengurut belakang Aubree. Dia berdiri dari katil Aubree dan bergerak mendekati rak yang berhampiran dengan jendela. Della menyimpan botol kaca yang menyimpan ubat yang diberikan oleh Hensel tadi di dalam rak.

Aubree menoleh ke arah Della. "Saya baru saja kenal dia dalam masa sehari. Saya yakin, dia cuma lakukan ini sebab dia bersimpati dengan saya..."

Della mengabaikan Aubree sekali lagi. "Baik, baik... Saya faham. Kau pergilah tidur sana... Saya pun dah nak masuk tidur ni. Tidur awal, ya? Supaya besok kau boleh bangun dengan badan yang segar..."

"Selamat malam. Tidur awal ya!"

Aubree merenung Della keluar dari biliknya dengan wajah bengang. Dia tahu yang Della sengaja mengabaikan perkataannya tadi dan sebab itulah kenapa Aubree merasa bengang saat ini.

Aubree memandang ke arah White lagi. "White, apa kata kita lari dari tempat ke Kerajaan Iron Tulip?"

[Adakah latihan Yang Mulia begitu susah sampaikan Yang Mulia hendak berputus asa dan kembali ke Kerajaan Iron Tulip? Saya merasa ada baiknya Yang Mulia tinggal di sini untuk sementara sehinggalah kekuatan Yang Mulia meningkat. Lagipula, dengan kekuatan fizikal Yang Mulia seperti ini sekarang, kita tidak mungkin akan dapat merebut kembali Kerajaan Iron Tulip.]

> 'Siapa yang peduli? Kalau kekuatan fizikal saya masih kurang... Saya boleh berlatih di sepanjang masa perjalanan kita ke Kerajaan Iron Tulip. Saya mempunyai cara saya sendiri untuk berlatih... Cara Tuan Gildam melatih saya tu sangat susah dan berat untuk saya!' < rungut Aubree.

'Saya mengalami kesusahan sebab badan terlalu lemah. Saya yang faham dengan fizikal badan ini jadi saya tahu latihan apa yang sesuai untuk badan saya! Cara Tuan Gildam salah kerana ianya bertentangan dengan cara saya! Aaarrggghh, ini membuatkan saya bertambah berang!'

White hampir kehilangan idea bagaimana cara untuk memujuk tuannya. Setelah bersama-sama dengan Aubree dalam jangka masa yang lama, White tahu jika Aubree akan melakukan apa yang dia katakan.

Jika dia ingin kembali ke Kerajaan Iron Tulip secara tiba-tiba, tiada yang akan dapat menghentikan perbuatannya.

Aubree memandang ke arah White lagi dengan wajah sedih. "Sudah terlambatkah saya nak menyesal keputusan saya pergi ke sini?"

White: "..."

Saya akan gunakan >' dan '< semasa Aubree bercakap dengan White.

Sementara (') pula digunakan semasa Aubree bercakap dalam hati.

bbeatyybrrcreators' thoughts